13 Tanda-Tanda Rahsia Suami Curang Dengan Isteri!

Tanda Suami Curang

Bila Suami Curang ( Fluffydragon / CC BY / Modified)

Assalamualaikum semua…

Harap-harap semuanya sihat dan happy selalu.

Untuk pengetahuan korang aku memang suka baca kisah rumah tangga kat facebook sebab kat situ ada 1001 kisah pahit manis suami isteri di alam perkahwinan.

Kononnya sebagai persediaan bila aku kahwin nanti…

HeHeHe.

Dalam banyak-banyak kisah yang aku baca, majoritinya isteri luahkan masalah dengan mak mertua, suami pemalas di rumah tak nak tolong isteri, isteri tanggung perbelanjaan rumah dan suami.

Masalah paling popular sepanjang zaman jatuh kepada SUAMI CURANG!

Tak dinafikan suami macam inilah meninggalkan contoh yang menakutkan bagi wanita yang akan berkahwin dan trauma bagi wanita yang nak mulakan kehidupan baru.

Apabila mengatakan suami curang, rata-rata komen para wanita di FB mestilah backup si isteri, cakap suami tak hargailah pengorbanan isteri semua.

Tapi kalau tengok komen lelaki walaupun tak semua, diaorang menyalahkan si isteri sebab tak pandai jaga suami.

Orang kata, isteri ini adalah bekas acuan suami. Jika suami tu didik dengan baik maka isteri pun turut jadi baik.

Selain kehebatan wanita melahirkan anak, wanita juga dikurniakan deria keenam di mana mereka mampu untuk ‘menghidu’ pasangan mereka yang curang.

Jadi, AWAS bagi suami yang sedang main kayu tiga dan ada perempuan lain!

Nak tahu tanda-tanda suami anda curang?

Layan tips-tips dekat bawah ni!

 

1. Ada Password Di Telefon Bimbit

It’s that obvious?

Mana taknya sebelum ni tak pernah ada password tiba-tiba ada kata laluan pulak bila anda pegang handset suami.

Dah tentulah anda akan merasa ‘sesuatu’ tambah-tambah lagi bila anda tanya kenapa ada password, suami anda tak boleh nak jawab atau bagi jawapan yang agak merepek.

Haaa Kantoi!!!

 

2. Marah-Marah Tak Tentu Pasal

“Abang, abang ada kat mana sekarang?”

Huh cukup pantang dia bila ditanya lokasi dia berada.

Mungkin masa anda call atau mesej, suami anda sedang lunch dengan perempuan tu.

Niat anda untuk tanya sama ada balik makan ke tak, alih-alih kena marah.

Bukan sekali tau, banyak kali!

 

3. Menipu

“Hujung minggu ni saya pergi outstation, Ada projek baru kena setelkan.”

Ehh, minggu-minggu sebelum ni pun outstation jugak.

Anda tak fikir apa-apa pun, tapi bila dah kerap sangat, timbul syak pulak.

So bila anda telefon syarikat suami anda tak ada outstation seperti yang suami anda cakap.

Apa lagi mulalah anda tak senang duduk.

Dah pandai menipu pulak dia sekarang ni!

 

4. Kemesraan Mula Hilang

Masa mula kahwin dulu.

“Ayang, abang ada belikan makanan kegemaran ayang. Ce teka ce teka…”

Lama-kelamaan.

“Makanan yang awak nak tu saya tak beli. Nanti-nantilah kalau saya rajin.”

Bila dah ada perempuan lain.

“Kau memang takde benda lain nak makan? Semak aku tengok benda sama tiap hari.”

Panggilan mesra dah lekang dari bibirnya.

Dia mula rasakan anda membosankan dan perempuan yang dia keluar lebih bagus dari anda.

 

5. Tidak Menjawab Panggilan Dan Mesej Anda

Dia sering memberikan alasan tak masuk akal bila dia tak angkat call anda.

Tertinggal handset kat rumah kawanlah, handset rosaklah sedangkan anda tengok elok je.

Tak dapat mesej dari anda lah.

Masalahnya alasan ini kerap dan semakin menjadi-jadi dari hari ke hari.

 

6. Gelisah Tak Tentu Hala

Suami anda tak senang duduk kalau anda ambil masa yang lama bila keluar dengan dia.

Bila anda mengajak pergi ke tempat lain lepas tu lagilah dia menggelupur.

Selain bosan melayan kerenah anda dia juga risau kalau terserempak dengan girlfriend atau orang yang dia kenal.

 

7. Bawak Telefon Bimbit Ke Mana Pergi

Hatta nak pergi berak pun bawak handset!

OPPSSS maaf agak kurang sopan di situ, HeHeHe.

Yelah takut si isteri godek-godek isi dalam handphone tu.

Selalunya baik dalam drama Melayu atau realitinya, kecurangan suami dapat dikesan melalui telefon bimbitnya semasa suami berada di bilik air.

Takut berlaku dekat diri sendiri, so bawak je la masuk tandas sekali.

 

8. Selalu Tersasul Atau Terlepas Cakap

Ha, yang ni sangat ketara!

“Baby, abang tak balik hari ni.”

Isteri berkerut.

“Bila masa abang panggil ayang baby ni?”

Suami anda terdiam sekejap.

“Alah ayang ni, sekali sekali takkan tak boleh panggil baby.”

Sambil ketawa tak semenggah.

 

9. Mencari Kesalahan Anda

Walaupun masalah tu dah lama tapi dia tetap boleh ungkit balik.

Masalah yang kecil diperbesarkan.

Dia mencari alasan untuk tak mahu bersama anda lagi.

Lebih penting dia akan gunakan alasan yang ada jika rahsia curangnya terbongkar kelak.

 

10. Tidak Melayan Anda

Bila berada di rumah, suami anda malas nak layan kerenah anda.

Bila si isteri nak ajak borak, si suami lebih suka dengan telefon bimbitnya.

FB 24 jam, whatsapp, weechat, Clash of Can, Farmville dan sebutkan saja.

Apa-apalah janji tak mengadap muka anda.

