12 Sebab Kenapa Saya Lagi Suka Manga Jepun Dari Baca Novel

Detective Conan Pada Tingkap

Detektif Conan (Scarper Montgomery / Modify)

Halo halo uoolls!

Pada saat aku menulis artikel ini, aku sangat gembira sebab pasukan bola sepak Selangor berjaya menyelesaikan misi 33.

Tak memasal aku dapat cuti extra hiks hiks.

By the way, korang yang pernah baca artikel-artikel aku sebelum ni mesti tahu betapa aku suka sangat baca manga Jepun.



Bahkan, aku lagi suka baca manga sebenarnya dari baca novel.

Sampaikan ke satu tahap aku rasa diri ini sudah mahu menjadi otaku sejati yang suka memakai skirt dan pakai contact lens konon-konon mahu mata menjadi besar seperti karakter manga yang sangat aku sukai.

Padahal orang Jepun tu mata lagi sepet dari aku dalam dunia sebenar hahaha.

Jadi, berikut adalah sebab-sebab kenapa aku gila sangat dengan manga Jepun ni.

 

1) Banyak Berkisarkan Alam Persekolahan

Siapa yang tak suka baca buku pasal budak-budak sekolah, kan?

Zaman yang sangat fun, zaman kita semua buat benda-benda bodoh untuk dijadikan bahan ketawa bila dah tua nanti sambil meminum teh panas.

Macam aku, benda paling legend yang aku pernah buat, aku bakar buku senior aku sebab dia selalu kutuk tudung aku senget.

Kau hado?

Hahaha.

Sebenarnya, manga Jepunlah yang bagi inspirasi pada aku untuk buat benda tu.

Oops.

 

2) Banyak Elemen Persahabatan

Salah satu benda yang aku paling suka tentang manga Jepun, manga Jepun lebih banyak mengetengahkan elemen persahabatan daripada cinta, yang mana jarang aku dapat baca dalam novel-novel Melayu.

Novel aku pun tak ada, okey.

Contohnya manga-manga Jepun yang popular seperti Hanakimi, Gokusen dan GTO.

Baca cerita pasal kawan-kawan sebenarnya lagi best dari asyik baca kisah cintan cintun ni.

Penuh dengan rasa masam manis pahit, tak adalah sweet memanjang sampai kena diabetes.

Tak elok untuk kesihatan.

 

3) Jalan Cerita Tak Meleret

Kebanyakan manga yang aku beli, jalan ceritanya tak menghampakan aku.

Tak fast-paced, tak juga slow-paced.

Just nice and sweet.

Antara manga Jepun yang paling aku suka sekali jalan ceritanya ialah Star Post, Gita Kucupan Rahsia, Hot Gimmick, dan Master Beast.

Cubalah try cari dan baca.

Mesti nak baca berulang kali wa cakap sama lu.

 

4) Mencabar Minda

Contohnya, Detective Conan.

DC mencabar minda korang untuk berfikir, dan aku selalu gagal untuk memikirkan solusi bagi setiap kes sebab pembunuh-pembunuh dalam cerita ni sangat berfikir di luar kotak hahaha.

 

5) Banyak Ilmu Yang Boleh Dipelajari

Lagi sekali, Detective Conan.

Banyak trick yang korang boleh tahu (jangan amalkan), dan banyak ilmu perubatan yang korang boleh belajar walaupun korang bukan doktor.

 

6) Karakteristik Hero Yang Pelik

Korang bagitau kat aku, dalam novel Melayu korang boleh jumpa ke karakteristik hero yang mempunyai mata yang menakutkan, berkawan dengan burung helang, suka menganyam manik, pakar buat teh dan benda-benda pelik yang lain?

Paling lain pun watak hero novel Melayu adalah seorang yang miskin, pandai masak dan baik hati ( Novel Zulaikha karya Jessy Mojuru).

Yang lain tu, kalau bukan anak orang kaya, anak Tan Sri Datuk Datin, dan tak berlagak, memang tak sah.

Karakteristik hero dalam manga-manga Jepun adalah pelbagai dan itulah yang membuat setiap penceritaan dalam setiap manga adalah unik.

Tak adalah sepesen dan tipikal ja semua.

 

7) Jalan Cerita Yang Unik

Banyak jalan cerita yang best dan unik datangnya dari manga Jepun.

Tak kurang juga yang menjadi fenomena seperti Hanakimi, Hana Yori Dango, Gokusen, dan lain-lain lagi.

Perempuan menyamar jadi lelaki lah.

Pelajar miskin masuk ke sekolah orang kaya dan macam mana cara dia ajar budak-budak kaya yang berlagak tulah.

Cara seorang guru perempuan mengawal kelas paling nakal di sekolahnya lah.

Susah aku nak cerita betapa uniknya cerita manga Jepun ni yang korang tak boleh baca kat tempat lain.

Korang kena baca sendiri atau kalau malas sangat, tengok saja anime atau live action manga-manga tersebut.

 

8) Pengetahuan Tentang Negara Jepun

Aku suka sangat belajar tentang budaya negara lain.

Apa yang mereka makan, apa yang mereka pakai, dan lain-lain lagi.

Dan itulah yang aku dapat apabila aku membaca manga.

Walaupun hanya dalam manga, tapi banyak budaya Jepun yang dapat aku pelajari.

Jenis-jenis perayaan yang mereka sambut, budaya memakai kimono apabila ke pesta bunga api, orang Jepun suka pergi tengok bunga Sakura, dialek Tokyo dengan Kansai berbeza macam dialek utara dan Kelantan, dan lain-lain lagi.

 

9) Banyak Pengajaran / Life Lesson

Dalam keseronokan membaca manga Jepun, banyak pengajaran sebenarnya yang boleh diambil dari kisah-kisah itu.

Contoh manga yang aku yakin semua orang mesti sekurang-kurangnya sekali pernah baca adalah Naruto.

Dalam Naruto, ia mengajar kita agar jangan pandang rendah pada orang yang kita nampak bodoh.

Sebab silap-silap orang tu akan jadi lebih hebat daripada kita.

Dalam Gokusen, kadang-kadang orang yang kita tak nampak sebagai sahabat itulah, sahabat kita yang sebenar-benarnya.

Kita suka sangat menghakimi orang lain bila dia berkelakuan sekian-sekian, padahal kita seharusnya mencari tahu punca kenapa dia berkelakuan seperti itu sebelum kita menilai dan menjatuhkan hukuman ke atasnya.

 

10) Kelakar

Manga Jepun tak sah kalau tak lawak, walau seserius mana pun jalan ceritanya.

Kalaulah korang stress sebab break dengan boyfriend ke, silalah cari manga Jepun dan baca.

Confirm lepas tu korang akan terkekeh-kekeh ketawa dan perpisahan itu akan menjadi masalah sebesar zarah yang tak meninggalkan apa-apa kudis.

Aceceh.

Tahap kelakar dia tu sampai ke tahap boleh berguling-guling atas lantai.

Mulut aku sampai nak senget sebab gelak banyak sangat hahaha.

[ Buat Apa Jadi Cantik Kalau Sengsara & Terseksa? ]

 

11) Pengembangan Karakter Yang Memberi Inspirasi

Aku jarang dapat inspirasi daripada watak-watak dalam novel.

Selalunya watak hero tu digambarkan sebagai seorang yang dah established, memang dah sedia kaya, dan satu-satunya konflik yang dia ada dalam hidup adalah konflik perasaan.

Kalau dalam manga Jepun seperti Naruto, pada awal cerita hero digambarkan sebagai seorang yang bodoh, tak ada masa depan, dan dia terpaksa buat perkara-perkara nakal agar orang sedar akan kehadiran dia, agar dia tak dilupakan.

Namun, seiring dengan pergerakan cerita, Naruto mulai sedar dan bangkit sehingga dia akhirnya dikenali dan dihormati ramai.

Segala usaha yang dilakukan watak Naruto memberi aku inspirasi agar tak berputus asa dan sentiasa berusaha tak kiralah walau sedalam mana pun kebencian orang terhadap kita.

Bagi aku, pengembangan watak yang baik sehingga memberi kesan kepada pembaca seperti aku adalah salah satu faktor manga itu menjadi popular dan digemari ramai.

 

12) Jalan Cerita Yang Tak Masuk Akal

Manga Jepun sangat terkenal dengan jalan ceritanya yang banyak yang tak masuk dek akal.

Tapi, itulah yang best dan membuat manga Jepun sangat berbeza.

Sesekali ‘keluar’ dari dunia yang sedang kita duduki sekarang, apa salahnya kan?




~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

1 Response

  1. Avatar Suki_Ai says:

    Wah..bestnya..saya pun peminat anime/mangga/Jpop/Jdrama..
    Tapi kat tempat saya susahlah nak dapatkan mangga..padahal teringin nak baca mangga Detective Conan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *