13 Sindrom “PMS” Lelaki Apabila Tengah Merajuk
Mintak Pujuk Ler Tew ( Amy McTigue / CC BY-ND )
Kalau perempuan merajuk, cepat je menangis dan lama pulak tu.
Bagaimana dengan lelaki?
Ha, mereka pun merajuk tau. Hati keras manapun, kalau dah jealousnya datang, stress datang, lalu si wanita kurang prihatin, sudah tentu si lelaki merajuk serta merta!
Jadi, macam mana nak tahu tanda-tanda lelaki tengah merajuk?
Apa tanda (ngada-ngada) si dia bila nak mintak kena pujuk?
Ini dia tanda-tanda lelaki merajuk dengan kita:
~1~ Mendiamkan Diri
Ya, ini tersangatlah betul.
Apabila lelaki merajuk, pasti si dia tiba-tiba diam membisu.
Walaupun nada dering telefon ada, tetapi tidak diangkat, berkemungkinan mereka silentkan bunyi untuk panggilan daripada anda.
Ataupun jika bluetick kelihatan di Whatsapp, mereka membaca tanpa membalas, lalu dibiarkan wanita sendirian tertanya-tanya! Ish…
Selain itu, jika berjumpa pun, mereka enggan bersuara, bila di minta tolong, mungkin dia tolong tapi tanpa bunyi atau jika ditanya dengan beria tentang sesuatu, tetap dia cuma angguk atau geleng kepala tanpa explanation kukuh.
~2~ Raut Wajah Kelat
Dalam hal ini, perhatikan wajah mereka, adakah mereka sedang bermasam dan mencebik bibir apabila berjumpa?
Nah, tentu ada benda yang dirajukkan tu. Apabila berjumpa, takda senyuman malah diam membisu, rajuknya tu bergandalah maknanya.
~3~ Sepatah Bicara
Ok, kalau tak bersuara tu agak menggeramkan, maka ada di antara lelaki menunjukkan tanda merajuk tetapi masih cuba mengeluarkan suara mereka.
Namun apabila bersuara, yang dijawabnya cuma lah sepatah dua sahaja?
Sebagai contoh, si wanita tanya, “Dah makan ke?”.
Si lelaki hanya menjawab Ya tanpa bertanya semula. Atau lebih kecewa, apabila anda mengatakan ‘I love You’ dan si lelaki hanya membalas, ‘OK’.
Haa, apa perasaan wanita sekalian?
Banyak pesoalan bukan?
~4~ Menolak Ajakan
Ada juga apabila mereka merajuk, ajakan anda ditolak dengan kata-kata yang baik seperti, ‘Takpelah, tak sempat makan sama, saya pergi kerja sekarang kerana urusan penting’ walhal hampir setiap hari bersarapan bersama.
Ini bererti, rajuk masih ada walaupun dah bersuara. Perkataan maaf kerana menolak ajakan pun tidak disebut kerana bagi lelaki, anda masih lagi bersalah.
~5~ Lakukan Hobi Sendirian
Ini kes jika rajuk berpanjangan.
Mereka akan bersendirian membuat perkara yang di gemari tanpa di temani anda.
Sebagai contoh, setiap kali hujung minggu, pasti keluar bersama untuk berjoging atau berkaraoke, tapi kali ini mereka lakukan sendirian dengan perasaan sebal dan berharap hati terpujuk sendiri.
=> 11 Watak Hero-Hero Novel Kesukaan Saya..
~6~ Keluar Dengan Insan Lain
Sekiranya mereka rasa apabila bersendirian tanpa anda adalah hari yang membosankan, mereka akan cuba mengajak insan lain untuk menemani mereka melakukan aktiviti bersama-sama.
Ini bahaya kerana mungkin memberi peluang si dia terjatuh cinta kepada yang lain dan anda di lupakan !!
=> 13 Perkara Yang Akan Terjadi Jika Bercinta Dengan Suami Orang Lain..
~7~ Menjauhkan Diri
Hal ini apabila mereka perlukan masa yang lama untuk fikirkan sedalamnya.
Si lelaki berkemungkinan pergi jauh daripada tempat percintaan kalian seperti pulang ke kampung halaman atau pergi bercuti ke tempat lain agar dapat menenangkan fikiran serta jiwa yang kacau.
Mereka merasakan jika jauh, pasti boleh wujud rasa rindu antara kalian suatu masa nanti.
~8~ Dengar Lagu Memori
Seandainya anda bersama dengan si dia, dan dipasang lagu yang sentimental dengan jiwa, itu bermakna, ada sesuatu yang dia inginkan anda paham bahawa si dia tengah merajuk serta ingin di pujuk sang kekasih.
Setiap orang pasti memiliki lagu sentimental tersendiri dan dinyanyikan sepenuh hati oleh si lelaki apabila merajuk.
Fahamilah beliau.
~9~ Telefon Bimbit Tidak Di Hidupkan
Jika mereka tak ingin dicari atau disoal, mereka adakalanya mematikan telefon bimbit, maka si wanita akan merasa risau dengan pelbagai persoalan di minda.
Bagi mereka, telefon bimbit itu tidak berguna sewaktu merajuk jadi perlu dimatikan.
Menjauhkan diri dan membisu tanpa khabar, inilah yang lebih merisaukan.
=> 13 Tanda-Tanda Rahsia Suami Curang Dengan Isteri..
~10~ Serba Tak Kena
Apabila merajuk, dapat di lihat mereka melakukan kerja mungkin tidak begitu memuaskan kerana focus telah lari memikirkan hal lain.
Sebagai contoh, membaca majalah berulang kali tapi tidak difahami juga.
Mungkin saat ini, mereka ingin berbaik dengan sang kekasih tapi masih malu malu untu memulakan sesi meminta maaf.
Oleh sebab itu, buat kerja pun jadi terganggu dan tidak dapat menenangkan diri sendiri
~11~ Main Peralatan Teknologi
Yes, lelaki bila merajuk, jika kalian berjumpa pun dia tetap fokus kepada barangan teknologi masing-masing agar sang wanita terasa kecil hati atau marah.
Dengan kewujudan pelbagai aplikasi dan game terkini, mudah sahaja cari modal untuk merajuk.
Maka jika wanita nampak si dia seakan-akan sibuk dengan handphone atau tablet mereka, siap terkumat-kamit mulut, mata laju tengok skrin, ketahuilah bahawa mereka sedang merajuk, jangan kalian menambah rajuk mereka.
~12~ Ayat Touching
Bukan ayat cinta tapi ayat yang memberi maksud mendalam dan kadang-kadang seperti memperli.
Contohnya, “Takpela, siapalah saya jika nak dibandingkan dengan lelaki tu, kan, lebih bergaya dan kacak”.
Atau “Takpelah, saya tak layan pun awak tak kisah kan, lebih baik saya diam je”.
Ha, mula je ayat tersebut, bererti si lelaki dah merajuk atau terasa hati.
~13~ Gunakan Orang Tengah
Adakalanya, mereka telah off handphone tapi masih mahu menyampaikan maklumat sewaktu dalam keadaan merajuk, maka orang tengah di guna pakai untuk membalas surat atau membalas kata.
Si lelaki tak nak bertentang mata dengan wanita yang disayanginya kerana sedang merajuk, jadi cara ini digunakan.
Nampak tak di situ bahawa si lelaki bukan marah cuma merajuk dan perlu di pujuk segera.
~~ Kesimpulannya.. ~~
Jadi sebagai wanita, tolong ambil perhatian tentang tanda lelaki merajuk dan perkara tersebut.
Tak boleh dibuat main kerana jika melarat, anda yang terlepas si dia, dan tak dapat berpanjangan hubungan yang terjalin sama ada baru atau sudah lama.
Carilah cara untuk atasi masalah jika dah nampak tanda merajuk agar si dia tetap sayang anda walaupun jauh mana anda berada.
Ingat ya, terlepas peluang, meranalah anda wahai wanita. Dengan itu, hargailah nikmat bercinta, rajuk-rajuk sayang takpa, boleh diterima..
Lagi berkaitan lelaki merajuk:
Nona sani seorang blogger yang suka beramah mesra dan sukakan pink. Boleh layari blog beliau : www.NonaSani.com
~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~
emm..hai sis..situasi saye sekarang ni bf saye block contact saye n block ws saye.. saye try contact kat number lain tapi dia masih block saye.. saye cume minx explanation knape dia tibe tibe block saye tanpe bagitau ape pun.. tapi saye syak sebab dia terasa saye acuh tak acuh je mase chat dgn dia n at the same time mase tu dia sakit.. dah nak masuk 3 minggu dia block saye.. ape patut saye buat sis? ni maksudnya dia dah tak perlukan saye ke?
Awak tahu lokasi dia kt mana? Cuba contact by facebook? Or member terdekat dia? Kalau sampai 3 minggu tu mcm lama sangat…. Jika mcm tu mybe dia rasa x diperlukan dan dia kena move on…. Kalau awak masih syg..awak kena cari dia sampai dapat..untuk mntk maaf….tapi kalau dah berusaha..masih tetap tak nak…maknanya…awak dah kena move on..dia nak awak paham sendiri
sis, sy tau sy salah terhadap dia . . sy dah pujuk dia. . tp masih lg dia diam. . balas txt pun mcm nak tak nak. . dia tak cari sy. . tp bila sy diam, dia txt sy pulak ttba. . bila sy reply, dia mcm mrajuk balik. . sy diam balik. . dia txt lg. . sy buntu. .sy rindu dia. . ?? mcm mna nak atasi masalah sy ni. ??
Hi, sy sarankan awak terus mengalah… Untuk Dua tiga Kali percubaan… Selagi takda kata PUTUS.
Slm sis, saya ada husband yg mmg susah nk berkominikasi terutama kalau bab2 tanggungjawab suami. Sbg contoh, kalau ajak berbincang tentang tolong menolong dlm mmbuat kerja rumah, dia trus melenting. Alasannya, dia akan ckp penat balik bekerja. Saya pun seorg isteri yg bekerja as well. Jadi bagi saya alasan itu tidak adil dan bila cuba berbincang dgn dia, dia terus akan shut down “telinga” dia. Dan akan bukak game di hp tanpa menghiraukan apa yg saya cuba sampaikan pada dia. Kalau situasi suami mcm ni, bagaimana nk tackle yer? Sbb suami saya ni mmg jenis yg tidak boleh bawa bincang pun.
Hai, kalau suami jenis Tak leh bawak bincang, Cuba sesekali send video Pasal kerja rumah..Pasal pengorbanan isteri, pasal perkahwinan..ataupun..time tgk tv..tgk berkaitan perkahwinan tentang rumah tangga yg saling membantu… Jenis x leh bawak bincang ni, kena usik sikit hati dia..bukak hati dulu..baru leh diskusi ..
Salam sis nK tnye bf sy dh mdiamkn diri dh smggu .slh sy jgk sb ckp bkn2 smpi mlrt pts lah smpi ckp tyh amek tau hal sy ag byk ag sy ckp tp sy lpe ,pasto sy block dy 2 hri pas to sy unblock sy tgk wasap dy dh rmve pic sy sume.ksg
Tp dy tk block sy at wasap ,ble call tk angkt call je reject .pdhl dy syg sy sgt .lau na cte pjg ..sy tatau knp lah sme ad dy msh syg sy or apa
.hm
Sy tatau sme ad dia merajok ,dia perlukn masa ,dy dh tanak ke apa .tp sgt tk msok akal dgn apa yg dy dh bkorban utk sy
.sy tau sy slh .sy tatau apa nak jd skg ,sy buntu .dh la jaoh na jmpe .
Hi awak, first, awak kena bersabar Dan Cuba tenangkan hati dari memikirkan yang bukan bukan. Kalau jauh, Cuba buat surprise delivery dari jauh Tanda kemaafan kalau betul awak masih yakin dia syg awk sgt kerana telah berkorban banyak. Dan Cuba tips di atas..bagi ruang Masa beberapa hari.
. Walaubagaimanapun, just peringatan, bila seseorang tawar hati, apa apa pengorbanan tu dah x dikira, dia x kisah apa pengorbanan yg telah dilakukan untuk org yg dia sayangi..dia boleh berkorban untuk org lain jugak.. Jadi awak bolehla berusaha dulu sebelum betul memastikannya…
sy ada gf, dia ni mmg jrg on whatsapp, ada msa sy wsap dia, mmg susah nk dpt blasan wsap tu dari dia.. sy sygkn dia tapi sy hormati msa dia krna dia akan lalui SPM, jd sy perlukan pendapat ape yg perlu sy buat?
Hi Vhoo, dalam Hal ni, awak betul betul kena support dia as SPM candidates. Dia mungkin sedang Cuba fokus dalam pelajaran kerana lebih yakin untuk mencapai cita citanya. Jika lambat balas, Tak mengapa..awak sendiri kena memahami… Jika berdekatan, sy sarankan awak pergi berjumpa dia.. untuk hilangkan keraguan atau kerinduan. Awak kena bagi kerjasama untuk memahami keadaannya agar kelak dia berani menyatakan awak supporter dia untuk berjaya.. .Kalau dari sekarang tidak faham, bagaimana ingin meneruskan hubungan sekiranya dia menjadi seorang yang bekerjaya kemudian hari? Penerimaan seadanya datang dari pemahaman Dan sikap saling menyokong antara satu sama lain.. awak boleh buat aktiviti lain tapi Tanpa melupakan antara satu sama lain
Hye sis Saya Ada knl seorg lelaki ni dia setiap Hari chat Saya tapi bila Saya bls dia ckp saya suka ckp banyak dengan awak bila Saya x bls dia still chat Saya tapi akhir ni dia ckp Saya menguji kesabaran dia sbb Saya Tak balas blh tlng jls kan x knp ye .
Hi Isya, betul ke apa yg dia cakap tu? Memang awak byk Kali Tak balas chat dia ke? Itu tandanya, dia merasa kelainan dari sikap awak..dari seorg yg selalu reply chat cepat Dan selalu, tiba tiba berubah rutin tidak membalas chat nya..
Dalam Hal ni, awak sendiri perlu nyatakan kenapa Dan bagaimana awak ingin dia memahami keadaan sebenar awak yang terkini. Dia pasti akan biasa Dan memahami
sis nak tanya… sy sayang teman lelaki saya.. tapi bila saya jalan dgn dia, saya malu sebb penampilan dia.. macam mana ya sis? perlu ke saya nak terus terang dgn dia? nak terus terang tkut pula dia kecil hati..
Hai, sy nasihatkan awak terus terang je.. sebab ni untuk kebaikan awak Dan dia bersama… Adakah dia tidak.menjaga kebersihan? Sebab korang akan hidup bersama, jadi kena Ada penerimaan dari segi nasihat Serta pendapat..
sis, saya nak tanya.. sy baru je kenal lelaki ni melalui media sosial.. kami dh dikira bercinta.. sy dah mula rasa syg kat dia.. sy seorg yang berkerjaya dan dia pula bekerja sebagai kerani.. kami berhubung secara jarak jauh… lelaki ni serius nk bernikah dgn saya walaupun jauh dan bersetuju berjmpa dengan saya pd hujung mggu selps kawin.. dia plan nk jmpa sy untuk pertama kali dan minta saya sponser tiket bus… wajar ke sy nk sponser tiket bus utk dia? sy terfikir mcm mana dh nikah nnti nk ulang alik setiap minggu pdhl jmpa pertama kali pun dh minta sponser tiket.. nk putus tp syg
Hi farieza, jika dia bersetuju untuk bernikah, bagaimana mungkin duit tiket dia takda? Ada Dua pandangan di sini, mungkin dia sekadar ingin menguji awak boleh susah senang dengan dia atau tak atau dia nak tengok tentang pendirian awak tentang manusia yg berperangai seperti ini…
Tetapi, jika awak benar ingin dia buktikan, awak boleh mencuba, Dan tengok sendiri perangainya bila awak meneruskan hubungan ini..cuma kalau boleh, dating ajak orang lain teman..dan di tempat terbuka… Kita Tak tahu, kejujuran di sebalik perkenalan melalui internet…
Apa pun keputusan, awak kena tengok kepada kelebihan dia …Dan jika kekurangan yang ditunjukkan itu AWAK boleh terima, itulah kebahagiaan . Jika Perkara utama yang awak Tak selesa adalah berkaitan kewangan, awak harus berterus terang… Kelak berumah tangga, tetap Akan Ada sesuatu perbelanajaan perlu dikongsi bersama.
Hi.. saya nak minta pendapat.. saya dan si dia merancang nak kahwin thn depan.. tetapi masalahnya, ibu si dia tidak bersetuju hubungan kami atas alasan kami tidak sekufu.. ibu si dia x nak menyusahkan saya sebb pendapatan saya jauh lebih tinggi berbanding anaknya… boleh x bagi cadangan mcm mana nak selesaikan isu saya ini?
Pertama, lelaki tersebut perlu berjumpa dgn family wanita tersebut dan bincang hal ni.. jika family sana faham dan ok, bermakna si lelaki boleh yakinkan mak dia agar tak perlu risau . Korang berdua kena bgtau plan kewangan dan pembahagian perbelanjaan camana kepada mak lelaki itu..
Mungkin dia risau juga jika si lelaki tak dapat beri wang perbelanjaan kepada keluarga sendiri. Banyakkan merancang dan berbincang… swterusnya teruskan berdoa.. Awak dan pasangan kena kuat mental dan fizikal dalam hal ni… Moga dipermudahkan urusan ya..
Hai dia Sya ada bf yang keraa kepala sikit?dia ni nak saya bagi je ape yang dia minta jadi saya bagi tapi ada satu benda yang saya tak leh bgi sbb rasia lh ya takkan Sya nak bagitau sis pasal keburukannya kan ok sis macam mna nak cakap kat dia yang permintaan tu tak leh sya tunaikan??saya dah cakap kat dia tapi dia masih tak percaya Sya….dia kata kalau saya tunaikan permintaan dia baru dia nak caya sya?
Saya kurang faham, keburukan camana tu? Dia nak suruh tunaikan permintaan apa? Adakah keterlaluan permintaan tu? Jika tidak menyalahi dalam hal agama, awak seharusnya berterus tetang tentang keburukan tersebut.. ini sebab anda sayangkan perhubungan yg terjalin.. untuk hidup bersama, kekurangan dalam diri memasing perlu dibincangkan dan semuanya pasti diperlihat suatu masa nanti.. Bersediakah untuk menerima satu sama lain? Jika tidak, tinggalkan sebelum melarat kisah tersebut.
Hi, salam. Hal saya ni buatkan saya confuse dengan cara layanan dia. Ws jarang nak reply, online pon tak selalu nampak. Tapi bila on call masih bersayang2. Masih dia kata sayang. Tetapi, lepas je saya ada lost contact dengan dia atas alasan nak bagi kami peluang bersendirian. Dia terus jadi lain sampai ke harini. Dan akhirnya, si dia membuat keputusan nak buat haluan sendiri, tetapi dia masih menjaga saya mcm saya ni gf dia lagi. Masih lagi memberi Mix Signal dan selalu kata dia nak focus kerjaya, beli kereta and settle semua ni kalau ada jodoh adalah. Pada pendapat sis, adakah patut saya masih berharapkan si dia untuk kembali?