 

11. Mengubah Penampilan Diri Lebih Menarik

Suami anda pakai wangi-wangian, kameja tuck-in, t-shirt bergosok, rambut sikat tepi (ok ni dah over, HaHaHa).

Sampai anda pun tak berkelip mata tengok suami anda.

Penampilan diri ini lebih kurang sama masa dia nakkan anda dulu.

Padahal zaman tu dah lama dah berlalu.

Kenapa suami aku ni buang tebiat semacam ni?

 

12. Terlebih Perhatian Dengan Anda

Jangan salah sangka!

Ini adalah taktik dia untuk mengaburkan pandangan anda.

Hari ni dia belikan bunga, esok dia belikan hadiah.

Surprise katanya.

Malam tu pun pun dia bagi surprise kat anda juga.

Prestasinya yang cemerlang ini membuatkan anda hanya berprasangka baik pada suami anda.

Tapi bila tahu kebenarannya suatu hari…

 

13. Deria Magik Ke-6 Isteri

Miracle could happen…

Anda percaya dengan keajaiban?

PERCAYALAH!!!

Bila sampai ke bab instinct wanita ni, ramai lelaki yang tewas tak kiralah betapa rapinya rancangan si suami untuk menyembunyikannya.

Bukankah Allah makbulkan doa hamba-NYA yang teraniaya?

Isteri solehah yang dianiaya yang selalu berdoa kepada Allah akan diberi petunjuk.

Untuk kaum suami di luar sana fikir banyak kali untuk curang kerana sekali anda berbuat demikian, kepercayaan yang bersinar macam kaca apabila berderai takkan dapat dicantum menjadi asal.

HUH!

Panjang pulak aku membebel bab ni.

Macam dah kahwin!

 

Ok, last but not least…

Artikel ini hanya untuk membantu si isteri untuk mengesan kecurangan suami.

Tapi dalam masa yang sama isteri perlulah bijak untuk menangani masalah ini terlebih dahulu.

Sekiranya berlaku, si isteri perlu slow talk atau berbincang dengan suami.

Jangan cepat melenting dan berprasangka buruk tanpa usul periksa!

Jangan terlampau dengar cakap-cakap orang dan selidiklah dulu perkara yang datang.

Jika segala usaha untuk memulihkan telah dibuat dan anda ada bukti yang jelas terang lagi bersuluh, maka segeralah bawa masalah ini ke pejabat agama untuk sesi kaunseling.

Baru-baru ni heboh kat FB pasal sebab penceraian berlaku kat Malaysia ni dan antara sebabnya tandas tak flush, isteri basuh baju lewat malam, suami tak suka isteri makan dalam kereta dan banyak lagi!

Hanya mampu ketawa, geleng kepala dan ketawa lagi…


~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

64 Responses

  1. Avatar ira kedah says:

    Betul tuhh sis….hati sy pn mcmtu…xpnh tpu…sy blh rasa pa yg akn jd….tp bla tnya xnk ngaku..pk ank je…n mseh sygkn dy

    • Avatar Ai says:

      Betul sis.. Mmg laki mcm tu.. Mesej lucah pempuan lain.. X pk isteri akan jmpa jgk kebenarannya.. Igt isteri bodoh.. Janji xnk buat dah tp buat lgi.. Pk anak2 je

    • Avatar wanie says:

      kalau saya, saya dah tinggalkan. sebab pada saya, tak ada guna jadi pasangan suami isteri kalau dah tak ada kepercayaan. kita hidup nak happy. hidup hanya sekali.

  2. Avatar Lyana says:

    Ye pikirkan anak je… Tapi satu ari nnt mmg nk blah pun… X hingin da nak tengok muke jantan curang.. Doa saya 1.. Pompuan yg da tau lelaki tu suami orang tapi masih nak dok merenyeh… Hopefully hidup korang merana lah sampai akhirat… Merangkak la korg nak mintak maaf cari bekas isteri dan anak2 yg teraniaya ni…

  3. Avatar SITI SALMIAH says:

    hmm suami buntingkan perempun lain?
    mcm xmasuk akal. xade agame ke?

    beristighfar panjang kalau nk fikirkan.. betul ke?
    sayapun fikirkan anak je… tggu dia besar sikit, boleh berfikir.. nk blah dr hdp dia. dhla hutang keliling pinggang ada hati nk curang.

    saya yg menanggung segala pinjaman yg dia buat. menyesal saya kahwin dgn dia. mgkin dugaan dari Tuhan. @ mungkin aku yg bodoh.

    Anak bini duduk menyewa lg ada hati nk menambah2… YA ALLAH… dugaan apakah ini….

    • Avatar Noor says:

      Pelikkan…laki2 yg pandai ckp hal agama…tambah anak x mahu…tambah bini mahu pulak…. agaknye dh terlanjur kot…dh tahu berdosa…tu yg nk kawen lagi…pelik laki ni…Ada yg x ada anak…alasan nk kawin lagi sbb mahu anak…dh Ada ank…nk tambah lagi…nafsu jerung ke ape ye…siap minta kita gugurkn anak tu pula…astaghfirullah al-aziim…ya Allah…syukur sgt2…aku kini ibu tunggal.

  4. Avatar nadiaAyra says:

    Btol tu..sekarang ni hanya fikirkan anak je..x sangka pulak bila dia masih contact dengan ex dia lagi.

    • Avatar Noor says:

      Ada yg ckp… poligami x salah…jika betul pada jalannya…tapi… laki2 juga yg menyalahgunakannya… sgt2 memalukan kaum sejenis

    • Avatar Mas says:

      Samalah. Suami saya contact bekas dia. Alasan sebab anak sj kunun. Tapi bahasa punyalah manis.

  5. Avatar Lin says:

    sy dh 7 thun menikah. Sy x berhijap. thun ke6 perkahwinan suami menunjukkan semua simtom di atas. Suami terkantoi dgn rakan sepejabat yg pakai tudung,berjubah,berbaju kurung,tutup dada,nampak lemah lembut. ms tu rs diri mmg bersalah krn mungkin suami nk perempuan bertudung sbb tu curang dgn wanita bertudung. Dlm ms yg sama sy minta petunjuk & keampunan dr Allah swt jika ada silap sy yg sy x sedar. 2minggu selps tu Allah swt bg petunjuk. Entah mcmana slps solat subuh sy mcm terus pegi ke HP suami untuk cek,padahal sy bkn jenis yg suka cek brg peribadi suami,dan sy dpt meneka password HP dia(two attempts). sy terkejut melihat gambar2 dlm HP suami.

    Wanita yg bertudung litup itu ada sent gmbr tak senonoh kat suami thru wasap, bkn itu saja, ada hor*y conversation pulak antara mereka. betapa hancurnya ht sy ketika itu,Allah je yg tau, sbb wanita ini mempermainkan sy,sebelum itu sy pernah call dia, dgn bangga nya dia menceritakan bahawa suami sy tertarik kt dia kerana kesopanan dia dlm berpakaian,sambil mengutuk sy yg tdk berhijap & dye rambut(pakaian sy tdk seksi,hanya tdk bertudung). Wanita itu juga mencerita yg dia tdk pernah tinggal solat & dzikir. Juga dia bangga berkata “kalau kta tdk pakai tudung,suami sendiri pun akan pandang serong”. Ms tu sy hanya berdiam krn mmg betul, tdk pakai tudung itu berdosa.

    Tetapi! bila tgk gmbar tak senonoh & perbualan gatal antara dia & suami sy sgt marah,kenapa ada manusia munafik sprti ini???!!!! Sy teringat uztaz sy pernah berkata, kekadang Syaitan bijak manipulate manusia,kononnya sudah jd muslim yg baik,sedangkan masih lg bergelumang dgn dosa. Dlm masa yg sama, kwn rapat sy pun mengkhianati sy,dia isteri org & juga rakan sepejabat suami. Dan dia juga pernah sent gmbr separuh bo**l kat suami. Allahu Akhbar. Besar nya dugaan ini.. besarnya harga sebuah pengalaman hdup.

    Yg paling sedih,bila sy mempertahankan hak sy, dgn bersemuka dgn perempuan2 ini,sy yg kena kecam “tdk menjaga aib suami & tdk pandai menjaga suami”. Wahai suamiku,andai engkau tau setiap pengorbanan aku ketika engkau tdk ckup duit,di ms engkau sakit terlantar di hospital,ms kau bersedih,di ms engkau ingin kan sesuatu tp duit x ckup,kau tdk akan sampai ht mengkhianati aku sprti ini. Wahai perempuan,aku tlh menjaga suamiku semampu yg boleh,melebihi yg apa yg sepatutnya,engkau tdk akan sampai ht menuduhku “tdk pandai menjaga suami”. Allah ini adil sifatNya. Itulah imanku.

    • Avatar anon says:

      assalamualaikum…
      mereka menuduh kita semata-mata untuk menyedapkan hati mereka semata2, sedangkan hakikatnya hanya kita dan allah yg tahu…

    • Avatar Noor says:

      Pelikkan dgn namanya suami…ckpnya semuanya nk betul…ckp isteri…dibidas dgn dalil…tapi…bila isteri dpt syak sesuatu…dia gunakan paksaan utk kita terima dia kawen lagi…tendang kita…senyap pakaian kita hingga terlondeh…itu ke…namanya mahu poligami

  6. Avatar Hana says:

    Sedih baca luahan LIN tu.. Sya plak tk tau nk ckp, bahgia atau tk.. Kdng bahgia, kdng rasa tk.. Kdng rasa terhina, kdng rasa kecilnya dri nie.. Mcm2 rasa.. Sy berkahwen dgn seorg yg 15 tahun muda dari sy.. Sy dh tua.. Tp tk tau apa yg suami nmpak kt sya masa tu.. Mass mula kahwen sy tk suka pn dgn suami, sy pilih dy kerana ALLAH, pasal apa? Sebelum suami dtg merisik, ad 2org dtg merisik sblum suami, tp sy tolak.. Kerana kurang pengatahuan agama.. Sy nie bodoh pat agama,sbb tu sy cari yg pndai dn boleh membimbing sy ke syurga.. Insya allah.. Tp semua pada awal perkahwenan jek bahgia.. Kira sy kahwen,bercinta selepas bernikah..

    Skrg usia perkahwenan kami dh 5 tahun.. Sy tk dikurniakan anak lg.. Sblum suami,sy nie jnda,sy memang tkde anak.. Sy ad bela anak angkat 2org.. Sorg18 tahun dn sorg lg 11 tahun,kdng2 sy terasa dri nie kecil,sy tau sy tk boleh mengangdung.. Suami sy ckp tk kesah,kalau ad,ad lah,kalau tkde bkn rezeki namanya.. Tp sebagai seorg isteri,sy teringin mempunyai zuriat sendri.. Sy redha andai ditakdirkan suami sy kawen lg satu.. Jauh disudut ati nie teramat pedih,tp apa lg yg perlu sy lakukan.. Suami yg awal berkahwen sgt2 baik dn mnjd imam pd sy,tp skrg semuanya musnah,org yg sy ingt taat pd perintah agama,rupa2nya.. Biar lah sy saja yg tau..

    Skrg dh tk lg solat,lebihkn kahwan dri keluarga,kalau bertngkar dgn sy,keluar smpai tk balik beberapa ari,sy nie dh mcm ppuan simpanan plak.. Sy hanya mampu menangis,semua keperluan uma sy yg tgung,sy yg berusha sndri,suami kerja kejap2 pastu berhnti,tk pernah kerja tetap.. Sy sgup ssh payah dgn dy,tp dy lngsng dh tk hargai.. Skrg nie pn dy tk balik,alasan nk kan ketenangan,ni lah dugaan berkahwen dgn lelaki muda,masih tk puas enjoy,lepak smpai ke pg,suka buang masa dgn kwan2 yg tk mendtgkan apa2,kalau dlu berckap dgn sy penuh sopan sntun,skrg madah nk tgikan suara jek.. Tengking selagi boleh.. Otak sy dh jem,tk boleh berfikir dgn waras ag.. Sy tk nk penceraian,kerana kalau sy bercerai nie dh ke 3kali.. Semua akn meyalahkan sy.. Kadang2 rasa dunia nie tk adil untuk sy… Apakah yg patut sy buat.. :(

    • Avatar Dewi says:

      Salah pilih laki.

  7. Avatar Lisa says:

    Memang pon jantan mcm tu tak guna btol

  8. Avatar Hajar says:

    Sabar hana..Allah mndgr doa orng2 yang teraniya..biarkn dya..solat doa byk2..siti khadijah pun brkahwen dgn rasulullah..muda dr dya..tp subhanallah..dya bhagia..

    • Avatar D says:

      tapi cmna klo orang yg tak mampu tp nk kawin lain…
      kalau mampu x kesah la kn…
      ni x mampu.. duit nafkah pun x bg… nk kawin lg.. tah jadi apa lps ni ek
      sabar ja la sy.m

    • Avatar Noor says:

      Setuju… laki2 yg jenis…nmpk duit poket penuh…nk cpt tambah bini…hutangw lama…dia buat ignore…isteri juga yg kena settle tiap2 bulan tolak gaji

  9. Avatar Kemboja says:

    Apa blh kita kata lg.. Dh itu sifatnya seorg jantan. Semoga dibagi ruang n peluang untuk kembali ke jalan yg benar. Retak dihati xdapat nk dicantum kembali. Luka akan semakin parah… Sabar pada yg merasa derita ini..

    • Avatar aiba says:

      amin amin… semoga suami saya sedar suatu hari nati

  10. Avatar Alin says:

    Sdey bile bace kisah2 org laen..sy pn ad kisah sy sndri..sy dh kawen 5 thun, dh ad 2 org ank..tp kami pjj sejk dr awal kawen..suami di selngr & sy d pntai tmur..pjj ats dsar kerja..ank2 semua dgn sy..suami mmg seorg yg baek, mkn pkai sy & ank2 sntiase ckup..awal 2017, prkhwinan kami dilanda musibah..hadir seorg prmpuan, single lg..mngaku dh brsekedudukn dgn suami sy dh 2 thun..hanya tuhan yg thu betape hncur ati sy..

    suami pn mngaku yg die mmg tggal dgn prmpuan tu..bile sy dtg rumh suami, dorng akn pack semua brg prmpuan tu, prmpuan tu akn tumpng rumh kwn2 die..pling lame syg akn tggal ngan suami dlm 4@ 5hri je..mmg x kn lame coz sy pn kerje..mne nk smpan cuti utk ank2 sakit lg..alasan yg diberikn pd sy, sy x jge mkn pkai suami..

    Kami brpisah, sy mtk utk diceraikn..suami mmg x nk ceraikan tp bile sy desak..die lafaz kn talak 1 pd sy..bile dlm tempoh edah, kami brbncng elok2 dh kami fkir pasal ank2..ank2 x brsalh utk trime akibt dr prbuatan ibubapa..sy trime suami kmbali ats sbb ank2 coz ank2 mmg rapat dgn ayh dorng..

    Sy nk tnye pndapat shabat2 semua..ptut ke sy tggal dgn suami, brenti keje utk brsame dgn suami n ank2..sy keje gomen, syg jugk bile nk resign..

    • Avatar Anonymous says:

      Jangan pikir pasal nak berhenti kerja.. Bukan senang nak cari kerja zaman sekarang..

    • Avatar anon says:

      mohon untuk bertukar kalau kerja dgn persekutuan…

    • Avatar Ejat says:

      Bgus nye puan..dmi ank2 sgup memaaf kan si suami itu..semoga puan berbhagia hingga jannah..

  11. Avatar Zarina Zainuddin says:

    Kadang2 hidup ni memang x adil klu di fikir kan.. Tapi semua tu ada hikmah.. Allah temukan kita dgn org yg salah supaya kita lebih cinta padanya drpd cinta kepada manusia.. Supaya kita x berharap pada manusia dan sentiasa berharap pada Allah…. Apa pun kita kena tawakal padanya.. Buat keputusan kerana Allah jangan utk sesiapa… Klu ini jalannya kita mengapai cinta syurga Allah redho lah… Kerana cinta Akhirat yg haqiqi… Cari jalan utk bersatu semula.. Cuba cari kerja lain utk bersama dgn suami.. Mungkin ada salah kita dgn Allah yg perlu kita perbaiki…. Jadi yg lebih baik…

  12. Avatar nurulhairin says:

    saya pernah gaduh besar…sbb asyik keje luar jer sejak..tukar dept ..asyik busy jer…memang cari rezeki tpi dlm 2 bulan nie kadang2..sy pikir..adakah sy nie x penting bg hidup dier..sy setia dgn dier tpi dier sy x tahu la sbb 24 hour pegang hand fon….lebih kan member..dan sbgnyer..kadang2 sakit hati..

  13. Avatar Wife teraniaya says:

    Suami pon banyak kali kantoi dari wechat. Semua lucah2. Dari zaman btunang lg. konon bagi peluang kawen sbb dia brubah. Ternyata jantan kaki betina ni sampai mati xkan berubah.

    Skrg saya dah immune. Kantoi je saya pendam. Tp kadang sy meletup jugak sbb da lama pendam tapi bila meletup. Kita jugak yg d maki balik. Jawapan dia “sukahati aku lah”. Mcm sial jantan.

    Org ckap klau ada masalah bincang elok2. Saya dah tak boleh bincang. Sbb klau ajak bincang, mesti end up saya kena maki. Pernah jugak terlintas nak jadi sexy sebab dia suka tengok. Dah tu tau plak dia ckap haram da kawen bagai. Kau tu cari sundal tak tau plak halal haram.

    Mmg hilang hormat dengan suami mcm ni. Tawar hati.

  14. Avatar Wife teraniaya says:

    Lagi satu, nak kata saya xpandai jaga suami. Saya xpernah pakai baju kelawar dlam rumah. Smua sexy. Body pon tak gemuk. Sy mekap. Saya jaga makan pakai dia. Xpernah tinggal. Saya sanggup korban masa depan (career) saya untuk dia.

  15. Avatar Iera says:

    Itu la yg aku rase skrg ni. Cacian maki. Asyik cr salah aku. Hilng kemesraan. Semua hilng. Xpe aku mls nk siasat kli kedua. Klu Allah nk tunjuk sekejap je.

  16. Avatar Hati yg terluka says:

    APe yg ditunjukn kat atas semua ada tanda pada suami sy skrng.sy btl2 sedih ,sebelum nie dia xpernh lyn sy mcm nie..setiap kali tanya mcm2 alasan yg dia bg dn suka sgt marah2 sy.kami berkenalan 5thn dan berkawin baru 2thn sy sudah ada seorg ank lelaki berumur sethn lbh.sekarang sy sedang mengandung ank kedua.sedih sgt bila suami buat kita seperti xwujud.Suami jenis yg susah untk nk ajk berbincang.setiap kali sy tnye kemana dia pergi selalu blk lambat xkn pernh ade jwpn.Hancurnye hati seorg isteri bila th suami curang.kadang2 sy buntu ape yg patut sy lalukan sy btl2 tertekan ank2 kecik lg.

  17. Avatar humaira says:

    Untuk teman2 sekalian, allah maha adil. Jgan sedih. Apabila kita teraniaya allah akan tunjuk satu persatu balasan kepada orang yang menganiaya kita..

    • Avatar Sikin says:

      Aaminn

  18. Avatar aisyahinsyirah says:

    Saya ingin kongsi dgn rakan bhawa org lelaki ni mempunyai ego tinggi. Di awal perkahwinan semua baik2 belaka
    .setelah kawin masuk tahun ke 5 suami berubah jdi seorg yg bengis dn panas baran..suka hina, herdik, tengking. Saya seorg mahasiswi phd. Hanya allah tahu kesedihan saya dgn sikap suami. Wlau sibuk dgn tesis saya jg usaha sungguh2 urus rumah agar kemas, urus 2 ank yg msih kecil, memasak, basuh pkaian dn layan kerenah ank2. Suami umpama x wujud dlam. Balik dari kerja hnya cari salah.perkara kecil dibesarkn.

    Kakak ipar pula masuk campur. Dn mengapi-apikan agar suami benci kpda saya.saya hampir diceraikn gara2 ipar2 duai memburuk2kan saya.

    Saya teraniaya.selama ni saya bnyak menangis krna kesal
    Dgn sikap suami suka cari salah. Saya bnyak doa mga allah bntu saya. Terkini suami bnyak main phone.kadang2 tsenyum sorang2. Satu hari dlam kul 1 pagi ank nangis nk susu.waktu tu tdengar pbualan manja suami dgn perempuan lain.ya allah hsncurnya hati ini..

    Retaknya hati ini hnya allah yg tahu.isi perbualan tersebut saya sempat dengar mereka merancang utk bkahwin..ya allah selama ini saya dh cuba buat yg tbaik utk mbahagiakn suami.tpi suami curang..hati ini dh tawar sngat kat suami

  19. Avatar romayzie says:

    kak alin…jgn bhnti..kja ja…suh laki kak tu bhnti keja dok umah jga anak..akak kja sara lepa…klu kak yg resign syg la kja la pyah..biaq laki ja dok umah ….bg dia jga ank…

    • Avatar Aisyah says:

      Assalamualaikum..sedih nya baca komen2 kamu semua..sy pun begitu juga.. terlampau bnyk dugaan yg dtg smpai air mata da kering..menangis tersedu sedu pun tiada guna juga..btul tak..buang masa je buang air mata..ppuan zaman skrg mna peduli..baik laki org ke..bapa org ke..datuk org ke..klau da bawa tu gtal suda..dia mau juga tu..kita ppuan ni jgn tkut sngat kena tnggal kn suami..klau berstatus janda skali pun..xde sala..apa org ckp..janda lagi menanwan..cewahh..klau sy bab2 begini..cuma 1 je sy ckp dkt suami..klau awak lafaz talak mcm mna skali pun..sy x rugi..klau sy berstatus janda skali pun bnyk lelaki suka dkt luar sana..x rugi..x rugi..setakat suami dayus kedekut sama bini anak..klau dia mati skali pun..sy bersumpah sy tak kn jatuh air mata..da ckup tersiksa da..

    • Avatar Azira says:

      Assalamualaikum, sedih saya baca kisah2 awk semua, harap kamu semua kuat.. lain pula dgn kisah saya, dpt suami yg bertanggungjwb, nafkah zahir batin xprnh di abaikan, cuma kdg2 duit dia xckup saya ada tolong2 sikit la wlupon saya dah xkeje.. cuma suami suka add fb/istagram pompuan lain, yg paling sedihnya.. dia suka tgk gmbr pornovideo porno sume tu, gmbr sexy pompuan, saya prnh nmpk dlm phone dia.. luluh hati saya, bila tanya kdg dia akan mengaku, kdg kita blk dia marah…

      Saya ada minta cerai sbb xtahan dah, tp ada 1 ketika tu dia kata g mahkamah sana klu nk cerai atau g ckp dgn ayah awk yg awk nk cerai, smcm saya yg bersalah… Apa patut saya buat? Anak saya masih kecil 1tahun lbh, kdg sedih bila pndg wajah anak… Adakah saya ni terlalu cemburu? Fyi, mkn minum suami sume saya jg, penampilan saya jg agar suami happy bila blk keje

  20. Avatar romayzie says:

    kakak ipar aku lg dashat…keje gomen…laki dia tu raja seks buncit dan hodoh..kwin tu sbb dh terkena ilmu dri si buncit bodoh tu..dh la laki tu pegawai gomen..jd bini ke 3 dah kak ipar aku tu..13 total anak2…masih xpuas dok mncri lg tino..yg xtahan tu adik2 bni dia pun dia nk try..klu tgok muka tu mcm nk mntak kaki je..duit semua belasah yg bni ke 3…duit dia entah kemana.anak2 mna dua sara..mntak lg ada duit..loan bni dia sebat…kat kredit dia sebat bni byar…ilmu kuat buncit tu smpi bni ikut sj ckp dia smpi nk adik2 dia pun kak ipar aku bg..tp alhmdlah xjd pape allah selamat..laki tua tu jauh beza umur dgn kak ipar aku…lepa nikoh sbb tua tu dh buat ilmu ke kakak ipar aku…bodoh pnya tua…smpi la dok menggatal lg …tu aku bjya selamatkan adik dia dgn nikoh dgn adik dia..klu x jadi mngsa dia..kakak dia ikut ja ckp tua tu klu tua tu nak….

  21. Avatar maisarah says:

    Mmg dasar jantan gatal. Kita dah layan elok2 makan minum pakai semua terjaga. Kalau atas meja tu, makanan dah terhidang, selagi kita tak sendukkan kuah, dia x makan selg kita tak amikkan. baru nak 2 suap kat mulut, dah minta tambah lagi nasi. Makanpun ala kadar, takda feel langsung. Kita lebih kurang tak berkira dgn dia, tp buat perangai curang jugak.

    Selama ni x ambik pot. Nak beli barang dapur ke, gi beli makanan ke. Keadaan tiba2 bertukar. tak semena2 hulur duit masa aku nak gi pasar. Lps tu hulur duit masa aku nak gi klinik gigi. Hulur duit lagi katanya belilah makanan x payah masak malam ni, bini abang rehatlah ya penat.

    Tak guna punya jantan. Rupanya dia main wayang. Tau2 tgh mengayat anak dara yang x berapa muda,. Mmg dasar jantan tak guna. Patutlah tido lambat dok layan hp, sampai aku tertido sendiri. Awal pagi pun dah melayan hp. Aku sedar dia kusyuk dgn hp masa kul 4-5 pagi. Tapi masa tu aku x tahu apa2.

    Bila dah terkantoi, dia menangis teresak-esak, pujuk rayuan mengalah kucing hilang anak. Tak tentu arah. Airmata mahu 2 baldi dengan drama sinentron. Dia lg banyak nangis dari aku sendiri. Aku bagi sebijik2 biar padan muka dia. Sebab kau geram, selama ni kita dok setia jaga rumahtangga, dia pulak sedap menggatal. Padahal selama ni dialah plg panas baran, cemburu buta x boleh tengok atau tahu ada lelaki pandang, lambai, tegur kita.

    Sekarang ni, aku dah minta cerai. Tunggu keputusan mahkamah je. Lega otak aku. Baik aku hidup dari habiskan masa aku dgn jantan tak guna.

    • Avatar Dewi Ain says:

      Tu yg silap, org laki jgn dibagi duit

  22. Avatar Zuraidah says:

    Baca nasib kaum ku.. aduh pedihnya..
    knp la lelaki ni jahat sgt… oiii…jantan xguna. Klu nk bini jd baik, tunai la tgjwb tu. Geram ni.. sumpah biar dia xkerja, xda hp, baru ada akai. Pastu kita tyg kat dia, kita dok main fb dpn dia…Hihihi…

  23. Avatar Nursyafiqah Moktar says:

    ramai rupanya yg jd mangsa curang. kl tau jd mcm ni, lebih baik single sampai mampos… lagi senang. x payah pikir ttg org lain. pk hal sndr je… eh semak betol…

  24. Avatar Rinah says:

    Alhamdulillah no 13 mmng terbaik, Allah tunjukkn dia mula berterus terang…
    bila dah tahu apa lg, mngamuk lah…tp lps tu cool sndiri.

    Dn skrng dia minta maaf , tp kpercayaan bukan 100℅ lagi dah turun 55℅ je.
    Dia plk pndiam sgt…sy sebaliknya.

    Rupanya semua lelaki sama ujiannya pd wanita.
    Tak kira alim tak alim.

  25. Avatar Ceqnoq says:

    Saya minta izin utk kongsi artikel nie boleh..utk simpanan & rujukkan peribadi ..

    • Avatar Miz says:

      Geram bila di fikirkan.. dh berkali2 kantoi.. tp macam buat lg je… Harap2 tidaklah kali ni…karang aku lari lg balik kampung.. tinggal kan dia terkontang kanting… Aku ni diam je.. tgk perangai… Haritu bkn main merayu rayu … Nk ulang lg ke?…anak dah 5.. pk skit.. duit rmh, bil air, bil api semua aku bayar… Nk cari apa lagi?.. kerja kau.. cari duit untuk besarkan anak anak bkn cari betina buat simpanan kat tepi… Aku ni xcukup lg ke?…

  26. Avatar Cik tifa says:

    Suami sy kantoi dgn sy terakam perbuatan Tel 12 minit. So sy selidik. Guna mama lelaki. Durasi call 27 m, 10m, 18m….Pg ptg, mlm. Frust sgt. Bincang dn mengaku. Dah 3 Kali dating. Ngaku tak de ape2. Haprak.ok maafkn. Tapi dah sebulan lebih bila geram sy Naik angin. Susah control. Sayang Ada dirumah boleh kelentong saya. Pasangan janda anak 2. Suara gedik. Selamba sakitkn hati sy.

    • Avatar Noor says:

      Saya dh biasa…. instinct isteri mmg dpt rasa curang suami…bohongla..isteri tu dikata memfitnah… pelikkan laki ni…habis madu sepah dibuang…mmg nafsu jerung kot

  27. Avatar ami says:

    hai ayahku tk taulh nk panggil kau ayah ke pe, mak ku lah jaga urut time kau sakit, bgi makan masa tkde duit, mak pun tk komplain masa dia tk bagi nafkah. sanggup kata mak ku “kau tu gemuk mcm bab1” bila mak bagitau baik2 jangn kluar dgn pompuan tu. anak2 kebulur nasib ada bantuan sekolah/uni (sya di uni masa ayah ckp tu,time tu dia tk tau adik form 5 tgh demam kt rumah) gaduh dgn mak n adik lepas tu buat report polis kata adik pukul dia ,last2 terbukti dia sendiri terjatuh masa nk keluar, tipu adik bredik dia kta anak pukul dia.cikgu counseling aku pun panngil ayah ke sekolah sebb cikgu adiku perasan masalh adiku.cikgu nasihat kata penyibuk

    bapakx2 kat luar sana ,ingat keluarga kau,jgn smpai anak tk ngaku kau tu bapak kau, dosa kau terbawa ke kubur. pompuan simpanan kau tu nk duit je ,bila duit dah keirng tinggal baju ,pompuan laknat hilang cari laki lain ,isteri kau tk terima kau.

    ya bapak ku ada isteri sebelum mak saya, cerai bila bekas isteri soalkn curangnya dan bercerai. anak bekas isteri dia sanggup bin bapa tiri . lihat betapa bencinya anak tu

  28. Avatar Norjamira says:

    Suami jgnlah di beri kepercayaan 100%..sebagai isteri kita kene limitkan kepercayaan kita thadap mereka…kita boleh hidup susah dgn mereka…tetapi mereka lebih gemar mhabiskan masa utk keseronokan diri mereka saja…sbg isteri…kita kene ada duit dan back up utk diri kita…ada ape2…bersujudlah pada Allah yg satu…insya Allah

  29. Avatar Ms. Freedom says:

    Lelaki mmg ada je jnis tak guna ni. Senang je korang nk ajar. Kalau korang kurang cantik, pegi saloon spa pasang badan. Lepastu korang curang balik dgn dia. Bt sama apa yang dia bt dekat korang. Klu dh memang cantik tp laki korang buta jgk, korang tunggu apa lagi.. Angkat kaki jelaa. Tak payah pikir anak, anak akan paham jugak nti dari ada bapak tak guna hari-hari mak makan hati. Lagi-lagi nyampah dgn lelaki yang bajet2 berduit kepok2 tapi tak sedar HP yang dia pakai sibuk letak password tu pon wife dye yg bagi. Belajar dari pengalaman, klu nk bg hadiah dkt suami jgn bg HP. HP tu jgk akn bt hakak2 makan hati nti.

    • Avatar Suphia Tabed says:

      Hi sis…yup setuju sis,nak letak password segla bt apa .. plik sakit lagi tiba2 pula ada ppuan chat bgi offer harga dkat laki kita,bila ditnya .laki ckp “xtau.. dia xknal ppuan ppuan tu, dan xprna bgi no HP dkat ppuan tu, hancur hati saya sis.

  30. Avatar Mangsa says:

    ya Allah semua tanda2 ni ada pd suami saya kecuali no. 12. Suami saya kantoi oleh saya sendiri waktu bulan Ramadhan tahun los. Remuk tul hati bila dikhianati. Suami curang ni mmg mengalahkan artist lgi lakonan mereka. Ya Allah sesungguhnya Allah maha mengetahui semuanya. Suami bawa grab kita relakan demi mencari rezeki. Tapi sambil menyelam minum air. Sempat bermaksiat dgn janda yg pernah berkahwin sebyk 2x. Belum cerai dh bercinta dgn suami saya. Dua2 penipu. Dua2 pengkhianat. Hubungan rahsia mereka sehingga saat ini. Sanggup janda tu musnahkan rumahtangga saya. Saya tak percaya kn suami lagi. Hati2 ye kaum hawa senasib saya. Jgn mudah percaya dgn suami. Saya dh rasa. Bkm mudah utk terima. Sekarang hanya doa dan tawakkal je. Tapi aku tak ampunkn kau janda (Ila) sbb runtuhkan rumahtangga aku. Aku kecewa dgn abg 😓

  31. Avatar masnina says:

    saya pn sama
    hati luluh bila dpt tau suami curang
    kes sya kain siket dot tau pn selepas suami dh putus hubungan ngn betina tu.. selepas dua thhn mereka berpisah
    yang sedih sya dpt tau suami curang dh lama .. 8 thn bersama ngn tino celaka tu.. sy tk dpt hidu lngsung sbb laki ni pandai simpan rahsiasuami dating ujung minggu atas alasan keja

    tpi setelah dpt tau dr tino tu yg suami besa trlanjur dgnnya
    sy jdi buntu dn sedih teramat sgt
    mcm besa suami ckp sekadar berfoya2 tk lebih dr tu
    tpi betulkah suami foya2 smpai 8 thn tnpa lakukan benda2 yg trlarang.. patutkah sy percaya pd penipuan ni
    sy hilang hormat dn x percaya pd suami skrng ni
    apa perlu sy buat

  32. Avatar Iqa says:

    Asalamualaikum, sy iqa ,sy dh berumur 21 tahun untuk tahun 2020 ni.. Sy berkahwen tahun 2017 ,waktu tu umur baru 18 tahun. Saya berkahwin sebb sy mengandung ank luar nikah. Memng salah saya terlalu percaya ikut ckp dy. Tpy di saat saya di paksa tu ,saya dh xblh nk buat ape mse tu.. Sy menangis selepas dy lakukn itu pada sy. Tpy dy melarng menangis dan mengatakan dy tidak akn amik tau bila sy menangis. Dlm masa 2 minggu sy mcm rasa x sedap badan dan cuba untuk minum air yg bergas.berape hari tu kawan sekerja sy menegur yang badan sy nmpk berisi dari biasa ,tpy memng sy dh perasan sebb baju mkin ketat. Sy pom bergaduh ngn mak sy sendri sebb nk kwen. Smpai mak sy halau sy… Dan dy bawak sy kerumhnya. Tpy waktu untuk berkahwen. ..dy tunjuk perangai dy yg sebenar.. Hmmm x tau nk buat ape….. Selepas berkhwen bnyk dugaan yg dtng… Mcm2 sy tnggong… Derita penuh dlm hidup sy. Dn smpai sekrng dy buat blik perangai dy smpai kata kn mcm ada owg lain…xblh bergurau… Ape lgyx cukup, sy dh cuba jdy yg lebih baik… Hmmm…..

  33. Avatar Suzana says:

    Sape suruh setia.. Kasi curang jugalah.. Bhahahah.. What ugive U getback!

  34. Avatar Sikin says:

    Semua kecurangan adalah dari sikap individu itu sendiri. Hanya Allah tempat mengadu dan yakinkanlah dalam hati agar ada ketenangan jiwa untuk yang teraniya. Semua ini ujian hidup di dunia. Amalkan membaca Al-Quran setiap kali bersedih ( cth : surah Ali Imran ayat 31 ) solat sunat, berzikir, banyakan bersedekah dan memaafkan. Kita hidup di dunia bukan lama, akhirat yang lebih kekal abadi & ingat Allah ada setiap masa. Setiap kesalahan hanya Allah yang akan mengadili di akhirat. Kita pun akan disoal tentang kehidupan di hadapan Allah nanti. Doakan yang baik-baik untuk kehidupan di dunia & akhirat. Moga Allah tempatkan kita semua di syurga yang tiada nilainya jika dibandingkan dengan kehidupan dunia ini. Cintai Allah & mengingatiNya lebih utama dari yang lain-lain.

  35. Avatar Adibah says:

    Ternyata bnyak kecurangan di dunia ni saya pun xterkecuali tp Allah sebaik2 perancang….laki kalau dah curang tinggalkan saja jgn fikir untuk anak2 fikir kita brapa lama dah berkorban…masa jaga anak2 kita makan pakai kita kadang2 bg duit ambik balik kita jugak jd x bermakna kalau kita saja yg berkorban dia seronok pi kerja mmg la penat sikit tapi xsepenat jaga anak yg semua masih kecil mudah ckp try tengok skali jaga anak dan ka nak pi toilet hahahaha…jd lebih baik lepas kan pi lah nak berfoya ka nak merenyih ka nak menggatai ka snang xpayah kalut2 nak pikir ada bini xguna ngn ank2 menyemak dlam hidup jantan keparat

  36. Avatar Laila says:

    Seksa sangat rasanya hati ni bila tahu suami curang. Kekadang fikir apa lagi yang kurang dgn diri ini. Kalau diingat pengorbanan diri utk rumahtangga, Ya Allah..hancur berkecai hati bila tahu suami curang di belakang. Kami tinggal berjauhan hampir 10 tahun atas sebab kerja. Saya keseorangan menjaga anak2 disini, hanya bertemu suami sebulan sekali. Saya bekerja, mengurus anak2 dan pada masa yg sama saya sdg lanjutkan pelajaran di peringkat PHD secara separuh masa. Bayangkan komitmen dan pengorbanan saya utk keluarga. Saat anak2 sakit masuk keluar hospital pun saya seorang yg mengurus. Saat saya sakit juga saya seorang yg tetap kena uruskan anak2.

    Betapa hancurnya hati bila tahu suami rupanya sedang bahagia di sana. Bila disiasat, rupanya bawa pompuan simpanan bercuti ke sana sini. Bila dengan saya, sentiasa alasan ikat perut tiada duit. Saya juga terpaksa tanggung segala hutang piutang rumahtangga kerana suami blacklisted. Tapi bila disiasat, rupanya bukan main bahagia dia bercinta disana. Karaoke, tgk wayang, pergi night clubs, pergi holiday sana sini. Patut lah perangai berubah sangat. Semua tanda2 yg disebut kat atas tu semua ada. Bila balik berjumpa saya, asyik marah2 dan semua benda tak kena. Nafkah batin pun dah tak mampu bagi sebab dah cukup bekalan dari kekasih hati.

    Ya Allah…seksa sgt melalui detik2 ini. Saya tuntut penceraian di mahkamah tapi 2 tahun naik turun mahkamah, dia enggan ceraikan saya dan digantung tak bertali. Sedang dia disana teruskan cinta seperti tiada apa2. Perempuan tu pula sengaja menyakitkan hati. Update status berbahagia dgn suami saya tiap hari. Kami disini tinggal di flat buruk, suami pula tinggal di luxury villa di sana dan hidup ibarat org bujang yg kaya raya. Berumah mewah, berkereta hebat. Tp saya disini hidup menyara anak dgn duit saya sendiri. Hati ni dah terlalu hancur. Tiap hari berdoa Allah bg balasan yg setimpal kepada mereka.

    • Avatar MAMIE says:

      ya ALLAH TABAHNYA

  37. Avatar lim says:

    dkt ciri2 lelaki curang ni x de pun pada ayah saya tapi.. knp mak saya selalu tuduh ayah saya curang… hmmm :(

  38. Avatar MAMIE says:

    SUAMI SAYA SUKA MELAYAN PEREMPUAN YANG GEDIK..BILA BUAT PANGGILAN SIAP ADA PANGGILAN SAYANG DAN DALING .TAK PE TUHAN MAHA ADIL .MOGA MEREKA DIBERIKAN GANJARAN.

  39. Avatar Suphia Tabed says:

    Nak tanya, siapa ada pengalaman mcm sya, baru2 ni..tiba2 ada chat ppuan dekat HP husband sya. Bila ditnya, laki saya langsung tak kenal ppuan tu, ppuan tu.. bgi offer harga lg untuk puaskn nafsu Setan dia, saya jdi keliru dan bingung.. apa pndpat kmu org, mcm mna tu ppuan boleh chat laki kita?

  40. Avatar Syera says:

    Ni baru basic je, paling recent kt social media, korang check search dia, dia selalu search siapa . Tu bole buat kantoi .

    Satu lagi observe pattern search tu, tiber dah clear semua search tu.

  41. Avatar ALIN hana says:

    Wahai sahabat semua Yg susah duit jom selawat beribu ribu untung dpt berkat dpt sakit hati pun hilang .tryla saya dah cuba.duit ada je masuk.solat 5 waktu jgn tinggal.itu je pengubat

  42. Avatar Norhayati Abd Aziz says:

    kes suami curang berkali2 kerap trjadi.Mtk cerai dia xnk lepaskan.So utk backup,Mntak dia sign borang taklik,jika dia buat lagi…atau nikah diam2 tanpa rela kita,jatuh talak 1

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *