13 Tip Macam Mana Nak Memujuk Lelaki Merajuk
Dalam perhubungan cinta,
pasti terdapat sedikit perselisihan faham.
Kebiasaannya wanita yang selalu merajuk dengan lelaki. Namun begitu, bagaimana jika si lelaki pula yang merajuk?
Adakah mereka ini merajuk kerana sayang atau mengada-ngada? Kedua-duanya betul. Itulah cara mereka untuk bermanja. Sejauh mana kegigihan seorang kekasih hati untuk memujuk mereka. Namun kadang-kadang faktor rajukan berpanjangan disebabkan oleh kekasih hati tidak mencuba untuk memujuk dan membiarkan si lelaki pujuk hati sendiri.
Nah, apakah cara memujuk rayu yang boleh diguna?
Jom baca beberapa cara yang boleh digunakan untuk memujuk si dia yang sedang merajuk.
1. Berikan Masa Dan Ruang
Hal ini demikian kerana, kedua dua pihak masih berada dalam keadaan marah dan ego.
Oleh sebab itu, masa dan ruang diperlukan untuk berfikir sedalamnya mengenai punca masalah serta penyelesaian yang betul.
Apabila masing-masing sudah bersendirian, secara automatik kesedaran bertambah untuk mengeratkan lagi kasih sayang antara satu sama lain.
2. Masakkan Makanan Kegemarannya
Ya, benar kata orang, untuk pikat hati seorang lelaki atau suami, jagalah perutnya.
Jaga perut bererti, jaga makan minumnya dengan menu kegemarannya.
Jika perut sudah kenyang dengan makanan dari insan tersayang, pastilah hati terasa tenang.
Tambahan pula makanan tersebut dimasak dengan penuh keikhlasan dan enak.
Usaha wanita tersebut dipandang tinggi oleh seorang lelaki dan amarahnya akan berkurang melihat kesungguhan wanita tersebut terutama jika wanita itu sebenarnnya tidak tahu banyak mengenai perihal masakan.
Walaupun tidak tahu, si dia mencuba demi memujuk sang lelaki.
Sudah tentu hatinya di jentik terharu.
3. Gunakan Media Sosial
Dunia semakin canggih dengan teknologi.
Aplikasi seperti ‘instagram’ , ‘facebook’ , ‘whatsapp’ dan sebagainya boleh dijadikan sebagai agen memujuk.
Antara perkara yang boleh dilakukan dengan aplikasi ini seperti memuat naik status, berserta gambar kalian berdua, video lucu, atau kata-kata nasihat dan cinta.
Kemudian ‘tag’ atau taip nama insan yang dipujuk itu pada status dan gambar tersebut.
Namun begitu, jangan pula sebarkan keburukannya atau terlalu melebih dalam pemilihan gambar yang ingin di muat naik.
Hal ini bagi mengelakkan orang luar menyampah dengan adegan kalian berdua.
Selain itu, jika ingin secara personal, boleh lah gunakan aplikasi whatsapp untuk memujuk seperti menghantar ‘emoji’ cinta atau mohon maaf dan sama seperti di aplikasi lain, berikan video atau gambar lucu.
[ 13 Tip Penting Untuk Elak Terjerat Dengan Cinta Internet ]
4. Berikan Kad Atau Surat Cinta
Ini antara kaedah manual yang sangat comel dan sedang di telan zaman.
Sebenarnya, kedua-duanya mempunyai aura yang hebat.
Luahkanlah kemaafan dan kerinduan anda pada sang lelaki itu di dalam surat mahupun kad.
Lebih elok jika kad itu di tampal gambar kalian berdua sewaktu awal perkenalan atau saat-saat manis.
Jika lelaki itu berjiwa lembut atau seni, dia akan menyukai hasil usaha kekasihnya.
Dia menjiwai setiap bait dalam ayat luahan hati si wanita tersebut.
5. Hubungi Seperti Biasa Dan Pura-pura Tidak Tahu
Cubalah telefon dia dan berbual macam biasa seperti ‘ hai sayang, buat apa tu.… rindulah ‘.
Ya, pura-pura tak sedar masalah yang melanda.
Hubungi si lelaki pada waktu-waktu lapangnya atau sebelum tidur.
Pasti lelaki tersebut merasa hairan kerana anda hubunginya sewaktu perselisihan dan seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Ini memudahkan dia untuk kembali meluahkan rasa hatinya dan berbincang secara rasional.
Ingat, jangan mendesak tapi mendengar.
6. Berikan Ciuman Dan Pelukan
Cara ini sememangnya paling manis dalam perhubungan.
Kerana dua perkara tersebut dapat membuat si lelaki tersenyum kembali.
Siapa saja yang menolak jika dicium atau dipeluk kekasih hati?
Namun begitu, hal ini memfokuskan kepada pasangan yang sudah bernikah.
Bagi yang belum, anda boleh berikan ciuman di dalam mesej saja.
Atau berikan bekas gincu daripada mulut anda kepada si dia.
7. Rancang Kejutan
Membuat kejutan memerlukan perancangan awal dengan teliti.
Anda boleh pura-pura sakit.
Kawannya memberitahu kepada si dia.
Lalu dia bergegas kerana risau, maka anda cepat-cepat sediakan sesuatu sebagai kejutan.
Kejutan seperti belikan kek, atau makanan kesukaannya.
Bila dia datang, rupa-rupanya anda selamat.
Boleh jugak buat parti hari lahir secara mengejut.
Ada dua kemungkinan tapi anda haruslah bijak mengawal keadaan tersebut selepas kejutan.
8. Berikan Hadiah
Hadiah yang dapat diberi seperti aksesori kegemarannya, sama ada aksesori kereta, baju, atau apa sahaja yang dapat menggembirakannya.
Namun begitu, haruslah mengikut keperluan bajet masing-masing, ya.
Walaupun coklat, tetap usaha memujuk.
9. Berikan Kata-kata Manis Dan Sokongan
Manis bukan semestinya jiwang tapi cukup dengan bergurau senda, atau usik si dia dengan panggilan manja yang hanya kalian saja tahu.
Sekiranya dia berada di restoran untuk makan, cubalah duduk sekali makan bersama walaupun hanya diam menjadi saksi.
Itu membuktikan anda setia bersamanya walau macam mana pun egonya.
10. Mengalah Dan Meminta Maaf
Ini seharusnya dilakukan pada awal kejadian tapi disebabkan ego masing-masing, sudah tentu ucapan maaf tu lambat diucapkan.
Mungkin sekadar taip di dalam mesej atau ‘whatsapp ‘ sahaja kerana malu memulakannya tapi ini adalah penting dalam tembok perhubungan.
Mengalah bukan bererti kalah.
Meminta maaf untuk memperbetul kembali keadaan.
11. Berbincang Dari Hati Ke Hati
Hal ini penting kerana melibatkan bahagian hati yang paling dalam.
Sewaktu perbincangan, harus ada kejujuran untuk mengelakkan pergaduhan.
Saling berterus terang tentang masalah masing-masing dan mengakui kesilapan diri.
Katakan ‘sayang’ pada hubungan yang terbina.
Dan sentiasa beringat untuk menasihati dangan berhemah.
12. Menangis
Benar.
Air mata wanita adalah sesuatu yang mensyahdukan.
Cubalah meminta maaf sambil mengeluarkan air mata dan hingus.
Pasti dicop sebagai ‘dramatik’ .
Tapi inilah yang dapat melembutkan hati si lelaki.
Mereka pasti berlembut hati melihat air mata insan tersayang bernama wanita.
Wajah sugul yang dipamerkan akan membuka hatinya untuk memaafkan kekasih hatinya.
13. Merajuk Bersama
Baiklah, sekiranya semua cara di atas tidak berjaya, cubalah merajuk juga.
Jangan hantar mesej atau telefon.
Berdiam diri sehingga si lelaki yang mulakan.
Namun, dalam hubungan suami isteri, merajuk tak digalakkan lama-lama, seeloknya sebelum tidur sudah meminta maaf dan dimaafkan manakala yang masih bujang, merajuklah tetapi jika terlalu lama, takut-takut si dia menjadi bosan dan mula memasang lain.
Susah ke nak pujuk lelaki?
Tak begitu sukar jika kena pada cara dan masa yang sesuai. Teruskan usaha memujuk lelaki anda ya! Jika hati sudah sayang, mudah untuk dipujuk.
Berapa lama lelaki nak merajuk?
Tempoh lelaki untuk merajuk adalah bergantung kepada topik yang dirajukkan itu, dan cara beliau dipujuk. Masa akan menentukannya, dan jika masih terselit rasa cinta, mereka takkan merajuk lama-lama pun. Mereka sebenarnya, manja walaupun berperwatakan kasar. Percayalah!
Si dia tak jawab Call atau Whatsapp?
Itu ada dua makna, sama ada si dia sememangnya masih marah atau sudah beralih arah mencari orang lain yang boleh melayannya. Masa akan menentukan segalanya. Berikan dia ruang, tapi anda harus sentiasa berusaha memujuk. Jika masih senyap, anda boleh mengorak langkah dan meneruskan kehidupan tanpa si dia lagi. Menunggu benda yang tak pasti itu sangat melukai hati.
Perlu atau tidak untuk seorang wanita memujuk lelaki tersebut?
Perlu! Lebih-lebih lagi jika kesalahan itu berpunca dari kita sendiri. Kita perlu mengurangkan ego dan memulakan langkah memujuk si lelaki. Jika sayang, pujuklah si dia, dan jangan biarkan sehingga wanita lain memujuk beliau. Pujuk kerana hati kita masih sayang, dan boleh terima merajuknya itu. Tetapi jika terlalu sering merajuk akan hal yang remeh-temeh, hal ini perlu dibincang semula secara serius. Hati sendiri pun perlu dijaga.
Apa nak buat kalau lelaki tak nak maafkan?
Hal ini terdapat dua pendapat. Pertama, jika anda merasakan ingin bertahan walaupun telah merajuk selama sebulan berturut-turut, anda boleh buat seperti itu tetapi jika berlaku lagi, hati kita sendiri yang tak sanggup dan tak tahan untuk menghadapinya. Kan?
Kedua, jika si dia tidak memaafkan kita meskipun diri kita telah meminta maaf, nah itu bermakna mereka sekadar membuat alasan kerana sudah tidak tahan bersama si wanita tersebut atau sedang bercinta dengan kekasih barunya. Jika itu berlaku, anda jangan terlalu mengharap, si dia cuma membuat kita serba salah walhal kesilapan itu datang dari kedua-dua pihak. Tugas kita meminta maaf, jika mungkin bukan sebagai kekasih, tetapi biarlah pengakhirannya itu berkesudahan dengan kata maaf.
Dah puas pujuk, tapi tiada respons?
Berapa lama tempoh yang dibiarkan itu? Terlalu lama sehingga tidak dapat berjumpa serta hubungi? Apakah perkara yang boleh dilakukan? Ini sangat penting. Si wanita perlu cuba menghubungi rakan sekerjanya atau keluarganya untuk mengetahui keadaan beliau. Adakah masih baik-baik atau ada masalah lain. Jika melalui semua saluran itu si dia masih tidak ada khabar, pujuklah hati untuk cuba memahami keadaan beliau.
Adakalanya mereka mendiamkan diri bukan sahaja sebab merajuk malah kerana mempunyai masalah lain dan tidak suka si kekasih masuk campur urusan mereka. Namun begitu, selagi mereka tidak block si wanita, katakanlah segala rasa rindu serta berikan sokongan moral. Si lelaki pasti membacanya! Jika tiada juga balasan, mintalah pihak ketiga untuk menyampaikan keinginan hati anda. Namun jika diam tanpa bicara, jangan buang masa lagi! Berikan kata putus, dan berlalu pergi. Usah menanti dan membodohkan dirimu wahai wanita.
Itu sahaja coretan berkenaan memujuk lelaki merajuk..
Apa yang paling utama, setelah berusaha, sentiasalah berdoa dipermudah urusan dan semoga hubungan berbahagia sampai akhirnya. Susah senang biar bersama dan tabah hadapi bersama-sama. Sesungguhnya, sikap senang merajuk dan saling pujuk memujuk itu adalah pengerat hubungan, jangan jadikan ia racun dalam kisah cinta kalian berdua. Berpada-pada untuk menyakiti hati si dia dan diri sendiri, fikirlah sedalam-dalamnya.
Baca Juga:
Nona sani seorang blogger yang suka beramah mesra dan sukakan pink. Boleh layari blog beliau : www.NonaSani.com
~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~
Merajuk bersama paling senang.. kalau malas nak ikut semua tips.
Hhaa, betul….tp jangan lelama sgt,payahla…..
totally make sense tips yg u bg. sebab antara tips tuu sy biasa buat ialah mengalah or dulu mnta maaf even kita tak salahkn. it’s the best thing we can ever be to prove how much we love that guy besides to reveal our character when we’re with ’em.
sebab nak hubungn yg tahan lama ni kite mesti selalu buatkn diorang terharu and paling penting; be a mother to ’em, treat them like mother does, take cares, supporting and never complain. no one likes complain.. buy em things but no needs to choose based on what man actually likes, just give something different everytime sebagai perkongsian benda yg kita suka kn? make him feels comfortable.
Yuppp indeed berdepan dgn laki merajuk, panas baran, banyak songeh ni bukan senang, bukan semua perempuan nak??? kalo tanak berdepan dengan semua tu takyahlaa bercouple kn? dan skrg sudah berkenan sangat dlm relationship tuu,come make something different..like he will finally says “only you treat me better.”
and the conclusion is ‘to make someone be grateful of us be an excellent partner who act generously.’
Yes, nak hubungan tahan lama..apa pun berlaku, tabah dan terus usaha..saya suka ayat tuuu……
Be grateful…. and excellent to act
Sya akan cuba buat trbaik klu menjdi ya thnks ats ptuanya ok.
Yes, welcome sis
Saya pun nak cuba lahh
Cuba, jangan tak cuba..heheheh
Thanks sis atas info yg diberikan…lelaki susah nak dipujuk…seperti yg dialami oleh sy hari ini…info sis sangat2 mmbantu
Susah tapi kalau mencuba..inshaALLAH menjadik….usahalah ya
Terima kasih utk tips ✌✌ yg merajuk blk dgn nangis tu mmg berkesan 😂😂
hehehe, selalu merajuk ker tuuu…
nangis..a ah..gunakan senjata kita okay..hahaha…semoga panjang jodoh dgn si dia tauu
susah jugak nak pujuk lelaki nim 😂
SETUJU SANGAT..hahaha~
tapi cubalah semua tips…pasti terpujuk okayyyyy, hehehe
Susah sangat nak pujuk lelaki merajuk. Dah 4hari merajuk. Haha. Pening kepala.
Boleh lagi….xkan lama punya..kalau sayang
semua di atas i dah buat..sekarang yang ke 13..
dh 4 hari..tak taulah apa kesudahannya
Waduhhh, ni memang bebetul x suka atau cam mana?Lorhhh !
Kalau dia merajuk,asyik saya je yg kena pujuk. Sekali saya merajuk sekali,tahu pulak nak memujuk saya 😝 keluar semua i love you dn kata² manis dia. Tapi semua tu dah jadi MEMORI. Memori yg saya tak akan lupakan 😔
bf saya ni tgh merajuk, nk time to rebounce back katanya. tp bila ikut rentak cmtu alih2 langsung xnk wassup, call etc. saya xnk bila makin brdiam akan jd mnjauh. saya cuba tarik dia blk to be normal. dgn dia saya mmg totally buang jauh2 ego. saya x kisah mohon maaf walau bkn silap saya sbb xnk keruhkn keadaan, lgpun x salah mengalah. ni saya nk try masak pape utk dia, harap dptla lembutkan hati dia. nk bg chocolate pun mcm yea. saya tgh fikir cmne lg cara nk pujuk hati dia
InshaALLAH,
Buat apa yg dia suka, bolehla tuu~
Smg berjaya !
Tgok keadaan jugak cmna, klu yg anak byk, jenuh juga istri nk mlayan, nk mlayan anak2 lgi, suami pon jadi serupa anak, klu anak bg coklat dh ok, kdg2 sikit2 saja dh merajuk.dh pjuk mkn x jalan, anak sorg2 pgi pujuk abah, x jalan ..klu cmni x kuasa le…blik rmh sebulan skali…jgok kdg2..abis masa shari memujuk..suami sptutnya lebih strong bukan weak… byk lg urusan kna buat.. takat berdua lain cerita..
Ops. kalau dah beranak pinak, abahnya tak terpujuk jugak, cuba tanya bebetul….
nak apa, supaya tak merajuk lagi….?
Jgn dimintak kawen lain, memang bini la merajuk balik gamaknya…errr~
Mohon share ya…boleh? Ni bukan nak memujuk suami..tapi dipihak isteri..jadi sy nak share pd suami (Abg ipar) supaya memujuk kakak…tips ini boleh change juga ni ..utk pihak isteri..harap bmanfaat utk dia…huhuhuk sebab kami sygkan perkahwinan mereka…minta izin ya..🤗
Betul, dan bila hati wanita dah merajuk, lagi payah tau.
Walaupun nampak lembut.
Jadi, cuba..dan berusahalah. Tak mungkin terpujuk kalau berulang kali salahnya lelaki tu, tapi kalau si dia berjanji x buat lagi, dia percaya..baru terbuka hati untuk memaafkan…
All the best for their marriage ! Cabaran dna ujian silih berganti kan
kalau dia x maafkan
mcm mne??
Usaha, disusuli doa..inshaALLAH….
Kalau dia x maafkan, dia dah terlalu merajuk, atau dia memang berniat, alang alang ada issue, terus je gaduhh and cari lain….errr..niat dalam hati, takda sapa tahu.
Manusia tetap kena memaafkan, cuma take time….dah tiba masanya pikir masak masak.
Ade kawan lelaki pon suke merajuk tak tau la knpe . dia memang nk perhatian dari kite ke ? Tak paham kenape lelaki suke merajuk
Tupun x tau
Gwe syo ngajuk syo tk thu nk wk ngno
Kalau merajuk bersama tu mmg menempah break
dah tua tua pun nk merajuk
Terima kasih atas tunjuk ajar yang anda berikan kepada saya,alhamdulillah saya dapat pujuk bakal suami saya.
Dah dua bulan my bf merajuk.rse cam bkn salah sye pun.tp sye mengalah sye minta maaf tp xde respon pun.yg sedihnye bila nmpk my bf mmg online tp xde dia nk reply mesej.mungkin baca pun x mesej saya.saya xtau la nk buat cmne.nak move on tp hati ni masih syg.tp if lame cmni rase bodoh and syok sendiri pun ade jgk.
Tiba2 merajuk pdhal bkn slh sy pn tp dh try hntr msj bnyk2 pn x de pn nk reply mngkin sy x pnting kot…tiba2 je dye nk cri gduh adoi dh lh jauh 😅😢walaupn mcm tu sy ttp syg dye dh brtahun dgn dye still ngn dye walaupn gduh mcm mne pn ttp brsama n dye pn trlalu syg kt sy n rndunya kt dye klau ikut kn hti nk je g sne tp skrg nie x blh kua umh hurrmm
Aku dah cuba tips ni, mengalah dan meminta maaf. Tapi dia tidak balas chat saya. Kemungkinan saya perlu beri dia ruang? Susah nak pujuk lelaki ni ya😌
Ya samalah. Tak berjaya 😭
Thankyou bagi tips ni. Saya buat dia merajuk tadi tapi suda pujuk, tapi saya chat panjang dia jawab sepatah, saya ada minta maaf, dia cakap “i maafkan you”. Bila saya cuba buka topic dia balas sepatah² saja. Masi ego mungkin ya. Aduh, susah la bila lelaki merajuk. Tp bila fikir balik nda susah juga pujuk lelaki, cuma kita perempuan tidak terbiasa memujuk sebab selalu di pujuk. Hm
Saya dah sebulan lebih ditinggalkan sebab si lelaki dah tawar hati dengan perangai saya , saya mengaku yang saya dulu layan dia teruk tapi saya betul dah berubah dan nak ubah balik diri saya dalam hubungan kami tapi dia kata dia dah taknak dan takde rasa sayang pun pada saya lagi , saya mintak dia berikan saya peluang berkali namun dia menolak , akhir sekali saya betul betul memohon dia berikan saya peluang walau kecil kuman untuk saya buktikan setelah saya merayu dia beri peluang tapi dia kata saya kena terima layanan teruk dia , saya tak boleh ambik tahu tentang dia , saya tak boleh ganggu dia dan memaksa dia , tapi dia beri saya untuk buktikan saya berubah . sekarang saya buntu apa yang saya boleh lakukan untuk pujuk hati dia :)