13 Tip Untuk Beli Hadiah Buat Memujuk Si Lelaki Merajuk

patung beruang

Patung Beruang ( Alex )

Lelaki merajuk?

Itu mungkin janggal tapi normal kerana mereka juga seperti wanita.

Nama pun manusia pasti ada rasa ingin merajuk dan di pujuk.

Adegan pujuk memujuk memang tak dapat dielakkan terutama bagi pasangan bercinta. Pujukan boleh dilakukan melalui percakapan sahaja dengan ayat-ayat cinta atau melalui material.

Memberi sesuatu untuk memujuk bukanlah bererti membeli jiwa pasangan semata tetapi adakalanya cara tersebut juga boleh di aplikasikan untuk kelainan dalam hubungan.

Jadi sebelum membeli hadiah semak dulu tip-tip dekat bawah.

Apakah tip membeli hadiah untuk lelaki merajuk?

 

1. Kenali Sifat Lelaki

Pentingnya mengenali sifat lelaki agar dapat memahami mereka.

Ada antara mereka yang berjiwa seni, lasak, berhati sensitif, bergaya macho dan sebagainya. Untuk itu, barulah wanita tahu barang apa yang sesuai buat mereka dan boleh beri tanpa ragu.

Sebagai contoh, jika lelaki itu berjiwa lasak, mungkin sebagai wanita anda boleh memilih koleksi barangan untuk aktiviti outdoor, atau ubat kecergasan buat dirinya.

Jika dia seorang yang romantik atau berjiwa seni, anda mungkin boleh memberinya hadiah yang sangat sweet seperti teddy bear, atau barangan yang mempunyai seni tersendiri.

 

2. Kenali Barang Kegemaran Lelaki

Yes, untuk menghadiahkan seseorang dengan sesuatu, ketahuilah barangan kegemaran mereka.

Jika dia meminati barang berjenama seperti Adidas, maka belikanlah barang apa pun dari jenama tersebut agar beliau dapat mengumpul barangan tersebut.

Anda mesti selalu perhatikan barang yang mereka suka beli kan?

Shopping selalu bersama, confirm dah tahu.

 

3. Kenali Keperluan Lelaki

Sang lelaki memang gemar bila anda memberinya hadiah yang merupakan keperluannya. Ianya bukan sahaja dapat menjimatkan bajet mereka malah dapat menggunakan barang tersebut saat diperlukan.

Sebagai contoh, lelaki anda telah kehilangan jam tangan, maka anda menghadiahkannya jam tangan di saat dia kesibukan dan hanya bergantung kepada handphone untuk tengok masa.

Bukankah itu sangat bermakna?

Anda dapat membuktikan bahawa anda mengambil berat akan dirinya.

Bagi sang isteri pula, anda semestinya sudah tahu segala keperluan suami. Layanan dalam hubungan intim sangat memainkan peranan, maka lakukan perubahan dalam kisah tersebut agar berjaya memujuk suamimu.

 

4. Kenali Makanan Kegemaran Lelaki

Untuk memujuk, makanan pun harus diteliti.

Apakah makanan kegemarannya?

Belilah makanan yang disukai oleh si dia atau, anda sendiri memilih bahan masakan dan memasak untuknya. Ingat, perut lelaki boleh diikat dengan air tangan anda sendiri.

Maka berilah dia makan makanan kegemarannya walaupun kadangkala, menu tersebut tidak digemari anda.

Makan bersama-sama agar si dia terpujuk kekenyangan.

 

5. Kenali Hobi Si Lelaki

Hobi sangat memainkan peranan agar wanita dapat memujuk lelaki saat merajuk. Sebelum beli hadiah, pastikan hobi mereka yang bagaimana.

Ada di antara mereka yang sukakan aktiviti seperti melancong, pergi ke konsert artis, atau buat aktiviti mencabar.

Maka anda bolehlah menempah tiket untuk ke tempat-tempat seperti itu atau anda sendiri yang membawanya ke aktiviti tersebut agar mereka gembira apabila hobi mereka dapat dilaksanakan.

Maksud membeli di sini ialah membeli tiket atau apa sahaja barangan yang berkaitan dengan hobi mereka.

 

6. Kenal Pasti Barang Yang Mempunyai Memori

Ya, tip ini sangat sesuai untuk semua jenis lelaki.

Sang wanita bolehlah memujuk lelaki dengan barangan yang menjadi memori kepada kalian.

Sebagai contoh, anda memujuknya dengan coklat, kerana tiap kali merajuk pun dia menghadiahkannya dengan barangan tersebut. Dari situ dia akan teringat pula saat anda merajuk dan dia memujuk.

Anda memberi kembali barangan yang dia pernah beri, bukan bererti untuk memutuskan hubungan tetapi mengingatkan memori lalu agar dia terasa terpujuk untuk berkasih sayang dengan anda.

Jangan risau, boleh ambil kembali barang tersebut setelah selesai merajuk.

 

7. Kenal Pasti Barangan Yang Simple

Simple pun ok.

Kalau anda ke kedai untuk membeli, cukuplah memujuk dengan barangan yang sangat mudah digunakan dan dibawa ke mana-mana sahaja.

Ini pasti mengingatkan si dia kepada anda kerana mudah untuk dibawa sentiasa. Maka merajuk pun terhenti.

 

8. Kenal Pasti Barang Yang Sweet

Hal yang sweet-sweet ni memang tip dalam perhubungan.

Wanita haruslah bijak memilih barangan yang sweet seperti teddy bear jika si dia berjiwa sensitive. Hal ini akan menyebabkan mereka terasa seperti memeluk anda apabila beliau memeluk teddy bear tersebut.

Atau anda boleh perhatikan barangan sweet di kedai cenderamata.

Terdapat banyak pilihan.

Setelah itu, anda mungkin boleh memberinya hadiah lalu menyorok sehingga dia mengambil hadiah tersebut di depan mata anda lalu membuat panggilan dari jauh.

Apa yang penting, walau apa pun barangan tersebut, haruslah sweet dengan di selitkan gambar memori kalian dan ayat cinta.

Barulah ngam untuk bahagia.

 

9. Kenal Pasti Harga Barangan

Ya, tip yang sangat penting.

Jika ingin membeli, seeloknya kenal pasti harga barangan tersebut dan bandingkan dengan beberapa kedai.

Hal ini bagi mengelakkan pembaziran dan selagi boleh berjimat, tidak salah untuk mencuba. Ekonomi berubah-ubah , maka amat penting memberi mengikut kemampuan.

 

10. Beli Hadiah Dalam Jumlah Yang Banyak

Hal ini bermaksud, membeli sesuatu barangan secara pukal.

Tip ini berguna bagi yang ingin memudahkan diri sendiri. Sebagai contoh, sticker doa, pen, key-chain dan sebagainya.

Jadi boleh digunakan tiap kali merajuk tapi dengan warna atau mungkin corak yang berlainan agar si dia dapat mengumpul barangan tersebut dan mengingati anda.

 

11. Ketahui Warna Kegemaran Lelaki

Warna memainkan peranan penting dalam hidup seseorang.

Maka jika anda ingin memberinya hadiah, bolehlah mengikut warna kegemarannya agar si dia sejuk hati melihat hadiah tersebut.

Pernah ada orang yang memberi hadiah daripada sampul sampai ke isi dalam pun adalah warna yang sedondon.

 

12. Mengikut Naluri Hati Sendiri

Tip ini mungkin bagi mereka yang sengaja inginkan kelainan. Anda boleh survey barangan kegemaran anda lalu beri kepada si dia atau beri sesuatu yang anda tahu dia kurang ada.

Sebagai contoh, anda melihat sapu tangan yang comel bercorak kartun, maka anda memberinya hadiah agar dia menyimpan barang tersebut seeloknya.

Pasti si dia tersenyum lucu bukan?

Maka berilah mengikut naluri cinta hati anda dan dengan sendirinya pasti anda akan tahu apa nak beli.

 

13. Buat-Buat Bertanya

Tip ini mungkin boleh di aplikasikan bergantung kepada individu tersebut.

Sebagai contoh, sebelum anda mahu membeli hadiah, anda cubalah buat-buat tanya barang lelaki yang boleh dihadiahkan kepada kawan lama anda ke, hari lahir adik lelaki ke, dan jika si lelaki merajuk ala kadar, pasti dia akan melayan walaupun sedang merajuk dengan anda dan maaf belum dipohon dari mulut kekasihnya.

Tapi dengan cara ini, tiap kali merajuk, pasti si dia nanti sudah tahu anda sengaja trick macam tu.. hehe

 

Kesimpulannya..

Berusahalah dalam perhubungan kasih sayang yang anda miliki.

Jadikan ia cinta sebenar penuh dengan keikhlasan dan tanggungjawab agar terus kuat dalam kehidupan.

Usaha dan berdoa, pasti ada hasilnya. Semoga bahagia buat semua ya!

Lagi berkaitan lelaki merajuk:


~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *