Apakah Tanda Yang Si Lelaki itu Mungkin Jodoh Kita?

Tanda Hati Merah

Tanda Hati Merah ( Engin Akyurt )

Adakah dia jodohku?

Bolehkah aku bersama dia dan bolehkah dia menjadi bapa kepada zuriatku nanti?

Inilah segala soalan di dalam hati dan kotak fikiran seorang wanita sebelum melangkah ke fasa lain dalam kehidupan iaitu berumahtangga.

Bukan mudah untuk memastikan siapakah dalam kenalan atau kawan lelaki yang boleh dijadikan teman seumur hidup. Siapakah yang sudi terima kelebihan dan kekurangan kita. Adakah jodoh itu bersama si dia kekasih yang sekarang atau kenalan lain yang tidak pernah kita kenali.

Mungkin juga cinta yang hadir hanya untuk menguji. Si lelaki itu bukan jodoh kita. Atau mungkin cinta itu hanya untuk seketika. Bukan bermakna jodoh untuk memilikinya. Apa yang pasti jodoh itu telah ditentukan Allah dan kebahagiaan yang diinginkan adalah benar dari hati. Bukan hanya kerana nafsu semata-mata.

Di sini terdapat tanda-tanda yang boleh dijadikan panduan sebelum memilih si dia yang betul!

 

1. Rasa Selesa Bila Bersama

Bila kita buat sesuatu perkara bersama-sama si dia, kita sentiasa rasa selesa. Semua benda jadi mudah apabila buat aktiviti tersebut malah perasaan jemu tidak langsung wujud bila bersama. Rasa senang melihat perilakunya bersama kita begitu juga dengan dia.

Bukan itu sahaja malah kita turut merasakan senang sekiranya ingin bercerita hal peribadi atau apa sahaja dengan dia. Dia malah turut selesa mendengar luahan hati kita dan berusaha memberi pendapat terbaik untuk kita. Itulah tanda jodoh. Kita senang bersama dan rasa susah nak pergi jauh dari hidupnya.

 

2. Bersahaja

Dia kelihatan tidak kekok dan tidak berpura-pura. Dia menjadi dirinya sendiri apabila berhadapan dengan kita. Tiada rasa gundah pada mata dan perbuatannya. Semua dilakukan secara semulajadi dan spontan. Malah adakalanya dia nakal saja mengusik kita.

Biarpun kadangkala annoying tetapi itulah yang menambat hati kita. Dalam masa ini kita akan nampak gaya sebenar dia makan, minum, bercakap dengan orang ramai, memilih barang dan sering membuat kita tergelak dengan gurauannya yang santai.

 

3. Menerima Seadanya

Walaupun dia telah melihat segala kekurangan kita. Mengetahui kisah hidup kita yang mungkin menyedihkan atau menyakitkan. Namun dia tetap terima kita seadanya. Dia tidak mengeluh dan cuba memahami diri kita.

Kita pula haruslah berterus terang dan tunjuk apakah kelemahan kita agar kita tahu penerimaannya. Dari sini kita juga belajar menerima kelebihan dan kekurangan seseorang. Ikhlas dalam menerima segalanya. Itulah jodoh kita.

 

4. Tidak Stress dan Rasa Tenang Mendengar Suara

Suara si dia membuat jiwa ini tenang. Keresahan kita hilang melalui suaranya atau ketika berjumpa dengannya. Kita selalu terasa ingin mendengar suaranya kerana dengan itu dapat menghilangkan gundah gelana di hati kita.

Bukan itu sahaja kita juga suka mendengar bebelan dia, pendapat dan lawaknya. Senang cakap tak stress bersama dia. Itulah tanda jodoh. Sentiasa menenangkan mata dan hati kita tak kira dari segi perbuatan atau perkataan.

 

5. Mudah Bekerjasama & Berbincang

Dalam apa jua situasi dia sangat mudah diajak berbincang. Saling bertukar pendapat dan jumpa jalan keluar untuk sesuatu perkara. Ini namanya pemikiran kita selari atau sependapat dengan dia. Betapa pentingnya point ini kerana kelak kita harus hidup bersamanya dalam tempoh lama jika diizinkan.

Pilihlah dengan orang yang mudah dibawa berbincang dan diajak bekerjasama. Bukan mengikut telunjuk dia untuk semua pilihan. Hal ini adalah disebabkan di dalam rumah tangga. Banyak cabaran yang bakal dihadapi dan memerlukan banyak perbincangan.

 

6. Tidak Menyorok Kelemahan

Apabila dia menjadi dirinya sendiri dan tidak berpura-pura. Pasti akan keluar kelemahan atau keburukan dirinya. Apa yang ditunjukkan itu untuk membuktikan perangainya yang sebenar dan dia mahu kita tahu agar kita bersedia dengan kekurangan dirinya.

Dia mengharapkan kelemahannya dapat dilengkapi dengan kelebihan kita. Pentingnya hal ini agar kelak kita tidak terkejut dengan kelemahan yang dia miliki. Dia mengizinkan kita untuk mengetahui keburukan yang ada pada dirinya seperti melihat keadaannya sewaktu jatuh sakit atau tidak terurus.

 

7. Rasa Bersemangat dan Rasa Dihargai

Kehadiran dia buat kita bersemangat untuk hidup. Setelah menghadapi kesukaran. Si dia jadi penyuntik semangat dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Tanpa ucapan atau kehadiran dia. Kita merasa kosong dan putus asa lebih awal.

Dia ada saat kita berjuang untuk kehidupan kita sehinggakan kita terus bersemangat untuk mencapai impian tersebut. Bukan sahaja rasa bersemangat. Malah kita rasa dihargai selalu. Dia meletakkan kita di antara kedudukan yang utama dalam hati serta pemikirannya.

Dia menunjukkan kemesraan yang tidak diberikan kepada orang lain. Hanya kita merasakannya. Itulah jodoh. Saling memberi semangat dan menghargai antara satu sama lain.

 

8. Jujur

Dia jujur dengan kita dan sebolehnya jujur dengan setiap perkara yang dibuat. Dia akan selalu berterus terang terhadap perasaan dan pendapatnya yang ada dalam hati serta pemikiran dia.

Itulah tanda jodoh. Jujur terhadap jodohnya. Kejujuran penting untuk mewujudkan rasa percaya dan sayang yang berpanjangan. Tanpa kejujuran. Tiada ertinya hubungan tersebut.

 

9. Saling Mempercayai Antara Satu Sama Lain

Tidak sedikit pun terasa ragu-ragu dengan tingkah laku dan percakapannya. Walaupun tiada di depan mata. Hati tetap mempercayai antara satu sama lain dan yakin segalanya akan baik-baik meskipun tidak berjumpa kerana urusan kerja atau peribadi. Hati kita kuat merasakan dia setia dan sentiasa menunggu kita.

Selain itu. Kita juga tidak risau menceritakan rahsia kita kepadanya kerana percaya bahawa dia akan menyimpan rahsia itu sebaiknya. Dia menjaga aib kita seperti menjaga aibnya sendiri. Dia tidak akan sesekali mengkhianati kepercayaan yang diberikan.

Kepercayaan itu perlu agar dapat melalui kehidupan dengan aman sepanjang berumah tangga. Sekiranya kepercayaan tidak ada. Bagaimana untuk meneruskan perhubungan dengan seseorang? Pasti sukar untuk kita melaluinya.

 

10. Sentiasa Rasa Berkait dan Tak Putus Asa

Dia adalah orang yang selalu ada dengan kita waktu susah dan senang. Dia tidak akan putus asa untuk melihat kita tersenyum selalu dan bahagia. Walau ada masa kita termarah, merajuk, atau kecewa dengan sesuatu keadaan. Dia tetap bertahan dan tak putus asa dengan kita. Tetap bersama kita.

Itulah jodoh. Dia akan sentiasa berkait dengan kita. Meskipun menjauh seketika. Jodoh takkan kenal erti putus asa. Dia juga tidak akan meninggalkan kita bersendirian menghadapi liku kehidupan ini. Setiap tutur katanya memberi motivasi khas untuk kita.

 

11. Banyak Persamaan

Tak semua pasangan itu sempurna. Kita harus saling melengkapi dan meyakini jodoh yang telah ditentukan. Namun begitu yang berjodoh pasti banyak persamaan dalam karakter kalian. Sama ada dari segi makanan atau minuman kegemaran, aktiviti kesukaan, misi hidup yang sama dan banyak lagi.

Boleh jadi mungkin pada awalnya berbeza. Tapi setelah bertemu dengan kita. Wujud persamaan yang lain pula. Sebagai contoh. Dia suka bersukan seperti jogging dan tak berminat panjat gunung. Tapi setelah bersama kita. Kedua-dua aktiviti dilakukan bersama dan seterusnya menjadi kegemaran kalian berdua. Indah bukan?

Ada juga yang mengatakan jika muka mirip dan seakan sama. Itu adalah tanda si dia jodoh kita. Walau bagaimanapun ini adalah mengikut kata-kata orang sahaja.

 

12. Diterima Keluarga

Jika diterima dan hubungan diberkati keluarga. Itulah namanya jodoh. Paling penting untuk bawa jumpa family. Apabila family menerima ahli baru dalam keluarga kita. Itu memudahkan urusan perhubungan untuk ke fasa seterusnya. Apa jua yang berlaku. Kita boleh rujuk dengan keluarga.

Jika ada dalam kalangan pasangan yang tak direstui namun kita yakin yang dia jodoh kita. Maka berusahalah sehingga diterima ahli keluarga terutama ibu bapa. Jodoh itu pasti berjuang dan tidak membelakangkan keluarga.

 

13. Sangat Memahami

Setelah saling mengenali. Maka terwujudnya persefahaman. Meskipun kita tidak banyak bercakap banyak. Dia dengan sendirinya automatik memahami apa yang disukai atau tak disukai kita. Dia juga tahu dan faham apa yang perlu dibuat jika kita merajuk atau marah.

Namun begitu, ini perlu dizahirkan sebelum betul-betul ingin difahami. Jodoh itu saling memahami. Bukan saling melawan pendapat atau cakap. Jodoh itu apabila kita saling memahami kehendak dan perangai masing-masing.

 

14. Timbul Rasa Ingin Tahu

Selalu kita rasa seperti ingin sentiasa ambil tahu pasal dia. Apa yang dilaluinya. Susah dan senang kehidupan dia. Kita nak tahu tentang kawan-kawan, kenalan, keluarga dan apa jua berkenaan dia. Dia pun sentiasa ambil berat pasal kita.

Sesekali hilang info atau tak tahu keadaan. Masing-masing jadi resah dan tertanya-tanya. Kita juga akan merasakan ingin selalu mendoakan keselamatan, kesihatan dan hati dia agar bersama kita selamanya.

 

15. Rasa Kuat Ingin Halalkan Perhubungan

Bila berjodoh. Perasaan nak halalkan hubungan itu semakin kuat. Kita terasa ingin punya zuriat bersama si dia. Perasaan kita kuat untuk hidup bersama si dia dan menjaganya sampai bila-bila. Usaha untuk disatukan dan membina sebuah keluarga bersama si dia semakin utuh.

Dia turut mengajak menghalalkan perhubungan kalian tanpa was-was. Kita pun merasa yakin dan berani untuk melangkah ke fasa seterusnya tanpa ragu-ragu.

 

16. Sentiasa Rasa Ingin Dekat

Bila tak jumpa. Mula terbayang-bayang. Hati ingin selalu berada di samping dia. Kalau hari ini tak jumpa sehari atau tak mesej dia. Diri rasa serba tak kena. Aktiviti seperti pergi dan balik ke tempat kerja bersama. Buat aktiviti bersama-sama.

Saling bertukar idea dan saling berhubung seperti sering video call seandainya berjauhan di tempat lain pasti diinginkan. Kerana hati terasa ingin berdekatan selalu. Perasaan rindu mudah singgah di hati. Kalau boleh tak nak ada ruang kosong dalam perhubungan tersebut agar hubungan sentiasa mekar dengan kemesraan.

 

17. Mendekatkan Diri Kepada Allah

Dia buat kita tenang dan rasa dekat kepada sang Pencipta. Kita semakin kenal erti syukur dengan nikmat yang Allah kurniakan. Dia membuat kita ingin jadi yang terbaik di sisi Tuhan dalam memikul tanggungjawab sebagai makhluk-Nya. Hal ini berlaku apabila dia sering mengingatkan dan mengajak untuk berbuat kebaikan sebagai hamba Allah.

Dari hari ke hari. Rasa sayang dan yakin kepada Allah semakin bertambah. Hati kita juga semakin kuat untuk berserah kepada-Nya jika apa-apa kejadian yang menimpa dalam kehidupan. Itulah jodoh. Membawa kearah kebaikan dan dekat kepada Tuhan.

Meskipun mungkin dia belum cukup baik. Tapi saling mengajak untuk berubah. Itu mungkin juga jodoh. Tengok akhlaknya sebelum membuat keputusan.

 

18. Jiwa Terhibur & Tersenyum Sendiri

Ada masanya bila kita duduk bersendirian. Kita tersenyum kerana teringat gurauan dia yang menyenangkan hati. Itu maknanya kita terhibur dengan kehadirannya. Jodoh itu selalu menghiburkan dan buat kita tersenyum.

Meskipun kadangkala kesedihan menyelinap di hati. Dia pasti tahu cara untuk hiburkan kita. Dia juga tesenyum dengan kehadiran kita dalam hidupnya. Lawak jenakanya membuat kita terikut-ikut dan sampaikan pula aura positif itu kepada orang di sekeliling kita. Seronok bertemu jodoh, bukan?

 

19. Rasa Selamat Bila Bersama

Dalam apa jua keadaan. Bila bersamanya kita akan merasa selamat. Kita yakin dengan kehadiran dia. Pasti segalanya boleh diatasi. Kita pasti dia boleh jaga kita jika ada apa-apa berlaku.

Masa depan dan kebahagiaan kita pun pasti terjamin bila bersama si dia. Itulah jodoh. Dia akan mengambil berat dan buat kita rasa selamat bersamanya.

 

20. Buat Hati Tergerak Untuk Berubah Kepada Lebih Baik & Sempurna

Kita tahu kekurangan kita tapi dengan adanya dia kita merasakan ingin berubah ke arah lebih baik. Sebagai contoh. Sebelum berkenalan dengan dia kita tak terasa ingin belajar memasak. Tetapi dengan adanya dia. Kita mula mencari resepi dan bagaimana nak masak macam-macam masakan.

Kita cuba memperbaiki diri dengan meningkatkan pelbagai kemahiran diri agar dapat jadi yang terbaik buat diri sendiri dan dirinya. Perasaan ini akan terasa secara semulajadi. Walaupun tidak sempurna. Tetapi hati tetap tergerak untuk berusaha menjadi lebih baik.

 

21. Suara Hati

Bisikan hati kita pasti berkata dengan kuat dan yakin dialah orangnya. He is the one. Kita merasakan ingin menghabiskan seumur hidup dengan dia kerana hati kita tergerak untuk suka dan meneruskan hubungan tersebut. Kita nampak dia berusaha memberikan kasih sayangnya juga.

Kita pasti dapat merasakannya. Cuma perlu lebih memastikannya kerana keraguan sememangnya akan timbul daripada pemikiran kita terhadap pelbagai perkara lain. Seperkara lagi. Allah akan menggerakkan hati kedua-duanya jika berjodoh. Jika salah seorang saja merasainya. Kita perlu semak semula berkenaan tanda-tanda si dia jodoh kita.

 

22. Solat Istikharah Dan Doa

Jawapan dari istikharah bertujuan menguatkan lagi pilihan kita. Jika dia benar jodoh kita. Insya-Allah kita akan dapat petunjuk. Segala point telah diteliti maka dirikanlah istikharah. Teruskan melaksanakannya jika masih keliru. Kekal berdoa moga tidak salah pilihan.

Sama ada jawapannya melalui mimpi atau ketenangan hati. Kita juga seharusnya kuat mempercayai jawapan kepada istikharah tersebut. Namun begitu perlu diingat. Jangan memberatkan hati kita kepada satu pilihan. Pastikan hati dan fikiran kita lapang sebelum menunaikannya.

 

Kesimpulan

Begitulah beberapa tanda yang boleh kaum wanita gunakan sebelum memilih bakal suami untuk bernikah dan berkahwin. Pentingnya melihat semua tanda yang ada kerana hal ini melibatkan masa depan kita. Semoga semua wanita mendapat jodoh terbaik dalam kehidupan.

Gunakan segala deria rasa yang ada pada diri untuk menilai satu persatu cinta yang hadir. Jangan tergesa-gesa. Percaya dengan diri sendiri dan jangan putus asa bagi yang belum pasti tentang jodoh. Yakin bahawa jodoh pasti bertemu!


~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

8 Responses

  1. Avatar Manis says:

    Baru2 ni seseorang yg saya minat minta izin saya utk meminang. Tapi dalam masa yg sama boleh dikatakan ada yg dh cop saya. Saya jadi dilemma sgt , bila saya baca artikel ni , semua ciri2 ada dkt lelaki yg nak meminang saya tu. Saya x pasti ianya sbb saya minat dia atau kebetulan. Tapi hampir semua ada dkt dia. Saya keliru sgt😞

  2. Avatar Hafizah Binti Din says:

    Assalam..semua ciri2 lelaki dn jodoh sy ada di ats..tp sayg sy tiada jodoh untk bersama dgnnya lagi sb dia baru sja meninggalkn sy buat selama2nya..sb Covid sy redha semoga arwah bersama dikalangan org yg beriman..Aaminn

  3. Avatar mimin says:

    lelaki yg sy kenali sekarang mempunyai ciri2 seperti tersebut dan saya berharap dia jodoh saya. tapi hati sy kadang masih berbolak balik dan tidak yakin benarkah dia jodoh saya. kadang saya jadi keliru..

  4. Avatar ain says:

    hye, saya nak bagitahu, saya dah bertunang untuk kali kedua, yang pertama sewaktu kami bertunang, dia curang belakang saya, yang kedua ni dengan orang lain, tapi saya tak berminat dengan dia, saya takde rasa sayang sepenuh hati terhadap dia, tapi dia suka saya lebih, dia kongkong saya nak pergi mana, id iphone pun kene share, keluar bagitau, sampai mana mana tempat pun bagitau, setiap kali kalau keluar berhenti dimana mana, contoh ke kedai runcit ke, supermarket, dia ade whatsapp web saya.

    saya ade telegram dan zoom untuk saya buat kerja, dia semata mata download apps tu untuk pantau saya, sama ada saya ada önline” tak waktu bukan kerja saya, bila saya cakap pada dia saya tak nak dikongkong terlampau ketat, dia cakap sebab kita dah bertunang, lepastu dia marah marah . kalau saya putus tunang dengan dia, saya malu dengan keluarga, dengan pihak belah keluarga saya contohnye sedara mara, sebab mereka dah buat terlampau banyak semasa majlis pertunangan saya .

  5. Avatar biela says:

    hye,saya ada suka seorang lelaki ni dah 2 tahun dan boleh dikatakan semua ciri diatas ada bila saya dengan dia,saya rasa tenang,happy,selamat.tapi sayang kami dah putus 1 tahun yang lalu.lepas saya dengan dia dh takda hubungan apa apa saya selalu ingat dekat dia,rindu dia lebih kurang hari hari jg.saya dah usaha untuk kenal dengan orang baru dan move on dari dia tapi taktahu kenapa hati tak boleh nak accept orang lain selain dia.hati juga kuat kata yang he’s the one.tapi saya masih ragu ragu.bila saya dengan dia saya dapat rasa sesuatu yang saya tak rasa dekat orang lain saya taktahu ni perasaan apa tapi perasaan ni kuat sangat seolah olah saya dapat rasa yang dia ni jodoh saya.saya keliru sangat taktahu nak teruskan simpan perasaan dekat dia atau move on dan cari yang baru :)

    • Avatar Nur Razita husna says:

      hai , assalamualaikum ada lah sorang lelaki ni dia kawan dia kata dia suka kat saya ,bila saya dah tahu perasaan dia terhadap saya saya masa tu macam terkejutlah bila kawan dia bagitahu tu sebab masa kat tingkatan 1 kan dia selalu Usha saya jadi saya macam peliklah eh apahal kan mamat ni Usha – Usha orang ,

  6. Avatar Ika says:

    Saya baru cuba untuk kenal seseorangtu.pun melalui di games, dia suka main games online seperti saya, tpi kitorang ada chat berdua kt bahagian chat, cuma hati saya rasa tenang bila sembang apatah lgi dalam keadaan bad mood,walaupun setakat chat saja dan baru kenal, tktau muka macM mana dan keadaan dirinya, tpi rasa selesa dengan cara dia sembang dengan saya 😁☺

  7. Avatar ayu says:

    saya ada berkawan dengn sorg nie .. semuanye ok , yang tak ok tu .. die lebih fokus kepada kerjayanya dr saya. nak kumpul harta katanya .. n dia bg tau kalau sya ada jump sesorng yg lebh bk , die suruh sya pegi … dia xnak sy mngharp apa2 dr die … saya keliru , pd masa yang sma. saya ada kawn lama yg bersunggh nak kn sya dan ingin benikah dgn saya … huhuhuh … apa yg patt saya bt yew …

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *