Cerpen “Warisan Tradisi Bertani”

4 Petani

Petani ( Trilemedia )

Berbudi pada tanah pasti akan mendapat hasilnya.

Lagipun daripada tanah itu terbiar dengan begitu sahaja maka adalah lebih baik diusahakan.

Tak kira apa juga yang ditanamkan asalkan hasilnya dapat dinikmati dan menjadi punca rezeki untuk menyara kehidupan.

“Kau baru balik dari kebun ke, Tahir?” tanya Rahman.

“Ya, Man!” jawabnya sambil mengangguk-anggukkan kepada.

“Kau orang berdua tak ke kebun ke hari ini?” soalnya pula pada Rahman dan Karim yang sama-sama menikmati minuman di warung Pak Kadir.

“Pergi!” balas Karim dengan pantas.

“Mestilah pergi. Kalau tak macam manalah nak dapat duit untuk belanja sekolah anak-anak dan dapur kat rumah aku tu,” ujar Rahman pula sebaliknya.

“Aku bersyukur sangat-sangat. Arwah ayah aku ada meninggalkan sebidang tanah kebun untuk aku usahakan. Yalah! Macam yang kau katakan tadi, Man. Kalau tak macam mana aku nak sara keluarga aku tanpa hasil daripada kebun tu,” tambah Tahir pula dengan penuh panjang lebar.

Sebenarnya bermacam-macam kerja yang boleh dilakukan untuk menyara kehidupan keluarga. Bukan sahaja di bandar besar menjadi lubuk utama untuk mencari pekerjaan malahan juga di kampung turut menyediakan peluang untuk bekerja.

Bagi Rahman, Tahir dan Karim dengan mengusahakan tanah kebun di kampung yang menjadi tempat mereka dilahirkan dan dibesarkan bukan sahaja menjadi pekerjaan harian tetapi juga menjadi sumber utama pendapatan untuk menyara isteri dan anak-anak mereka.

“Sekurang-kurangnya tanah peninggalan orang tua kita tidaklah menjadi semak-samun dan terbiar dengan begitu sahaja,” kata Rahman pula sebaliknya.

“Siapa lagi yang nak mengusahakannya kalau bukan kita sendiri. Lagipun kita masih lagi bertenaga dan boleh bekerja. Lainlah kalau dah tua. Mana larat lagi nak menebas dan mencangkul,” ucap Karim.

“Aku tengok kau orang berdua ni bersemangat betul!” ujar Tahir sambil tersenyum kecil.

“Kau tu pun apa kurangnya. Kalau sehari tak pergi ke kebun aku tengok gelisah kau lain macam,” balas Karim.

“Kawan kita ni, Rim sejak dari dulu lagi macam tu. Kebun yang diusahakannya tu dah macam rumah kedua bagi dia,” usik Rahman.

Tahir sebaliknya lalu tersenyum apabila mendengar usikan Rahman itu.

“Kau orang berdua ni ada-ada aje. Yalah! Memang betul apa yang kau orang katakan tu. Aku tak nafikan. Tambah pulak aku masih ingat lagi. Arwah ayah aku bagitahu apabila dia dah tak ada nanti dia mahu aku terus usahakan tanah yang ditinggalkannya. Bukan sahaja sebagai harta pusaka. Malahan hasilnya dapat dinikmati oleh anak cucu sehingga ke cicitnya,” kata Tahir dengan penuh panjang lebar.

Mengusahakan tanah tidak seperti pekerjaan yang lain. Bukan sahaja memerlukan kekuatan tenaga tetapi juga ketahanan diri. Dengan terpaksa berpanas dan berhujan pada setiap hari. Namun pulangan hasilnya begitu amat lumayan untuk dinikmati. Asalkan sentiasa rajin dan bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat dan lelah.

“Syukurlah, Tahir!” angguk Rahman pula.

“Kau telah menunaikan wasiat arwah ayah kau,” sambungnya lagi.

