Perlukah Kita Takut Dan Risau Jika Jodoh Datang Lambat?

Tulisan Love

Tulisan Love ( Jamez Picard )

Bagi yang belum berkahwin walau usia sudah meningkat tahap belia, persoalan mengenai jodoh ini pasti mengganggu fikiran.

Apa tidaknya, hampir setiap bulan ada sahaja jemputan kahwin daripada kenalan atau sahabat, namun diri sendiri masih membujang.

10 Tempat Temujanji “Pertama” & Mungkin Juga “TERAKHIR” Bagi Wanita! >>

Lebih menggusarkan fikiran, soalan bertubi-tubi dari kawan-kawan dan saudara-mara.

“Kau bila lagi?”
“Kau bila lagi ni?”
“Kerja dah ada, apa lagi yang kau tunggu?”

Macam tak ada soalan lain nak tanya.


Jaminan Allah SWT


Persoalan mengenai jodoh ini jujurnya amat sesuai jika kita mengaitkannya dengan elemen agama.

Ini kerana jodoh, rezeki, ajal dan maut semuanya adalah atas ketentuan Allah SWT.

Di dalam Al-Quran telah dikhabarkan kepada kita jaminan daripada Allah yang berbunyi seperti ini;

“Dan Kami jadikan kamu berpasang-pasangan,” (Surah An-Naba’ 78:8)

Melalui ayat tersebut, nyatalah jaminan Allah SWT bahawa kita diciptakan berpasang-pasangan.

Jodoh kita ada, namun bila datangnya dia yang menjadi persoalan.

Baca juga : Kata Orang, Bunga Bukan Sekuntum, Kumbang Bukan Seekor


 Di Manakah Dikau Sang Pelengkap Hidup?


Bila sudah terlalu lama membujang, usia pula berjalan tiada hentinya, terbit pula rasa risau dan takut jika jodoh datang lambat.

Namun, yakinlah bahawa Allah Maha Mengetahui, tiada apa yang perlu ditakutkan.

Di dalam hadis ada berbunyi seperti ini,

“Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu tapi kau pasti mati. Berbuatlah sekehendakmu tapi kau pasti dibalas. Dan cintailah siapapun yang kau mau tapi engkau pasti berpisah dengannya.”
(HR. ath-Thabrani)

Kita mungkin telah berusaha sekuat upaya, kita mungkin telah merancang seteliti mana, namun jika jodoh masih tak tiba, jangan sesekali takut dan risau.

Pastinya Allah SWT sedang menguji kita, dan Dia tidak akan memberi kita ujian yang kita tidak mampu menanganinya.

Mungkin tertundanya ketibaan si dia adalah untuk mengajar kita erti menghargai.

Agar apabila kita sudah memiliki, kita akan sentiasa sabar dan mensyukuri.

Hubungan menjadi lebih indah, percintaan menjadi lebih manis lagi.

InsyaAllah.

Baca juga : Mari “Mengintip” 13 Rahsia Lelaki Yang Bukan Lagi Rahsia


Indah Pada Waktunya.


Masih ingat sang kupu-kupu yang cantik?

Asalnya dia adalah dari seekor ulat beluncas yang kelihatan hodoh dan menakutkan.

Namun, apabila tiba masanya, ia bertukar menjadi sang kupu-kupu indah yang menjadi sebutan mata yang memandang.

Mungkin tertundanya pertemuan kita dengan jodoh kita adalah kerana Allah ingin memberikan yang lebih baik lagi untuk kita.

Dan mungkin sekali apabila datangnya jodoh kita, tempoh panjang tadi telah menjadikan kita seorang yang matang untuk membina keluaga.

Bukankah itu lebih bererti untuk kita?

Ingatlah, Allah itu sebaik-baik perancang.




~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

1 Response

  1. Avatar syu says:

    Terbaiklah

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *