Apa Nak Buat Lepas Manuskrip Novel Korang Siap Di Tulis?

Huruf Mesin Taip

Mesin Taip ( Bogitw )

Hello uollsss!

Hari ni, aku nak bercerita tentang satu perkara yang dah kerap sangat orang asyik tanya dekat aku.

‘’Wei Farrah, lepas hang habis tulis manuskrip, hang hantaq manuskrip hang pi mana? Macam mana hang tau kena hantaq pi situ?’’

Dan aku pun harus menerangkan perkara yang sama berulang-ulang kali sampai dah naik jemu dan nak termuntah hijau dibuatnya hahaha.

Aku yakin, ramai antara korang yang turut tertanya-tanya benda yang sama.

Jadi, aku pun dengan baik hatinya nak bagitau dekat korang apa yang korang perlu buat setelah manuskrip korang siap.



Are you ready, guys? Let’s read!

 

Kenal Pasti Genre Manuskrip Korang

Ini adalah perkara paling penting sekali yang korang kena buat.

Sebab ada sesetengah penulis tu yang ditolak manuskripnya gara-gara tersalah pilih syarikat penerbitan.

Kalau korang punya manuskrip bergenre cinta, boleh hantar ke Alaf 21, Karya Seni, Kaki Novel (sekadar menyebut beberapa nama).

Kalau bergenre seram, sesuai dihantar ke Buku Prima sebab Buku Prima banyak terbitkan novel seram sekarang ni.

Kalau bergenre agama, boleh hantar ke Karya Bestari.

Kalau manuskrip korang bergenre sarkastik, thriller dan ada penggunaan bahasa 18sx, boleh hantar ke syarikat penerbitan underground seperti Fixi.

Untuk memudahkan korang kenal pasti syarikat penerbitan mana yang berpotensi menerbitkan manuskrip korang, korang boleh beli dan baca buku syarikat penerbitan tersebut.

Rajinkan diri layari laman web mereka atau korang boleh terus telefon dan tanya pada editor.

Tapi aku dulu main redah je hantar kat Buku Prima masa mula-mula tu.

Sebab serbu tak pakai helmetlah manuskrip pertama aku kena tolak huhuhu.

 

Sertakan Surat Pengesahan Karya Bersama Manuskrip

Aku rasa semua syarikat penerbitan pasti akan minta korang tulis surat pengesahan karya dalam syarat penghantaran manuskrip ke syarikat penerbitan mereka.

Bagi korang yang tak tahu, surat pengesahan karya bermaksud korang menyatakan bahawa manuskrip yang korang tulis tu adalah sah milik korang dan tidak diciplak dari mana-mana pihak.

Hal ini untuk mengelakkan masalah di kemudian hari kalau ada masalah hak cipta dan sebagainya.

Surat pengesahan karya boleh diletakkan di muka surat yang terakhir sekali.

 

Sertakan Maklumat Ringkas Tentang Diri Korang

Sekurang-kurangnya korang kena tulis nama, alamat rumah, alamat e-mel, dan nombor telefon.

Hal ini untuk memudahkan editor menghubungi korang nanti untuk memaklumkan tentang perkembangan manuskrip korang, sama ada diterima atau tidak.

 

Hantar Ke Syarikat Penerbitan

Setelah korang menyempurnakan ketiga-tiga langkah di atas, korang bolehlah hantar manuskrip korang yang sangat berharga tu.

Syarikat penerbitan selalunya minta dalam bentuk soft copy (e-mail) dan hard copy ( korang kena print dan pos).

Tapi kalau korang takut manuskrip korang tu kena ciplak, korang boleh hantar hard copy sahaja.

Pengalaman aku bersama Buku Prima dulu, aku hantar dalam bentuk soft copy dan hard copy.

Masa tu, aku sangat innocent dan langsung tak terfikir pun soal berkemungkinan kena tipu dengan syarikat penerbitan ke apa.

Tapi mujurlah Buku Prima sangat jujur dan aku langsung tak ada masalah.

Tahu-tahu saja setahun lebih kemudian, dah terbit buku aku hahaha.

Jadi berdasarkan pengalaman aku, syarikat di bawah Karangkraf iaitu Alaf 21, Buku Prima dan Karya Bestari boleh dipercayai dan tak ada masalah kalau korang nak hantar dalam bentuk soft copy.

Kalau syarikat penerbitan lain aku tak pasti, sebab aku tak pernah berurusan dengan mereka.

[ Aku Tak Tahu Kenapa Jari-Jemari Aku Ketika Ini.. Tak Boleh Berhenti Menaip ]

 

Follow-Up

Selalunya syarikat penerbitan akan cakap yang mereka akan menilai manuskrip korang dalam masa sebulan.

Tapi kalau syarikat tu dah established macam Karangkraf dan ada penulis yang ramai, jangan bermimpilah yang manuskrip korang akan dinilai dalam masa sesingkat tu, terutamanya kalau korang penulis baru.

Paling cepat pun aku rasa setahun diorang nak nilai (berdasarkan pengalaman sendiri).

Aku tahu memang lama, tapi sentiasalah ingat bahawa kesabaran itu buahnya manis.

Sepanjang tempoh penantian yang mendebarkan tu, tak salah kalau korang nak telefon editor dan tanya perkembangan manuskrip korang.

Tapi janganlah terlalu kerap sampai selang dua tiga hari nak call.

Dalam beberapa bulan sekali okeylah.

Editor ada banyak kerja lain lagi yang nak buat.

Nak nilai manuskrip yang bertimbun-timbun atas meja, nak melayan pertanyaan korang yang tak berkesudahan lagi.

Psikologi editor kena jaga, okey.

Nanti tak memasal tak terbit manuskrip korang gara-gara korang asyik kacau dia sangat hahaha.

Begitulah serba-sedikit langkah yang korang boleh ikuti sekiranya korang nak manuskrip korang terbit.

Kalau manuskrip korang diterima, tahniah.

Kalau sebaliknya, ingatlah bahawa usaha korang tak terhenti di situ.

Berusaha lagi sehingga berjaya, okey.

Good luck!




~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

5 Responses

  1. Avatar Kak Leen says:

    salam cik farrah,
    Sekiranya syarikat karangkraf menolak manuskrip kita, adakah kita masih boleh menghantar di alaf atau Media Prima?

    • Avatar Farrah Izzlorna says:

      Waalaikummusalam,

      Sebenarnya alaf 21 di bawah syarikat karangkraf. Tentang media prima, saya tak pasti. Di bawah karangkraf ada tiga anak syarikat penerbitan novel iaitu alaf 21, buku prima dan karya bestari. Jadi kalau manuskrip awak ditolak oleh alaf contohnya, awak boleh hantar ke buku prima pula. Tak ada masalah :)

  2. Avatar Nur Fitri says:

    assalamualaikum cik farrah,
    Bagaimana kalau kita hendak menerbitkan novel dalam bahasa inggeris?
    Kepada syarikat mana kita patut hantar manuskrip tersebut?

  3. Avatar dila says:

    sy pernah hntar manuskrip ke karangkraf. 2tahu berlalu xdapat sebarang respons pn. penat asyik hantar email untuk tanya perkembangan. tiada jawapan ditolak mahupun diterima. maka berhuhuhu sja la dan cuba hantar ke penerbitan yang lain

  4. Avatar Nuralfarouq says:

    Thank u sbb inform….i m u fan

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *