13 Strategi Untuk Melupakan Suami Orang Tanpa Banyak Drama

Belon terbang ke langit

Lupakan Cinta Suami Orang? ( vanf / CC BY )

Cintaku si suami orang?

Nak sehidup semati?

Oh, tidak! Banyak hati yang perlu di jaga, hatta diri sendiri pun mungkin akan berperang sendiri.

Oleh itu, apakah cara untuk melupakan suami orang yang kita cinta separuh nyawa tu???

Okay.. Jom cuba dulu tip-tip ini..

 

#1. Fikir Dan Niat

Yes, buat apa pun, mesti fikir.

Sama ada sebelum buka hati, atau semasa bercinta sampai ke tahap serious.. Perbanyakkan soalan kepada diri sendiri.

Aku rampas dia?

Boleh ke dia bertanggungjawab kepada kedua-dua isteri nanti?

Bagaimana kalau dikecam?

Bagaimana jika dia tiba-tiba menduakan kami?

Paling penting, bagaimana nasib kami sekeluarga di sana (akhirat) ?

Banyakkan persoalan untuk mendapat jawapan.

Namun fikiran adakalanya mengikut kata hati, apa yang merajai hati, itu yang di mahukan.. Sewajarnya, hati kena kental untuk memutuskan hubungan dengan suami orang dan meneruskan niat untuk melupakan si dia, suami orang lain..

Selain dari itu, anda mungkin boleh fikir di tempat yang tenang… memikirkan secara keseluruhan.

Apakah niat atau baik buruk sebelum bertindak. Perasaan tu, anda yang kawal.

Mungkin hati tak kuat? Itu yang merunsingkan!

Benar kerana cinta atau hal lain sebenarnya..?

 

#2. Dengar Dan Lihat

Kenapa kena dengar dan lihat?

Ini bermaksud, semasa becinta, jangan fikir manis sahaja.

Cuba lihat dan dengar kisah mereka yang telah bermadu atau berkahwin dua.

Baik kisah daripada pihak lelaki mahupun wanita.

Dapatkan kepastian tentang menjadi yang kedua.

Macam mana keadaanya pun, still hati isteri yang pertama perlu di jaga dan di persetujui.

Adakah mudah mendapat persetujuan dengan rela hati atau si lelaki yang bertindak memaksa?

Anda kena fikir logik, Siapa nak bermadu?

Untuk apa bercinta jika berperang sendiri sebenarnya?

 

#3. Tutup Telefon Bimbit

Bagi menenangkan fikiran, anda perlu mengasingkan diri seketika tanpa gangguan telefon terutamanya.

Ini adalah kerana, gangguan tersebut menyebabkan keputusan mungkin dalam keadaan terburu-buru atau tersalah langkah.

Contoh, baru je nak fikir, tapi dapat panggilan kerja tiba tiba..

Walhal dah serahkan kepada orang lain.

Ha, ini betul-betul tak boleh fokus!

Atau, si kekasih hati yang risau.. maka anda terus cair dengan dia!

Memang gagal misi untuk mencari jawapan..

 

#4. Tempatkan Diri Anda

Ok, tempatkan apa? Hmm.. bukan tempat dalam hati si dia lelaki suami orang, tapi…

Tempatkan dirimu di dalam hati bini pertama.

“ Kenapa pompuan tu kacau laki aku, sedangkan aku dah bersusah payah untuk dia..”

“..Kenapa pompuan tuh tak paham sakitnya hati aku bila laki aku habiskan masa dengan dia, pompuan perampas? ”

atau..

“ Hina sangat ke aku sampai perempuan tuh dapat goda laki aku, kenapa tak tegur je kekurangan aku, bukan cari lain! ”

 

#5. Jangan Fikir Dah JODOH

Betul, fikiran ni harus di ketepikan sebelum melangkah ke fasa lebih jauh.

Kalau anda berfikiran begitu, tentu-tentu anda dah selamat dengan laki orang tuh.

Anda haruslah berfikir secara waras, walau sunyi macam mana pun, aku akan hindari kahwin laki orang.

Kita manusia ada ALLAH yang mendengar rintihan, mungkin kita nak suami yang macam itu, macam ini..

Tapi belum dikurniakan lagi..

Kawal hati untuk elak daripada bermesra dengan laki orang.. jangan susahkan hati!

Ingat, ALLAH takkan ubah nasib hambaNYA jika dia sendiri tak cuba..

So, apa point nak fikir itu adalah jodohmu?

Jangan fikir korang berjodoh! elakkanlah!

 

#6. Sibukkan Diri, Tukar Rutin Harian

Ya, bila anda menyibukkan diri dengan kerja atau amalan lain, masa anda akan tertumpu kepada hal yang lain..

Maka urusan cinta suami orang boleh diabaikan..

Bukan satu perkara je yang perlu di fikirkan, banyak lagi..

Maka sibukkanlah dirimu.

Tengok balik hobi anda.. lakukan ia sebaik mungkin.. buat persaingan sihat dan lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan stress..

Atau tukar rutin harian anda, berbeza dengan rutin sewaktu bersamanya.

Jangan buat aktiviti yang mengingatkan anda kepadanya.

 

#7. Jangan Berbincang Banyak Kali

Untuk kali pertama, anda kena cuba nyatakan hasrat tersebut kepada si dia.

Atas alasan apa dia curang dan ingin berkahwin denganmu?

Kemudian anda seharusnya tegas menegur dia agar dia sendiri melatih isterinya, membimbing kearah lebih positif, bukan membuat keputusan mencari lain!

Setelah itu, elakkan berjumpa kerana bimbang mudah terpedaya dan tergoda untuk bersama semula dengan lelaki suami orang itu.

Minta dia hormatkan anda, untuk mencari ketenangan dan jauhkan diri.

 

#8. Buang Kenangan Lalu

Susah tapi kena cuba.

Segala barang time besday ker, anniversary ker, hari raya ker.. apa apa sahaja, sila dibuang..

Gambar-gambar selfie atau yang di siar dekat MukaBuku, Instagram, Whatsapp pun sepatutnya di hapuskan.

Bukan sekadar buang tapi hapus!

Block FB atau sosial media yang menghubungkan kalian.

Katakan tidak kepada memori tu!

Ia adalah kenangan yang memberi tekanan!

Atau mungkin anda boleh koyakkan-koyakkan dan rosakkan pemberian si dia..

Jika nak beri sumbangan, boleh saja tapi jangan beri kepada mereka yang berhampiran denganmu.

Bimbang terimbau balikk..

Jangan tengok lagi, jangan dengar lagi.. lagu kenangan kalian..

ini melambatkan proses melupakan.

 

#9. Bercerita

Ceritakan kegelisahan hatimu kepada sesiapa yang di percayai.

Ini boleh membuat pendengar setia memberi nasihat dan anda merasa lega.

Di samping bercerita, rakan anda mungkin boleh membantu atau ada pengalaman untuk mengatasinya.

 

#10. Semangat Dan Redha

Hidup perlu dilalui dengan penuh semangat.

Untuk semangat, cuba tenangkan hati dan terima kisah tersebut dengan hati terbuka.

Kuatkan semangat anda untuk lupakan si dia lelaki berstatus suami orang, ada yang lebih baik menanti..

Redha bahawa hal ini adalah ketentuanNYA.

Tapi pilihan tetap sentiasa ada agar boleh membuat sebaik-baik pilihan.

Senyum dan langkahlah lebih jauh!

Jangan menoleh kenangan kalian lagi.. Past is past, lets move on, create new memory!

 

#11. Listkan Keburukan

Ya, listkan keburukan, bukan keburukan pasangan atau diri sendiri.

Tapi listkan apa yang buruk jika merampas suami orang.

Anda akan ingat dan serik untuk bersama mereka.

Buat reminder, tentang perkara-perkara tak best apabila menjadi yang keDua.

 

#12. Katakan TIDAK to KEDUA

Say a BIG NO to hidup bermadu atau dimadukan..

Katakan dengan kuat agar anda kekal aktif dan bersemangat melupakan..

Walaupun hari-hari menjerit, tetap harus di buat agar keadaan kekal positif, suami orang tak boleh di ganggu!

[ Cara Untuk Memutuskan Hubungan Daripada Lelaki Yang Tidak Serius ]

 

#13. Solat Sunat dan Membaca Al-Quran

Rajinkan untuk solat sunat hajat, agar hajat untuk melupakan si dia terus tercapai.

Allah berkuasa untuk menggerakkan hati.. minta di tetapkan hati, di kukuhkan iman agar terus positif dan tak ingat lagi hal-hal yang lalu..

Dan, baca Al-Quran juga memang menenangkan jika ikhlas serta selalu mengingatiNya.

Yakinlah kepadaNYA ~

 

~ Begitulah strategi & cara yang dapat dikongsikan ~

Ingat, rasa madu memang manis, tapi dalam kehidupan..

Tiada yang nak atau suka dimadukan..

Realitinya, madu itu kebanyakannya pahit kerana rasa tanggungjawab itu perlu diambil berat.

Sikap adil dan banyak lagi…

Thinkk!


~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

23 Responses

  1. Avatar Husna says:

    Kalo save no dia lg mcm mana? Saje nk tnjuk bahagia takde dia haha

  2. Avatar nona says:

    Bolehhhhh je..hahaha~ tapi konpem dia bahagia? haaaa,no problem je, jgn sakit hati balik ngn dia

  3. Avatar sarah says:

    kalau isteri die yg mintak kita jdi madu die mcm mne pulak eah?

  4. Avatar Nona says:

    Isteri dia mesti ada sebab..tp kena tanya betul Betul…syukur jika sebab yg betul…

    maybe dia dipaksa suami dia untuk cakap mcm tu….yg pasti..xde bini nak idup bermadu..betol takk..

  5. Avatar kazaidah says:

    saya kuatkan hati blok no dan ws dia, dan mula jauhkan diri. tapi mmg payah kalau kita tak nekad nak redho ☺

  6. Avatar teti says:

    Sudah niat melepaskan tapi laki” mengharap saya kembali , saya tak mw di madu tapi dia tunggu waktu yg tepat

  7. Avatar Shu says:

    Hati ni terlalu sayang. Saya bercinta dgn dia waktu tu sy taktau dia suami org. Last last dapat tau dia suami org sy tggalkan tapi skrg sy terlalu rindukan dia. 😔

    • Avatar airiz says:

      Klu kita disiplinkan diri pasti berjaya. Perkataan dah jodoh atau dah takdir tu jgn disebut2. Hati kena kering sptmana keringnya lelaki yg disayangi tu sggup luka kan hati isteri dia. Strategi yg ke 13 itu lebih berkesan.. Bercinta dgn Allah lbh membahagiakan. Hati sentiasa tenang.. Selalu solat tahajud.. Klu kita asyik fikir rugi sbb tak dpt memiliki lelaki itu… Itu maksudnya kita ego dan cinta nafsu shj. Yg senenarnya perasaan itu cuma rs nk menang dpt miliki suami org. Padahal klu suami dia kena ambik pn sama je meroyan nya…

  8. Avatar Lili says:

    Terima kasih atas perisian. Saya berkawan dengan suami orang, tujuan asal hanya nak berkawan. Tapi bila lama2, masing2 mula rasa selesa dengan character masing2. Terasa ada chemistry, sedangkan kami hanya berkawan. Dia tempat meluahkan perasaan, berkongsi cerita. Saya mula rasa sayang dan dia pon mengaku dia tidak anggap saya sebagai kawan biasa. Tapi, saya tahu dia sangat sayangkan isteri dan keluarganya. Saya rasa bingung dan rasa bersalah kat isteri dia sebab ada simpan perasaan kat si lelaki ni. Sehingga kakak saya menasihati saya untuk tinggalkan dia dan walaupun ada kawan yang cuba approach saya tidak peduli kerana hati saya pada dia. Saya cuba untuk tidak berhubungan lagi dengannya tapi saya sangat lemah..

    • Avatar Bada says:

      Kita sama…rupanya ramai ye terperangkap dgn cinta suami orang…
      Allahu…semoga Allah kuatkan hati ini!

  9. Avatar Mangsa says:

    Kepada semua saya adalah MANGSA keadaan. Suami saya kantoi dgn janda. Mmg menyakitkan perasaan saya hingga ke hari ni. Jiwa saya terseksa. Bayangkan suami yg saya sayang curang dan dia dgn janda tu sudah pun plan utk berkahwin. Mcm2 sudah dibincangkan. Berpaangan mcm suami-isteri. Suami nk jadikan dia madu saya.
    Tau tak wahai perempuan, jangan la buat mcm tu. Kita sama2 perempuan.. betapa seksa jiwa saya sebagai seorang isteri. Dia tau dia bencinta dgn suami orang. Sepatutnya jangan layan. Kuat mcm mana pun lelaki mak, tolong elak. Tolong la fikir apa rasa kalau kita d buat mcm tu. Mcm saya sekarang. Dah hampir 30 tahun bersama tanpa ada masalah, tiba2 suami kantoi dgn janda. Tak ke sakit hati saya. Lakonan cukup bagus. Alhamdulillah Allah SWT tunjuk kekuasaannya PD saya. Alhamdulillah. Jadi d sini saya nk nasihat pd semua…
    TOLONG JGN BERCINTA DGN SUAMI ORANG. TAK ADA MNA2 ISTERI YG SANGGUP DI MADU. SAKIT SGT2 PERASAAN NI TAU. KL boleh carilah jodoh yg bukan suami orang ok. Cukup saya dh rasa betapa hancur nya hati mi 😭😭. Saya doakan semoga kita perempuan2 dilindungi Allah SWT daripada perbuatan memusnahkan rumahtangga org. Berfikir lah dahulu sebelum berbuat apa2 ok. Semoga dipelihara dari godaan syaitan. Aamiim.

    • Avatar Ainzarul says:

      Hurmm sama la akak mcm sy😔😔sakit sangat2 xtau nk ckp cmna

  10. Avatar ika says:

    tolong la jgn rampas kebahagian wanita lain…krna aku pnh juga merasa 2 kali dcurangi…sedih rasa hati bila kawan sdri mgbl suami sdri dlm diam..kali ke2 lbh tenang aku menerima hakikat wpon hati benar2 sudah rapuh..hilangnya rasa syg n cinta thdp suami sndri…hidup hnya utk kbhagiaan anak2…ya Allah…jgnlah engkau biarkn wanita janda atau dara menganggu hubungan org lain.😭😭😭😭

  11. Avatar Nayli says:

    Hati saya tidak kuat

  12. Avatar annonymous says:

    Saya juga adalah mangsa percintaan suami orang. Tapi cerita saya berbeza sikit. Saya berkawan dengan si A daripada tahun 2016. Pada Oktober 2018 kami bercinta. Pada masa tu masing2 single lagi. Sampailah bulan 12 2018 kantoi dia dah nak bertunang. Saya bersetuju untuk melepaskan dia. Tapi dia menangis merayu untuk saya stay. Jadi saya stay.

    Bulan 2 2019 dia bertunang atas kerelaan saya juga. Dia tetap suruh saya stay. dia cakap Sabar, dia sedang menunggu sesuatu terjadi (putus tunang). tapi benda tu tak jadi. saya hampir giveup. tapi kami tetap stay sampailah bulan 7 2019 dia berkahwin. 3 Hari sebelum majlis kahwin, dia lulankan waktunya untuk saya dah sehari leaps kawin pun dia tetap berjumpa saya. Dan sehingga ke hart ini, saya masih bersama dia walaupun hubungan sudah mulai renggang.

    Dari awal kami bercinta sampai dia bertunang, berkahwin 24jam waktu dia untuk saya. setiap waktu dia akan call, videocall saya. teman dia Kerja, tidur segalanya. jadi saya binggung. apa sebenarnya yang berlaku. kenapa 24jam waktu dia, dia habiskan untuk saya.

  13. Avatar harru says:

    salam.. saya knal dia selama setahun, sush senang sya support even sya sakit…dia janji mcm2, tetiba dpt tahu dia dh nikah 2.12 lpas th sya dpt tahu 6.12…tlong bgtau sya mcm mn sya nak move on dr dia??

  14. Avatar Lin D says:

    😢😢😢
    sy kategori susah untuk jatuh cinta. boleh dikatakan ramai lelaki yg nak dekatkan diri dgn sy, kerja pun bagus2 tapi ntah lah. selama ni sy paling benci perempuan perampas. Lelaki tu tak ada anak,isteri dia pun lebih tua dari dia kiranya lewat 30an.

  15. Avatar gendut says:

    1- sya xda suka dia
    2- dia xda putus asa
    3- bercinta kerana keikhlasan dia.. semasa start bercinta dia xda mempunyai apa2
    4-tinggal sama2 wlpun tahu dia beristeri
    5- Sejak bersama selama 10thn saya n dia mempunyai kewangan yang sangat memuaskan
    6-dia berjanji menjadikan sa istrinya
    7- Tiga kali putus hubungan
    8- hubungan semakit rapat
    9-sehingga dia menghembus nafas terkahirnya di rumah saya tetapi bukan di rumah isterinya
    10-di pergi bersama cinta saya dan dia,…
    11-skg saya yg merana tetapi isiterinya gembira

  16. Avatar Pita says:

    memang susah sgt nk lupakan suami orang ni sbb dorg tk sama mcm laki bujang yg lain. memang baik and soft spoken dan penyabar. senang kata hati dah terlalu mencintai memang susah nak lupakan walaupun tahu dia suami orang. pernah terfikir nak putuskan hubungan tapi hati masih tak kuat takut siri sendiri yg sedih merana.

  17. Avatar m says:

    Salam. Selama ini, sy selalu membaca atau dengar perihal suami yang curang. Waktu itu, sy berfikir tak baik rampas hak orang. Kita tak nak benda itu terjadi, dan kita jangan buat benda tu. Nak dijadikan cerita, sy berkenalan dengan seseorang melalui online pada hujung tahun lepas. Dia cakap duda dan mempunyai anak. Sebelum ni, sy skeptical. Sy tak nak kawan dengan duda. Namun bila umur makin meningkat, sy tidak bolehlah memilih. Jadi sy terima untuk berkawan dengan dia. Sy selesa kawan dengan dia.

    Dia tak adalah borak mengarut atau menggatal sangat. Kami borak2 macam kawan2. Dia selalu video call dan late night call. masuk bulan kedua, dia dah mula buat perangai, dia dah mula pinjam duit sy. dia terdesak. masa tu dekat sebulan juga kami tak berjumpa sebab dia outstation. semasa out station dia ada video call sy. sehinggalah dia balik, dan kami ada keluar beberapa kali.

    tapi hati sy jadi tak sedap hati, sebab sy yg selalu ambil dia dari rumah dia. sy kalau boleh, kalau lelaki nak jumpa, dia lah kena datang jumpa kita. berkali2 sy ambil dari rumah kawan dia. sy serkap jarang juga, tanya dia ni betul ke duda. dia cakap, kalau tak percaya boleh tengok jabatan agama.masa tu sy tak berkesempatan. sy dah mula sayang dekat dia. walaupun dia bukanlah jenis romantik. sebab dia tahu batas dia. dia tak ambil kesempatan. tapi pinjam duit sy lah. kadang2 dia marah bila sy x mesej dia dulu, bila dia yg selalu mesej dulu. then sy ambil initiatif untuk update diri sy setiap hari. hinggalah satu malam, ada orang reply mesej sy, tanya siapa sy. kemudian call sy, cakap dia adalah isteri beliau. then dia call sy.

    sy cakap sy tak tahu dia suami orang. hancur hati saya. lemah lutut, menggigil tangan nak drive balik rumah. sy tak dapat tidur. sy mesej dia. then dia cakap, nanti dia explain. selepas itu sy berhenti berhubung. sy selidik di e-syariah. rupanya mereka pernah berurusan dengan jabatan agama, pada tahun lepas, sebelum lelaki itu kenal dengan sy. jadi sy x pernah rampas suami orang. isteri beliau mesej sy, cakap sy punca mereka nak bercerai berai. hina sy di mata perempuan. walaupun sy tahu, kedudukan sy dari kerjaya dan hidup lebih baik dari mereka berdua. ego sy betul2 tercalar. tapi sy jenis yg cool, masih ada kewarasan dan sy reply isteri beliau secara berhemah dan explain dari perspektif sy. and dia terima dengan mudahnya.

    sy tak contact lelaki itu bermingu2. tapi demi nak dapatkan duit, sy terpaksa juga mesej dia. sy maafkan dia atas penipuan dia. sy jelaskan sy punya pendirian dan lansung tak beri beliau untuk explain pada sy. sy tak perlukan explaination. kau dah tipu, jadi aku tak perlu tahu lagi. dia cakap dia minta maaf. sy menangis. hampir setiap hari sy menangis. sy tak pernah heart broken macam ni. sebab sy anggap dia macam best friend. hati masih sayang. tak dapat lupa. tapi sy masih rational. janganlah jadi orang ketiga. susah nak move on. tapi kena sabarlah.

  18. Avatar tina says:

    saya dah berkahwin selama 7 tahun..suami sy mulai sayang bini orang dan bercinta..iaitu dengan ex dia..perit dan pedih rasa hati..kami akan bepisah dalam masa terdekat..hati suami sy telah dicuri oleh ex dia..kenapa seorang wanita tu ambil jalan untuk bahagia tapi sanggup hancurkan hubungan lelaki itu dan isterinya. dan menghancurkan hati isteri dia..saya tak kuat tapi untuk anak..sy terpaksa kuat..doakan sy terus kuat dan redha.

  19. Avatar Ika says:

    Saya cari cara untuk lupakan cinta suami orang. Sekali saya jumpa blog ini.

    Pada tahun 2017, Saya terjatuh suka pada suami orang masa tu saya ada masalah dengan ex bf pada umur 23 tahun. Suami orang ni adalah pegawai yang banyak tolong saya dalam kes ni. Sampai satu tahap, dia mengayat umpan dengan kata2 manis, sayang cinta, carimg hingga saya tak mampu nak tolak. Sebab dia banyak tolong dalam kes saya. Siap ugut kalau saya tak nak contact dia lagi, dia tak nak proceed dan suruh saya contact orang bawahan dia sendiri. Saya tersepit dan saya terpaksa juga terima. Saya tahu apa yang saya buat semua tu salah. Tak boleh bercinta dengan suami orang.

    Satu hari, isteri dia contact saya dan tanya apa hubungan saya dan suami dia. Saya terpaksa menipu yang kami hanya kawan sepejabat. Lepas isteri dia sound saya, terus saya turn off dan tak nak teruskan hubungan ni. Suami orang tu merayu sangat2 hampir setiap hari call, dan akhirnya saya cair juga.

    Kemuncak hubungan ini, saya disahkan sakit. Dan saya minta dia jangan cari saya lagi. Saya block semua nombor dia. Tapi dia sangat tak putus asa.

    Tahun 2018, dia cuba mesej saya melalui no phone lama. Tahun 2019 pun sama dia contact saya balik. Dan saya balas ucapan dia sambil tanya berkaitan update kes saya. Dan since dari situ kami rapat semula.

    Lepas tu, saya hilangkan diri semula sebab saya tahu bukan mudah untuk lupakan dia sehingga kini tahun 2022 saya masih melihat dia dari jauh melalui Fb. Dia sedang bahagia bersama family, kerjaya dan pangkat yang dia ada. Masa akan mengubati segalanya.

    Moga Allah kuatkan hati2 para wanita dari digodai cinta suami orang. Saya tiada kawan untuk bercerita. Ini adalah rahsia terbesar dalam diri saya. Saya bukan minta untuk digoda, tapi saya tersepit dengan keadaan masa tu. Saya sangat menyesali masa lalu. Jika mampu diubah, saya tak nak jumpa pegawai tu.

  20. Avatar Nurul says:

    Kalau dia baca harap dia tahu sy terasa klau ex wife is sebenarnya still wife .

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *