Kenapa Lelaki Tiba-Tiba Diam Seribu Bahasa?
Dia Diam ( Ken Quach )
Pernah nampak lelaki diam membisu?
Mereka tidak berkata apa-apa, tidak membalas mesej atau panggilan, walaupun kita berusaha mengajak mereka berbual untuk mengetahui keadaannya.
Sebagai wanita, selamilah hati lelaki kerana pasti ada perkara yang tak kena apabila mereka memilih untuk berdiam. Perhatikan sebab dan waktu bila mereka berdiam diri.
Kenapa lelaki diam? Adakah kita punca utama atau memang ada hal lain yang mengganggu? Jom kenal pasti antara perkara yang membuat lelaki berdiam diri. Mereka tidak mungkin mendiamkan diri tanpa sebab munasabah, bukan?
1. Marah
Lelaki ada masanya mereka berdiam diri kerana terlalu marah dan merasakan tidak mahu melayan apa jua yang menyakiti hatinya. Dalam kemarahan itu, mereka sebenarnya sedang memendam perasaan dan tidak mahu meluahkan kepada sesiapa.
Bahayanya apabila mereka mendiamkan diri, risau kelak menimbulkan dendam di dalam hati. Ketahuilah akan hal ini wahai wanita, sewaktu mereka mendiamkan diri kerana sedang marah, anda pun digalakkan diam bersama-sama dan jangan menambah api kemarahan.
2. Tidak Cukup Duit
Mereka akan duduk diam apabila memikirkan soal kewangan yang tidak mencukupi untuk digunakan. Mereka bimbang jika diluahkan kepada pasangan, kelak pasangan gelisah memikirkan dua tiga kali untuk teruskan hubungan bersamanya.
Ada juga kekasih yang hilang kepercayaan dan ragu-ragu dengan si lelaki akibat duit tidak mencukupi untuk meneruskan kehidupan. Bukan itu sahaja, mereka tidak mahu dicop sebagai mengambil kesempatan kepada perempuan dan dasar lelaki pemalas yang tidak tahu merancang kewangan.
Ketahuilah akan hal ini wahai wanita, si lelaki sedang berusaha untuk mengukuhkan kestabilan ekonomi demi insan tersayang.
3. Hadapi Masalah
Mereka mendiamkan diri apabila menghadapi masalah.
Sama ada masalah di tempat kerja atau lain-lain kerana mereka sedaya upaya cuba untuk menyelesaikan sendiri segala masalah. Mereka sedang merancang dan membuat pemerhatian secukupnya bagi menghadapi masalah yang timbul. Mereka juga tidak mahu sang kekasih terlibat dalam masalah yang dihadapi.
Inilah namanya ego.
Ego untuk cuba bertahan dan yakin masalah boleh diselesaikan sendiri dengan secepatnya.
4. Cemburu
Kalau mereka diam secara tiba-tiba, itu juga salah satu tanda mereka cemburu. Mungkin dia terlihat anda bergelak ketawa dengan klien atau lelaki lain semasa ketiadaannya, sudah tentu hatinya dijentik cemburu.
Cemburu jika tidak reti pujuk, ianya boleh melarat. Jadi untuk wanita, jangan biarkan mereka berdiam kerana cemburukan anda bersama yang lain, jujurlah dan berterus terang selalu.
5. Tidak Mahu Memanjangkan Pergaduhan
Ya, benar.
Adakalanya sedang bertikam lidah dengan kekasih, mereka terus mengunci mulut. Hal ini adalah disebabkan oleh kerana si lelaki tidak mahu pergaduhan berlangsung terlalu lama. Mereka akhirnya tidak mengeluarkan sebarang kata-kata atau pendapat dan terus mengaku kesalahan.
Mudah bukan?
Jika mereka diam, itu tandanya mereka menyayangi perhubungan yang terbina dan tidak ingin bergaduh lama-lama.
6. Putus Asa
Jikalau perbalahan sering berlaku dalam perhubungan, hati terlalu sakit, mereka bakal jatuh ke lembah putus asa seakan-akan tidak boleh tahan dan tidak mahu hidup di sisi sang wanita.
Si lelaki merasakan tiada gunanya mereka bersama si kekasih hati jika masih susah mendapat persefahaman dalam perhubungan. Kecewanya perasaan mereka boleh membuat mereka mendiamkan diri dan menjauh daripada sang wanita.
7. Merajuk
Lelaki pun reti merajuk.
Mereka kalau diam sahaja, mesti ada perkara yang membuat mereka merajuk dengan sang kekasih. Merajuk bukan sebab cemburu sahaja, tapi sebab sang kekasih tidak mahu menemani untuk membeli barang, makan bersama atau terlalu sibuk dengan kerja sehingga tidak sempat meluangkan masa bersama.
Hal ini bukan kerana mereka mengada-ngada, tetapi kerana inginkan perhatian sahaja.
8. Tidak Mahu Menyakiti Hati Kekasih Berterusan
Kenapa lelaki diam?
Ya, tidak mahu terus-terusan menyakiti sang kekasih. Mereka berharap segalanya akan selesai dengan cara mereka berdiam diri. Mereka juga mengharapkan agar si wanita memahami keadaan itu dan sejuk hati apabila sudah saling mendiamkan diri.
9. Putus Cinta
Ini salah satu punca mereka diam.
Mereka merasakan kesedihan yang teramat sangat melalui saat perpisahan sehingga tidak lalu makan atau buat aktiviti lain. Tambahan pula jika dia menyedari kesalahannya sendiri yang menjadi sebab kepada hubungan tersebut putus di tengah jalan.
Kecewa dan kesedihan apabila bergabung, sudah tentu menyebabkan mereka terduduk diam memikirkan semula segala hal. Namun begitu, dalam menghadapi situasi putus cinta, si lelaki pasti muhasabah dirinya semula. Diam dan berfikir.
10. Rimas Dengan Soal Jawab
Wanita adakalanya sering menanyakan pelbagai soal jawab jika ada keraguan terhadap si lelaki, sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati atau tidak percaya. Perkara seperti inilah yang membuat lelaki rimas untuk memahami dan menjawab segala soalan yang diusulkan.
Bukan sahaja penat bekerja, malah letih otak memikirkan soalan-soalan yang dikeluarkan oleh sang kekasih. Sebagai contoh, lelaki tersebut sedang sibuk bekerja, tapi si wanita sering call dan bertanya kenapa tidak membalas whatsapp atau sebagainya.
Ini boleh mendatangkan kemarahan serta menimbulkan rasa rimas ke dalam diri seorang lelaki.
11. Ditangkap Kantoi Bercurang Bersama Wanita Lain
Pernah nampak wanita bergaduh dengan wanita lain kerana seorang lelaki?
Jika ia berlaku, pasti lelaki terlebih dahulu akan diam dan terkaku melihat pergaduhan tersebut, kemudian barulah mencuba untuk meleraikan keadaan itu. Si lelaki dalam keadaan serba salah sebenarnya kerana ungkapan sayang telah diluahkan untuk kedua-dua wanita di hadapannya itu.
Soalan yang sedang berlegar di fikiran lelaki ialah siapa yang harus dipilih?
Bagaimana meleraikan kekusutan yang melanda?
Apabila kebuntuan telah melanda, si lelaki pasti terdiam buat sejenak.
12. Terserempak dengan Bekas Kekasih
Sedang berjalan ke sana sini, tiba-tiba ternampak kelibat bekas kekasih sedang berjalan dan sibuk mencari barang, sudah tentu hal ini akan membuat si lelaki terdiam dan terimbau kembali memori lama semasa bercinta sehingga putus di tengah jalan.
Wahai para wanita, janganlah cemburu, kerana hal itu telah pun berlalu dan kini fokuslah kepada masa hadapan bersama si dia.
13. Jenis Pendiam
Terdapat lelaki yang memang jenis pendiam orangnya.
Mereka berat mulut dan sering berbual hal yang penting sahaja. Namun begitu, jika kita menanyakan sesuatu kepadanya, dia pasti berusaha menjawab sehingga si kekasih berpuas hati dan mempercayainya. Meskipun jenis pendiam, namun keinginannya untuk bermesra itu tetap ada.
Begitulah sebab-sebab
yang membuat lelaki berdiam diri..
Kita sebagai wanita haruslah cuba memahami dan tidak merasa bosan dengan perangai mereka yang mungkin tiba-tiba berdiam diri. Mereka perlukan masa dan ruang untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan mereka.
Kita juga seharusnya sentiasa berusaha menyokong apa jua perkara baik yang dilakukan dan menghargai usaha tersebut. Sesungguhnya lelaki juga adalah makhluk Tuhan yang memerlukan perhatian serta kasih sayang meskipun mereka cuba menunjukkan diri mereka kuat serta tabah dalam kehidupan.
Nona sani seorang blogger yang suka beramah mesra dan sukakan pink. Boleh layari blog beliau : www.NonaSani.com
~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~
Assalammualaikum..
Sy ada masalah dgn bakal suami sy..sama ada dia tipu sy ke sy x pasti ..sy akan citer kan
Sy terjumpa Tik tok dia..dia memang jenis kaki Tik tok lah umur bkn muda pun..dri tarikh Tik tok tu ada tulis bulan 12 ..2020..dia wasap kat sy time tu dia ckp yg dia kat Kelantan keje dlm hutan..dlm seminggu 3kali ajer dia wasap sbb dia ckp susah dpt Line.. sebenarnya dia bkn dlm hutan pun dia kat Shah alam ajer..bulan 12 sampai bulan 1..sy sakit..sy ckp sy sakit dia jawap wasap n call dia risau ..
dlm bulan 2tahun ni..sy masih pikir dia kat Kelantan lgi…sampai bulan puasa lgi 3hari nk raya ni sy terjumpa lgi status Tik tok dia.. rupanya dia memang dh ada kat sini..yg best pun pulak dia berpakat dgn ank pmpuan dia supaya tipu sy.. mengatakan dia masih kat Kelantan dan ank dia mrh kat sy sbb x percaya kan dia..sy berdoa tuk dia siang n mlm xpnah sy putus berdoa…puasa last tu dia jawap wasap sy..pas sy menyamar kat Tik tok n komen Tik tok dia…baru dia tahu tu ada lah sy,dia ckp dia ada masalah nk Setel kan dulu..mlm tdi 14hb Mei sy call dia pakai nombor telefon ank…dia jawap ..dia ckp tgh pening kepala..pastu dia perlu kan ruang…
Persoalan sy di sini ialah..patut ker sy beri ruang kat dia..sy x nk perkara yg lama berulang semula.. sebelum sy kenal dgn dia.. Saya pnah kenal seorang cm ni gak perangai yg sama..lama2 dia tggal kan sy..sy x nk perkara tu berulang semula 3 tahun sy dgn bakal suami sy ni…
apa yang akak rasa patut akak buat?
Saya ada kawan rapat sangat kita chating online aja tiber masa hari tu or bambam studies panggil asalamkum lepas dia jawab saya asalamkum tersus muka dia marah