“Itu sudah menjadi kewajipan buat kita yang masih hidup. Menjalankan amanah yang telah ditinggalkan oleh mereka yang telah pergi dengan sebaik mungkin,” celah Karim.

“Selain daripada merasa bersyukur kerana dapat menunaikan wasiat yang ditinggalkan arwah ayah aku, aku juga berasa begitu amat gembira sekali kerana dapat menurunkan warisan tradisi bertani daripada datuk nenek moyang aku dulu,” tegas Tahir.

“Aku pun begitu jugak, Tahir! Warisan bertani sudah sekian lama mengalir dalam darah keluarga kita. Maka seharusnyalah kita pertahankan dan kekalkannya sehingga ke generasi kita yang seterusnya,” balas Karim.

“Ya!” angguk Karim dengan pantas.

“Aku sokong dengan apa yang kau orang katakan tu!” dia menambah.

Semakin berkobar-kobar nampaknya semangat mereka. Demi untuk mengekalkan dan mempertahankan warisan bertani yang setelah sekian lama bertapak dalam kehidupan mereka. Kalau dahulu warisan ini dimiliki oleh datuk nenek moyang mereka tapi kini mereka mewarisinya sebagai generasi seterusnya.

Sebagai pewaris generasi seterusnya mereka sedar akan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan iaitu meneruskan tradisi dan amalan yang telah ditinggalkan datuk nenek moyang mereka. Dengan mengusahakan pertanian di tanah peninggalan orang tua mereka bukan sahaja hasilnya dapat dinikmati sendiri oleh mereka malahan juga bersama-sama dengan penduduk kampung.

“Melalui usaha yang kita lakukan dapat menyumbang kepada manfaat dan faedah kepada semua penduduk kampung. Sebenarnya inilah sumbangan utama kita kepada mereka,” kata Tahir.

“Memang betul kata kau tu, Tahir!” ujar Karim dengan pantas sambil mengangguk-anggukkan kepala.

“Bak kata orang kalau sikit sama-sama kita rasa sikitnya. Kalau banyak sama-sama kita rasa banyaknya,” sambungnya lagi.

“Aku berasa gembira dan bangga. Dapat menyumbangkan tenaga kepada kampung ni. Dengan hasil daripada tanah yang aku usahakan,” ujar Rahman pula sebaliknya.

“Itu sudah menjadi kewajipan kita sebagai anak jati kampung ini untuk memastikan kampung kita sentiasa menikmati kesejahteraan dan kemakmuran seperti di kampung-kampung yang lain,” tambah Karim.

“Tugas memajukan dan memakmurkan kampung ni harus kita galas bersama-sama. Sebenarnya bermacam-macam yang boleh kita lakukan. Agar kampung yang kita cintai menikmati kemakmuran dan kemajuan. Termasuk mengusahakan tanah kebun yang menjadi mata pencarian utama kita,” kata Tahir.

“Aku amat tertarik apabila kau mengatakan bahawa tugas untuk mensejahterakan dan membawa kampung ini menuju kejayaan adalah tanggungjawab kita bersama-sama. Dalam hal ini kita jangan lupa pada anak-anak muda di kampung. Mereka juga harus diajak bersama-sama dengan kita untuk memastikan matlamat dan tujuan yang kita sasarkan tercapai sepenuhnya,” ucap Rahman pula dengan penuh panjang lebar.

Tajuk perbualan mereka semakin hangat seperti matahari yang semakin meninggi dan bersinar indah di kaki langit. Daripada mengusahakan tanah sebagai pekerjaan utama dan sumber rezeki sehingga membawa kepada peranan dan tugas untuk memastikan kampung tidak ketinggalan dari segi kemajuan dan kesejahteraan hidup penduduknya.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sektor pertanian turut tergolong sebagai antara sektor utama yang menyumbang kepada pendapatan di sesebuah kampung di samping sektor yang lain. Ternyata mereka berjaya menjadikan pertanian sebagai sektor yang membawa kepada kejayaan dan kemakmuran kampung mereka. Menerusi hasil daripada tanah yang telah mereka usahakan semenjak daripada sekian lama.

Sehingga ke hari ini mereka masih lagi terus mengusahakan pertanian di tanah yang subur dan sentiasa memberikan hasil yang berlipat kali ganda dan lumayan. Itulah ganjaran yang mereka nikmati hasil daripada usaha gigih dan kerajinan termasuk mempunyai semangat serta rasa kecintaan yang tinggi terhadap warisan bertani semenjak daripada turun-temurun lagi.

“Kita perlu mengadakan program dan aktiviti untuk menarik minat mereka bersama-sama dengan kita,” ucap Karim.

“Aku sependapat dengan kau, Rim!” celah Tahir dengan pantas sambil mengangguk-anggukkan kepala.

“Melalui program dan aktiviti yang dijalankan bukan sahaja dapat menarik minat mereka untuk bersama-sama dengan kita malahan mereka dapat mengenali dan mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang warisan bertani yang kita perjuangkan di kampung ni,” tegasnya lagi.

“Aku yakin. Dengan cara ini akan menjadikan mereka tertarik dan berminat untuk bersama-sama dengan kita untuk mengusahakan tanah dengan bercucuk tanam. Walaupun kulit akan dibakar dengan perit matahari dan dibasahi air hujan,” tambah Rahman.

“Apabila dah ada minat dan sebati dengan jiwa mereka tidak akan timbul dalam hati mereka untuk meninggalkan kampung ini untuk mencari pekerjaan. Kerana di sini dah ada peluang pekerjaan yang menanti mereka. Dalam pada itu taklah mereka lebih banyak membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak mendatangkan manfaat sehingga membawa kepada keruntuhan akhlak,” kata Karim dengan penuh panjang lebar.

“Sebenarnya itulah yang kita inginkan daripada mereka. Harus kita ingat bahawa mereka akan menjadi pewaris kepada kita satu hari nanti. Seperti kata pepatah kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bermula daripada sekaranglah kita perlu tanamkan semangat sedemikian ke dalam diri mereka,” ucap Rahman pula sebaliknya.

“Kita juga mestikan buktikan usaha dan kegigihan dalam mengerjakan tanah sebagai kegiatan pertanian di kampung ini agar menjadi pencetus semangat dan perangsang kepada mereka yang masih lagi dalam usia muda,” ingat Karim.

“Memang benar kata kau tu, Rim!” celah Rahman pula sebaliknya dengan pantas.

“Itulah perkara yang perlu kita buktikan pada mereka terlebih dahulu. Contoh dan teladan yang baik pasti akan menjadi ikutan,” ucapnya lagi.

“Sama-samalah kita berdoa semoga usaha murni yang akan kita lakukan ini akan diberkati Allah SWT dan menjadi kenyataan. Demi untuk kejayaan dan kemakmuran bersama-sama kampung kita,” kata Tahir.

Rahman dan Karim lalu bersama-sama mengaminkan doa yang dipohon oleh Tahir itu.

“Selagi kita masih dikurniakan kudrat dan tenaga selagi itulah kita pertahankan warisan bertani keluarga kita. Sesungguhnya itulah harta yang amat bernilai dan berharga yang perlu kita jaga buat selama-lamanya!” ikrar Rahman dengan penuh semangat yang membara seperti api yang marak membakar.

Tahir dan Karim juga turut melafazkan ikrar yang sama. Kerana terlalu bersemangat membincangkan tajuk perlunya menjaga dan mengekalkan warisan tradisi bertani tanpa disedari hari telah pun tengah hari.

Selepas membayar harga minuman pada Pak Kadir mereka pun lalu pulang ke rumah. Dengan membawa semangat yang menyala dan tidak padam demi untuk memastikan kampung mereka terus menikmati kejayaan dan kesejahteraan melalui warisan tradisi bertani.


~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *