13 ​Perkara Yang Akan Terjadi Jika Anda Bercinta Dengan Suami Orang

Cinta Suami Orang

Peewiitttt Sweetttnya. ( Campanula Azul )

AWAS!!!

Hah nampak amaran diatas?

Siap ada tanda seru lagi.

Ini bermakna anda perlu beri perhatian pada artikel kali ini tentang perkara yang akan terjadi sekiranya anda bercinta dengan suami orang.

Tengok tajuk pun dah tahu ‘perkara’ tu merujuk something yang tak baik kan?

Bila bercakap pasal bercinta dengan suami orang, atau mencintai suami orang, persepsi negatif di kalangan masyarakat kita membuak-buak macam gunung berapi yang baru meletus.

Kesannya melibatkan banyak perkara terutamanya hati dan perasaan.

Kalau tengok artikel-artikel macam ni dekat Facebook, paling berlambak ‘like’ dan paling orang suka baca terutamanya yang pernah jadi kat diri sendiri.

Pada awek-awek kat luar sana yang sedang bercinta dengan suami orang tu mungkin anda kata ‘Eh, tak jadi apa-apa pun kat aku, aku bahagia je dengan si dia’.

Hah Jangan rasa selesa sangat!

Belum lagi tu.

Tambah-tambah lagi anda penyebab rumah tangga orang lain hancur, still rasa bahagia ke?

Tapi si suami ni kadang-kadang bijak sorokkan status.

Akhirnya perempuan naif ni terus jatuh cinta tanpa mengetahui si dia milik orang lain.

Bila dah terlajak bercinta susahlah nak patah balik kan? Lagi-lagi bila di cop perampas.

Okey lah sekarang anda boleh buat checklist adakah perkara di bawah ni sudah berlaku kepada anda?

Jika berlaku mungkin masa terbaik untuk mengundur diri yang mana sepatutnya dari awal lagi anda patut elakkan bercinta dengan suami orang jika anda tahu.


1. Masa Bersama Si Dia Terbatas

Tengah syok makan kat restoran siap candle light dinner lagi tiba-tiba isteri si dia telefon suruh balik.

Nak tak nak anda terpaksa akur sebab andalah yang mencuri masanya.

Sepatutnya time-time macam ni si dia meluangkan masa dengan isterinya bukan dengan anda.

Bukan setakat itu sahaja, bila anda keluar shopping beli kasut, tengok wayang dan sebagainya anda sering di tinggalkan saat akhir kerana sebagai suami orang tanggungjawabnya lebih berbanding single.


2. Perlu Berhati-Hati Ketika Keluar

Part ni paling susah dan leceh!

Bila berhubung secara rahsia inilah masalah utama.

Anda dan pasangan nak berjalan kat taman petang-petang pun rasa diperhatikan.

Anda mungkin rasa biasa tapi kekasih yang rasa lebih-lebih sebab takut kantoi yang dia curang.

Si dia juga akan mengelak tempat-tempat yang isterinya selalu pergi supaya tak bertembung.

Cukup bulan si dia boleh jadi paranoid dan takut dengan dengan isteri sendiri walau satu rumah!

Huhu.


3. Sering Memberi Arahan

Boyfriend anda selalu bagi arahan untuk mengelakkan diri dari dikesan oleh isterinya.

Sebagai contoh anda hanya boleh call si dia selepas jam 12 malam sewaktu isteri dan anak-anaknya dah tidur.

Anda tak boleh sesuka hati pergi ke rumah dan pejabat dia.

Anda juga dilarang untuk berteman rapat dengan rakan-rakannya bimbang rahsianya diketahui.


4. Rasa Tak Selamat

Bercinta dan jatuh hati dengan suami orang risikonya tinggi.

Kalau isteri kekasih anda dapat tahu, silap-silap anda boleh masuk hospital kena belasah.

Lagi power kalau dia bawak geng!

Jangan main-main dengan isteri yang di rampas suaminya, hilang emas pun tak mengamuk macam tu.

Lebih parah, kalau isterinya hantar sihir kat anda, tiap hari boleh muntah darah tau.


5. Makan Hati

Apa boleh buat, nak juga suami orang kena lah berkongsi kasih.

Sebelum ni sedap makan jantung pisang masak lemak, sekarang makan hati sendiri.

Hah tu maknanya anda terpaksa memendam rasa kerana di duakan oleh si dia.

Anda tahu cemburu, bagaimana pula dengan isterinya yang mempunyai ikatan sah kalau dia dapat tahu?

Cemburunya tentu lebih hebat.


6. Sering Menerima Alasan

Anda sering menerima pelbagai alasan darinya saban hari.

Si dia perlu menjaga hati anda dan juga isterinya.

Natijahnya, dia bagi alasan tak dapat keluar dengan anda hujung minggu ini kerana outstation tapi sebaliknya dia pulang ke kampung isterinya.

Dia juga bagi alasan penat bekerja jika anda mesej tetapi sebenarnya dia tak balas sebab isterinya ada di sebelah.


7. Di Pandang Negatif

Jika hubungan anda di uji dengan si dia, persepsi masyarakat adalah ujian sebenar.

Bayangkan jika anda mempunyai masalah dengan boyfriend anda dan luahkannya pada kawan, anda akan di persalahkan kembali kerana andalah punca kepada masalah itu.

Belum lagi dengan keluarga, tak semua boleh terima kalau dapat tahu salah seorang dari ahli keluarga mereka jalinkan hubungan dengan suami orang tanpa pengetahuan isterinya.

Masyarakat tak payah cakap, lagi hebat mengutuk.


8. Rasa Bersalah

Hati anda rasa tak tenteram.

Lagi anda teruskan hubungan itu lagi anda rasa bersalah.

Anda cintakan dia tetapi bagaimana dengan perasaan isterinya?

Anda tersepit dalam situasi yang sukar.

Apabila cinta di pertaruhkan sesetengah orang sanggup bina kebahagiaan diri sendiri atas derita orang lain.


9. Cenderung Untuk Ditinggalkan

Anda perlu ingat bahawa boyfriend anda mungkin hanya gunakan anda untuk melupakan masalahnya dengan keluarga.

Bila bosan si dia akan jumpa anda.

Bila sedih si dia akan meluahkan masalahnya.

Tapi bila si dia tak perlukan anda, dia bahagia dengan keluarganya, anda tak dilayannya.

Sebenarnya dia tak berniat pun nak jadikan anda sebagai isterinya.

Kalau dia pernah berjanji berkahwin dengan anda sekalipun, tindakannya tak menggambarkan percakapannya.


10. Suami Akan Menipu Isterinya

Biasalah dah nama pun curang, penipuan dah jadi makanan.

Dia perlu menipu isterinya untuk luangkan masa lebih untuk anda.

Dia perlu ciptakan alasan untuk keluar dengan anda malam-malam.

Menipu adalah perkara yang sukar dan perlu bekerja keras untuk bagi isterinya percaya.

Jika dia boleh tipu isterinya, maka dengan anda lagilah!


11. Menyumbang Kepada Keruntuhan Rumah Tangga

Bagi para isteri, suami yang curang adalah mimpi terburuk dalam institusi rumah tangga.

Tidak ada isteri yang boleh terima tingkah laku si suami yang dulu bermatian untuk dapatkannya tetapi akhirnya dibiarkan hancur begitu sahaja.

Andalah puncanya!

Anda perlu ingat, lelaki sememangnya akan ambil kesempatan jika anda memberi peluang.

Itulah kelemahannya yang terbesar!

Baca juga: Kenali 13 Jenis Mak Mertua Yang Ada Di Atas Muka Bumi >>


12. Menggalakkan Suami Lari Dari Tanggungjawab

Kalau dahulu, si suami luangkan banyak masanya dengan isteri dan anak-anak.

Kini masanya diberikan pada anda.

Anak-anak terabai dari mendapat didikan sempurna.

Masalah kewangan mula memberi kesan dan membuatkan suami tak memberi nafkah kepada keluarga kerana banyak berbelanja untuk anda.

Si dia pun tidak lagi berminat untuk bermesra dengan isteri kerana asyik teringatkan anda.


13. Bahagia Sukar Dikecapi

Menjadi orang ketiga dalam hubungan orang lain sememangnya perlukan usaha keras dan berterusan untuk dapatkan kebahagian.

Anda perlu berperang sana sini sebelum anda dapat apa yang anda nak.

Tetapi itu bukan persoalannya.

Anda perlu tanya diri anda adakah anda bahagia merampas hak orang lain?

Adakah anda boleh berpura-pura seperti tidak ada apa-apa berlaku jika anda jumpa isteri pertama, kalau anda berkahwin dengan suaminya?


Bagaimana Kalau Dah Jodoh?

Itu soalan yang selalu kita dengar kalau dah malas nak bertekak.

Benar jodoh itu ditetapkan oleh Allah, tetapi kita perlu usaha terlebih dulu untuk elakkan diri kita berjodoh dengan laki orang.

Jika hubungan anda baru di peringkat permulaan, sebaiknya anda selidik dulu latar belakang dan perhatikan sikapnya supaya anda tidak mudah terjebak dalam cinta suami orang.

Ingat!

Jangan jadikan diri anda terlalu mudah untuk di dekati!

Lagi Pasal Suami Orang:

Pssst.. Baca Juga:


~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

22 Responses

  1. Avatar B_alqees says:

    Sy nyaris bercinta dgn suami org sebab dia yang sembunyikan stastus dia sendiri. First time sy tgok gaya nya macam org bujang. Sy jumpa dgn hamba allah ni di satu event. Dia tegur sy lps pada tu dia mintak no phone sy tapi sy hanya bagi wechat id. Habis event tu dia contact sy every time . Nak video call laa wish morning. One day sy stalk dia kat ig . Mashaallah sy mengucap panjang bila tgok di upload gambar wife dia yg pregnant. Lps pada tu sy tak contact dia dah . Block terus 😁😁

  2. Avatar babyBZ says:

    pengalaman?yup…ada juga unsur mistik n ada juga pe’el die jgak…

    sorry to say,mostly dr golongan janda…tak semua…saya faham,istilah janda atau ibu tunggal ni perlukan kasih syg seorang lelaki.tak mustahil kalau terima layanan baik,setiap hari,stiap masa…’tlajak jatuh cinta’ katanya…tapi….

    persoalan pertama…kenapa die janda?

    kalau janda mati laki…saya faham
    kalau janda ditinggal laki atau tinggalkan laki?apa sebab pisah?orang ketiga kan?
    then the same thing happen to you but the different is you are in a 3rd party situation…di saat itu,anda fikirkanlah situasi isteri laki tu…pernah merasa sakit kan,n the same thing u buat kt isteri org tu…tak tfikir ke dari akal kenapa perlu berkawan dengan suami orang?

    sepatutny kena limit hubungan n seboleh2nya takperlu la nk bhubung kalau takde perkara bermanfaat perlu dibicara…dgr masalah laki orang???sebolehnya JANGAN SESEKALI….

    and if isteri laki tu serang,JANGAN GUNA ISTILAH JANGAN SERANG SAYA,TANYA HUSBAND AWAK SENDIRI….ingat husband boleh jawab jujur ke kt isteri,sedangkan dengan awak pun die ckap mcm2 psl isteri die,apatah lagi die cite pasal awak kt isteri die…see?boleh nampak kan logik di sini kenapa awak diserang?n one more thing,bila da kata hak isteri,maknanya masa,kasih sayang yg awak amik sesukati ciput awak tu sebenarnya hak isteri die…sebb tu isteri persoalkan awak si org ketiga…kesimpulannya,si isteri serang awak untuk menyatakan STOP FLIRTING or CONTACT with the husband…jangan bagi alasan,SAYA DAH CUBA X HUBUNG DIA TAPI DIA YG CARI/CALL/MSG…well,u can see alasan itu NONSENSE sebab selagi awak LAYAN,awak mmg xkan dapat elak dari MASALAH YG AWK TLIBAT….

    senang cite,if u respect people,they will respect you back…istilah ini mmg digunapakai untuk segenap lapisan masyarakat…

    haha…tbawa2 plak sebab ini adalah alasan2 yg COMMON bagi stiap orang ketiga…
    lelaki boleh kawin 4..tapi,kalau x mampu,cukuplah 1…rujuk surah annisa…sebab tu,ramai cerai sebb masing2 tahu akan kemampuan laki,ada bini tapi nk berkapel dgn pmpn lain…senang cite,choose either 1,and let go one of them…

    semua dugaan dan cabaran…tahan ataupun tidak je

    ok…sekian

    #istilah ‘awak’ ‘you’ ‘u’…takde kaitan dengan commenters sini,itu suma merujuk kepada orang yang terbabit jadi orang ketiga dalam hubungan rumahtangga orang,tak kire janda atau dara…
    #siapa terasa,mohon maaf.ini realiti,dunia ni berputar,ada hukum kifarah.buat kat orang,jadi balik kt diri sendiri ye n lebih teruk.

    TQ

  3. Avatar Lady D says:

    Pengalaman SAYA baru je 8 bulan berlaku bg sy seorg isteri yg ditipu kerna suami curang dgn wanita yang mmg sy kenali. Rasa mcm nak gugur JANTUNG & HATI nie bila org yang kita kenali TIKAM belakang KITA . Dia TAHU kita BAHAGIA tiada SENGKETA , boleh pula SANGGUP nak berMADU dgn KITA .

    Sanggup buat apa shj janji dpt SUAMI KITA -Apa CHOP kita nak bagi pada DIA ??? Kata Suami bukan PERAMPAS – sy CHOP dia Orang Ke -3 sbb memporakperandakan rumah tangga SAYA . Mmg LELAKI di izinkan BERKAHWIN 4..Tapi JIKA hubungan dgn ALLAH SWT tidak di jaga bagaimana kelak utk SUAMI bersikap adil ??? Keluarga , ibuayah, SUSAH tidak pula di hiraukan PERASAAN HATI org yg baru diselami pula DIUTAMAKAN -ADILKAH BEGITU???..

    Alasan yg diberi suami..perasaan tu hadir sendiri. Pertama jika perempuan ashik cerita perihal diri , masalah, itu ini minta pendapat dr suami orang lama-kelamaan muncul perasaan simpati dn bw ke arah kemaksiatan hati kata sayang pd anak & isteri , takkan tinggalkan in the same time tambah perasaan pada orang baru..mmg betul2 terjadi lagi2 kenalan pejabat, kebaikan di ambil kesempatan atas dasar simpati dan muncul perasaan kasih sayang..

    Isteri yang dulunya mempercayai si suami tanpa PRASANGKA pd mulanya timbul ragu2 dan sifat negatif berpunca atas sikap suami itu sendiri..Kita bukan lagi di zaman Rasullulah yg mana wanita2 pd zaman tu x gajet2 moden/ meterialistik / cemburu /sifat2 mazmumah tu di era sekarang ini mmg jelas hingga akhir zaman bukan semua tetapi segelintir .

    Sifat2 mazmudah tu juga bukan mudah utk dicari di era yang moden lagi canggih begini..So buat apa nak tipu diri sendiri jika ada isteri yg dapat menerima POLIGAMI ..dlm hati berserah pd yang Esa, PASRAH , SEDIH, HATI nie sentiasa berubah2 tak tetap penderiannya, setiap detik setiap saat dosa2 pasti berlaku walaupun sebesar ZARAH ..

    Apa2 pun WANITA di luar sana jgnlah SAKITI HATI WANITA LAIN..Karma ttp ada once you hurt someone one days you will be hurt too

  4. Avatar nurul akma says:

    Sy pun kne tipu jgk,, dh 3 thun knl,. Tp tgk2 dy dh kwin , dh 5 ank… tp dy ttp nk kwin…. ye sy syg dysgt,. Klau mula2 dlu sy tThu,sy xkn trskn hbgn tu…. tp skrg hubgn kiteorg jh jauh sgt, sy xdpt path blik..

    isteri dy xbg kwin stu lg.., jd dy tpkse kwin ngn sy snyp2.. cuma stu je sy terkilan,lps sy Thu dy dh kwin. Sy ttny2 mne isteri dy slma 3thun, knpe dy xambk brat pasal suami dy,knpe xcheck hnsd suami dy.,knpe xselidik suami dy g mne2 hri2. Dlm masa 3 thun,.. mmg masa dy byk abiskn utk sy,. Tp mne isteri dy. Klau la isteri dy buat smua tu, sy dr awl akn Thu yg dy dh kwin….. bila dpt thu dy mrh2 sy, tu pow sbb sy nk kepastian,jd sy g rumh kluarga llki,.

    Sbb sy yg sliding,bru isteri dy Thu, yg llki dy nk kwin lg. Phtu mrh sy… Abis suami ko smggu xblik umh ko xde pow pdlikn dy. Bru Thu dy nk kwin. Bru nk jlnKwn btgjwb ,,bru nk masak utk suami, bru nk ambk Thu suami kt mne…

  5. Avatar sepi says:

    Assalamulaikum,
    Rasa terpanggil untuk melontarkan sedikit nasihat dan pedoman untuk wanita yang senasib dengan saya, bercinta dengan suami orang. jangan teruskan. kalau hanya sekadar bercinta. awal2 perkenalan sila tanya lelaki tersebut soal kahwin. kalau dia mengelak dan banyak alasan. saat itu juga anda harus berhenti contact dgn dia. lelaki ni suka bila kita attached dgn dia. boleh manipulasi diri kita. sbb dia tahu kita syg dia and tak mungkin pergi. sbb tu dia guna alasan sayang dan cinta untuk dapatkan perhatian kita.

    ungkapan ini sesuai. jangan main dengan api kalau takut membakar diri. yer. kita sendiri jangan letak diri kita dalam situasi itu. kesilapan sy. walaupun banyak kali sy tanya lelaki tersebut nak ke kawin dgn sy. mcm2 alasan dia bagi. tengah kumpul duit la itu ini. mcm2. tapi tup2 tgk beli kereta baru. tapi sy masih bertahan sbb sayang. dua tahun perkenalan. akhirnya sy bawa diri. sbb sy dah yakin hubungan tak kemana. last2 dia bahagia dgn wife dia, yang kita sengsara cuba bangkit balik bina hidup kembali.

    hidup ni memang tak adil saya rasa untuk seketika. kenapa beri harapan kalau sekadar untk hubungan yang tanpa ikatan. hanya untk pelepas sepi. hanya untuk waktu bosan saja. sedangkan kita dah sanggup berkorban perasaan untk dia. sanggup untuk bermadu makan hati sendiri sebab cemburu. sanggup telan semua benda hanya kerana kita cinta dia. last2 ditinggalkan macam tu saja dengan ayat, semoga awak jumpa yang lebih baik dr saya.

    dunia sy seolah2 berhenti seketika. fikir mcm mana nak bina balik hidup sedang dia berbahagia dgn keluarga dia. sy doa banyak kt tuhan. beri aku kekuatan, dan sampai sekarang masih dalam proses penyembuhan sedangkan dia tak ada apa dia rasa dgn kehilangan sy.

    kawan2, lupakan saja suami org. cinta yg sebenar bila lelaki tersebut sanggup kahwin dgn kita. poligami. kalau sekadar bercinta jangan teruskan. kita yang merana diakhirnya. sedangkan dia. bila dh sampai masa nak fokus hidup dgn wife rancang untuk hari tua bersama. waktu sunyi memang la cri kita.

    tapi saya tak nafikan kalau lelaki tersebut ikhlas untk buat isteri nombor 2 dan berterus tranng dgn semua pihak, itu okay.

    kalau dh terlanjur syg cepat2 muhasabah diri. move on. ingat tuhan dan ingat tanpa dia pn kita boleh bahagia. u deserves someone better than him. pengecut.

    sekian. maaf jika tulisan sy mengguris hati sesiapa.

    • Avatar Nur says:

      Betul…setiap perkenalan perlu ada ketegasan..jgn terlalu ikt perasaan..sy berkenalan dgn suami org yg juga kawan satu office..dia selalu usha sy..lama2 tersuka…tp lama2 dia contact jrg
      …dlm satu ketika lgsg mcm tk peduli…lps loss contact dia ada kluar dgn sy…n masa dia borak2..di ada tnya ttg seorang junior di ofis…sy tnya knapa…dia slumber jwb dia pnh kluar dgn bdk to ke gntinng n mlaka…n mana2 la..cuma bdk to terkejut sbb dia dah kawin…n then hbgn to silent lpas to..kira entah perasaan to ada lg la..dlm hati ku patutla kau diam..rupanya sibuk lyn gf baru yg muda…dlm hati sy ya allah playboy nya kau ni..tk sgka org yg aku suka blh curang dlm satu office…..betapa sakitnya hati aku..then sikit2 aku move on…n aku
      dekatkan diri dgn allah…n lelaki to di buang kerja sbb masalah disiplin..mgkn balasan allah..aku sndiri tak pasti dah berapa ramai dia mainkan perasaan perempuan kat ofis..semoga mnjadi pngajaran pd semua…move on..n serah hati pada allah…

  6. Avatar Matmat says:

    Saya suami orang tapi tak bahagia. Jiwa saya terasa kosong dah lama. Sya tak Nak bercerai kerana anak

    Saya sudah berkahwin selama18 tahun tapi saya tak bahagia . Ye pada masa dulu pernah bahagia seketika tapi dah 5 tahun saya tak bahagia. Isteri saya pun tak tidur bersama. Sekarang saya bertemu dengan seseorang agak mengerti saya janda anak satu yang mampu buat saya happy and cotented.saya tak bercerai kerana anak2.saya perlu advise macam mana Nak procced adakah saya stay unhappy or move on. Saya dalam delima dan buntu.

    Oh ye saya tak berahsia tentang status saya dan saya jujur dengan teman kedua.

  7. Avatar ika says:

    sy kwn gn suami org tp skang nie sy buntu… mase knal gn dy mcm2 yg kteorg kne lalui tp slpas itu isteri dy failkn pnceraian dan dy pula da tkde ati gn isteri pasto sjak dua menjak nie dy ad plak prasaan syg kt istri dy blek..sy ta taw ap ptot sy uat… sy buntu.. da hmpir staon kteorg knal…. sy amat sygkn dy…. sy ta nk khlngan dy… tp ptot ke dy pgel isteri dy gn pgilan mnje stlah skian lme prasaab syg thdap istri dy hilang????

  8. Avatar Miyausarawak says:

    Saya berkawan dengan seorang lelaki daripada umur saya 18 tahun. Saya berkawan dan ada tersangkut hati pada dia (dulu). But then, saya dapat tahu dia sudah berkahwin like 2 years ago. What the hell! Saya dah berumur 22 sekarang. He came back and looking for me. Dia merayu ajak saya kahwin dengan dia. Dia dah ada wife and anak! What is the point finding another woman?!

    Saya tak faham lelaki yang pattern macam ni. Saya cakap kat dia baik2, saya perlukan teman hidup yang betul2 nakkan saya tanpa perkongsian kasih dengan orang lain. Then saya block.

    Saya terpaksa cakap baik2 sebab yelah kan orang zaman sekarang ni mental tak berapa baik. Salah cakap nanti jadi apa2 pada diri saya pula. Sekian. Oh! Konklusinya, selagi kita yang bujang ni, tak payah la ambil jodoh/milik orang lain. Cari saja yang bujang, yang jaga solat, yang mahu ada komitmen, inshaAllah ada lagi manusia macam tu :)

    Lupakan saja janji manis mulut orang yang dah berkahwin ni. Dia tengah bosan la tu. Kalau dia BETUL nak kat kita, dalam tempoh setahun berkawan dulu tu mesti dah cakap/nak ajak nikah. Renung-renungkan la ya. Peace:)

  9. Avatar fatin nur aisyah says:

    saya berumur 19 tahun .Masih lagi bergelar student di sebuah ipt di pahang. Saya ni sebenarnya sedang mencintai suami orang , bukan sedang bercinta dengan suami orang. Masalah saya ni pelik sikit. Saya nak ceritakan macam mana saya boleh kenal dengan si dia. Perkara ini terjadi pada tahun 2016 , iaitu sebelum tarikh ambil keputusan spm . Saya berkenalan dengan seorang lelaki ni bila saya tgk dia kat tv . Masa tu dia jadi pengacara . Tapi saya takkan beritahu siapa nama pengacara tu dan dari stesen tv mana sebab saya segan . Sekali tengok di minggu pertama konsert , saya tengok dia macam biasa je . Tak da perasaan apa pun . Tapi rasa macam pernah tengok muka dia . And then, time konsert final , barulah ada perasaan kat dia .Selepas tiga bulan menyepi ,
    dia pun muncul lagi kat tv .

    Masa tulah saya dapat tahu dia ni dj radio . Dan apalagi saya terus dengar stesen radio tempat dia bekerja tu setiap pagi . Saya ada search google pasal dia . Rupanya dia dah berkahwin sejak 2013 dengan isteri dia yang dikenali sejak 2004 (zaman universiiti ) dan kini beliau mempunyai seorang anak dalam lingkungan 4 tahun. Masa tu saya dah redha habis tapi saya still tetap mencintai dia . Saya ada berkongsi cerita ni dengan kawan2. Kawan2 saya cakap kau move on jelah . Jangan kacau suami orang . Nanti hati kau akan sakit . Selepas diberikan nasihat bagai, saya still tak boleh move on . Kawan2 saya pun hampir nak give up .Saya cakap kat diri sendiri dan kawan2 , kau janganlah risau . Sejahat jahat aku pun aku takkan kacau suami orang dan merosakkan rumah tangga orang . Biarlah aku pendam dalam hati . Itu lagi baik dari membuat dosa .

    Pada 2017 pula, tahun yang paling menyedihkan sebab dia dah pindah ke radio lain di sektor swasta . Tapi tahun ni saya ada berkesempatan tgk ig dia . Dia still macam dulu. Merendah diri dan sopan santun . Kadang 2 dia banyak bagi tips tentang menyelesaikan sesuatu masalah . Tapi ada satu hari saya pun ada juga bagi nasihat kat bahagian comment. Sekarang saya dah anggap dia macam abang angkat sekarang ni .

    Tapi still tak boleh move on lagi . And then yang peliknya , saya ada jumpa dua orang lelaki ni yang muka mereka sama macam muka dia . Hampir sama maksud saya . Lelaki pertama ni , student ipt tempat saya belajar . Saya terserempak dengan dia masa akhir tahun . Masa tu kitaorang nak ambil final exam . Lelaki kedua ni pula , pemain alat muzik okestra di konsert af mengastar . Adakah itu petunjuk ??? huhu , saya buntu . Dah dua tahun setengah ni , but still cannot move on? Ending on this comment , saya bagitahulah my crush keje kat mana sebelum dia pindah ke stesen radio swasta . Dia keje kat RTM . Faham fahamlah siapa orang tu . Ok, bye…

  10. Avatar Paus says:

    Bercinta dengan suami orang. Saya tak salahkan si suami, saya salahkan diri saya sendiri. Saya yang luahkan, saya juga yang tamatkan hubungan. Dia baik, sebab dia terus terang dengan isteri nak kahwin satu lagi & selalu bincang untuk mempercepatkan ikatan hubungan sah. Isteri dia terima tapi saya tak nak. Sebab rumahtangga mereka sangat sempurna. Suami isteri bertanggungjawab sepenuhnya, tiada kurang atau cacat cela.Saya lagi sayang rumahtangga mereka dari hubungan bermadu ini. Saya yakinkan diri keputusan yang saya buat adalah hikmah. Alhamdulillah, saya dan dia berkawan seperti biasa & doakan kebahagian hidup masing-masing antara satu sama lain.

  11. Avatar Lola says:

    Cerita sy lagi pelik…

    dulu sy benci sangat dengan perampas suami org…

    kalau ada je dgr kahwin dgn suami org…sy membawang la dgn kwn2….siap kutuk lagi memey tu dulu..tapi Allah membalikkn kat sy pulak…walau sy sedaya upaya elak kahwin dgn suami org…tp tetap kahwin jugaakkk….tu pun tau selepas menikah dan mengandung…kami kahwin macam biasa…orang lain…dia buat surat bujang dan jkkk sahkan…pejabat agama pulak terlepas pandang(selepas sy tanya pejabat)….

    selepas 2mggu kahwin…terdetik nak cek hp…ada tertera no hp perempuan…sy col…rupanya tu dari kakaknya..kakaknya panggil sy dgn name lain….(nama madu)….selepas tu semua terbongkar….dia dah ada anak 2 orang ! Sy yg tengah mengandung menangis mcm org giler…rase spt dianiaya…sy salahkn Allah…sy salahkn pejabat agama…sy pegang pisau nak bunuh diri…sangat menyakitkan…akhirnya slps 7 bulan mengandung sy col madu dan ceritakan segalanya supaya suami marah dan ceraikan sy…..ye sy dan madu diceraikan…tapi selepas tu suami rujuk sy

    ….dia bjanji hanya sy isterinya dan sy takkan bermadu…pada mulanya sy xnak…tp keluarga sy mendesak supaya rujuk kerana sy tak bkerja dan masih mengandung…keluarga sy miskin….skrg dah 6 tahun …jodoh kami masih panjang…tp sy takkan teragak utk bercerai jika suami poligami lagi…

    sy tak takut lg sbb dh ada pendapatan sendiri..

  12. Avatar Ayana Tasha says:

    Act i pun tengah lalui semua ni. Tapi memang tak pernah berniat nak rampas suami orang. I taktahu dia suami orang. I dengan dia about 2 years. I stalk ig dia and semualah memang takde satu pun gambar perempuan lain.

    Sampailah baru2 ni dia mengaku. I ingatkan dia cuma melawak je but siap tunjuk bukti. Punyalah hancur hati i. Selama ni i bercinta dengan suami orang. Waktu dengan i , tak pernah pun i curiga dengan sikap dia sebab almost setiap masa dia dengan i. Keluar makan, movie and siap pergi bercuti lagi.

    I redha and i lepaskan dia even i still perlukan dia but i taknak dilabel sebagai perampas..

  13. Avatar Nur says:

    Pada pndapat sy..kita kena tnya niat ape dia berkawan atau bercinta dgn kita..jika dia blh curang dgn isteri dia..apatah kita yg blum ada ikatan yg sah…sy berkenalan dgn suami org yg juga rakan satu ofis…mmg dasar playboy …bkn saya sahaja tp dia blh curang dgn perempuan junior di ofis juga..move on and serah hati pd allah..niat kita bekerja utk cari rezeki..tp dia cari perempuan..allah maha adil…dah berapa ramai hati perempuan dia permaikan kat office sy pun tk pasti…akhirnya dia dbuang kerja kerana masalah disiplin..itolah balasan dia..

  14. Avatar Len says:

    Sa juga sedang menghadapi masalah spt ini..sa telah mula rapat dengan lelaki ni sejak dia bawa jumpa dgn sa pada akhir bulan Disember 2018..selepas itu sa semakin rapat dgn dia..tiap2 hari dia akan kol sa..apabila dia berada d tempat kja n masa terluang..dan kami juga bersama-sama bertugas dlm kegiatan kerohanian..sa tda sangka sa akan terlibat dalam cinta dgn suami org tersebut..tapi pada bulan Februari isterinya telah mendapati sms2 dan panggilan beliau terhdp sa dlm telefon bimbitnya yg tanpa d sedari c isteri dan anak2nya kerana c suami dlm keadaan mabuk..sa telah d beri amaran ole anaknya utk tda melayani sms dan panggilan2 bapanya lagi kecuali berkaitan dengan kerohanian..sa buntu sebb sa akan sentiasa berdepan dan bersama dgn lelaki itu bila bersama2 dalam kegiatan kerohanian tersebut..sa tda dpt mengelak utk tda berdepan dan bersama2 dgn dia..dia akan kol dan berbincang tentang tugas kerohanian kami..sa tda dpt elak itu semua..so sa truskan saja. Isterinya terlalu cemburu dgn suaminya itu..tp saya heran isterinya tda pernah menghubungi saya..sa pasti si suami bijak menutupi kecurangannya..
    Apa yg perlu sa lakukan?

  15. Avatar Salwana wan says:

    Assalamualaikum.. Di sini sy nk kongsi kn kisah sya,,sy sdng bercinta dgn suami org,,sya yg nak.. Walau sya thu dia suami org.. Saya sukakan cabaran dlm hdup..tpi lama kelamaan sy yg sendiri down,,sya xtahan dgn perasaan cemburu sya ni..dia selalu ckp dia akan halalkan sya tpi wife x izinkin dye kawin lain..law masih nk kwin wife dye suruh lepaskan dye.. Tpi dye sygkn wife dyee,, bermulalah kisah bergaduh..ak kte ko. Ko kte aku..sye thu salah sye..sy sllu minta maaf kat wife dye..sy minta izin nak bermadu dgn dye tpi dia ttp x izinkan…mcm2 cre sye cuba mengelak dari suami dye.. 3kli sy tukar no fon tpi dye ttp cari saya…sy akui sy mmg sygkn dye, now sya buntu xthu nk buat pee lagi…skrng pun sya still berhubung dgn suami org ni lgi..

  16. Avatar HambaAllah says:

    Assalamualaikum…segala yg jadi tu dah ditetapkan oleh Allah dan semuanya bersebab. Dia x kan uji hambanya kalau Dia tahu x mampu. Silalah rujuk pd sumber2 yg sahih iaitu Alquran dan hadis berkenaan ni coz Kalamullah itu adalah AlHablul Matin,benar dan tidak boleh disangkal. Jika disangkal, sebagai muslim/muslimah silalah check iman anda. Setiap manusia tu hanya milik Allah bkn milik isteri/suami/parent.

    Kdg2 ap yg anda hadapi nj adalah satu peringatan dari Dia. Mgkn selalu tinggal solat ke and Dia rindu nk dengar doa anda so dia uji smpai mcm ni. Ya sy sendiri pernah hadapi situasi mcm ni,terjatuh cinta pd suami org dan jujur sy ckp sy hilg respect pd perkahwinan, termasuklah org2 yg dh berkahwin. Berbalik lah pd Allah dan percaya segala yg ditetapkan Nya adalah baik yg buruk tu dtg dari kita sdiri. Bila dh terkena mcm ni jgn cpt melatah sama ada sebagai isteri atau yg digelar “perampas”. Muhasabah diri dan cuba perbaiki diri. Lepas dh usaha kita tawakal pd Allah dan doa agar diberi hidayah dan dipermudahkan segala urusan Inshallah. Kalau dah termaktub oleh Allah jodoh mcm ni maka kun faya kun lah.

  17. Avatar BlackSwan says:

    Saya adalah seorang isteri yg ada ank 4. Suami saya dah ada hubungan dengan org ke 3 hampir 2 tahun. Suami byk berbohong utk berjumpa dgn org ke 3. Bersuka ria dgn org ke 3 tapi tempat saya hanya dengan ank2 di rumah. Suami saya kata saya ni looser & tak bole bwk dia ke mana2 tapi sejak 14 tahun berkahwin dr dulu dia tiada apa sampi sekarang dia dah berjaya ada 2 bijik kereta & motorbike dah x nmpk pengorbanan saya. Walaupun saya dh berjumpa org ke 3 ni tahun lps, dia masih melayan suami saya. Suami saya mengaku dah terlanjur dgn org ke 3 beberapa kali kerana cinta. Kami anak beranak terbiar dari segi jiwa.

    Mmg dia balik rumah tetiap hari tpi asyik dgn telefon je. Kasih sayang dia mmg dah tiada. Dia focus pada gf dia. Kot ta pun klu nak kwen lagi, mampu ke? Rumah pun sewa. Belanja dapur ungkit itu ini. Makan kami berjimat d rumah tpi bila kluar dgn gf pergi tmpt hebat2. Masa utk saya (kami betdua) tiada. Soal agama ni lagi la ke laut. Solat pun tak nak. Tak pernah bimbing kami anak beranak tentang agama. Mcmana nk bentuk keluarga yg baru & bimbing ke jalan yg betul. Anak2 saya paling terkesan. Kesian anak2 saya. Sekarang suami dah tinggal di luar.

    Hidup saya selepas berkahwin hanyalah suami & anak2 tapi dia tak pernah hargai. Instagram & semua media sosial tu hanyalah utk dia & org ke 3. Tiada kami lagi. Saya hanya bersabar & berdiam diri je. Saya masih sayangkan suami saya. Dipukul kerana org ke 3 bila saya suarakan mengenai hal mereka. Sekarang pun tsk adil, kalau kwen nanti lagi la.. dah nmpk saya kat mana.. Cinta mereka bukan kerana Allah tpi nafsu. Org ke 3 asyik kata dia bukan perampas & dia pun tak nk semua ni jadi. Tapi kerana dia yg melayan dr dulu mengadu itu ini buat suami simpati & jatuh cinta. Mereka ni tak takut dosa pahala & takut Allah pun. Tak guna cakap apa pun. Mereka rasa cinta mereka yg betul & amik peduli yg mereka akan melukakan hati & ank2 isteri yg ada. Tak semua isteri tu betul. Tak da yg sempurna tapi komynikasi tu penting utk kesejahtetaan keluarga.

    Suami tak mahu ambil pendekatan utk merubah kepada kabaikan pd keluarga jerana sudah terfokus pd cinta baru. Ini la nasib seorang isteri yg mungkin semua org ke 3 tak tahu. Mungkin satu hari nanti, suami ada orang lain pula nanti baru org ke 3 tu rasa apa yg ku rasa sekarang. Dia merampas, tak sama rasanyanya bila hak dia pulak dirampas. Tapi daya ambil pendekatan utk muhasabah diri & kembali pada Allah.

  18. Avatar beside says:

    dia menaruh hti dgn sy sejak 21 thun lalu..kami brcnta 4 thun sblum dia khwin..dia d khwinkn pilihan kluarga.. langsung x cntakan bini katanya.. mula sy nak move on.. tpi dia nakkan sy.. nak hdup dgn sy.. brjnji akn brcerai.. slama tmph prkhwinan nya.. dia x prnh sentuh bini dia.. hmm xnak prcya.. tpi d sntiasa oncall n vc dgn sy.. dan sntiasa cri msa brjumpa dgn sy..maaf ckp kalau dr segi..edu.. cntik..bntuk bdan.. perangai pun dan totally mmng bini dia jauh tggal.. jdi sy prcya dia x kan trgoda dan jatuh cnta dgn bini dia.. sy cnta prtma nya dan cinta sejati hnya dtg skli.. sy nk lost contact..nak dia slsaikan urusn nya dgn bini dia.. bru dtg cri sy… tpi dia x nak .. sbb x nak khilangn sy.. x nak jauh dr dia..nti jdi gila kata nya.. hmm..xtau bila dpt kluar dr smua ni..

  19. Avatar Arisa says:

    sy masih belum berkahwin usia makin meningkat 30tahun bukan takde orang nak tapi belum ada lelaki yang sesuai sampailah saya berkenalan laki ni sifat yang friendly, suka buat lawak pandai ambik hati. Suka bagi hadiah. Alasan kenapa bagi hadiah sebab tanda persahabatan. Setiap mlm on call & vc bila off day ibarat tak pernah sehari lost contact whatsapp . Sentiasa create isu semasa untuk berkomunikasi supaya tak pernah rasa bosan.

    Sepanjang berkenalan hubungan sebagai kawan tapi laki suka manipulasi supaya dekat dia. Nak pergi mana2 dia sentiasa update dengan saya voice note & hantar gambat lokasi dia pergi. Apa dia makan selalu update dengan sy. Sampai lah satu saat dia jujur sudah meminang perempuan lain beberapa bulan lepas & tinggal sebulan lagi akan berkahwin . Hati saya hancur sedih selama ini ingat dia bukan milik orang. Alasan kenapa selama ni tak sentiasa whatsapp dengan tunang.. si dia hanya beberapa kali shja bls mesej kurang bercakap tidak seperti saya ngam dengan si lelaki ni.

    Saya pelik tunang dia jarang contact si lelaki ni kurang bagi perhatian mungkin kerjaya lebih penting & sibuk. Btw dia PJJ dengan tunang. Sampai sy dh tahu bertunang orang malas nk contact lagi tapi dia masih nk stay hubungan kawan mesra. Merayu jgn putuskan. Sy seperti diperbodohkan. Patutlaa sentiasa bagi hint nk tak hidup bermadu sy terfikir hanya bergurau . Penat dengan perasaan nk block tapi ada rasa sayang . takde lelaki lain macam dia sebab dia ciri-ciri lelaki sy nak selama ni namun sayang dia milik orang . Kami masih contact lagi & on call insyallah berusaha jauhkan diri. Perempuan jangan percaya lelaki walaupun sentiasa ada dengan kita belum tentu takde perempuan lain.. sakitt

  20. Avatar Anonymous says:

    Okay so citer dye camni I knl dye bru lgi tpi I dh syg sgt kat dye sbb perasaan mmg x blh nak kawal.Time awl2 I knl dye tu dye x ckp pun yg dye dh kahwin ape sume and dye tipu I ckp umur dye sme ngan I bagai.So I cam dpt rsekan byk la persamaan kitorg.So dlm brape minggu camtu I tergerak hati nak search nme dye kat fb gitu n then nmpk status married.At first I x de la fikir yg dye btl2 dh kahwin sbb I pun prnh jgk buat status married la in relationship la padahal single sbb x nak org kacau I.

    So x tau mcm mne I tergerak hati nak tnye psl status dye start drpd situ I nmpk diri I sbg perampas or dlm bahasa kasar perosak rumah tangga org sbb dye mengakku yg dye dh kahwin pe sume and dye tipu I psl umur dye senang citer everything yg dye bgtau I is a lieee.I x tau nak buat cam mne So I stay lgi ngan dye until wife dye tau.Wife dye mesej I pakai number suami dye,Tpi I dh expect tu wife dye.Wife dye pun mesej la ngan I,dye kte psl suami dye decide nak ceraikan dye sume sbb I.Time tu I menangis sbb biase tgk org jadi perosak rumah tangga and I x expect lagnsung I dlm golongan tu.Lpstu wife dye ckp yg dye tgh pregnant,waktu tu I lagi terkejut sbb my boyfriend tu x bgtau ape2 psl wife dye mengandung.I terkejut lgi and lgi kuat menangis.Time tu I minx maaf byk2 kat wife dye sbb I x tau dye tgh pregnant ttibe my bf tu rampas fon dye balik and dye suh I abaikan ape yg wife dye ckp.

    I actually marah sbb dye x bgtau I psl wife dye mengandung,kalau I tau I x kan stay ngan dye.Lpstu bf I tnye I nak suh dye buat ape ngan isteri dye.I just ckp la teruskan hidup dgn dye and dgn anak you.Tpi dye syg I and ckp dye nak I.Dye sanggup ceraikan wife dye yg tgh mengandung tu.Lgila I rse nak maki hamun.I ckp ngan dye elok2 suh dye jge wife dye tu sbb tgh pregnant and then I ckp I nak mesej nagn wife you.So dye pun bgila fon dye kat wife dye.I ckp ngan wife dye sendiri mcmni You nak I buat mcm mne You nak I undurkan diri or you blh terima I.Lpstu wife dye ckp dye blh terima I.Time tu I bercampur baur perasaan sbb I syg sgt kat bf I tpi dlm mse sme I kesian dgn wife dye.Reason sbb Bf I tu cari pompuan lain sbb wife dye dh curang ngan laki lain and dh buat ‘benda’ tu ngan laki lain.

    That’s why I stay ngan Bf I sbb jht2 I pun lebih kurang sme je ngan wife dye cume I x buat la ‘benda’ tu.So time tu I ckp terima kasih kat wife dye sbb terima I.The next dayyy,Wife dye ttibe emosi and ckp kat I yg dye actually x mampu and x tabah terima I so I decide nak tinggalkan bf I tu sbb I pun perempuan annd I x sanggup ttgk kaum I menangis mcmtu.So I buat plan ngan wife dyee.I ckp nak btlkan hubungan korg yg dh retak sbb wife dye curang tu and then lps korg dh baik I akan kembalikan suami dye.I suruh wife dye delete chat tu tpi dye terlupeee.So Bf I ugut I kte kalau dye x dpt I, isteri dye kena hadap perangai dye marah2 sume tu.Time tu I dh cuak sbb x kanla dye nak buat isteri dye tgh mengandung mcmtu.I dh nangis lgii sbb I la wife dye kena hadap perangai dye.So I decide stayy ngan dye sbb I takut dye apa2kan wife dye yg tgh mengandung tuu.

    Srs I ckp I stay ngan dye sbb I takut dye apa2kan wife dyeeee.Wifee dye pun jenis yg redha sume benda tu lgi I bengang npe dye x lawan.Okay dye mmg tgh mengandung tpi dye blh ckp psl tu kat org lain sbb I rse dye dlm toxic relationship.Apepun I stay ngan Bf I ni first sbb wife dye and lgi satu I x ready lgi nak lpskan dye.And dlm ptg sikit camtu wife dye borak lgi ngan I dye kte dye mesej I senyap2 sbb takut husband dye marah mesej I.I actually in dilemma skrng ni,I nak tinggalkan dye tpi I risau ngan wifee dyeee.Tu yg I decide nak share story kat sini sbb I x tau nak luahkan kat spe.

  21. Avatar Hamba says:

    Start permulaan masuk keje aku dah tertarik dengan seorang lelaki ni tak tahu dia (suami orang), lama kelamaan kitaorang jadi rapat dan timbul lah perasaan saya cinta dan sayangkan dia🥲, dan saya dah tahu dia ada anak isteri tapi kenapa hati saya tertarik cinta kan dia!!!!!!! Sebabkan layanan dia, baik hati, buat saya terhibur. Lama lama kelamaan kami kita kantoi tempat keje yang kami berhubungan sampai family saya tahu sendiri.. sbbkan mungkin sy selalu hadap phone vc gn dia waktu kami bekerja, balik keje dan waktu wife dia keje… sejujurnyaa saya cemburu sangat , saya sakit hati dia dengan wife dia.. yallah sepatutnya sy x patut rasa bnda tu 🥲,

    sayaa mengadu dgn suami org ni tinggalkan saya, jangan dekat dengan saya jangan cari bagilah sayaa bebas untuk kenal lelaki lain, jangan seksa sayaa. diaa tetap dengan pendirian dia , dia tknknlepaskan sayaa dia masih mencari3 sy tmpt keje… hbs shift suruh balik sama dgn dia. Perempuan mana tak cair bilaa kita dh sayang org tuh kitaa paksa untuk tinggalkan tapi hati tk relaa, hati sendiri yg sakit. Sayaa banyak kali cuba nk tinggalkan diaa tapi saya gagal, family dh warning sy, tapi tetap sayaa buat🥲 saya sedih sngt knp saya mcm ni . Sy penat sy tak larat dahhhhhhhh hari2 menderitaa.. sampai lah sy bertahan dgn dia 2 tahun lebih.

    Tahun 2022 ni pun masih lagi kami berhubung. Dia kata nk ceraikan wife dia atas sebab masing3 dah tawar hati saya sendiri ternmpk mesej tu dia nk cerai🥲, bulan 2 ni harini dia cerita kt wife dia , yg dia akan lepaskan wife dia tp tk tahu bila. Sayaa tknk bnda ni jadi🥲 tapi hati perasaan sy dh sayang sngt kt diaa, dia pun dh syg. Maaf klw anda nk maki hamun marahlah saya, sayaa mengaku sy bersalah sy bodohhh ramps kebahagian kaum sendiri. Saya buntu dengan keputusan syaa. Sayaa nk stay dgn dia atau tinggalkn dia, tapi diaa nk dh lepskan wife dia wlpun sy tahu diaa sedih sngt . Family ibu sayaa , sayaa tak tahu nk lembutkan hati dia mcm mn untuk dia restui andai kami berkahwin nnt🥲 sayaa sedih klw ibu tak restui hubungan sayaa

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *