10 Cerita Novel Yang Saya Harap Ada Orang Lain Tolong Tuliskan

Idea Novel Yang Bercahaya

Idea Yang Bercahaya ( Clker )

Hai korang!

Bertemu kita kembali dalam segmen Sembang Santai Bersama Farrah Izzlorna.

Aceceh kau ingat kau famous sangat sampai nak ada slot sendiri, Farrah?

Novel pun baru satu yang terbit sob sob sob.

Okey sebelum aku melalut dengan lebih jauh, korang dah baca kan tajuk dekat atas tu.

Majoriti penulis tak dilahirkan sebagai penulis yang versatil.

Maksud aku, penulis yang boleh menulis bermacam-macam genre.

Satu-satunya novelis yang aku kenal yang boleh tulis kedua-dua genre cinta dan seram dengan baik adalah A. Darwisy.

Terutama genre seram.

Meremang bulu roma aku beb!

Aku sebenarnya suka baca novel seram, thriller, magik semua tu.

Aku ada beberapa idea yang bergelumang dalam otak aku untuk ditaip dalam Microsoft Word tu, tapi selalu tak berhasil sebab tak ada bakat huhu.

Aku ada idea, tapi aku tak tahu macam mana nak olah cerita selain daripada genre cinta.

Jadi, di sini aku nak nyatakan sepuluh idea cerita novel yang aku harap ada penulis lain boleh tolong tuliskan.

[ Aku Tak Tahu Kenapa Jari-Jemari Aku Ketika Ini.. Tak Boleh Berhenti Menaip ]

 

1. TIME TRAVEL

Oh, aku suka sangat cerita-cerita yang ada kaitan dengan pengembaraan merentasi masa ni.

Siri cerita Back to the Future tu kiranya aku minat habislah.

Tapi aku suka cerita yang mengembara ke masa lampau je.

Masa depan entahlah, otak aku tak boleh digest sebab terlampau tak logik hahaha.

Tapi sayang, kisah-kisah sebegini hanya dapat aku baca dalam buku-buku mat salih.

Kalau ada pun kat Malaysia ni, setahu aku hanya Ramlee Awang Mursyid saja yang pernah menulis cerita berkenaan time travel ni.

Tak best lah kalau hanya seorang je yang tulis pasal benda ni.

Aku nak jugak tengok kepelbagaian hehehe.

 

2. CERITA ALA-ALA ‘I’

Aku berani bet, korang yang Melayu ni mesti tak tahu cerita ‘I’ tu cerita apa, kan?

Cerita ‘I’ adalah sebuah filem Tamil, berkisarkan tentang seorang ahli bina badan yang akhirnya menjadi model dan bercinta dengan heroin yang cantik jelita.

Tapi, hidupnya berubah dan terpaksa meninggalkan heroin apabila dia telah disuntik dengan sejenis virus Influenza oleh orang-orang yang dengkikan kejayaannya, sehingga fizikalnya menjadi bongkok dan rupa dia dah macam raksasa.

Pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi sehinggalah akhirnya dia berjaya bersama heroin semula.

Aku suka sangat cerita-cerita unik macam ni.

Tak adalah asyik hero dan heroin terpaksa berpisah kerana salah seorang ada penyakit, mak mertua tak suka, kehadiran orang ketiga tak ada angin tak ada ribut, masalah syarikat juta-juta dan lain-lain lagi.

Bosan hahaha.

*padahal aku pun tulis cerita macam ni makan pelempang baru tahu*

 

3. CERITA BUDAK SEKOLAH ALA-ALA MANGA JEPUN

Sejujurnya, aku sangat suka baca manga.

Seribu kali lagi suka dari baca novel.

Sebab apa?

Sebab bagi aku, jalan cerita manga sangat best.

Unik, plot cerita best, terutama cerita pasal zaman persekolahan tu.

Serius aku cakap, aku langsung tak reti nak tulis cerita pasal budak-budak sekolah.

Jalan cerita aku mesti sama ada sangkut atau terlalu hambar sampai aku terpaksa rombak balik plot penceritaan agar tak payah melibatkan babak-babak kat sekolah.

Tulah siapa suruh kat sekolah dulu jadi loner sangat, kan dah terlepas segala keseronokan dunia cis.

Jadi kepada penulis di luar sana yang ada kenangan zaman persekolahan yang best, tolonglah abadikan dalam bentuk penulisan sebab aku sangat suka baca cerita macam ni.

Jadikan manga Jepun sebagai rujukan.

Kalau nak penulis Malaysia, karya Ratu Bulan pun boleh.

Contohnya novel Prince Charming.

Sumpah lawak dan best cerita ni hahaha.

 

4. CERITA CINTA ORANG YANG DUDUK DI KAMPUNG

Aku memang fail kalau nak tulis cerita berlatar belakangkan kampung ni.

Kampung pun tak ada, celik-celik mata dah nampak batu konkrit dan bangunan tinggi mencecah langit huhuhu.

Aku suka baca novel yang betul-betul berkisarkan orang biasa yang tinggal di kampung yang biasa.

Tak melibatkan Datuk Datin, bonda ayahanda, anak Tan Sri ada projek juta-juta, hero heroin belajar luar negara dan lain-lain.

Kan best kalau buat cerita hero tu seorang penoreh getah jatuh cinta dengan anak pengutip kelapa, kemudian berkahwin dan cabaran mereka adalah membesarkan anak-anak dengan ekonomi yang merudum ni.

Tapi si suami tetap sabar dan tetap menyayangi isteri dan anak-anak mereka.

Kan sweet cerita macam tu?

 

5. CERITA YANG MEWAKILI RAKYAT MARHAEN

Heroin baru tamat belajar, fresh graduate tapi dah dapat gaji empat angka.

Dalam novel, heroin digambarkan dari keluarga susah tapi duduk menyewa kat rumah teres dua tingkat bersama dua sahabatnya yang lain dekat tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Pergi kerja naik kereta, rasa-rasa habis gaji dekat minyak dan tol je.

Naik LRT pun dah mahal sekarang huhuhu.

Tolonglah, sangat tak logik!

Sekarang, mana ada majikan senang-senang nak bagi fresh graduate gaji banyak sampai boleh bayar sewa rumah ribu-ribu setiap bulan.

Sewa flat dekat Kuala Lumpur pun dah boleh masuk seribu, inikan pula rumah teres.

Manalah heroin tu nak cekau duit bayar.

Dahlah tu, siap ada kereta lagi.

Mana nak kirim duit kat kampung, bayar duit PTPTN.

Kadang-kadang cerita novel ni perlu berpijak pada bumi yang nyata.

Barulah orang yang baca pun akan terasa dekat dengan cerita tu.

 

6. GHOST HUNTER

Aku selalu baca novel seram, tapi aku jarang baca novel Melayu yang menceritakan tentang pemburu hantu.

Ala-ala Sam dan Dean Winchester dalam drama siri Supernatural.

Cuma baru-baru ni saja aku ada baca buku yang mengangkat tema yang serupa.

Karya Helmy Affendy yang bertajuk Dari Alam Lain, terbitan Buku Prima.

Dahlah buku ni mengangkat kisah-kisah hantu yang betul-betul terjadi dalam Malaysia ni.

Teruja aku baca.

Aku harap, cerita-cerita seperti ini dapat diperkembang lagi oleh penulis lain.

 

7. ‘V’ FOR VENDETTA

Siapa yang pernah tengok filem ni, angkat tangan!

Alah, yang Natalie Portman berlakon tu.

Sampai ke sudah heroin tak tahu wajah sebenar hero yang terselindung di sebalik topeng, tapi dia tetap mencintai hero walaupun akhirnya mereka ditakdirkan untuk tidak bersama.

Jarang aku baca cerita yang tak melibatkan paras rupa macam ni.

Selalunya dalam novel mesti hero digambarkan sebagai seorang yang kacak, mempunyai senyuman menawan, lesung pipit yang dalam.

Banyak betul lelaki kacak dalam Malaysia ni.

Tapi seorang pun tak timbul depan aku hahaha.

Poinnya, paras rupa bukan segalanya.

Hati tu yang penting.

Seseorang tolong cipta watak lelaki Melayu yang bertopeng dan baik hati dan memperjuangkan kebenaran, please?

 

8. CERITA ALA-ALA HUNGER GAMES

Aku suka cerita-cerita yang futuristik macam ni.

Sebab ia membuatkan aku seperti berada dalam dunia yang lain, dan aksi penggembaraannya membuatkan aku sentiasa teruja berbanding bila aku menonton cerita CSI, James Bond dan lain-lain yang berlatar belakangkan dunia yang sebenar.

[ Bertudung Tapi Terlibat Dalam Aktiviti Yang Memberi Kepuasan Maksimum? ]

 

9. MAGIK

Siapa yang peminat magik tu, confirm korang pernah tengok cerita Now You See Me.

Termasuklah aku hehehe.

Bagi aku cerita ni sangat brilliant, plot twist pun boleh tahan, penceritaan pun lain dari yang lain.

Cerita ni bagi aku mengangkat genre magik ke satu tahap yang baru.

Yalah, cerita pasal magik-magik ni kan selalu dibuat berlatar belakangkan zaman dulu-dulu, ada nenek sihir yang asyik menyumpah orang sana-sini.

Aku jadi teringin pula nak baca novel magik ala-ala Now You See Me versi Malaysia.

Tipu helah yang perlu menggunakan kepandaian otak.

Cerita yang memerlukan aku berfikir.

 

10. POLITIK

Secara jujur, aku suka baca novel Games of Thrones.

Sebab jalan ceritanya sangat menarik, penuh dengan plot twist, dan banyak bercerita soal politik yang membuatkan aku berfikir, kejamnya dunia ni huhuhu.

Kerana kuasa, orang sanggup buat apa saja.

Hari ni mungkin kita akan berada di atas, tapi esok mungkin kita akan jatuh terjunam ke bawah dan kehilangan segala-galanya.

Dan banyak lagi yang aku belajar dari Games of Thrones.

Aku harap, satu hari nanti ada orang yang akan berani cabar diri menulis kisah Games of Thrones versi orang Melayu.

Tapi babak-babak explicit semua tu sila jangan ikut tulis, okey.

Tak terbitlah buku korang sampai bila-bila hahaha.

Itu sajalah agaknya idea-idea aku yang dah lama bersawang dalam kepala ni.

Kalau ada yang dah tulis cerita yang mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan di atas, sila PM aku okey.

Confirm aku akan beli buku korang.

Good luck!


~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

22 Responses

  1. Avatar Hassan says:

    Dahsyat..bagi idea pada penulis lain..minat jugak tema2 yg dinyatakan..mungkin satu masa nanti ? In syaa Allah hahahah

  2. Salam.

    Saudari, novel2 yang saudari cadangkan agak menarik. Namun, secara realitinya, saya rasa ianya agak sukar untuk diterbitkan kerana kadang2 kriteria2 dari penerbit itu sendiri mengehadkan percambahan minda ataugenre bahan bacaan dalam Bahasa Melayu.

    Sebagai contoh, sesetengah penerbit menetapkan syarat tidak boleh menulis tentang politik, perkauman, seks, dan agama. Kalau dibenarkan sekalipun, syarat2nya agak ketat.

    Makanya, apabila penulis terkongkong sebegitu, karya2 yang dijadikan santapan minda pembaca juga akan jadi terhad. Dan wujudlah cycle yang sama:
    1. penulis tulis benda2 biasa, mengikut syarat2 penerbit
    2. pembaca baca benda2 yg biasa yg tidak mencabar minda (dan kadangkala tidak realistik)
    3. penerbit tgk permintaan tinggi untuk benda2 yg sama, maka maintain syarat2 yg sama
    1, 2, 3 akan berterusan berulang.

    Kalau ada yang cuba keluar dari kepompong tu pun, belum tentu penulis itu akan kekal dlm genre2 unik, sbb pembaca tak biasa maka pembaca tak beli, penerbit tengok jualan merudum maka taknak ambil risiko, penulis taknak cuba lagi dah sebab takut manuskrip berbu-ribu perkataan kena reject

    Tapi, itu pendapat saya sahajalah. Mungkin saudari boleh cuba? :)

    Saya doakan saudari berjaya, sebab idea saudari ini amat menarik. Kalau ada keluar novel sebegini, tolong email saya. Terima kasih

  3. waaa… Kak Farah tau tak yg sebenarnya saya nak buat novel yg macam ala-ala hungers game tu tapi tak tahu macam mana nak tulis. Saya bukan penulis yg agak versetyle. Tapi saya pernah cubalah jugak. Yg ala2 manga tu pun saya pernah buat tapi sekerat aje. ade je terperap dalam lappy. tapi betul jugak kak Farrah tulis. Malaysia memang memerlukan penulis yg pelbagai. Sekarang ni didominasi dengan cerita cinta dan dah jadi agak bosan untuk saya 😄

  4. Avatar Nuliskedal says:

    Saya peminat awaklah..

  5. Avatar Khairul Aswad Ramli says:

    Hye Farah, saya ada tulis sebuah novel genre thriller mcm yang awak tulis di no5 tu. cerita rakyat marhaen.

    Tajuknya – REWIND.

    Saya cuma publish online sahaja di e-sentral.com insyaAllah next week keluar.

    Bayangkan bila seorang lelaki dah buat keputusan nak bertunang dengan kekasih hati, tiba-tiba kena VSS dan mula hilang segala apa yang dia miliki termasuklah tunang dia sendiri bila tiba-tiba muncul orang ketiga.

    nanti jangan lupa beli ye di e-sentral.com hehe

  6. Avatar Ady says:

    Nice. Kalau awak minat manga, why not kalau awak jenguk sucomi.com? Kat situ ada a few comics yang anak tempatan buat untuk martabatkan industri komik kita. Suggestions awak semuanya bagus. Cuma yg magik tu, agak susah nak buat dalam bentuk novel sebab susah pembaca nak bayangkan. Saya pernah terfikir nak buat novel macam tu. Tapi tak rasa dapat sambutan. Genre macam tu sesuai untuk movie or anime. Thanks

  7. Avatar Azhany says:

    No 7 tu sama tak dengan Tombiruo? Haha. Hero pakai topeng, baik hati dan penyelamat rimba. Hehe

  8. Avatar Riine says:

    Nice idea.. sy mmg tengah survey ape yg org nak baca.. so tulisan ni sgt berguna. Thanks for the opinion 🌸👍🏻

  9. Avatar Fadhilah says:

    Hai, Fara. Saya rasa kalau awak nak jumpa idea cerita² macam tu better awak cari kat Wattpad..

  10. Avatar nezumi says:

    pernah buat novel psal ala2 manga tu (konon nk buat debut as writer) tapi kna reject.

    memng dh bgi 100% effort untuk novel tu(siap buat research bgai). buat style school love(mcm manga2 shoujo) tpi kna reject truk sbab ktanya tak relevan dengan pmbca kat malaysia…

    lpas kna reject tu trus hiatus dri mnulis. tkot kna reject lgi…

  11. Avatar karma says:

    Saye ade idea menulis novel gendre sekolah campur penyiasatan…hmm…cerita pasal sorang budak yg ade kebolehan untuk buat penaakulan dan seorang yg misteri…masih dlm proses…harap – harap termakmul lah impian ni…hehehe…p/s: name watak tu sme dengan nama pena saya.

  12. Avatar ramsah says:

    da baca cerita saya ala2 back to the future dan versatile (mcm2 ada)..huhuhu….sebenarnya saya cuma kongsikan part 1. jk..bahagian lain saya da sembunyikan….akal saya ada pelik sdikit…mngkin sebab idea sya terlalu besar, maka saya tak rasa yakin org boleh fhm cerita saya tu…
    cerita tu ada dlm blog saya Cikemiau..tajuk dia “Ranau Rindu Yang Hampir Hilang”…cerita ni aku tulis sejak 2012 dan masih tak siap2…hahaha…aku kerja sepenuh masa..tulis2 ni kadang2 jk…

    cumanya saya tdk pasti kalo org boleh fhm penulisan saya…cuba tolong baca…nanti kamu akan fhm maksud saya………assalamualaikum dan terimakasih

  13. Avatar Mohd hariz bin razali says:

    Artikel tahun bila ni….saya suka….inilah saya tengah cuba buat..

  14. Avatar Dynna Zain says:

    Hai, assalamualaikum sis :) Kalau tak ada aral, insyaallah tahun ni saya ada terbit buku Time Travel + Politics. Kalau sis tak keberatan, nanti jenguklah karya kedua saya tu nanti :)

  15. Avatar Athirah says:

    Saya nak try lah tulis pasal cerita magik tu dalam wattpad saya . Dan cerita pasal cinta anak kampung . Saya berminat lah dgn tajuk . So kreatif . Yelah belom ada kan yang tulis psal semua tu . Yang cerita magik tu mungkin saya kaitkan sikit jalan cerita harry potter

  16. Avatar ain says:

    waahhh akak saya pon pendam dalam hati dan selalu berangan nak buat cite cmtu tapi apakan daya saya ni budak sekolah je hihihi.

  17. Avatar violetfasha says:

    Semua cerita ni dah ramai orang buat dekat wattpad dan dalam bahasa Melayu. Tapi, malangnya penerbit Malaysia tak nak terima sebab katanya tak realistik dan serabut. Saya sendiri bila buat genre yang disebutkan di atas kena tolak sebab penerbit tak nak tanggung risiko katanya tak realistik padahal ramai orang minat. Penerbit cuma minat cerita Tengku, dan orang kaya kahwin dengan orang miskin ikut taste dia Aje, bukan ikut taste pembaca.

  18. Avatar Syamir says:

    Please consider this series dari Wattpad.. Cerita E by BulanPutihE..

  19. Avatar rashh says:

    Best jugak ehh dia punya cerita..tak muak baca

  20. Avatar Ammo says:

    Sy ada menulis sblm ni tapi penulisan sy tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. So sy berubah genre dan nama pena. Tapi pada tahun 2016-2017 ia mendapat sambutan diluar jangkaan. Starting slow tapi akhirnya cecah puluhan ribu. Online reading dan peecuma.sampai sekarang masih ada yang message nk thu perkembangan? Masih ada lagi x sambungan? Genre yang sy tulis tu bukan pilihan pun tapi mendapat tempat diliar sana kerana sesuatu..persoalannya patutkah sy teruskan penulisan berkonsepkan genre itu atau berubah arah??

  21. Avatar Sofeaaa says:

    Nak tanya je, kalau buat cerita snow white jatuh cinta dengan ahli sihir best tak😂🙂

    Contoh: diorang ni buat 1 drama tentang snow white dan ibu tiri dia yang jahat tu, disebabkan pelakon perempuan yang sepatutnya jadi snow white sakit, diorang terpaksa amik camera man diorang ganti jadi snow white. Lepastu si lelaki[snow white] ni suka dekat perempuan [ahli sihir jahat] in real life. Lepastu mula la conflik macam macam.

    Ok tak? Nampak macam pelik pun ada😣🙂

    • Avatar Sofeaaa says:

      Entah la macam mana si snow white muka ala ala lelaki😣😂

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *