Kenali 13 Jenis Mak Mertua Yang Ada Di Atas Muka Bumi
Assalamualaikum semua, harap semua sihat dan ceria-ceria selalu bila bukak blog Serikandi ni ye!
Kalau hari tu topik untuk mengetahui suami curang, kali ni kita cerita pasal jenis mak mertua pulak.
Bab-bab kekeluargaan ni memang tak lepas dari pandangan Serikandi ni.
Sebabnya blog ni khas untuk pembaca kesayangan di luar sana untuk dapatkan info yang menarik sambil kongsi-kongsi cerita.
Jangan pendam sorang-sorang tau!
Siapa suka anak yatim angkat tangan…
Kawan aku selalu cakap kalau tak nak semak kepala dengan keluarga sebelah laki kot-kot buat hal, cari yatim piatu, sebatang kara dan seangkatan dengannya.
Setel masalah. Gelak jelah aku HaHaHa!
Memang betul jugak apa yang diaorang cakap tu sebabnya kebanyakan mak mertua sekarang ni ada yang terlampau mengongkong kehidupan anak dan ada yang tak boleh terima hakikat anak dia dah kahwin.
Hmmm… Tapi tak semua tau!
Ada yang dapat mak mertua macam malaikat…
Untunglaaahhh! Pokok pangkalnya dalam garis panduan Islam tentang jodoh apa yang diutamakan ialah agamanya.
Kalau kita tengok keluarga dia tunggang langgang kemungkinan besar anaknya senget benget sangat tinggi.
Bak orang putih kata “Like mother like son”
So tak kisah la macam mana terdesak sekalipun nak cari pasangan pastikan anda tahu dengan perangai mak mertua anda.
Kalau dia tak restu tu jangan nak kahwin jugak sebab anda takkan tahu apa yang akan anda deal nanti.
Yang pastinya akan buat anda sengsara, stress dan rasa macam nak mati. Jaga-jaga…
Jom kita tengok perangai & jenis mak mertua zaman sekarang ni…
1. Mak Mertua Jahat lagi Zalim
Bila cerita pasal mak mertua ni kebanyakan orang kita rasa ngeri dan trauma.
Mana taknya, mana mak mertua yang suka main ‘hantar-hantar’ kat menantu ni dah kira syirik dah ni.
Bukan sembarangan dia guna siap ambik dari bomoh siam lagi.
Sebab tu kalau anda rasa panas je dengan suami, selalu bertengkar sampai nak bercerai, cek balik kot-kot anda dibuat orang.
Mana kes yang lagi teruk, isteri keguguran, sakit berpanjangan dan muntah darah!
2. Mak Mertua Suka Masuk Campur
Dari anda couple dengan dia sampai dah beranak enam, mak mertua tak habis-habis nak sibuk dengan urusan anda.
Kalau boleh semua perkara mesti direport dengan mak mertua dulu, dapat cop ‘sah’ baru boleh jalan.
Anda nak bercuti kat mana, anda nak kerja apa, nak hantar anak ke sekolah mana sampai nak anak berapa pun dia yang tentukanlah.
Tak terjadi dengan anda tak semestinya spesis macam ni tak wujud tau!
3. Mak Mertua Cerewet Dan Banyak Songeh
Anda ingat mak mertua spesis ‘Ibu Mertuaku’ dalam cerita P.Ramlee tak wujud?
Ha fikir balik!
Bila anda dapat tahu bakal mak mertua pentingkan kerjaya tinggi sedangkan anda hanyalah kerani biasa-biasa cukup bulan dapat gaji awal bulan dah habis bayar keperluan lain, Ianya akan beri masalah BESAR pada anda nanti.
Tambah-tambah lagi bila dia tanya “Siapa dia Kassim Selamat? Lawyer? Majistret?”
Time ni anda dah tahu kesudahan hidup anda.
4. Mak Mertua Pilih Kasih & Berat Sebelah
Memang kerap sangat kita dengar mak mertua pilih kasih ni tambah-tambah lagi bila kita ni bukan menantu kesayangan.
Bila balik kampung je, mak mertua masakkan sedap-sedap, bagi perhatian lebih kat menantu lain.
Yang sedihnya anak kita pun turut jadi mangsa berat sebelah mertua ni.
Bila sembang dia akan banding-bandingkan menantu lain dari segi kerja, gaji, pangkat, anak pandai ke tak.
Tapi yang paling mengarut sekali bila cantik atau hensem pun boleh jadi isu anak beranak.
Memang tak boleh buat apa!
5. Mak Mertua Garang
Orang kata mak mertua garang tapi kalau hati baik takpe.
Tapi macam mana pulak kalau garang tak bertempat.
Tak poning kepalo den! Huh!
Aku ada kawan yang mak mertua dia ni tersangat garang orangnya.
Dia ni sangat pantang kalau anak dan menantu perempuan tak buat kerja rumah.
Dia punya membebel tak habis dari pagi sampai petang.
Masalahnya kat rumah mertua dia ni masuk je rumah kalau boleh terus ke dapur.
Lagi banyak duduk dapur dari duduk kat ruang tamu.
Mertua dia nak menantu perempuan sentiasa buat kerja rumah.
Sentiasa masak.
Habuk sikit bising.
Jatuh barang sikit bising.
Habis tu bila nak duduknya?
Stress betul!
6. Mak Mertua Baik + Best + Penyayang
Kalau anda dapat mertua yang baik sesungguhnya ia merupakan nikmat teragung yang didambakan bagi setiap menantu.
“It’s like you are the choosen one”
Mak mertua sporting selalu cerita pengalaman dia, nasihat yang baik, boleh kongsi masalah semua.
Bertuah badan!
Sentiasa positif, happy go lucky dan selalu support menantu dalam apa jua keadaan.
Tapi nak dapat macam ni, macam tunggu bulan jatuh ke riba lah jawabnya.
HaHaHa…
7. Mak Mertua Mulut Jahat + Buat Fitnah
Kita selalu dengar, dosa lelaki dari matanya manakala dosa perempuan dari mulutnya.
Apa yang dikatakan ada betulnya.
Pakej yang lengkap bagi kejahatan ibu mertua ialah menyebarkan fitnah.
Paling kerap kita dengar, mak mertua buat cerita yang menantunya curang, mengandung anak haram.
Apa yang mertua tidak sedar ialah dia membuat fitnah yang sangat besar iaitu zina.
Dalam masa yang sama ia memburukkan darah dagingnya sendiri sehingga orang lain memandang hina pada keluarganya.
Nauzubillah!
8. Mak Mertua Jenis Berkira
Mak mertua selalu canang kat anak menantu lain yang dia dapat duit sikit dari anda.
Tak cukup dengan itu dia tuduh anda kedekut dan tak bertanggungjawab.
Sememangnya sudah menjadi tanggungjawab seorang anak untuk menghulurkan duit bagi meringankan bebannya tapi ada juga mak mertua yang tak faham dan terlampau mengungkit dengan pemberian anak.
Lagi teruk dituduhnya menantu yang menghasut anaknya supaya tak bagi duit.
9. Mak Mertua Banyak Cakap
Kalau dapat yang banyak bagi nasihat takpe, ni dapat yang suka cakap keburukan menantu kat orang lain.
Ni yang parah.
Dapat mak mertua yang suka mengumpat ni memang payah.
Hanya kerana lupa buang sampah sebab tergesa-gesa pergi kerja, habis sampai ke jiran dia canangnya.
Takde benda lain dia nak cakap selain mengutuk keluarga sendiri.
10. Mak Mertua Suka Pinjam Duit
Hari tu dah bagi, hari ni mintak lagi.
Ada tak yang pernah kena dengan situasi ni?
Bukan kedekut, tapi mak mertua ni habiskan duit kepada benda yang tak berfaedah langsung.
Contohnya, jiran ada sofa baru, dia pun nak, tapi duit takde.
Makcik Senah ada pakai gelang emas penuh kaki.
Dia pun tak nak kalah.
Masalahnya, duit orang lain yang dikebas.
Makcik Eton menantu dia bagi ribu riban setiap minggu.
Ha dia pun nak menantu dia bagi dia macam tu jugak.
Sebab tu lah ada pepatah ‘Ukur baju di badan sendiri.’
Tak gitu?
11. Mak Mertua Cemburu Dengan Menantu
Ada mak mertua yang tak boleh tengok hidup menantunya senang.
Ada je tak kena.
Cemburu bila anaknya bagi nafkah kat isteri.
Cemburu bila tengok anak bermesra dengan isteri.
Kadang-kadang tak masuk akal cemburunya.
Bila tengok menantu pakai baju lawa je dia pun nak.
Bila tengok ada kasut baru je dia pun nak beli.
Siap 2, 3 pasang lagi.
Kalau dia beli corak bunga besar, dia pun nak ikut.
Kalau tak dapat siap perli-perli lagi.
Memang ada ye mertua macam ni.
Letih-letih…
12. Mak Mertua Ego
Teringat pulak dengan kisah kawan aku dengan mak mertua dia.
Mak mertua dia business woman yang berjaya.
So dia rasa dia berkuasa dengan anak menantu dia sebab dia berjaya dalam kehidupan kononnya.
Haritu dia sampai lewat kat kedai mak mertua dia sebab ada urusan penting, mak mertua dia da macam kena histeria sebab marah sangat.
Orang lain duk tengok je.
Dia selalu tengok mak mertua dia ni maki dan mencarut pekerja-pekerja dia depan orang lain.
Tak habis dengan tu dia menghina kedudukan orang lebih rendah dari dia.
Tu mak mertua ke hantu tu?
13. Mak Mertua Queen Control
Masaklah kau kalau dapat mak mertua macm ni!
Aku ada baca luahan perasaan menantu perempuan ni.
Dia dapat mak mertua queen control level 999!
Bila tak mengandung lagi dia panggil tin kosong.
Siap bagi tempoh lagi kalau tak mengandung jugak suruh suami kahwin lain.
Setiap kali kenduri kendara anak menantu dia wajib ikut dia.
Tak ikut siap la kau!
Tak cukup dengan tu, mak mertua selalu geledah barang dia.
Tak tahu apa tujuan sebenar dia buat macam tu.
Mungkin nak cari silap menantu.
Hah, boleh jadi gila kan dengan perangai hantu mak mertua macam ni.
Mana yang dapat mertua baik tu boleh la sujud syukur setiap hari..
Mana nak dapat oiii!
Tapi kan, kenapa selalunya mak mertua dengan menantu perempuan yang berperang?
Kenapa tak dengan menantu laki?
Ke sebab lelaki lebih cool…
Aku tengok mat saleh kat luar negara tu rasanya takde huru-hara macam kita.
Atau sebab budaya?
Kat Malaysia memang turun temurun mentaliti anak perempuan kena pandai buat itu ini.
Kalau suami kahwin lain isteri akan dipersalahkan sebab tak pandai jaga.
Tapi jarang sangat orang tuding jari kat lelaki kalau lelaki tu buat salah.
Bagi aku lelaki dia ada kuasa.
Sebab itu mertua tak berani atau ambil port sangat dengan hal diaorang.
Perempuan lebih lemah dan ada sifat kebergantungan, itu yang menjadikan mertua boleh pijak kita.
Hmmm…
Apa pulak pandangan korang? Share sikit…
“Breaking Soul into Travel and Write”
~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~
Saya ni lelaki. Pun ade masalah ngan mak mertua jugak mungkin kerana saya tinggal serumah ngan mertua.
Mak mertua saya ni, seme dia nak buat tak kasi chance orang lain buat apape. Macam dia lupa tangan dia cuma dua. Cucu, anak kpd abang ipar pun dia nk jaga. Bapak mertua saya sakit kanser pun bawah jagaan dia. Sekarang isteri saya lg mengandung, yg belum kluar tu pun dia dah volunteer nak jaga jugak. Tak kasi peluang langsung kita nk belajar bersusah jadi mak bapak.
Kita dah dapat rumah baru, nak pindah pun dia tak kasi. Dia kasi macam2 alasan nak takutkan kita; isteri saya tak pandai masak lah, biar isteri kerja lepas beranak lah, macam2 lagi alasan dia kasi.
Apapepun saya plan untuk angkat barang sikit2 sampai selesai then tidur je rumah baru bila seme dah siap. Kalau nak ikutkan cakap dia je, sampai bila2 pun kita tak berdikari. Kalau satu hari nanti bila dia dah takde, kalau kita tak belajar susah, nanti kita yang akan kelam kabut.
Kdg susah jgk sd org lama yg xfaham sintuasi.
Assalamualaikum.. Saya sekadar mahu bercerita melalui pengalamn saya. Mak mentua saya memang baik, happy go lucky, pergi mangaji setiap hari, qiamulai (10 malam terakhir puasa), belanja saya jubah, masak untuk saya dan banyak lagi. Memang saya bersyukur dalam mentua macam ni cuma satu je saya paling tak gemar dia sangat ego, cerewet sebab dia pandai masak, suka mengata orang .
Untuk makluman pembaca mentua saya seorang ibu tunggal (bercerai hidup dengan suaminya) dan anak lelakinya anak tunggal setelah abg pada suami saya meninggal. Sekarang saya tinggal berdua dengannya disebabkan suami saya kerja di labuan dan saya di Penang, sebulan sekali baru balik. Jadi saya paham dengan hidupnya yang menyebabkan dia ego dan memandang remeh terhadap semua orang termasuk anaknya sendiri. Banyak kali juga saya dan mentua berselisih faham seperti saya nak buat kuih dia akan komen semua benda yang saya buat, ada aje yang tak kena Lepas tu dia akan cakap dia tahu la sebab dia dah buat beribu kuih. Saya sampai tak berani nak masak sebarang lauk, kek kat rumah mentua disebabkan dia sangat cerewet bab masakan, kalau tak sedap dia tak akan makan. Tapi bab mengemas dia langsung tak peduli sampai ada lipas besar merayap-rayap kat dapur dan ruang tamu.
Mentua juga jenis suka nasihat kat orang sampai kekadang saya rasa malu sebab kena tegur untuk solat witir di surau (suara mentua sangat kuat) padahal saya tahu, kawan2nya pandang dan sengih kat saya. nampak macam saya baru pertama kali solat terawih. Kalau bab mengata pula kalau ada program nyanyi macam kilauan emas atau lain program nyanyi kat TV dia akan cakap kat saya orang tua dalm tu semua tak sedar diri, kalau mati kat tengah pentas mengeras je camna. Saya memang x suka mentua komen negatif macam tu. Saya tahu dia kuat agama tapi jangan perlekeh orang lain la.
Belum lagi bab dia ketuk bilik saya dan suami macam nak roboh suruh bangun subuh. Saya tahu tanggungjawab saya untuk menunaikan subuh tapi saya dan suami tak suka cara kasar macam tu. Saya boleh bangun sendiri tanpa dipaksa sesiapa pun. Terus terang la bila duduk di rumah mentua memang tak ada privasi untuk bersama, sampai suami cadangkan duduk hotel 2,3 hari sebab nak elak dari maknya. Kekadang mentua juga seperti cemburu bila saya kerap dengan anaknya bila keluar makan bersama je, mentua akan duduk sebelah suami. Saya tak kisah pun mungkin mentua rindu anaknya, tapi mentua tak penah tunjuk rasa sayang pada anaknya. Mentua tak kan call anaknya alasannya sebab dia mak, suami saya anak. Kalau suami saya call saya, dia macam terasa hati sebab suami saya tak call dia.
Saya kekadang marah juga peragai mentua. Banyak saya minta nasihat dar kakak saya. Kakak saya pun tahu mentua saya jenis cerewet, dia je betul. tapi kena sabar. Mungkin dalam bulan Ogos tahun ni saya akan berenti kerja dan ikut suami. Saya harap mentua tak ikut la. Biarla saya dan suami mencorak keluarga kami. Walaupun ada rasa kasihan sebab tinggal dia sorang diri tapi lebih baik saya dan mentua berjauhan dan jumpa hanya sebulan dua sekali je. Mungkin ini lebih baik untuk mengeratkan kami dan menserasikan kami. Psst saya baru tinggal bersama mentua 7 bulan tapi sudah rasa tak selesa. Saya selalu berdoa lembutkan hati mentua, supaya saya anggap mentua macam mak saya sendiri. Haraplah ada miracle yang Allah akan jadi nanti. In shaa allah.
mak mertua awk sme cm sy. kte tkde chance nk atur rumah tangge.. sume die nk msuk cmpor.. nk msk sndiri pon tk senang.. mcm die je tau sume bnde.. bile nk tolong ade je tk kne.. kdg2 bnde simple pon die nk wt jd complicated. rse cm stuck je..
saya pn sama…. skrg ni sy rse buntu sgt, xtau nk buat apa dh ngn mertua sy ni
saudari duduk di labuan kah? sama la kita. kes sy pula mak mertua dan pak mertua pandai buat muka dah klu x senang hati dgn sy. sampai sy terasa…
Mcm lebih kurg je.. cumenye sy ni xpeduli apa mentua kata.. sy msk je.. sy xpduli dia nak mkn ke tak.. yg penting suami balik keja dpt mkn.. mentua ngn adik ipar prempuan pandai msk tp jrg msk.. tp bila sy dh msk dorg xmkn .. tapi sy xpduli.. mak je lah.. duduk dgn mertua mmg xde privacy.. kdg nak rehat sbb sy ni bekerja cikgu petang.. biasa lh keja cgu mmg xhbis kena bwk balik rumah jugak.. mak mentua ni jenis byk ckp.. sy kdg nak rehat xdpt sbb kena lyn dia.. pastu buat keja lgi. Serius penat.. penat tinggal dgn family mertua ni. Nak pindah dah .. x sabar masuk rumah baru
Kenapa ape yang awak cerita nie macam kisah hidup sayaaaaa.. Pekerjaan kite pun samaaa?
Lebih kurang mcm sy, tp mertua sy lembut je, dlm lembut tu dia perli, sy xtahan n rasa mcm nk gila, dia akan gunakan nama sy utk dptkan apa yg dia nak pada anak2 dia yg lain, kdg2 sy dah rasa segan pd adik beradik suami..
Diorg pandang sy lain mcm, contoh adik suami nk duk dgn mertua lepas kami pindah, dia ckp pd adik suami, sy suh byar pd mak 500 sebulan, logiknya takkan lah sy yg pandai2 nk suh org byr sewa duk umah dia sendiri..
malu tebal muka sy ni..
Allhamdulilah laa..
Kisah saya ni rasanya lebih kurang sama agaknya. Kalau ikutkan perangai mak mertua saya memang ok pergi solat,zikir klau nk tgk perfectla ibadahnya. Tapi bila bab mengata belakang champion. Dan cerewet yg amat… Saya ni rasanya mcm dh nak meletop. Sebab dh tk tahan sgt, bila kita nak buat kerja rumah dia komplain itu tk kena ini tk kena. Bila kita masak dia complain lps tu ckp blkng dekat suami. Yg menyakitkan hati bila dia intai dalam bilik kami, dia tgk saya tgh bt apa trus mereport anak beranak dia. Kata sya ni pemalas , dia tak tahu ke anak dia ni tgh sakit. Boleh pula dia menabur cerita mcm tu. Kdg2 isu mesin basuh pn dijadikan isu. Lama2 , bergaduh sy dgn dia, sy ckp dgn suami sy nk kluar dri rmah ni sbb sy mmg dh tk than dgn sikap dia yg amat cerewet, yg suka mengata org. Bila anaknya tegur kesalahannya dia kata hanya ustaz je blh tegur dia. Mmg ego . Bila mngadu dkt suami , dah confirm2 suami back up maknya. Saya ni kadang2 sampai ckp seorang diri, sbb trlampau stress tk thu nk mngadu dkt sapa nk luahkan sapa.. Setiap kali masuk wktu subuh dia selalu buka pintu bilik nk bg thu msuk wktu subuh, walhal saya tahu la nk gbgun jam brp. Tpi kalau sy tgk anak2 dia tk ad pula dia bt mcm tu. Mcm tk ada privasi langsung. Haih tk thula brp lama lagi blh sabar.
Assalamualaikum, apa yang harus saya lakukan andainya mak mertua tidak pernah ingin menasihati anaknya supaya berpikir dengan matang tentang hal2 yang saya kemukakan mengenai agama seperti solat, belajar agama etc.
Selalu bila terjadinya pertengkaran antara kami, suami sentiasa cakap kepada mak mertua yang dia tidak boleh tahan lagi hidup seperti terkongkong, ini salah, itu salah (suami saya kadang perangai seperti remaja dan single sedangkan umurnya 36tahun) dia bertanggungjawab dari segi nafkah zahir tetapi kami kurang berkomunikasi (nafkah batin) kerana pada dia, dia bukan jenis lelaki yang suka bermanja2 atau berdiskusi tentang masa depan rumahtangga kami berdua.
Mak mertua hanya akan menasihatkan suami yang saya salah sebab sentiasa berbual tentang agama; yang saya ni jenis perempuan yang strict dan mak mertua juga bukannya mengingatkan suami tentang orang2 yang beriman tetapi compare rumahtangga kami dengan rumahtangga orang2 yang tidak solat atau kurang praktik tuntutan agama dan mak mertua akan membesar2kan bahawa rumahtangga mereka tetap bahagia dan masih teguh bersatu.
Suami sering ingin memutuskan pernikahan kami setelah memakan kata2 ibunya yang mengalakkan hidupnya yang kononnya masih bahagia tanpa pegangan agama.
Saya sudah hilang hormat kepada mak mertua. Mak dan bapak mertua saya memang tidak solat. Suami pula sekejap sahaja rajin solat. Selalunya bila dia rasa yang saya berikan dia tekanan hidup, dia akan berhenti solat dan menyalahkan saya dan akan bangga yang maknya sendiri tidak memaksa dia.
Saya sampai hilang pedoman hidup dan rasa ingin mati sahaja dan sampaikan hasrat saya itu pada suami. Sehinggakan saya janji kepada suami yang saya akan biarkan dia hendak buat apa sahaja asalkan dia tidak meninggalkan saya. Sebab suami kata dia menyesal bernikah dan ingin bujang semula dan tidak perlu tanggungan.
Apakah saya bodoh kerana masih ingin menjadi isteri kepada orang yang tidak ingin taat pada Allah dan juga mempunyai mak dan bapak mertua yang sampai bila pun akan indirectly menghasut suami yang saya ni isteri yang tidak bagus sebab tidak habis2 berbual tentang agama.
Ini pernikahan saya yang ketiga. Yang pertama dan kedua bercerai akibat kekerasan dan kekasaran. Saya dan suami yang sekarang baru setahun setengah berumahtangga. Kami tidak mempunyai anak. Tetapi saya memounyai 2 anak remaja hasil pernikahan pertama. Dan saya selalu mengingatkan suami untuk menjadi role model kepada anak2 tetapi tidak diendahkannya. Kami belum ada rumah dan masih menumpang di rumah mak saya sendiri. Saya pula tidak bekerja.
Ibu mertuaku? Orang yang paling aku benci dalam hidup aku sebab di kategorikan sbg jahat dan zalim. Punca aku ngn isteri bercerai. Kisah mcm cerita kassim selamat, Cuma bezanya aku belum cucuk mata guna garpu lagi.
Sampai sekarang aku rasa trauma nak kahwin
sabar der… suami aku pilih aku sb fhm sgt nk mak dia.. and akhirnya kami bdua tggl bsama..mertua skg dok dgn anak2 lain rotate.. sb dia dh benci kn aku..so g la duduk dgn org yg dia syg or syg dia sgt tu..hahahaha aku nk tgk jauh mana dorg leh servive dgn kasih syg dorg yg palsu tu..sb sblm ni aku tau,masing2 mengutuk di blkg masing2.
Same mcm situasi ni..beza nya..mak mntua saye..lyn sy dgn baik..tp blakang ta thu le..sbb depan ank mnantu hat lain dia lyn elok gak..tp bila blakang dia mgata..apatah saya yg ta brkeja hnya surirumah ja..
sabar bro… Mendengar cerita awak pun saya dah seram sejuk. Apatalah lagi saya menonton cerita Ibu Mertuaku, lagilah sis seram sejuk. Saya tak mahu kehidupan saya macam Kassim Selamat. Takut – takut pula ditanya ” Siapa fatin nur aisyah ? Majistret , lawyer ? ” Last 2 pun kita jawablah ” Saya ni dj radio makcik” Yang pasal dj radio memang cita2 saya sejak dari kecil. Kalau jadi macam tu, boleh jadi sis akan cucuk mata garpu. Harap2 tak gitu
Macam ni pun ada..
kadang saya smpai xtahan pun ada dgn nak layan sikap ipar2 lagi pakat duk tuding jari kononnya saya perampas,control duit suami,sedangkan hnya Allah yg tahu … Stress pun ada terpksa buat muka manis depan depa pdhl hati ni xsiapa yg tahu… Tiap kali nak blik rmh belah somi rasa berat sebab apa,sbb ni la… Urmmm…. Sedih …sadisss… Semua ada …
Kenapa dikatakan perampas…mudahan yg baik2 sahaja untuk awak
Sgt bencikan mak mertua! Saja nak buat sy dan suami bergaduh. Suka reka2 cerita. Mulut jahat. Selalu burukkan2 keluarga saya. Yg paling kerap sekarang. Suka ckp anak dia (suami saya), sedang berkawan dengan janda. Apa motif dia?
Apa yg perlu sy buat? Buntu sgt2. ????
sy ni, bukan smpai tahap benci..tp apa bila semua bpaling tadah..buat sy ni jd mangsa keadaan saya mula membenci sorg2 dlm kuaga mertua.
Nak suruh anak dia kawin lagi lah tu.macam mak mertua saya tak sedar anaknya tak mampu bagi nafkah sesen pun. mcm mana nak tambah bini?
Assalamualaikum, saya ni baru je bertunang. Jadi mungkin apa yang saya alami adalah sebahagian dugaan bertunang.
Saya mengenali tunang saya pada setahun yang lepas. Bercinta selama setahun akhirnya mengikat tali pertunangan May lalu. Untuk pengetahuan semua, tunang saya muda 4 tahun dari saya.
Jadi saya amat memahami yang dia masih lagi muda dan memerlukan masa untuk bersedia dengan komitmen yg akan datang.
Disebabkan dia muda, setiap malam dy akan lepak bersama sama dengan kawan sehingga 3 4 pagi. Itu pun selepas dia balik kerja. Pada mulanya saya berasa tak selesa dengan cara hidupnya yang begitu.
Yela, kenapa kena hari hari lepak? sampai pagi? Jadi ada juga saya membebel tak puas hati kadang kadang bergaduh sehingga mak dia terdengar. Setiap kali gaduh bakal mak mentua saya akan call saya dan bercakap dengan saya. Mintak bersabar dan bertahan perangai anaknya.
Pada mulanya, saya berfikiran positif mungkin maknya hanya sekadar memberi nasihat. Tapi masuk kali ke 4 5 saya hanya maknya mula masuk campur hal hubungan kami. Sehingga mak nya ada mengaitkan yang saya yang mengajak anaknya bertunang sebab umur saya yang lebih tua dari anaknya. Jadi saya sepatutnya menerima seadanya anaknya.
Tak cukup itu, tunang saya pernah memberitahu maknya mengajar anaknya untuk tidak contact saya dan jangan cakap yang dia kua lepak. Maksudnya suruh anaknya menipu saya. Oleh kerana hal ini, saya tidak pernah lagi menegur anaknya tentang lepak dan membiasakan diri tentang itu. Namun beberapa hari lepas, maknya call semula saya dan mula bertanya tentang tunang saya yang setiap hari lepak sampai pagi.
Sedangkan dulu, mak dia juga yang minta saya jangan masuk cmpur tentang urusan kawan kawan anaknya. Malah, tak cukup itu, dy mengatakan tunang saya kurang ajar. Melawan cakapnya sebagai ibu.
Tidak memberikan duit belanja padanya satu sen tetiap bulan lebih parah lagi, maknya meminta tunang saya memberikan wang belanja pada adik lelaki tunang saya yang sudah berumur 19 tahun yang masih tidak berkerja lagi. Disebabkan tekanan pada hal ini, saya telah bergaduh dengan tunang saya berpanjangan.
Saya berfikir satu satu tentang apa yang maknya beritahu saya. Pertama, tidak memberikan wang belanja padanya. Saya gusar perkara ni, kerana saya pernah bertanya tunang saya, dia memberitahu saya dia memberikan wang belanja bulanan pada maknya. Tapi mak dia kata tak ada langsung.
Kena mintak itupun RM50 sahaja yang akan tunang saya berikan. Saya rasa bersalah ada ke kerana saya tunang saya tidak memberikan wang bulanan? Tunang saya juga kadangkala akan menuangkan minyak kereta saya, memberi saya duit belanja, tak delah tiap tiap bulan. Tapi ada lah sekali skala dia buat begitu.
Kedua, kurang ajar dengan maknya. Ya, tunang saya mmg panas baran. Tapi kadang kadang saya rasa ada juga yang salah dari maknya. Kerana maknya juga kadang kadang mengeluarkan ayat yang menaikkan darah semua orang.
Ketiga, tidak memberikan wang belanja pada adiknya yang berumur 19tahun? kenapa pulak? Adiknya lelaki, Da besar panjang. Dan tunang saya kadang-kadang depan saya ada menghulurkan wang belanja pada adiknya walaupun kadang kadang saya tak setuju. Cuma saya tak berkata apa-apa.
Saya buntu. Kenapa maknya call saya? Memberi tahu tentang keburukan anaknnya [tunang saya] satu persatu. Dia tak mahu saya meneruskan hubungan dengan anaknya ke?
Saya buntu yang mana satu betul. Tunang saya ke? Atau Maknya? Saya gusar samada untuk meneruskan hubungan ini atau tidak. Kalau benar dia melayan maknya sebegitu, dia juga akan melayan saya kelak sebegitu bila saya bergelar isterinya.
Tolonglah beritahu saya apa yang perlu saya buat?
Saya Mula2 diam.lepas ni I lawan balik.mak mertua melambung tinggi anaknya dan anggap menantunya x perasaan.GERAM
mak mentua ay plak suka bpura2…tnya2 kononnya ambik berat..pdahal..pak mntua pon sama….sy xsuka dgn!!!dia ada mnatu lelaki ank org kaya bkn mnantu tu kaya mak bapa dia kaya…konon nya harta blh kat mnantu lh tu…gila harta…bila wsaap ..wsaap geng dio je….mcm kita xwujud..sy sdih bila sy mngadu dkat suami dia akan bela mak bapa dia…
Nombor 1, 4, 6, 7, 8, 10 bukan ciri2 mak mentua aku. Tujuh ciri2 lagi mmg perangai mak mentua aku. Aku tambah lg ciri yg ada pada mak mentua aku:
1. Tak hormat besan
2. Drama king
3. Tak bersyukur
4. Kikis duit aku
5. Pantang dgr aku nak balik kg
6. Tak hormat ketika aku sakit
Ish2 marah tahap gaban niii…???
sama dgn ciri2 mil saya, x boleh tgk suami belikan saya brg ape2 pun, dia pun nak juga, x boleh tengok saya lebih daripada dia @ suami lebihkan saya, tapi jenis mil saya ni suka meminta minta suami saya, saya sendiri pun x pernah meminta minta suami, kecuali suami yg bagi, padahal bapa mertua masih ada lagi, kalau ibu bapa saya datang rumah mil akan beri pelbagai alasan utk elak berjumpa dengan kedua ibu bapa saya. drama quenn, bila depan suami dia puji saya dia layan saya dgn baik, bila suami kerja, tegur saya pun tak.
suka tentukan hidup rumah tangga saya dengan suami, suami beli rumah dia nak duduk rumah yg suami beli tu, padahal dia da ade 2 buah rumah, saya bgitahu suami saya nak merasa tinggal rumah sendiri berdua, saya sedar selama ni saya menumpang di rumah ibu mertua, selama itu saya merasa tidak selesa, segala kerja rumah, masak saya buat sorang2. bila saya masak bnyk, dia tak sentuh, mungkin x kena dgn selera tekak dia, selalu makan kat luar, bila saya x masak dia x makan kat luar, dia perli kata x masak ke dlm rumah ni, saya merasa serba salah.
Kalau mil saya pula memang konon konon puji depan baik, belakang mengata, suami pulak lebih percaya cakap mak dia daripada saya, pantang saya sebut pasal mak dia, yg dia nampak salah saya, sebab mak dia pandai berlakon, saya yang dipersalahkan kena tengking & maki dgn suami semasa ada mil & adik ipar, sudahnya saya pendam sendiri makan hati, hinggakan saya x lalu nak tengok muka mil bila teringatkan apa yg dia buat kat saya sehinggakan saya bertengkar dgn suami, saya rasa terlalu stress dengan mil dan juga suami.
saya pn sebumbung ngn mil saya . dah 3 tahun dah . mula2 mmg ok tapi dah lama2 rasa stress sgt2 n badan pn makin kurus je mngkin byk sgt makan hati kt rumah tu .. yg saya tk suka sbb suami saya jeni panas baran lepastu bila bertekak ngn mak dia habis semua dari a smpai z dorng ungkit apa semua paling selalu pasal duitlah .. lepastu bila bertekak paling2 sya sedih bila mertua ckp korang kalau nk klua dari rumah ni boleh tapi cucu aku jgn bawak ya allah kat situ tak tahu lah nak ckp apa lagi sye hnya mmpu diam mmbisu .. skrg saya tak tahu nk mcm mana lagi rasa macam nak lari dari rumah pn ada .. hmmmmmmm
mak mentua buat saya macam kuli kat rumah dia, puas jadi hamba abdi kena buli selama 3 tahun kat rumah dia , makan hati berulam jantung selama menumpang 3 tahun kat rumah dia, skrg dah pindah duk rumah sendiri. Alhamdulillah Allah mendengar doa saya selama ini.
Saya selama ni tinggal ngan mertuwa ..Sbb suami blum ada pekerjaan tetap trpksa lah ikut suami duk sebumbung ngan keluarga dia..mrtuwa sya mang suka mengungkit pasal makan minum di rumah ..Bkn tu jk mertuwa saya ungkit pasal duit suami saya.. Sampai sanggup tak suruh saya keluar rumah sehingga hutang lunas…Bkn tu je…Pasal jaga ank2 saya punn nak berkira… Klo soal kemas rumah saya tak kisah lah.. memang saya dah biasa. Boleh hilang kan sikit streess… Tp setiap kali sya buat kt dapur mesti ada yg tk kena… Klo bkn Mertuwa yg menegur .. Ipar2 pun turut mengata saya… Paling lah saya sakit hati.. Bila mereka memburukkan saya dgn org yg saya rapat… Seolah tak suka ada yg rapat ngn saya…
Bkn nk mengata .. saya buat apa yg mereka nk… Sya jgk snggup pokai yg penting hati mak mrtuwa saya senang… suami saya bagi duwit habis saya belanja untuk keperluan rumah…
Simpanan pun saya langsung tak da.. Tp mc jgak saya di benci… Saya tak tahu apa yg saya buat.. Sehingga dia benci saya… kadang2 saya sampai terpikir untuk tnggal kn suami … agar mrtuwa saya puas Hati… Dan tk ada lagi perselisihan paham di sbb kn anknya…
Menantu dgn mertua. Jrg sgt kita dgr yg baik2. Tp percayalah. Mertua kite pun pernh jd menantu. Dan kita pun xtahu apa dia lalui ms dahulu. Seperti kita, teruk dikerjakan hati oleh mertua. Atau sebaliknya. Tapi ingatlah ye. Memang perit cuma sy ada terfikir. Ujian Allah mmg ada di mana2. Kdg2 rasa menyesal kahwin sbb mertua. Doa sy semoga die berubah dan kita pun pd ms akan dtg turut berwaspada perangai kita kpd menantu2 kita. Mcm omputih kate what goes around comes around huhuuu
Mak mertua saya 1,2,3,4,5,7,8,9,10,11,12,13 #6 tu xde langsung. Suka sngt cari pasal x pernah x x memekak dengan saya ada je benda yg dia suka, pandai berpura2 seolah2 dia ni ikhlas orgnya tapi sbenarnya nauzubillah. dari mula tunang smpai jadi menantu kata saya ni bomoh diri dia bomoh kan anak dia (suami saya) mcm2 ayat dari mulut dia yg mnyakit kn hati. saya buat kerja rumah bagi dia tu x cukup apa yg penting utk dia hanya duit harta.hina kluarga saya miskin walhal dia bkn kaya mana pn hidup lebih kurang kluarga saya jg bak kata dia miskin. dlm seminggu tu mulut dia x pernah senyap.
Dgn anak2 dia pn bkira ungkit air susu badan ungkit masa ngandung kn dorg sape2 pn mesti stress dpt mak/mertua mcm dia. Hari ni bagi barang ke mkanan ke esok lusa ke tulat dia ungkit sbb dia ni jenis yg mintak balasan. Satu taman tau mulut dia mcm puaka xde sorg pn jiran tetangga yg suka kat dia. hobi gosip hal org lain gosip hal menantu nasib baik suami x berat sbelah. cuba utk bertahan tapi yela kesabaran sesorg tu ada had.
moga kite semua dijauhkan dari sifat2 tue.. kesian kat anak2 kite kan.. macam kite hidup tertekan setiap masa… no privacy sebab mertua nak duduk skali dgn kami..
Bkn apa aku cuma nak kongsi je.. mak mertua aku tu sbnrnya baik,,, tpi…ada prkara yg aku tidak suka.,,sejak aku kahwin dengan anak dia,tiba2 dia berubah besar,,bila laki aku bg dia duit belanja,,dia tak ambil malahan dia kata “sy tidak maw menyusahkn kau lg” katanya pada laki aku dgn nada suara yg kuat,,muka nya sangat kelihatan merah padam sangat,,
laki aku trkejut,aku pun sama,,tapi kami biar je laki aku terus letak duit tu di meja dalam bilik mertua aku,,beberapa hari selepas tu,,dia langsung tak nak jawap baik,,asal laki aku bercakap2 dgnnya,,dia jawap kasar je selalu,,
sehinggakan suatu masa tu laki aku bad mood,,dia tanya mak mertua aku
“mak,,kenapa kau layan sy macam bukan anak kau?? say tanya baik2,,kau jawap sy macam saya bukan anak kau” kata laki aku,,
sbb sebelum laki aku tanya mertua aku,,ada suatu hari tu laki aku bawa dia cari ikan,, sbb mertua aku memang suka p sungai cari ikan.tapi lain responnya..
“kau lain suda,,kau memang lain suda berbanding yg dulu” kata mertua aku,,.
dan bila laki aku tnya,,dia jwp sampai mereka bertengkar
“kau maw tahu sngt kan,,ok saya bagitahu,,sejak kau kahwin,,kau langsung abai kan saya,,sejak kau kahwin tanggungjawap kaw dgn saya kau lupa,,sejak kau kahwin layanan kau dgn saya kurang sngt,,saya rasa sunyi,,selama ni saya harapkan kau 1 org saja yg boleh jaga saya,, yang selalu kwn sy tdr, bagi saya smngt,, kau taw ka saya terlalu sunyi,,suda saya bagitahu kau jgn kahwin dulu,,saya belum besedia lepaskn kaw utk ada istri dan keluarga,,tapi kau kahwin saja,,saya rindu msa2 kita dulu,,sma2 kita makan,,tdr,,p cari ikan,,memang kita macam kawan masa tu,,tapi bila kau suda kahwin,,kau habiskan masa kau dgn bini kau saja,,saya kau biarkan,,kau betul sudah berubah,,kalo kaw beli barang2 kau simpan d bilik kau,,kau tidak simpan di dapur,,sejak kaw kahwin kau jdi kedekut?” kata mertua aku,,
aku terdiam,,sakit hatiku bagai ditusuk jarum,,jujur aku bgi tahu,,aku tidak pernah halang laki aku utk bg duit belanja,,beli barang,,luangkn msa dgn mak nya sndri,,malahan aku maw lagi laki aku layan mak nya mcm dulu,,aku beri duit nafkah dari laki aku utk aku pada mertua aku,,kerna aku nak sngt mrka ok mcm dlu,..
tapi 1 hal yg aku tak suka,,bila mertua aku kata laki aku kedekut sejak kahwin,,padahal bila kami beri dia barang dapur,,n beri duit,,dia kata dia tak nak menyusahkn katanya,,bla tidak diberi,,mula la lagi mengata,,kedekut,,lupa tanggungjawap,,penting diri sendiri bila dah kahwin..katanya,,aku tk dpt berbuat apa2,,selain tahan hati je yg sakit,,
cuma air mata yg berkejaran mengalir d pipi ku,,,dlm hti aku berkata,,’jadi semua mslh,,brlaku disebabkan aku ker,,,’huhh,,,,bercampur yg aku fkr,,tiba2 aku rndu mak bapa aku kat kampung,,
Aku pun mcm nak lari jer,,masalah berlaku sampai skrng,,dia tak nak layan aku pula skrng,,aku tnya sikit jer dia lari masuk bilik dgr radio,,bla anak2 dia yg lain call ,,mula lah dia cerita lain,,reka2 cerita,,tambah sakit hti aku,,huhh…dia bagitahu org semua keburukan aku,,aku biar je…sbb aku tahu kami tnggl kat sini sementara je…
Susah kalau time sebelum kahwin ni kita xtahu perangai sebenar keluarga belah isteri kita..
Bila dah kahwin ni, satu persatu Allah swt tunjukkan kat kita rupa sebenar diorg… sungguh berdrama
MACAM SET*N!!!!!
Choi .. bukan mak mertua je macam ni .. mak sendiri pon ade ciri-ciri tersebut kecuali no6 & no10 sahaja .. wakakakaka .. kalau saye mati pon lagi baik la .. saya tak mintak pon dilahirkan dalam keluarga ini .. itu sebab tak tau la nak bersyukur macam mana sebab walaupon anak kandung tak rasa macam anak kandung hahahahah ..
Hahaha betoii tu i sokong 100%…sama rasanya apa yg awak rsa.kita serupA
Salam kawan2 aku dah tiga tahun duduk dgn mentua laki kerja kilang je tak cukup nak sewa rumah..hari2 aku macm nak menangis je tapi ada aku boleh sabar aku sabar..
aku pulak menantu perempuan yg sulung dalam keluarga ni biras2 aku semua laki ..kadang2 aku terasa jugak Mak mentua aku cakap menantu2 dia beli mcam kat dia aku ni dah tak kerja harap laki bagi je…
dulu masa kenal Mak mentua aku baik cakap pon LA ni bila dh sebumbung ..Mak mentua aku segan org nya semua aku nak kena beat..lagi2 bila aku masak semua pedas tak boleh mkan la sekarng aku malas nk Kate ap dh lebih aku diam Dan redha je INI dh takdir aku Allah dah tentukan..
macam si*l….
sakit hati… buat sesuka hati.. nk atur rumah tangga aku.. ank aku pon duk ngn mk mertua.. aku x dpt nk jaga ank.. n xdpt nk rasa susah ade anak..
sib baik aku x duduk sebumbung..
tp aku masih x berpuas hati ngn mak mertua aku.. kang aku buat undang2 2bln sekali balik umah m mertua kang baru tau.. sabar selagi boleh.. #Nasihat.. bersemuka ngn mertua bgtau ape yg x puas hati.. sy dah tp myb xde sambutan hati perasaan.. tunggu kepanasan tahap gaban perang dunia ketiga baru nk sedar agaknya…
Sama laah kita hmm mak mertua sy pun macam tu bab anak ? baru anak petama smua nak dicontrol itu inj , sy tatawu apa hak sy sbnarnya
Asskm..pedih nak cerita..sbb mertua saya kaki laga..bab family saya smua xkena..nnt ada jer dia report dekat suami saya..padahal suami sya kat jb dia kat klntan snggup tel semata2 nak ckp kakak n abang ipar saya macm tu lah macam nilah..smua xkena.pernah dia ckp mak sya ckp kat suami sya bela sya xcukup makan..
sya tnya mak sya.mak sya ckp demi allah dia ckp..da suami sya percaya ckp dia.pernah kami gaduh laki bini sbb mertua saya bagithu suami saya..saya ajar anak saya suh panggil dia ibu hantu ya allah..xprnah pun trkeluar di mulut saya nak ckp dia macam..knapa dia sllu nak laga kn sya.family sya ngn suami saya..hnya allah ja tahu semua tu knpa..ada satu tahap kesabaran saya da hilang..sya snggup berpisah dari asyik suami saya marah2 saya sbb mulut mak dia.
Haii semua…apa yg kita harus buat hah…klaw kita berdepan ngan masalah yg mcm niii…makin lama simpan dlm hatii lma2 nii msty berdarah smpaii bernanahniiii……parah2..mak mertua tk suka kita dri dlu smpaii sekrang….
Mak mertua sy ni dgn sy pn dia x puas ati dgn menantu lelaki suami adik ipar sy pn dia x puas ati. Pendek kat x suka dgn semua mnantu. Semua menantu dia jahat.
Sedih sgt apa yg kta buat semua x kena. Dr awl kawin skrg da 9 tahun. Mak mertua selalu fitnah sy. Ank sy yg sulung pn mak mertua pnah tnya btul ke ni cucu dia hnya kerana sy bunting plamin..
Nak tanya pendapat korang semua.. ni kisah tentang perkahwinan kakak angkat saya.
Perkahwinan mereka baru je setahun lebih.kakak angkat saya bekerja sebagai seorang doktor, begitu juga suaminya. Baru-baru ni kakk saya baru melahirkan seorang anak jadi kakak pun memng tinggal bersama maknya sendiri. Suami kakak pun sekali la. Dari segi keperluan kakak dan suaminya semua mak uruskan. Makan minum,pakaian,susu,baju baby dan membantu dari segi tenaga.
Pada mulanya,suami kakk ni memng mak jaga sungguh-sungguh la. Jaga makan dia,baju dia tanya kesihatan dia..memang take care giler la laki bini. Sepanjang suami kakak tinggal bersama kami. Dari segi kewangan dia ada la bantu sikit. Rm250 sebulan/rm50 tapi penggunaan dalam rumah tu…Ya Allah.. aircond pasang macam dekat hotel,seterika baju guna banyak kali ,bini dalam pantang pun dia suruh bini dia seterika kan baju dia. Bil elektrik sampai cecah rm400+ itupun bini dia yg bayar tanpa pengetahuan dia. Wang ringgit kakak pun dia control. Cream baby keperluan baby sampaikan mak yg nak kena taja kerana sepanjang tempoh cuti kakak gaji kakak hanya separuh . Bila cerita dia kata pakai je apa yg ada! Sampaikan kakak rasa takut nak mintak suami dia apa2 punya la nak jaga hati laki dia. Dari segi tenaga pun dia xpenah membantu. Hanya tahu balik dari keje. Makan..duduk dalam bilik menghadap laptop.
Pernah kami buat hari keluarga.. kami buat makan2. Semua orang berkumpul..tang dia elok je duduk dalam bilik buat2 tidur.. sebab tak suka berkumpul family! Baju pulak bila hilang bukan tahu nak cari sendiri dia marah dia baling pulak kunci motor depan mak mentua dia(mak kakak). Tak ke kuang ajor gitu.. dia baling kunci tu tuju ke saya(adik angakt) sebb saya yang jemur baju dan lipat baju. Tapi baju dia xsemua pun saya uruskan…sendiri yang simpan sendiri yang lupa tempat.
Lepas tu nak baran2 pulak.. dia ingat mak ke yang menumpang rumah dia sehingga dia boleh buat macam tu? Dia ingat saya ni orang gaji dia ke? Kalau bab berjanji manis dan putar belit cerita memng dia tiptop la. Sebelum dia pindah rumah dia penah berjanji2 manis dengan kakak nak beli rumah dan kereta cash la kat kakak.. cakap tak serupa bikin la bro! Depan mak mentua kowt dia buat janji palsu. Kereta cash yg dimaksudkan tu adalah secondhand.! Hemllo!! Selama ni kakak belaja kat mesir berratus2 ribu kowt ibu habiskan duit..usaha cari duit untuk kakak belaja sampai habis. Jadi doktor.. sebb nak bagi kakak hidup senang.. bukan nye nak bagi kakak hidup sengkek pergi kerja naik basikal.. boleh pulak tak jadi beli kereta suruh kak naik basikal. Kak tu baru bersalin kena operate pulak tu..bukan bersalin biasa.. yang hang g keje boleh pulak naik bmw??
Baru2 ni kak start kerja balik..mak pun ada beli kereta untuk kak.. duit muka pun duit mak bukan duit dia. Bayar bulan je kakak punya duit.. itupun kau nak maki mak? Kata jangan masuk campur rumah tangga korang? Dah yang masa mula2 nak kahwin ngan kakk tu sape yang bersusah payah usaha pujuj kak kawin dengan kau? Bukan mak jugak ke yang masuk campur? Memang tak sedar dek untung la.. masa stay dengan mak.. hentam mak sungguh2..suruh beli burger mcd tiap2 malam.. mak tak kisah pun xberkira pun sebb fikir kau menantu.. tapi lama2..mual dengan peragai dia.. elok pindah boleh pulak cakap boikot mcd sebb israel.. dah selama ni duduk dengan mak boleh pulak makan?
Elektrik rumah sendiri boleh pulak bajet rm40 sebulan? Kalau nak cerita macam xhabis je.. mak beli kereta bagi kakak pun nak marah2 maki mak..sampai nak cerai berai laki bini la..bukan mak curi duit hang pun.. kata mak dan kakak membelakangkan dia sebagai suami. Kalau cerita pun bukan bagi.. masa beli motor.. kau tanya pendapat mak motor mana okay.. mak suruh A kau buat B. That’s mean kau memang tak ambil pun pandangan orang. Dari segi belanja adik beradik ipar pun takda.. tak meminta dan mengharap pun.. at least ingatan menghargai tu ada la.. family kami banyak melabur kat dia..tiap kali keluar makan mak/adik beradik yang belanja..dia tak penah belanja pun.. elok je.. tang adik beradik dia yang sememangnya dia tak rapat boleh pulak sekarang ni dia nak buat2 belanja bagai.. xslah pun..tapi hargai la juga orang yang banyak bantu dia tu.
Nak pelawa orang makan pun xpenah.. nak berterima kasih pun xgheti ke?? Nak mintak maaf…??
Apatah lagi..memng jenis tak sedar dek untung.. tak bersyukur dapat mak mentua yng baik.
Mak mertua sy pulak jenis keras kepala . Dia buat suami sy mcm budak budak lagi . Apa yang dia suruh mesti kena buat ! Xbuat kena marah !
Suami sy mmg baik org nya . Dye xpernah lawan atau menjawab kalau mak nya kata apa2 . Sy mmg tinggal bersama dgn mak mertua . Hari minggu shj sy akan mintak izin ntuk balik rmh mak sy . Dan suami sy sgt memahami .
Setiap minggu sy akan balik . Kami akan balik hari khamis belah petang lps sy balik kerja . Pagi jumaat baru nak sembang sembang ngn mak sy . Nk buat aktiviti sme sme dgn suami . Tgk2 mak mertua sy dah mesej suruh beli itu beli ini . Sdgkan dia tahu ni turn sy dan suami balik rumah mak sy . Dan mak mertua sy boleh drive sndri , masih muda , xsama mcm mak sy . Sudah uzur . Dah umur 70 thn .
Bila suami baca mesej dri maknya . Suami terus balik ke rumah maknya . Buat apa yang maknya suruh . Sy xmarah pada suami cuma berkecil hati dgn sikap mak mertua sy . Langsung xfaham atau mmg sje xnak faham . Bila sy dan suami kluar bersama . Ada shj yang dia pesan dan suruh balik dgn kadar sgera !
Suami sy mmg xpernah kata xboleh pada maknya . Ikuttttt saja . Dan mak mertua sy xpernah tanya anaknya (suami saya) ni ada duit ke tak . Suami sy cuma tukang jahit (repair jeans ) . Sy yang byk tolong suami . Sy btl2 kecik hati . Bila duk rmh dia . Muka kena senyum sllu wlaupun xshat , stress dgn kerja atau apa apa shj . Ttp kena senyum .
Pernah jadi kes sy xsenyum sbb sy xshat . Mak mertua sy marah sgt2 , mcm2 dia kutuk sy depan suami . Sy baca semua whatsapp mak mertua sy dgn suami sy . Sggh menyedihkan . Lagi teruk siap pesan pada suami sy jgn bagi mcm mcm kat sy ( duit cthnya ) .
Sdgkan sy yang byk kluarkan duit . Allahu . Sy btl2 rasa di uji . Sy cuma kuat sbb suami sy terlalu baik . Selalu mitak maaf kat sy atas kesilapan maknya . Sy berharap satu hri nnt , mak mertua sy berubah dan sy dan suami dapat cari rumah sewa .
Mertua sy seorg yg sgt baik tp mak mertua sy jenis macam ta boleh terima kenyataan yg anak dia da berumahtangga dgn pd masa yg sama sy pernah terasa smpai maybe mak dia ta percaya kat sy yg say boleh jaga anak dia dan mak dia macam tak boleh terima kenyataan yg anak dia da ada isteri, perkahwinan kami baru setahun lbh tapi macam2 perasaan dtg.
Sy tada masalah dgn suami sy, sy bhgia dgn suami sy . Tp pergaduhan kami slalu tjadi dsbbkan mak mertua. Suami sy sebe salah sbb tpksa jd org tgah tok jaga hati isteru dan mak nya. Kebanyakan sy banyak mengalah walaupun ianya mnyakitkan hatu sy. Sy cuba pk yg positif dan cuba buka kan hati sy untuk terima apa yg mak mertua sy buat, Tp tiap kali sy mencuba ada je kesakitan yg sy rasa.
sebelum ada anak, mana suami nak bawak sy pergi kena report dulu, kalau suami sy bawak sy bercuti,tine bercuti sentiasa call tanya keadaan suami dan ta pernah skali pun dia call sy tok tanya keadaan suami sy. Sy tatawu apa salah sy sampai ta pernah tanya keadaan or khabar melalui sy. Sy diam dah sy sabar. Masa haneymoon boleh dikatakan 5minit skali mak dia call nthen bila kami pulang ke rumah kami dpt tawu mak dia sakit . Maybe mak dia tak percayakan sy yg sy bole jaga makan minum pakaian suami sy.
Sy diam sy pk positif. Dan perkara yg sama berlaku tiap kali suami sy bawak sy holiday. Sy sabar dan terus sabar. Smpai laa sy diberi zuriat dgn izinNYA. Sy bersyukur sgt. Time sy mengandung kami dicontrol itu ini , ini ta boleh itu ta boleh. Kesakitan sy tak pernah skali pun di tanya oleh dia. sy keluar masuk ospital ta pernah skali pun dtg melawat.
Bila sy da melahirkan anak dr sy pantang smpai laa sekarang mak mertua sy macam nak hak kan anak sy, tanggungjawab sy sebagai seorg ibu pun sy ta rasa dan palinv mnyakitkan suami sy ta bsuara or menyebelahi hak sy.
Apa sy nak buat kat anak sy smua ta kesampaian . Tiap hari yg sama berlaku dan sy tatawu sampai bila sy boleh sabar dgn semua ni dan btahan dgn semua ni . Apa yg perlu sy buat pun sy tatawu hmmm sy berharap sgt satu hari nanti suami sy bawak sy dok jauh dr smua ni
Mak mertua aku lak jenis suka fitnah org, jiran tu jahatla, adik beradik dia x elokla, anak2 buat sume xkena la, smpaikan mak dia sendiri pun dia leh cakap kt kami yg menantu ni perangai mak dia xbaik.. nak kami layan dia baik sedangkan dia layan mak dia depan mata kami pun macam hampeh.. bab melaga2kan anak2 menantu mmg champion, mulut jahat gile.. paling menyampah suke sgt mereka2 cerita tak betul utk dptkan perhatian.. suke sgt wat anak dia cam xde tanggungjawab kat anak bini/suami, cam xleh terima anak dia dah kawen pun ye..menyampah aku sbb mak ayah aku pun x camtu.. harap bile smpi masa aku bermenantu xdela buat perangai camtu.. doa baik2..
Assalamualaikum
Saya dah berpisah dgn suami sejak 4th lepas. Mak mertua saya… adalah seorang tidak bermoral yang pernah saya kenal. Banyak pekerti buruk yang dibuatnya, yang paling teruk adalah membomohkan kami untuk pisahkan kami. Setelah sekian tahun bercerai, saya bersyukur kerana dapat keluar dari keluarga tersebut.
Assalamualaikum nasib saya malang sangt jumpa mentua jahat
Mak mertua aku biasa2 je klu ngan family sendiri, tp dia suka menyembang pasal org lain contoh jiran2 tetangga dia.. aku dgr jelah dia bercerita. cuma, aku fed up dgn laki aku ngan anak2 dia yg lain. laki aku ni adik beradik dia semua lelaki.. tapi, mak mertua aku ni cuma nampak laki aku je kot. semua benda lah laki aku yg kena buat… padahal dia duk serumah ngan adik ipar aku ni. tapi mesti tunggu laki aku balik kg gak nk buat ape2. klu abg2 yg lain balik, ttp laki aku gak yg kena. yg buat aku hot, laki aku kalau mak dia suruh mmg laju lah dia buat. tp time aku suruh, aku sendiri lah yg kena buat akhirnya! kurang asam…!
Sy sgt benci kan ibu mertua sy, kerana dia la sy malu bertemu dgn org lain, jiran tetangga pun tngok sy smacam lain sja, malu sy.. Prnah juga sy dgr mertua sy hina sy, dia memburukkan nama sy kpd jiran2, mngtakan yg sy tdk cantik, tdk berduit, tdk bkrja, Dan mertua sy ni..Dia tdk suka jika suami sy bagi duit kat sy, mertua sy ni pilih kasih, pasal makan pun ibu mertua sy pergi buat gossip d sblah rmah, kononnya sy kuat makan, apa sj yg dia masak,sya habiskan.
Ibu mertua sy Dan anak prempuan dia satu kpla, mereka la yg mrancang semua, mereka mncari prempuan lain ntk d kenal kpd suami sy, ibu mertua sy ni, dia syg anak2 dia sja. Dari mula sy tnggl brsama dgn suami, memang lain prangai mereka semua, smpai skg sy masih blm dpt mlupakan kata2 mak mertua sy, bahawa dia nak suami sy berkahwin dgn perempuan itu, luluh hancur hati sy, suami bukan membantu sy tp menambahkan luka dlm hati sy, biasala mereka kan anak beranak, so, rasa benci dlm diri sy ini tak trkata, sy sgt benci MREKA SEMUA!
assalamualaikum, semua.. alhamdulillah, jumpa page ni.. at least ada jgk tempat luahkn prasaan.. sy dh penat lyn perangai bakal bapa mertua sy.. semua benda dy nk tentuakn termasuklh tarikh majlis sebelah perempuan.. dh la jenis biar papa asal bergaya.. ada ke patut, sy n tunang kna sediakn 30 flight tiket utk rombongan sebelah lelaki.. bila ditegah or bg idea lain, dimarahnye tunang sy.. last2 sy ngn tunang gaduh.. mcm2 la benda merepek yg dy dh buat n nk buat, sampai family sy pn dh fade up.. nasib baik ma abah sy sayang sgt2 kt tunang, klo x sure dh lama ma abah sy putuskn pertunangan kitorg..
entah lh.. klo difikirkn, mcm mne sy nk anggap dy bapa sy klo dy xnk anggap sy as ank dy..
tp sy kna kuat, pertahankn hubungan ktorg slagi mampu..
semoga tiada lg masalah mcm ni lepas kawen nti.. semoga Allah permudahkn segala urusan kami..Amin
ibu mertua seorang yg dominan.menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri.sangat susah untuk dipuaskan hati,tidak ada affection dan sangat2 komited dalam berprasangka buruk terhadap semua menantu.boleh dikatakan hampir kesemua ciri2 di atas ada padanya.tidak mengikut kehendak bermakna menempah kehidupan yg miserable.sebagai isteri,suami minta diamkan sahaja.
cuma sekadar meminta pendapat,patutkah dilayan kehendak ibu mertua untuk duduk bersemuka atas sesuatu perkara yang dia tidak puashati?bersemuka supaya dia yg berkedudukan sbg ibu boleh meluahkan perasaan dan bercakap sesedap hati dan kita yg hanya sebagai taraf menantu perlu diam dan merelakan situasi tersebut?lebih2 lagi sy sebagai isteri tidak mempunyai keluarga induk sendiri untuk dijadikn tempat mengadu.
adakah ini satu bentuk penindasan?adakah perbuatan bersemuka tetapi hanya sebelah pihak yg boleh bersuara adalah bentuk penyelesaian yg disyorkan dalam agama untuk tidak mengecilkan hati seorang ibu yg self centered?
As salam. Stress dgn mak mertua yg lebih harapkan menantu perempuan dr anak perempuan yg masih bujang. Minta maaf la mak mertuaku, bukan x sudi jga mak yg makin uzur. Keadaan kesihatan x mengizinkan..sakit lama dtg balik sejak tolong jga mak. Anggaplah diri ni menantu derhaka tp Allah aje yg tau sape yg berbohong ke tidak.
Ya Allah ya Tuhanku.. lindungilah anak cucuku dan saudara2 seIslamku dari mertua yg “mental” dan jahil. Bukakan lah pintu hati anak cucuku dan saudara seIslamku untuk mencari/menjadi pasangan yang bijak dan peka dgn muslihat syaitan yg bertopengkan agama dan perihal adat; kononnya. Mohon kekuatan bagi mereka dan pasangan mereka untuk bekerjasama menjaga hati/melindungi hati/maruah pasangan masing2. Mohon mereka bijak dan tajam fikiran menilai Islam sebagai agama yg adil dan bukan mainan untuk kepentingan peribadi mana2 pihak. Mohon mereka punya jatidiri dan kefahaman agama yang cukup utk membezakan yg mana kurang benar dan yang mana kurang tepat; justeru punya kekuatan dan kemampuan untuk bertindak sejajar dengan tuntutan agama yang luas bukan sekadar fardhu kifayah sahaja. Sesungguhnya anak2 itu amanah yg kurniaan Allah kepada penjaganya dan mertua patut sedar akan kewajipan menjaga hubungan baik dengan menantu yang sekarang memikul amanah ini. Dengan nama Allah aku pohon keselamatan agamaku, duniaku, ahliku dan harta bendaku dari mertua2 yg menyesatkan dan sengaja menyusahkan anak cucu Adam hingga hubungan dgn menantu menjadi rumit yang manakelak menjurus kepada masalah lain dimasa hadapan dan merugikan cucu2 khasnya dan keluarga amnya. Amiiiiin…
P/s Buat isteriku, jangan lah nak politik/drama kuat sangat dgn mak kau tu, syurga kau tu bawah tapak kaki aku. As long as aku tak ajak ko buat dosa/maksiat kau kenalah ikut. Kepada bapak mertua yang agak2 ketua keluarga jagalah mulut bini masing2, macamana mak ayah kau bela ko dulu? Ker tabiat sama jer tak reti nak memimpin tapi nak kahwin pandai.
Mak mertua aku pulak jenis mata duitan. Suka kikis duit anak2. Kalau die nak ape2 die main order je. Contoh nak sofa baru, mesin basuh baru, kereta baru, n mcm2 lg yg harga mmg ribu2. Anak2 die dah macam mesin atm die. Kalau die takde duit, die akan msg anak2 die suruh bank in. Tak kira lah dah dpt gaji ke belum masa tu. Duit bulanan tu mmg wajib la anak2 kasik setiap bulan. Menantu pulak mesti kene belikan ape2, bg duit or hadiah br die suka. Kalau tak bg mmg kene sound direct. Layanan jgn ckp la, mmg pilih kasih. Then mulut tak cover, suka compare2 anak2 die n menantu.
Siapa bg hadiah or duit paling bnyk tu la paling die syng. Padahal ekonomi anak2 bukan semua nya sama. Mak mertua aku ni tak kerja. Suri rumah. So minded die ialah die dah besar kan anak2, so anak2 wajib bg ape yg die mintak. Mulut die mcm mata pedang. Tajam sgt2. Nak sound mmg die akan sound je. Aku bukan ape, kdg2 kesin kat suami. Pening kepala die pk nak tunaikan kehendak mak die. Suami aku jenis tak melawan. Turutkan aje. Kalau kene herdik n perli dgn mak die die just diam Je. Aku yg dgr ni yg stress..huhu
mak mertua saya ade 6 ciri kat atas.
ayat paling puaka yg selalu buat darah mendidih ialah mak x ajar ni ke?
mak xajar buat tu ke?
mak xajar pakai tudung ke?
alhamdllh,lepas sy kahwin suami pelan2 pujuk sy bertudung.yang paling klakar,saya terjumpe banyak gambar2 lama dia anak dah dua orang pon xbertudung jugak.rambut pendek mcm tomboi.pada dye kalau xbertudung mmg jahat.
mak mertua sy ni orang klantan.masak semua manis dan sy org johor.walaupun susah sy blajar makan budu yg busuk tu.lame2 terase sedap.haha.dye pulak xbagi saya masak.katenyew pedas dan dye kate saya xreti masak.bila balik kg lama,suami sy akan suruh sy memasak.katenyew xlengkap xde sambal blacan.
sy boleh nmpak mak mertua sy menjeling bila suami ambil sambal blacan tu ke pinggan dye.saya rase dye cemburu.tu masalah dye.dye xbagi sy mkn semeja dgn suami bila balik rumah dye.dye nak sy layan suami sy macam saya ni hambe abdi.
kne makan atas lantai dye anak beranak atas meja.suami sy mmg baik,bila sy lepaskan marah sy dye diam je.dye jenis perhatikan dulu sebelum ambil tindakan.part kemuncak bila suami curi2 dengar mak dye marah sy.alhamdulillah sebab akhirnye suami sy bukak mulut dan tegur mak mertua sy.lepas tu mula la dye xmngaku sambil menangis.
4tahun sy bersabar,macam2 cerita tersimpan,kene tengking pon pernah.tapi semua dye buat blakang suami sy.skrg ni sy just doakan dye,tapi bila jumpe sy diam je.suami pon pesan suruh sy berdiam.katenyew sebab tu arwah abah cari lain.peringatan untuk kite jgk.jgn diseksa bila kite da bermenantu nanty.
sebab yg kite siksa tu la penyambung keturunan kite.
sekian
Ciri ciri mak mertua aku no.11,12&13
sekarang lagi makin menjadi jadi mengada nya, da la kuat cemburu dgn aku, x boleh tgk aku lebih dari dia, x boleh tgk aku senang&tenteram, da mcm mak datin gayanya, mentang2 lah aku suri rumah je lps kahwin sbb suami x kasi kerja ,sudahnya aku malas nak layan aku jauhkan diri dari dia, lau x stress dengan perangai dia nak hadap, nak jaga hati orang sampaikan hati sendiri x de sape nak jaga, makan hati, malas nak baik baik nak tolong macam mula2 dulu, bila buat baik orang x hargai, orang ambik kesempatan & pergunakan diri ini di buli macam bibik, skrg berpada pada jelah aku layan dia, nasib baik dah pindah, lau x boleh jadi gila dibuatnya.
MashaAllah.
Macam2 ya kisah dan hal mak mertua ni, saya baru umur 22 tahun.
Tapi dah takut nak kahwin hehe, cakap pasal kahwin pun takut.
Saya sendiri lalui, antara ibu dan tok saya. Dia macam tak redha ja mama kawin dengan abah, apa yang mama buat semua tak kena di mata dia. Bila kawan2 dia datang rumah, mesti dia canang itu ini.
Katanya mama suka kawal semua, nanti nak ambik harta rumah dia la apala. Tambahan pula, sekarang dia makin tua, suka lupa. Abah diamkan ja, taknak masuk campur. Takut jadi cam lain pulak, ibu dia syurga dia.
Abah luahkan kat saya, Mama pun luahkan kat saya.
Saya pulak stress sangat pasal ni sampai janji dengan diri sendiri taknak kahwin, taknak kenal dengan sesapa.
perangai mak mertua aku ni pelik, solat pun nak tgk sejadah, kalau sejadah nipis x nak, dah kalau kte nak solat kat rumah orang, orang tu ada sejadah tu je, x kan nak memilih, tu pun nak bagi alasan ckp x nak la sejadah dia nipis x sedap, x faham aku, sblm ni dia ada cerita dia pergi umrah, saje tanya, dpt x tgk batu hajad aswad? dpt cium x? dia ckp dia x cium pun batu hajad aswad tu, katanya x nak la bersesak sesak ngan peluh org ramai geli nak cium batu tu dia ckp mcm2 org cium batu tu nangis2 ntah hingus2 melekat,sampai jdi hitam batu, mengucap pjg aku dlm hati,
Assalammualaikum..
sya dengan mertua sebelum nikah ok.. baik org nya. Tapi lepas nikah sya menantu lelaki yang selalu dia hina. Dia hina apa saja kekurangan sya.. dan mesti ada yg tak kena dimatanya.. gaji kecik pun kena hina. Ada satu tahap tu dia menghalau sya dari rumah tengah malam buta.
Mertua aku tak sedar 2 org anak lelaki dia pun perangai mcm haram.. lagi aku yg dihina jugalah yg menghantar ke hospital, paha patah sya yg angkat hntr ke hospital. Anak lelaki dia sendiri mana nak hantar.. anak lelaki dia goyang kaki membedal makanan kat dapur.. bukan nak kerjasama pun dlm rumah..
satu lagi mertua sya juga suka masuk campur rumahtangga
Setelah keluar dari rumah tu.. Lega rasa hati..
Allhamdulilah laaa dpt keluar. Sy xdpt lg keluar. Doakan sy dpt keluar. Aminn. huh xguna ad adik or abg ipar yg xmembantu.
Asalammualaikum….saya bk share sikit pasal pengalaman saya….harap sesiapa bole beri penjelasan….say dn isteri say ad ank….dn mak mertua say suruh anak say panggil mak mertua say mak…bapk mertua saya abah…..pada say la….memang tk patt sebb mereka tahu..itu cucu mereka…..dan pernah sekali say lepak santai bersama ustaz…dn mak mertua say pangil ank say….dn anak say menjerit…mak….lalu ustaz itu berkata pada anak say”balqis…panggil nenek…itu nenek kamu…..lalu…mak mertua say pun menyapuk….”Eh biar la…lalu ustaz tersebut…tersentak….dn mak mertua say pn pergi dengan anak say…..lalu ustaz itu bertanya…mak mertua kamu memang macm tu ker….say berkata pasa ustaz itu…memang macm tu ustaz…..kadang2 lag say kecil hati…..lau mak mertua dtg umah say dn isteri say….dia beli makanan…tpi 2 sahaja…kerap kali mcm tu…..say tegur isteri say…isteri say ckp….nape nya!!!!say pulak di tengkingnya…allah…..tlng la bagi pencerahan pada say….
Mertua mcm nilah yg menyebabkan berlakunya penceraian
Kadang2 bukan mertua je, adik beradik ipar pun sama je perangai macam SETAN!!!!!
Ibu mertua saya tiap hari tanya bila mau mengandung.. kenapa tidak mengandung lagi.. bila lagi dan bila lagi.. dan bila lagi.. mau tengok cucu sebelum tutup mata.. arghhhh stress
mak mertua aku dtg rumah aku baru2 ni, dia tengok aku pakai periuk kat dapur tu baru murah je pun, dia pun ckp nak beli jugaklah, pantang aku beli ape2, lepastu pergi ruang tamu aku, pastu nampak aku pasang pwangi lilin, siap ambik gambar ckp nak beli jugak la, ckp kat laki aku, nak suh laki aku belikan lah tu mcm biasa, padahal laki aku dapat lucky draw kat tpt kje je pun, ape2 suke order kat laki aku, ingat laki aku cop duit, ngan anak2 yg lain padahal blom kawin x nak pulak dia control & order, anak2 dia tau pulak nak elak kalau nak suh bayar itu ini, pastu control & suh laki aku bayar, semua nak harapkan laki aku, yang lain lepas tangan,
anak dia yg lain x nak ikut kehendak & perangai dia, laki aku ikut je senang sangat mak dia control & manipulate, sbb dia pandai berlakon dpn laki aku, laki aku ngn aku pun jimat2 berbelanja, dia asyik order je ajak laki aku makan kat luar, aku sendiri masak bawakkan bekal untuk laki aku sbb laki aku nak berjimat, jrg mkn kat luar, x boleh tengok aku lebih dari dia, mesti dia iri hati & cemburu busuk hati, kalau mak bapa aku nak dtg melawat rumah mak mertua mesti dia elak2 sebab mak mertua aku jenis pemalas rumah bersepah, jenis pemalas nak masak, jenis merayap je keluar ngan kawan2 dia gaya mak datin, sampai bapak mertua aku x terjaga, setiap kali jumpa aku je mesti nak sindir2 aku, tu yang membuatkan aku x kuasa nak layan dia,
Saya ada mak mertua tapi macam tak pernah wujud sejak kawin sampai sekarang tak pernah jumpa disebabkan dia tak pernah suka perkahwinan saya dengan suami.sebelum kawin mak mertua saya ada pesan dekat suami jangan pernah bawak saya ke rumah dia sekali pun dan jangan jejak kaki ke rumah dia..saya tak faham kenapa dia tak suka sangat dengan saya padahal saya dan dia langsung tak pernah kenal..
Aku dapat mak mertua yg palat. No 1 2 3 12 13, naik meluat aku asik dia ja betul. Pastu suka mengaung2kan dia pnya kaum. Suma baik2. Butuh. . Itu saja . Hahahahaha sikit3 nk naik sheikh. .. Dh laa muka tua. Pkai gincu phui. Ingt lawa. Tgk rse mcm nk lari sejauh mungkin, sjka buat pandai padahal bodoh..
Aku ngan suami makan kat luar, lepastu suami call la mak dia tanya nak makan ape, suami nak bungkuskan, lepastu mil ckp nak nasi goreng paprick, so suami aku pun bungkus bawak balik rumah kasi mak dia, aku nak masuk bilik , bilik sbelah meja makan, mil cakap x sedap la, ape la org ni masak mcm ni? dia cakap kuat2 nak bagi aku dengar, terperanjat aku dengar dia cakap macamtu depan rezki, lau suami aku dengar mesti kecik hati, masatu laki aku kat depan, laki aku tak dengar, lepastu aku cakap x sedap eh? nak je aku cakap x baik depan rezki cakap mcm tu, depan suami aku tak nak pulak dia cakap macam tu, orang dah belikan x bersyukur langsung, sebelum ni aku pernah belanja dia makan beriani kat luar dengan mil berdua, balik rumah dia cakap dengan adik ipar aku x sedap berianinya, aku rasa sedapje, ape perasaan korang bila ko dah belanja orang tu complain terima kasih pun x, langsung x bersyukur, sejak dari tu sorry to say memang x la aku nak belanja orang yg x reti bersyukur ni,
Mak mertua aku ni mulut jenis takde insurans, mata duitan, pilih kasih n suke membezakan anak2 n menantu2. Sape yg paling bnyk bg duit atau hadiah mmg die akan syng. Sape yg die rs bg tak cukup tu siap la dpt layanan menyakitkan hati dr die. Dia suke mintak2 dgn anak2. Mintak duit, nak tv baru, mesin basuh baru, sofa baru. Die main order je agak2 klu die nak somthng. Kenape la die tak pernah faham. Tahap kemampuan sesorng tu tak sama?. Tp die pandai berlakon, depan suami die ckp elok2 dgn aku. Belakang suami die tengking2 aku n anak2 aku. Bile cerita pd suami, suami tak percaya sbb mak mertua aku pandai cover. Aku harap satu hr die berubah.
doakan ya alina
Mak mertua saya mulut dia jahat suka mengumpat hal orang sekeliling.stress saya kalau dengar dia sembang dengan kawan-kawan dia.mesti bab anak orang tulah anak orang nilah.anak-anak dia je yang betul
Suami lebih mengutamakan kehendak keluarganya daripada saya, lebih menjaga hati keluarganya daripada saya, tidak menjaga hati & mengenepikan perasaan saya serta keluarga saya, ibu mertua suka mengongkong dan suka control suami untuk mengikut kehendaknya, suami pula jenis menurut kata ibunya, serta mengenepikan saya dan keluarga saya, suami jenis nak saya ikut dan pergi kalau familynya nak buat apa-apa & nak pergi mana-mana, kalau saya x nak pergi suami paksa saya sampai bergaduh,
Suami tahu pula x suka saya paksa dia, tapi dia tetap paksa saya ikut kehendaknya, sebabnya saya tak nak pergi kerana ibu mertua dan adik ipar lelaki suka menyindir nyindir saya sampai menyakitkan hati saya, setiap kali jumpa mesti ada je sindiran nak sakitkan hati saya., padahal saya tak pernah pun kacau hidup diorang, terpaksa juga saya kena pergi sebab suami paksa.
tapi bila turn saya & family saya suami mengelak & x nak ikut dan pergi, dia suruh saya pergi sorang2 bila melibatkan saya & family saya, padahal keluarga saya melayan dia dgn baik, tidak pernah menyindir & menyakitkan hati dia sepertimana ibu mertua & adik lelakinya nya buat pada saya, saya jadi malu dengan kedua ibu bapa & adik beradik saya dengan sikap suami,
hubungan saya dengan keluarga semakin juah disebabkan sikap suami yg x mahu melawat mereka, saya malu dengan kedua ibu bapa & adik beradik bila saya melawat mereka seorang diri, macam tidak mempunyai suami, dengan anak saudara saya pun dia tidak mesra, hubungan saya dengan anak saudara semakin jauh selepas berkahwin disebabkan suami yg tidak suka bergaul dengan keluarga saya,
Masa baru kahwin..mak mertua saya dengan ipar/sepupu suami saya cakapla : tak pernah jumpa gf abg yang ni…diorg pon ckp suami sy selalu bawak kawan perempuan balik .sy cakap sy memang dididik kalau xde ape2 hubungan tak gi rumah lelaki… masa tu sy jadi mcm tak kenal husband sy…sedih jugakla bila dpt tahu kawan2 suami sexy2 la sampai shopping brg rumah sama2 la… tapi diorg minta sy rahsiakan dari suami yg diorg bgtau semua ni… alkisah kami bgaduh dan saya pon sampaikan apa yg mak mertua,ipar duai ckp..suami bersumpah2 tak pernah bawak balik mana2 kwn perempuan.semenjak tu suami sy dah jarakkan sy dengan mak dye..bila sy tanya, dye ckp : i cuma nak protect u. Sy pon tak tahula sapa benar sape salah…tapi one day kalau sy jadi mertua, rasanya sy takkan sampaikan apa yg lepas lagi2 menyakitkan hati menantu.
Nak mintak pendapat hampa ja..
Ceritanya mcam nie,wife adik aku nie pesyen suka update status perli2 kami,contoh hari tu mak aku tegur bilik dia bnyak baju bergantung,mcm bersepah la bilik dia,ingatkan mak aku tegur tu dia ok ja,sbb dia gelak2,at last tulis status d wsap dia kata pantang betol org masok bilik dok kritik baju gantung la apa la,dia marah mak aku,tp dia block aku n mak aku kt status wsap so kami tau,then habis adik bradik smua tau,depa bgtau mak aku,mak aku sedih la..
Sbelum nie adik ipaq aku tu bergaduh dgn aku,dia brgaduh dgn suami dia msa maghrib plus dia preggy,dia masok bilik ttup pintu kuat gila,then aku ckp la,wehh jaga sikit,maghrib nie,hang dh la pregnant xelok,alih2 dia jerkah aku,dia ckap xyah masok cmpoq hal kluarga dia,pastu dia jerit sruh aku diam. Mmg kurang ajar la.. Sbulan Jgak aku buat xtau kt dia,nie baru baik balik,pastu nie dia dok meroyan dlm wsap plak psal mak aku tegur. Normal la mak mentua tegur,aku pon besa kena tgur dgn mertua.
La nie mak aku ckap xmau ambik tau lgsung dah psal dia mak aku kecik hati sgt. Mak aku xsangka mak aku layan mcm anak sndiri,p mna ajak skali,mkn slalu ingat nk belikan untuk dia skali,xsangka mcm nie prangai. Ingatkan dh ok 100% sbb dia sembang dgn kami ok. Aku pon naik geram,tp aku sabaq ja,sbb pikiaq dia preggy. Dia malas msak,malas kemas rumah asyik dok dlm bilik ja kami ok lagi,boleh sabar,tp smpai mengata kat blakang mcm nie mmg xbleh sabaq.. Adik aku plak mcm tunggui kayu,takot nk tegur bini.aku ckp kt adik aku,klau xtahan dok skali kami,sila kluar dr rumah nie bwak bini hang. Dia diam ja.bab mkn brang dapor pon brkira,nk buat kerja rumah pon malas,msak xreti kami xkisah smua tu,yg kami kasihnya dia kurang ajar,hilang rsa hormat,apa patut kami buat?
Mil aku pulak jenis nak bekepit terus dengan laki aku. Kalau bole ikut je kmi nk kmna asal ada dgn anak dia. Waktu aku mngandung kali ke2 dia sumpah angkat tanga. Xnk jaga cucu da katanya…sebaknya perasaan ku dgr kata2 nya…sedih betul weyyy….
Salam saya ade pengalaman duduk dengan mertua dah 3 tahun, selama ni ok, tp ade 1 hari ni saya balik lambat sbb pergi kerja balik jem, hari biasa pun jem,, tapi x taw kenap kali ni dia tanya, boleh tanya kenapa balik lambat, dan dia tanya puasa nanti macm mana,, rase nak hempuk je kepala dia dengan periuk. saya ni jenis mulut lancang jgk kadang2, saya balik lambt g kje la mak bukan suke2 balik lambat,, puasa macm mana macm tu la dah balik lambat nak buat macm mana ,,, sejak dari kes tu saya tak bertegur dengan mak mertua ,,, dalam 2 minggu , ade tu sekali nasi dah sikit taw sbb dia x masak nak makan lauk berbuka,, boleh dia maki sruh bercerai dengan anak dia, dan maki nak jumpa mak abah saya nak cerita sepanjang kami dok bersama,,tahla,, allah waktu tu sedey nya.. allah je yg taw,, pendek kata x payah la dok serumah ngan mertua semak je ,,, bnyk masalah dari kebaikan..
Sye stress dgn perangai mak mertua suke cari gaduh dgn sye xkira mase penat sgt2 bile suami balik hamboiii die punye reka cerita mcm sye yg cari hal Dan maki hamun die sedg kan mak mertua yg maki hamun sye Dan hina keturunan keluarga sye.. Sampai 1 tahap pernah halau sye tgh malam… Dan tiap kali mak mertua cari hal ngan sye die mesti cakap sye ni menyusah kan hidup anak lelaki die aka suami.. Stress sgt2 sampai rase hampir2 nk bunuh diri rase dgn perangai mertua cam ni
Aku pula, isteri aku dgn mak aku, mak aku ni mulut ckp lembut tapi boleh buat isteri aku terasa, tnya perkembangan anak aku, wife aku dh jwb, die ckp jgn laju sgt. Mnde dh natural mcm mana nk hentikan perkembangan bayi, wife aku ni suri rumah, kelulusan diploma, die bg pndpdt mmg kurg dpt smbutan, adik aku nk sample cover letter, wife aku nk share dia pnya, mak aku gi bedal dlm bahasa ke english? Mau tak terasa wife aku. Byk sgt die pendam, dan hari ini die tak tahan, wife aku tulis attack mak aku dlm group wasap smpai aku dgn die kena kick drpd group wasep.. Yg plg haru die sebut, xkn bawa ank aku gi jmpe mak aku lg dh.. Pening mcm ni… Habis retak hubungan aku dan wife dgn family aku.
Saya ada mak mertua bkn nak aibkan dia tp terasa sedih.. lau bleh suami x bleh nk bersama ngn family sebelah sy..lau mertua dpt tau atau terserempak ..sblh mertua akan ckp sy berat sblh..sdgkan sy x pernh halang suami blk umah mertua tiap2 bulan atau minggu… Sy rasa terkonkong bila nk jumpe or nk kluar ngn famaily sy sendiri… Suami cuba nak lari2 dari pengetahuan maknya… Sedih rs hati…hmmm
Sy pening mak mertau sy, skit kepala ? die buatnye… Malas nk layan nnt skit hati, bole mati wooooo???
Ye org ckp klo duk rmh mak mentua ni kena angap mcm mak sendri..ye klo ank2 pon sakit hati ngan perangainya.. ni kan menantu.. ank dia siap ckp ngan aku, jgn ambik hati ngan perangai mak mentua aku tu.. jujur aku ckp.. dia tu memang jenis menolong orgnya.. tk jenis suka canang kuburukan org lain..tp yg mmbosankan dia tu jenis pendiam.. ngan org lain elok la dia bercerita sampai suara kecik jd besar..tp tu la ada 1 ayat tu cucu dia ckp kt ank aku,” kau menumpang je kt rmh ni”aku punya sentap pehh rasa nk kemas baju2, menangis aku dibuatnya..rasa nk kluar dr rmh tu..
Sorg pon tk tego kelancangan budak tu berckp..da la time tu aku tgah perggnan..trus perasaan dr suka nk duk sini jadi berubah..tp nk cm mana terpaksa la lembutkan hati duk kt rmh mentua.. ank2 yg lain semua ada rmh sendri.. nasib la wehh..yg aku tk minat tu..cth klo suh mandi punya la liat.. buat pekak je, tp memang pekak pon..?pas2 dgn badan kotor2 g cium2 gomol2 ngan bby kite..Batuk lak tk nk tutup mlut.. tangan mls nk cuci..leceh la duk sini.. blm lg ngan petua ngarut dia.. letak penyapu lidi ngan gunting kt bawah tilam.. ape kejadah la.. da ada yasin dah lah..pas2 bila bby selsema, dikunyahnya daun ape tah dgn air liur mekekat2 kt daun.. pas2 dilumurkan kt muka ngan badan bby.. apekehal laa..yg ke2 Klo aku masak dia tk mkn pon tp klo dia masak aku kena mkn ngan hbiskan klo tk nnti dia ngadu kt laki aku..skrg ni msak la sendri2.. senang..
mak mertuan mmg bermasalah ..tp suami yang selalu mengadu domba menambahkan lagi maslah …mak mertua x boleh mrh menantu dimarahnya cucu2 ,,,beza2 kan diorag dengan sepupu2 diorang..punyalah benci anak2 saya kat nenek dia sampai x nak p jengok .pas tu ayah dia marah anak2 x g jengok nenek dia .saya pun slalu dibanding2kan dengan menantu len…menntu hantu tu x msk pun x pe,,,mak mertua bolh msk kan tp y masak ni kena perli sbb gaji x lh besar mcm “CIKGU” tp y pelik nye slalu minta tolong bila duit x cukup sbb beli brg y brend2 belako…tu pun x sedo diri”mak mertua”
Anak dia pon sama ..buat salah tp x nmpk salah nye…hish kalau x kenangkan anak2 dh lame saya berpisah..dan kalau x kenangkan ayah saya adik-beradik dengan ibu mertua…saya x nak buat keputusan y memalukan ayah saya …saya kasihankan ayah saya dan saya x iklas dlm perjuangan membentuk keluarga saya sbb suami saya slalu buat mak dia mengutuk saya depan pak sedara saya sampai pak sedara membenci saya dan anak2 saya …bila hari2 fikir benci saya pada suami dan mak mertua semakin meluap2…macam mana nk iklas ..adakah kena berpisah @ x tau cm ne….bencinye saya …
bila perlu je dia baik dengan saya…mak mertua x keja tp dapat duit hasil jualan kelapa sawit ngan orang sewa rumah rm3500.00 sebulan tambah anak2 bagi 6 orag x 150 =RM900…TOTAL RM4,400.00 sebulan ..masih x cukup pelik..dan kedekut…bakhil sungguh dia…gaji bersih saya baru rm1300.00 sebulan nk tanggung anak2 seramai 7 org y satu masalah kencing manis tahap 1 kena dri kecil hingga skrag dh umur 24 tahun….ni sabar le ni tp saya x pernah susahkan orag len…doakan saya tabah…sedih hati saya( y x tahan dok kutuk anak menantu saya jugak) bandingkan dengan menantu sepupu y len..anak menantu saya pun dh x jengok dia dh…
Apakah yang harus dan patot saya laku kan jikalau mak mertua saya yidak menghargai sya…
Mak mertua yang lebih menyayangi bekas menantunya…
Adakah salah perasaan saya ini.
Buat hal sendiri ja, yang penting suami menghargai anda
saya mmg banyak sobar 10 tahun degan mak mertua jahat ni
ya Allah tak besa jumpak sejak kawin sampai sekarang
saya selalu kena macam
kena buang barang 2 baju
kena halau
kena fitnah
benci juju
buat bagi saya begaduh degan suami
dia suka cemburu dengan saya dia suka larang family dia jangan tolung saya bila ada kesusahan
dia suka control semua orang suami saya mmg selalu tinggal saya degan ank pi kerja jauh2 dan banyak hari
dia suka cakap berita benda dia tak suka saya dan bagi tau kat orang mari kat umah kata tak suka saya. Saya orang siam
dia jenis berkira semua benda makanan ke ank dia pakai kereta pun tak boleh kalau saya n ank naik sama
dia kasih&berat sebelah
dia suka masuk campur duit gaji ke buat apa pun dia mmg masuk campur
dia sombong tak pernah pi umah saya dan cakap buruk degan keluarga saya
dia suka cakap gossip degan ank menantu lain pasai saya
buat apa tak pernah elok
dia benci saya
saya baca smua komen.. rata2 semua menantu terkesan dengan sikap mertua. kita sebagai menantu sedaya upaya nak jadi menantu terbaik buat mertua. buat mertua tercarik2 bila kita xda.. buat mertua terindu2 bila kita jaoh.. tapi tak tercapai impian para menantu.. jom menantu semua kita sama2 bersabar.. berdoa.. tawakal.. mtk Allah beri kita kekuatan utk hadapi sikap mertua.. dan semoga bila kita dpt title mertua kelak kita xjadi mcm mereka.. kita baik kat menantu nnt. menantu kita nnt akan syg rindu kasih hormat kat kita.. biarlah pengalaman ini mengajar kita supaya jadi y lebih baik dimasa hadapan.
mak mertua saya dlu sering dbuli org nenek (nenek suami @ mak kepada pak mertua), kdg2 dia turut, kdg2 dia lawan, kdg2 dia buat bodoh.. mak mertua ya cerita kat saya masa mula2 kawen dlu. tapi pelik kenapa dia ikut cara nenek layan dia dlu.. kenapa xmuhasabah diri?? muhasabah diri xnak layan menantu jahat.. atau mak mertua nie nak menantu rasa apa y dia rasa????
Salam… Saya nak luahkan jugak… Mentua dah lama tinggal dengan kami dalam 2 tahun…. Dulu mentua sy tak restu perkahwinan kami… Dulu dia selalu tengking2 saya…. Sindir2 saya.. Dan marah anak2 saya.. Sy ada dua anak hasil perkahwinan dulu… Sebelum puasa saya dan suami selalu bergaduh jika bergaduh saya rasa benci sangat dengan suami sampai saya sumpah suami p mati…. Saya pun tak tahu mengapa ada jak hal yang kami tak puas hati… Sekarang start bulan posa ni kira ok la kami jarang bergaduh.. Saya boleh dah bergurau2 manja dengan suami.. Saya wanita yang bekerja begitu jugak husb sy…. Tp smnjak pkp sy just wfm….
Masalah nya mertua sy berat tangan nak tlg buat kerja.. Yg dia tau memerap diri dalam bilik main hp… Mertua sy msi muda dan sihat dalam umur 50 tahun… Tapi dia memang nampak sihat.. Yg sy tak suka tentang dia.. Dia harap sy yg buat semua kerja…. Bila husb tlg sy msak dia seolah2 tak suka…dia punya pkiran kalau perempuan kena buat semua… Tp sory sy xda bagi muka sy memang ajar suami buat kerja…ni mentang2 kmi d rumah dia x tlg msak pun…. Sy dah msak untuk sungkai so untuk sahur at least tlg la msak nasi… Langsung tak buat… Berkira btl buat kerja…
Ntahla susa nak berbaik semula…bukan sy x dpat maafkan apa yg dia buat dlu dengan sy.. Tp untuk berbaik semula xkan dpat… Xda sma lg… Tak sbar anak besar dan harap ibu mertua pandai2 la cari hidup sebab takde privacy sangat… Urusan anak dia nak masuk cmpur… Hari tu anak sy nangis subuh2… Dahla kite tdo lmbt jadi ngantuk sgat… Pastu sy pujuk2 la ank tu… Dia dtg kat bilik dia ckap pemalas… Sy tau dia sindir sy… Sebab dia akan menangkan ank dia… Entahla sy berdendam ka apa… Tp perangai dia yg buat sy geram… Tak pdai menolong…. Kalau sy ajar anak sy kupas kentang mcam tu… Dia buat muka pastu antak2 brg… Eh sory… Jgan msuk cmpur hal org la…. Tpi bila sy msak laju jgak mkan…
Syaitan tu adalah musuh yang nyata. Baik mentua atau menantu even ANAK pon kalau dah setan dlm hati mmg perangai pon iblis jugaklah. Sy berkali mendengar kesah syaitan, hantu iblis boleh mengaji alQuran malah boleh betulkan tajwid lg. Jd mmg tak heran la org yg hari2 pg masjid tu pn blh berperangai syaitan. Hidup saya juga terkesan dgn keluarga toxic seperti ini.
Tp dlm mse sama sy hanya mampu bersyukur sy tak d lahirkan dlm keluarga toxic dan membesar menjadi manusia toxic spt ‘mereka dan keluarga mereka’. Saya tak mampu mengubah keluarga toxic kerana hanya Allah yg mampu. Apa sy boleh buat saya berazam mendidik anak2 saya spt keluarga saya mendidik saya malah mahu lebih berjaya lg dunia & akhirat.. semoga anak2 kita d jauhi d lindungi malah langsung tidak terpandang oleh manusia2/ keluarga toxic aka mata syaitan ini….
Mak mertua…… Selepas ayah mertua meninggal… Lama dah….
Mak mertua menjadi org yang boleh dikatakan kedekut, berkira….
Zikir dia, tak dop pitih tak dop pitih….
Bila time ada duit, semua untuk si bongsu dan anak kecilnya yg merupakan satu satunya cucu perempuan yg di sayangi, paaaaliiiiiinggggg sayanggggg tak de dah cucu lain yg disayang…
Dan ada lagi cucu lelaki yg tersayangggg dari anak lelaki yg paling dia sayangggg
Huh… Letih…. Lagi2 bila terpaksa bermalam lebih dari 3, 4 hari perghhh
Letih…. Berhijab sepanjang hari, nak tido tak de bilik, klu ada bilik tingkat atas pun, tak de toilet, kena turun naik, malas pulak…
Setiap kali mak mertua dapat duit, dari niaga buah, mesti si bongsu dan anak kecilnya dapat beli barang kemas… Haiii jeles juga tgk, tapi tulah rezeki namanya… Rezeki dari pilih kasih seorang ibu…
Cucu lelaki yg di sayang sgt tu, selalu di api2kan utk benci kan umi dia…
Pantang org lain marah sikit cucu lelaki kesayangan tu, habis di perli nya kita….
Dia rasa tercabar lah, sbb kita marah cucu kesayangan dia seperti kita marah dan tegur anak kita, sbb nya nakal… tapi dia tak boleh terima klu cucu kesayangan kena cuit sikit…
Cucu lelaki kesayangan ni pulak pandai dia berpura2 baik, umpama lempar batu sembunyi tangan…. Pandai dia… Buat muka baik2, tapi belakang suka cari pasal dgn anak2 sedara yg lain, walhal dgn adik beradik dia sendiri…
Jadinya mak mertua tak nmpk lah kenakalan cucu kesayangan…
Hmmmm….. Cucu kesayangan perempuan pulak…
Klu mak mertua demam…. Sanggup tu mandikan cucu tu… Hahahha ibarat cucu tu baru usia 2 bulan walhal dah bertahun umurnya…
Mmg keluar dari mulut mak mertua, nak apa sayang… Sikit sebut sayang, sayang… Cucu lain tak sebut pun….
Pilhan kasih yg melampau….. Arghhh sakit hati,
Menantu dari anak kesayangan pulak pantang nak balik rumah mak dia… Mak mertua tak suka je kerjanya…. Anak lelaki kesayangan pulak klu bini ajak balik rmh mak dia, dia tak nak balik, mengada… Lepas tu mulalah mak mertua salahkan menantu, padahal sebelah rumah je, biarlah dia nak pergi mana pun…. Mak mertua suka sebenarnya klu anak lelaki kesayangan ni tak ikut bini, sampai satu tahap mcm suka klu dia org bercerai…. Allah…. Haiii
Anak perempuan kesayangan pulak…. Klu lambat bangun, klu tak masak, bahkan tak solat pun… Tak marah langsung, bila dh kawen tak buat semua tu, tak dimarah, tak di nasihat…
Kadang tu saje nak susahkan anak menantu yg lain, asalkan apa yg dia hajati tercapai…. Asalkan dia boleh jumpa cucu perempuan kesayangan…. Sanggup susahkan org lain…
Ya Allah…
Mentang2 lah redha Allah ada pada redha seorang mak, suka hati dia je nak buat anak2 yg tak disayangi, mcm2 hal
Kalau boleh biar anak2 kesanyannya kaya, dpt semua harta…. Mujur ada syariat islam.. Klu tak…. Hmmmmm
Salam..saya luah perasaan ..saya seorang isteri ada anak 4 tapi masih lagi tingal bersama mertua.Segala pegerakan saya jadi tak selesa..Saya nak bermesra dengan suami pun terbatas macam ibunya cemburu..Segala duit suami saya jarang bagi kat saya kalau bagi pun untuk beli barang anak ja..ada la rm50 rm20 tu pun lama2 sekali dia bagi.. Saya buat bisnes online 3 bulan dah pastu mula2 saya boleh simpan modal..lepas tu saya mula guna kerana suami saya tidak bagi duit segala barang anak pempes makan anak saya yang beli dan kadang barang dapur saya yang beli..saya faham suami saya tak da duit masa tu nak pi kedai pun suami minta kat saya depan mak dia..
Saya mula guna duit meniaga rm1000 bila total itu ini..duit motor.. Saya sangup pergi jual barang kemas saya habis..semata2 nak bayar hutang motor yang suami tak bayar 4 bulan.. Dan segala anak nak saya beli.. Saya buat modal meniaga duit tu..kalau ada orang nak barang seperti tudung,Bantal hotel,kosmetik…Lepas tu saya kerap la keluar pekan kadang ada orang bank in online.. Kena ajak suami nak ke pekan dan cod barang yang orang pesan.. Baru kot 2 kali minta tolong..suami saya ok ja..tapi mertua saya cakap saya ni menyusah anak dia..kesana kesini..sebab saya tak pandai bawa motor sendiri..Saya jadi terkilan sangat..
Bukannya selalu pun lagi pun saya yang beli barang suami,barang dapur,barang anak dan barang saya..Saya baru dapay tahu anak saYa yang 9 tahun ni bagitau..kata mertua saya tanya anak dia duit suami saya kemana habis..bagi kat isteri habis beli barang mekap.. Pastu suami saya diam sebab mak dia beleter..suami saya pun bawa keluar rm1000 bagi kat mal dia..nak ambik simpan..kat mak sebab dia guna duit dia semuanya..suami saya cakap dia bagi pun duit kat saya tu semua duit dia sendri ..makan apa semua duit dia.. Lepas tu mak dia jadi serba salah kot mak dia..bagi balik duit tu kat suami saya..masa tu saya tak da..
Ni anak saya yang cerita..patut la..suami saYa susah nak bagi duit kat saya..keluarga dia sekat tak bagi bagi.. Dulu saya pakai baju gelebih ja..muka pun gelap tak mekap tak terurus..lepas saya niaga sendiri saya beli barang keperluan saya sendiri guna duit hasil jaualan niaga online dan offline..mak mertua saya tengok saya dah bergaya.. Cantik dia ingat suami saya yang bagi duit dan habis ke saya.padahal saya banyak bekorban demi suami dan anak2..Sangup lepa tuduh saya macam tu..saya dah biasa ada suami bertahun pun suami susah nak bagi nafkah keperluan sendiri..Bila nak bagi ja .kakak dan dan ibunya sangat cemburu..
Saya sedih sangat selalu mak ayah kakak saya yang hulur duit dulu..segala belanja..saya keluarga saya tanggung.. Saya tak nak susahkan mereka lagi..saya buat bisnes kecik2 dlu.. Tu pun saya buat sendri datfar niaga online sendiri bila ajak suami dia tak mahu..saya usaha sendri..Bila nak tingal bersing ada rumah sewa mak nya tak bagi macam alasan diberi sunyi la..tak da siapa la..bila tingal sekali rimas la..dengan cucu cucu ni.. Macam2 la… Saya pun pening la..bila fikir dapat tahu..sekarang ni jadi begini..? sedih la.. Bila lepa sembang belakang suami saya tak pernah cerita kat saya..yang dia dilema.. Saya pula kadang terasa macam lebih selesa hidup sendiri..sebab semuanya saya yang beli kalau saya nak apa..sama ja..hidup bersama dan solo..kalau kelaurga dia halang kami bemesra dan tak bagi nafkah..
Sedih nak ckp ..susah kdg org Yang xfaham Kita..walaupun Kita beranak ank pertama..jgn dianggp Kita si menantu tak tahu apa2 KN..sekurangknya Kita Yang Jaga sndiri ank Kita..smpaikn suatu Hari..sy Dan suami pulang ke kg ibu sy..mertua sy ikut Sama pulang..atas prmintaan suami..tp apa Yang sy terkilan sehingga kini..mertua saya seperti takut utk fmly2 sy pegang bersama anak sy..paling menyedihkan..ibu sy sndiri hanya sempat merasa sekejap pegang anak sy Yang juga merulakan cucunya..?…sehingga kini sy tak dapat melupakan hal ITU..Dan paling sakit Di dengar..mertua sy sndiri cakap bila “bila anak sy sudah berjalan ..nanti baru pulang ke kampung..” ..kategori apakah ini sbgai ibu mertua??apa Salah sy sebagai menantu??
Aq anna.tnggal dgn mentua.tp sakit ati..kak ipar kuat ikut cmpur.mak mntua suka sngt urus anak kmi.smpi bila aq nak ajar anak aq Pula dikatakan mendera anak.dorang lbih suka aq jauh dri anak.smpi anak aq pndai memaki,hentak2 kaki Dan Tak suka kn aq.
Paling menyirap, bile menantu dan anak nak masak, sibuk2 mrh2 kt dpur, suruh msk, tp control dpur, baik kau je masak.. Hmmm pstu suami suruh dgr resepi mak dia, sedangkan kite ade cara kite sndiri utk masak hmm
Itu la, mana boleh samakan, setiap org kan ada cara masak sendiri, takkan nak ikut cara dia je. Kita kan ada cara masak tersendiri, mak mentua saya, kalau saya yg masak dia macam geli nak makan,tak kena dengan selera tekaknya katanya, dia jela masak sedap kalau berbual ngan anak dia tu ada ja nak complain, itu x makan ini x makan, kalau saya yg masak, kadang serba salah nak masak untuk diorang kalau anaknya yg masak x de complain-complain selera je dia makan puji melambung.
Hai ..nak cakap pasal mertua ni dosa pulak tapi mertua aku ni ada lah sikit perangai tu semburu pun ada kadang tu …boleh pulak tanya pasal kerluarga belah aku …benda yang x sepatut nye di tanya ?kadang tu dia cakap perli dan kadang tu benda shirik dia percaya …nauzubilah …aku dah dah berumah tangga hampir 20tahun ??rasa macam x di restui jer?lepas tu suka bandingkan menatu ni banyak duit perempuan …beli itu beli ini aku kadang terasa dengan mertua macam ni…pilih kasih pun yer…aduh ?aku selalu doa semoga allah buka kan hati mertua aku tu …supaya berubah aamiin?
aku rasa semua prangai teruk tu ade kat mak mertua aku…
Assalammualaikum, rasa diri dikhianati oleh suami sendiri, bila suami pun bersekongkol dengan family dia, lebih pentingkan family dia dari isteri sendiri, dia dah tahu mak dia dan adik dia salah masih nak cover lagi, aku memang bukan pilihan mertua dan tak boleh nak berbaik lagi dengan family dia, pernah aku minta cerai kalau itula yang boleh buatkan suami dan family dia happy aku sanggup mengalah. Tapi suami tak nak berpisah sebab kami ada sorang anak lelaki yang masih kecil, dia cakap tak kesian ke kat anak, aku memang masih sayang pada suami lagi, aku tak happy, tapi aku tak boleh nak hadap lagi muka diorang disebabkan mulut capoi diorang tu, dan aku tak boleh terima mak mertua & adik ipar hina, sindir dan persendakan diri aku, suami suruh aku sabar, selama ni aku bersabar, aku tak tahu sampai bila aku mampu bersabar & bertahan lagi, sampai tahap dah tak boleh nak hadap muka diorang lagi disebabkan penderaan emosi yg diorang buat pada aku.
Korang tak keseorangan.
MiL – 2.3.4.8.9..12,13
14 tahun hidup menumpang di rumah mertua
Tahun pertama indah..
Tahun kedua perasaan adik bini aku macam laknat!
Bila Lahir anak pertama .
MiL mula tunjuk belang!
Semua org ada salah .
Bila sebelah sana salah? Crpat2 minta maaf
Bila aku buat salah….
Ungkit A – Z..