11 Tanda Awal Anda Mungkin Sedang Hamil
Setiap wanita adalah berbeza dan begitu jugalah dengan kehamilannya.
Tidak semua wanita memiliki tanda-tanda kehamilan yang sama malahan, bagi seorang individu, dua kehamilan berbeza miliknya juga berpotensi untuk tidak sama.
Juga, oleh kerana tanda-tanda awal kehamilan adalah lebih kurang sama dengan keadaan sebelum dan ketika menstruasi, simptom-simptom yang ada tidak selalunya diketahui.
Berikut adalah tanda-tanda yang anda boleh gunakan untuk mengenalpasti jika anda sedang hamil.
1. Sesak nafas
Adakah anda merasa sesak nafas ketika menaiki anak tangga?
Berkemungkinan besar anda sedang hamil.
Janin yang berkembang memerlukan oksigen dan ini menyebabkan anda kekurangannya.
Perkara ini akan berlanjutan sepanjang anda hamil, terutamanya apabila pembesaran bayi anda mulai memberi tekanan pada paru-paru dan diafragma anda.
2. Payudara Merasa Sakit
Adakah payudara anda merasa sedikit sakit atau mereka kelihatannya bersaiz lebih besar?
Payudara yang terasa lebih lembut dan berat, areola yang kelihatan lebih gelap dan lebih banyak urat kelihatan di dada anda boleh menjadi petanda awal bahawa anda sedang hamil.
Pakailah bra yang boleh memberi sokongan kepada anda ketika tidur untuk mengurangkan rasa tidak selesa.
3. Keletihan
Mudah merasa letih dari biasa, mungkin sekali adalah akibat daripada tindakbalas ke atas peningkatan hormon di dalam badan anda.
Bagi kebanyakan wanita, keletihan akan berterusan untuk trimester pertama, dan akan surut pada trimester kedua.
4. Loya
Kebanyakan wanita hamil akan mulai merasa loya lebih kurang 6 minggu pertama, namun ada juga yang mengalami rasa loya lebih awal (malangnya, ia boleh berlaku pada waktu pagi, tengah hari dan malam).
Berkemungkinan besar ia akan reda apabila anda sudah memasuki trimester kedua.
Dalam masa yang sama, cuba untuk makan makanan yang dapat menyelesakan perut anda, seperti oat/bubur atau air halia.
5. Kerap Kencing
Jika anda tiba-tiba mendapati diri anda tidak dapat tidur sepanjang malam kerana selalu ingin ke tandas, ia mungkin adalah satu petanda juga.
Semasa hamil, badan anda akan menghasilkan cecair tambahan, yang menyebabkan pundi kencing anda bekerja lebih masa dan anda kerap untuk kencing.
6. Sakit kepala
Antara tanda-tanda awal kehamilan termasuklah sakit kepala, akibat daripada perubahan hormon.
Untuk menangani kesakitan, dapatkan acetaminophen dan bukannya ibuprofen (dapatkan nasihat doktor).
7. Sakit belakang
Adakah bahagian bawah belakang badan anda terasa sedikit pedih?
Jika anda biasanya tidak memiliki sakit belakang, ini mungkin bermaksud ligamen anda sedang melonggar.
Ini akan berterusan sepanjang anda hamil di mana berat badan anda akan meningkat dan mengalihkan pusat graviti badan anda dan mengubah sedikit postur anda.
8. Kekejangan
Adakah ianya PMS atau mengandung?
Adalah sukar untuk mengetahuinya, namun jika anda merasa kejang, kemungkinan rahim anda meregang sebagai persediaan untuk mengandung.
9. Mengidam Makanan atau Tidak
Tiba-tiba, anda terasa sangat nak makan limau.
Atau mungkin ikan kini membuatkan perut anda merasa tidak selesa.
Jika anda mengalami situasi pemakanan yang sebelum ini tidak pernah berlaku, ia mungkin memberi signal kepada badan anda yang anda sedang hamil.
10. Sembelit dan Kembung
Anda yakin bahawa seluar anda muat pada minggu lepas namun kini anda terasa sedikit gempal.
Kemungkinan besar ia adalah akibat progesteron tambahan yang disebabkan oleh kehamilan, yang mana melambatkan sistem pencernaan anda.
11. Mood Tak Stabil
Anda mudah untuk cepat marah atau merajuk?
Jika anda merasa terlebih beremosi, mungkin sekali badan anda sedang menyesuaikan diri dengan hormon anda.
Jika demikian, maklumkan kepada suami anda bahawa ianya hanya sementara.
Sebenarnya, ada banyak lagi tanda-tanda yang mungkin seperti kitaran haid yang sudah berhenti, kerap pening dan pengsan dan sebagainya namun ianya kerap dikelirukan dengan masalah menstruasi juga.
Untuk lebih kepastian, dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.
Luqman Mikhail adalah seorang penulis dan blogger.
www.luqmanmikhail.com
Ada jga rasa simtom2 hamil…payudara sakit,senak dekat ari2….. Baru seminggu lewat period
Hye. Awak hamil ke skrg?
saya lewat period dah 6hari dan ari² trase sakit dan senak….
sy perasan byk perubahan kt diri sy 2-3 minggu ni. sy tgh alami semua simptom kt ats kecuali yg payudara sakit tu. sy baru 1 bln lebih berkahwin, doakan sy ada rezeki cpt dpt bby ya 😍😘
Klau kita rasa snk …. sebu perut dan sakit pinggng tandanya kita hamil ke… sya baru je lpas period 3 minggu lpas.. so nk tau mngandung ke x kna tunggu period lh kn … bkn apa cma risau ja kalau mngandung
Saya baru nak masuk 2 bulan kahwin. Tapi dah masuk 3@4 hari ni asyik sakit kepala, cepat letih, muntah2. Takut kalau kalau mengandung sebab kerja berat jugak. Risau la
Saya berumur 40thn dan baru berumahtangga semula dalam 1tahun 7 bulan .Priod saya sblm ni x berapa teratur tetap start bulan 1 .2020 saya mula buat remarks di kelender setiap kali dtg bulan dan saya dpati priod saya dh mula teratur cuma mungkin akan lewat sehari dua atau cepat sehari dua.bulan 5.20 priod saya dtg pada 4.5.20 tp malam .Bulan 6.20 sehingga kini 20.6.20 priod saya blm lagi datang pada 18.6.20 saya ada buat pregnancy test tp hasil nya cuma naik 1 line tp terang xmacam sblm ni.
Masalah saya sekarang saya musykil sama ada test tu byk atau tidak ini kerana sejak akhir bulan 5.20 saya sering keletihan banyak tidur dan mula sakit2 badan dan kepala sehingga sekarang saya masih sakit kepala tp on off la kekadang perut rasa kembung dan bersendawa angin kerap di waktu mlm dan kekandang sehingga rasa loya dan muntah dan saya sering sakit di pangkal paha tapak kaki juga kekadang bila saya bangun jalan dah macam orang tua berjalan terbongkok2 dan bahagian pinggan saya juga sakit kekadang saya xde selera nk makan nasi.Saya nak tahu adakah ini tanda saya hamil atau sebaliknya…terima kasih
Rani
saya lewat period hampir seminggu lebih,last period saya bulan lalu ialah 30/11/20,selalunya dalam hjg bulan msti saya dah datang period,tapi sampai skarang xperiod lagi,ada rasa sakit blakang dan bahagian pinggul punggung,kenncing juga kerap.