Perempuan Macam Manakah Yang Menjadi Pilihan Lelaki?

sarung-cincin-ke-tangan

Banyak faktor yang memungkinkan seseorang wanita itu menjadi pilihan si jejaka.

Namun, di sini ingin diketengahkan tujuh faktor utama yang menjadi perhatian si jejaka dalam memilih pasangan mereka.

=> Mengintip 13 “Rahsia Lelaki” Yang Bukan Lagi Rahsia

1. Ilmu Agama

Yang pertama sudah pasti tuntutan agama.

Kaum hawa yang memiliki ilmu agama yang baik sudah pasti menjadi dambaran semua kaum adam.

=> Perlukah Kita Takut Dan Risau Jika Jodoh Datang Lambat?

Ilmu agama menjadi asas penting dalam sesebuah perhubungan kerana agama mampu menjadi hala tuju perhubungan yang baik untuk pasangan.

Usah risau jika anda tidak memiliki ilmu agama yang baik, ini tidak bermakna anda tidak boleh menjalinkan hubungan atau berumah tangga, kerana ia masih boleh dipelajari walaupun setelah berumah tangga kerana proses pembelajaran adalah sepanjang hayat.

 

2. Jadi Diri Sendiri

Sebaik-baik manusia adalah mereka yang menjadi diri sendiri.

Bagi memikat hati seorang lelaki, kamu tidak perlu menjadi orang lain.

Cukup dengan menjadi siapa diri kamu yang sebenarnya.

Jangan sesekali menjadi wanita yang si dia inginkan kerana si dia sebenarnya jatuh hati bukan pada diri kamu yang sebenarnya tetapi pada bayangan yang si dia mahukan.

Adalah tidak baik bagi kamu kerana kamu tidak dicintai seikhlas hati si dia.

Seteruk dan seburuk mana pun diri kamu, itu adalah diri kamu.

Dari situ kamu mampu menilai keikhlasan pada diri si dia.

Sama ada si dia mampu menerima kekurangan dan kelebihan kamu atau tidak.

Yang paling penting, kamu tidak perlu berpura-pura menjadi orang lain seumur hidup kamu.

Jika kesempurnaan yang si dia dambarkan, percayalah, mereka tidak akan pernah temui kerana tiada apa yang sempurna di dunia ini.

Kadang kala yang kecil itu lah kesempurnaan.

Namun, jika kamu merasakan diri kamu banyak kekurangan, kenapa tidak kamu perlahan-lahan cuba memperbaiki kelemahan diri demi kebaikkan diri.

Semoga niat yang baik dipermudah.

 

3. Jangan Sentiasa Merasakan Diri Itu Sempurna

Jangan lah bersungguh-sungguh mahu buktikan diri kamu terlalu sempurna sehingga tiada kurangnya.

Tidak salah jika sekali sekala kamu mengakui kelemahan diri kamu depan si dia.

Bukan lah bermaksud kamu memperbodohkan diri kamu.

=> 4 Cara Untuk Memutuskan Hubungan Daripada Lelaki Yang Tidak Serius

Cuma adakalanya manusia itu lemah.

Sebagai contoh saat kamu jatuh dan memerlukan sokongan.

Jangan pernah malu untuk memberitahu si dia yang kamu juga perlukan seseorang untuk meluahkan isi hati kamu.

Saat kamu menangis, kamu perlukan tempat untuk menangis.

Jangan setiap kali kamu menyatakan “I’m ok”, sedangkan saat itu kamu sangat memerlukan seseorang.

Jangan sesekali berharap signal “I’m ok” kamu itu akan difahami oleh si dia kerana lelaki selalu beranggapan apabila kamu memberitahu kamu adalah dalam keadaan baik, mereka benar-benar mempecayainya.

 

4. Jangan Cabar ‘Kelelakian‘ Lelaki

Jangan mencabar kelelakian lelaki bermaksud jangan sesekali mencabar ego lelaki kerana lelaki adalah sangat tidak menggemari jika ego mereka dicabar.

Fenomena hari ini, ramai wanita yang mengakui diri mereka setanding lelaki.

Sedangkan hakikatnya, lelaki dan wanita tetap tidak akan pernah sama.

Hebat mana pun seorang wanita itu, ‘sesado’ mana pun, seorang wanita tetap memerlukan sorang lelaki untuk menyokong mereka dari belakang.

Sebenarnya, lelaki juga mampu menilai tahap kemampuan seseorang wanita itu.

Jadi jangan ego ya!

 

5. Tabah

Wanita memang hatinya lembut dan mudah terusik.

Lasak macam mana pun seorang wanita itu, dia tetap wanita dan memiliki naluri sensitif itu.

Tapi yang membezakan seseorang wanita itu adalah bagaimana cara mereka mengawal tahap ketabahan hati mereka saat mereka bersedih.

=> Apa Yang Dimaksudkan Dengan Kahwin Kerana Allah?

Kebanyakkan lelaki lebih tertarik pada wanita yang tabah.

Bagi lelaki, wanita yang menangis itu adalah normal kerana itu adalah lumrah setiap manusia untuk menangis ketika mereka bersedih.

Tapi wanita yang mampu tersenyum semula selepas menangis adalah wanita yang kuat dan dikagumi oleh lelaki.

“Wanita yang tabah adalah wanita yang menangis di malam hari dan bangun dengan senyuman”.

Bagi lelaki wanita seperti ini mampu berdikari.

 

6. Terima Kelemahan Si Dia

Setiap manusia pasti ada kelemahan mereka tersendiri.

Sesempurna mana pun seseorang di mata orang lain, percaya lah, mereka tetap manusia yang jauh daripada kesempurnaan.

Wanita yang hebat tidak akan terus menghukum seorang lelaki dengan kelemahan mereka termasuk yang berkaitan dengan masa silam mereka.

Sebaliknya, belajarlah untuk memahami mereka.

Sebagai contoh jika seorang lelaki itu adalah pengamal hubungan sejenis sebelum ini, tidak salah jika kamu cuba memahami kaum seperti ini terlebih dahulu sebelum terus menilai mereka.

Jika niat mereka untuk berubah, biarkan masa silam mereka terus menjadi masa silam.

Jangan pernah ungkit kesilapan mereka.

=> 13 Perkara Yang Akan Terjadi Jika Anda Bercinta Dengan Suami Orang

Kamu bersama mereka untuk masa hadapan bukan berundur di masa silam mereka.

Kamu harus belajar menerima dirinya yang baru.

Jika kamu terus menghukum masa silam mereka, sampai bila mereka mahu menemui diri mereka yang baru?

Kenyataan di masa silam tidak akan pernah berubah.

Sedarlah, di saat kamu terus menghukum mereka, mereka lebih sedaya upaya untuk melawan kesilapan mereka selama ini.

Semua manusia mempunyai masa silam mereka.

 

7. Pendengar Setia

Lelaki dan ego tidak dapat dipisahkan.

Mereka selalu berusaha untuk menutupi kelemahan diri mereka.

Antara pekara yang paling sukar dilakukan oleh seorang lelaki adalah untuk berkongsi masalah mereka dengan orang lain terutama dengan kaum wanita kerana menurut mereka wanita ini kadang kala mulut tempayan.

Jadi bagi kaum wanita, beri ruang kepada lelaki untuk mendekati kamu untuk menjadikan kamu tempat untuk mereka berkongsi isi hati mereka.

Tidak susah, hanya mendengar.

Tetapi, apabila kamu telah mendapat kepercayaan mereka, jangan sesekali kamu mengkhianati mereka.




~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *