Kata Orang, Bunga Bukan Sekuntum, Kumbang Bukan Seekor

Bunga Bukan Sekuntum

Ini Daun Lah.. ( visualpanic / CC BY )

Hai korang!

Hari ni, aku nak bercerita pasal kisah kumbang dan bunga.

Bunga itu adalah seorang yang cantik, dan hatinya sudah ditawan oleh kumbang yang bermulut manis dan mampu menggoncangkan hati si bunga hanya dengan senyumannya.

=> 13 Tanda-Tanda Rahsia Suami Curang Dengan Isteri!

Eh, kumbang pandai cakap dan senyum ke?

Mesti budak ni tak pernah tengok Discovery Channel tu yang cakap merepek hahaha.

Sebenarnya kumbang yang aku maksudkan di sini adalah lelaki, dipetik dari peribahasa yang pasti sudah kerap kali korang dengar ‘’bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.’’

Perempuan pula diibaratkan seperti bunga yang cantik, sentiasa menjadi perhatian sang kumbang untuk dihisap madunya.

Dan Sekarang, aku nak bercerita melalui sisi seorang perempuan yang terluka apabila ditinggalkan oleh lelaki yang dicintai.

 

Perempuan, Insan Yang Berhati Lembut Seperti Tisu…

Sekali sudah jatuh cinta pada sang kumbang, setianya akan teguh pada yang satu.

Dia mudah percaya pada janji yang ditabur sang kumbang untuk sehidup semati.

Sayangnya, sifatnya yang satu ini dianggap sebagai satu kelemahan oleh sang kumbang yang hanya mahu mengambil kesempatan.

Kesetiaannya tidak dihargai, cintanya dianggap seperti angin lalu.

Saat hati sang kumbang sudah berpaling pada bunga yang pada pandangannya lebih sempurna dan cantik, perempuan itu ditinggalkan begitu saja.

Janji setia sehidup semati hanya tinggal janji.

Hanya manis di mulut, tetapi kemanisannya tidak mungkin dirasai di alam nyata yang terlalu kasar realitinya.

Wahai si bunga yang ditinggalkan, janganlah membiarkan diri dihanyut kesedihan dalam tempoh masa yang berpanjangan.

Mungkin korang dah hilang nilainya pada mata sang kumbang, tetapi korang tetap bermakna pada diri orang lain.

Contoh terdekat adalah ibu bapa dan rakan-rakan korang.

Masih begitu ramai orang yang sayangkan korang, jadi berbaloikah korang korbankan kebahagiaan korang hanya semata-mata seorang lelaki yang memperlakukan korang seperti habis madu, sepah dibuang?

 

Orang Yang Sudah Tidak Sayangkan Kita, Buat Apa Lagi Dikenang-Kenang.

Tapi inilah sifat manusia.

Sesuatu yang bukan milik kita, yang itulah yang sibuk dikejar-kejar.

Sementara yang sudah sedia berada di sisi, diabaikan begitu saja.

Apabila kita sudah kehilangan, baru mahu menghargai.

Walhal ketika itu, segala-galanya sudah terlambat.

Jadi, hargailah insan yang berada di sisi korang dan jangan dikenang-kenang lagi pada yang sudah pergi.

Tak berbaloi korbankan hidup korang hanya kerana seorang lelaki.

Terutamanya yang sampai ke tahap nak membunuh diri hanya kerana dikecewakan.

=> 13 Tip Penting Untuk Elak Terjerat Dengan Cinta Internet!

Bila bunga ditinggalkan oleh sang kumbang yang menjadi idaman hati, tak semestinya dunia si bunga harus berakhir di situ.

Kerana pasti ada kumbang lain yang mengintai peluang untuk bertakhta di hati si bunga yang kesedihan.

Disebabkan itulah wujudnya peribahasa ‘’bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.’’

Kerana lambat-laun, korang pasti akan mendapat pengganti.

Semua itu bergantung pada diri korang sendiri.

Berapa lama masa yang diambil korang untuk melupakan sang kumbang dan sama ada korang bersedia untuk membuka hati korang untuk lelaki lain.

Tak salah kalau korang nak ‘’berkabung’’ seketika setelah putus bersama si dia, tapi jangan biarkan diri korang terus hanyut dalam kenangan korang bersamanya.

Kerana semua itu akhirnya akan menyakitkan hati korang sendiri.

Korang harus kuatkan hati korang untuk move on.

 

Move On Adalah Fasa Yang Paling Menyakitkan.

Tapi setelah korang berjaya melalui fasa ini, tiada apa-apa yang akan menyakitkan hati korang lagi.

Memandangkan aku seorang yang baik hati aceceh, jadi aku nak sertakan 5 tips penting yang korang boleh buat dalam fasa melupakan si dia.

5 tips ini juga aku sertakan dalam manuskrip terbaru aku, Love You Qt. 3.142 yang salah satu temanya berkisarkan tentang seorang gadis yang berusaha sedaya upaya untuk melupakan senior yang disukainya dalam diam selama 7 tahun.

Kisah ini diinspirasikan daripada hidup seorang kawan aku, dan alhamdulillah dia dah berjaya move on setelah mempraktikkan 5 tips ini.

Ingat, tak boleh skip satu pun tau!

  1. Korang buang semua lagu sedih dalam handphone kau tu. Sebab muzik adalah seni yang mampu bermain dengan emosi kita. Terutamanya lagu-lagu sedih yang mampu membangkitkan kenangan korang dengan si dia. Buang!
  2. Korang jangan berhubung langsung dengan si dia. Baik melalui panggilan telefon, whatsapp, Instagram dan
    sebagainya.
  3. Korang unfriend dan unfollow dia dalam semua media sosial. Instagram, Facebook, Twitter, Snapcat. Everything. Lantaklah kalau dia cakap korang apa pun. Peduli apa dengan kata orang. Yang penting, jaga hati sendiri dulu. Terutamanya, kalau dia asyik menayang kekasih baru di media sosial. Jangan nak berlagak kuat dan terus tengok semua benda itu, kononnya korang langsung tak terasa hati.
  4. Barang-barang yang dia bagi dekat korang, pulangkan. Kalau dia tak nak terima, sedekah dekat orang lain. Kalau ada diari pasal dia, buang. Kalau nak puas hati lagi, bakar.
  5. Ni langkah yang paling susah sebenarnya. Dan bakal menentukan sama ada korang boleh move on atau tak. Aku pasti kebanyakan daripada korang mesti tak pernah tahu pasal step ni. Kalau korang buat buat betul-betul, mesti boleh. Untuk langkah ni, korang memerlukan..

(a) Kertas A4

(b) Pemetik api

(c) Pen merah

…Kemudian, korang tulis apa yang kau nak cakap pada dia dalam kertas A4 ni.

…Everything.

Korang nak marah ke, nak maki ke, nak suruh dia pergi mati ke, luahkan semuanya.

Jangan tertinggal sedikit pun.

Ingat, korang wajib tulis dengan pen merah ya.

Tak boleh dengan pen lain.

Jangan tanya aku kenapa, mungkin sebab dakwat merah itu menyakitkan mata, seperti mana sakitnya hati apabila ditinggalkan???

Nak menitiskan air mata atas kertas tu macam dalam filem pun tak apa.

Lagi dramatik dan meninggalkan kesan.

Dan pada perenggan terakhir, korang kena tulis beserta dengan azam yang kuat di hati…

 

‘AKU NAK LUPAKAN LELAKI TAK GUNA TU. DIA TAK LAYAK UNTUK AKU.’

 

Lebih kurang macam tulah contohnya.

Aku yakin korang boleh karang ayat yang lebih baik hahaha.

Dan lepas tulis tu, korang kena BAKAR kertas tu…

BAKAR menggunakan tangan korang sendiri.

Perhatikan dengan mata korang tatkala kertas itu hangus dijilat api.

Aku tahu bukan senang korang nak melaksanakan 5 langkah-langkah ini, terutamanya yang nombor lima tu.

Nampak senang, tapi sebenarnya susah yang teramat beb!

Kalau korang betul-betul sayang lelaki tulah.

Kelima-lima langkah ini juga bukan dalam masa sehari boleh buat.

Boleh makan masa berbulan-bulan.

Tapi sekali korang berjaya melakukannya, insha ALLAH hati korang akan bebas.

Dan lebih senang untuk korang menerima lelaki yang lebih layak memiliki hati korang.

Ingatlah selalu, kita akan sentiasa bertemu dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan Mr. Right kita.

Jadi, sekali putus cinta bukan bermakna hidup kita akan turut berakhir bersama rasa yang sudah berkubur itu.

Sekiranya kesalahan itu datang daripada pihak kita, jangan biarkan pisang berbuah dua kali.

Jadikan ia sebagai pengalaman hidup yang kita ambil iktibar daripadanya, agar kita mampu melakukan dengan lebih baik dalam hubungan yang mendatang…

…Akhir kata, good luck!

=> Kisah Cinta “Anuar” & “Rohana”

=> Mari “Mengintip” 13 Rahsia Lelaki Yang Bukan Lagi Rahsia

=> 22 Tips Untuk Memikat Hati Lelaki @ Bakal Suami

=> 13 Tip Penting Untuk Elak Terjerat Dengan Cinta Internet!

=> Apakah Tanda Yang Si Lelaki itu Mungkin Jodoh Kita?

 


~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *