Mari “Mengintip” 13 Rahsia Lelaki Yang Bukan Lagi Rahsia
Rahsia oh rahsia…
Lagi dikata rahsia lagi ramai yang nak tahu ye tak?
Ada banyak rahsia yang tak boleh bagitau, tapi rahsia lelaki ni dah ramai perempuan tahu atau terlepas pandang.
Kalau macam tu tak nama rahsia dah la.. eh?
Anda boleh cek kat bawah ni mana satu yang pasangan anda lakukan senyap-senyap belakang anda.
Baca juga : 13 Tip Penting Untuk Elak Terjerat Dengan Cinta Internet!
RAHSIA 1: Lelaki Pilih Isteri Bertanggungjawab Dan Memahami Berbanding Cantik
Okey pelik tapi benar!
Perempuan selalu menganggap lelaki mengutamakan kecantikan walaupun dirinya tak hensem mana pun.
Memang betul, tapi mereka lebih suka cuci mata atau ada awek yang cantik tapi bukan dalam memilih suri hidupnya.
‘Pepatah’ yang nakal dan famous kat FB baru-baru ni ada berkata :
“Kalau lelaki utamakan kecantikan takdelah Fasha Sanda dan Nora Danish diceraikan.”
Hmmm…
RAHSIA 2: Sebelum Tidur Lelaki Akan Memikirkan Wanita Yang Disukainya
Bangun subuh mandi solat semua dan bersiap untuk ke tempat kerja setiap hari adalah rutin yang membosankan.
Ditambah lagi dengan masalah dekat tempat kerja asyik kena marah dengan bos besar.
Tapi percayalah, walau macam mana sibuk pun dia, sebelum tidur dia akan teringatkan anda.
Senyum-senyum bayangkan kecantikan dan senyuman anda.
Itu adalah rutin yang tak pernah membosankan dia malah bagi semangat lagi.
Baca juga : Dari Johor, Ambil Pakej Dan Makan Angin Di “Universal Studio Singapore”
RAHSIA 3: Jika Lelaki Mencintai Anda Dia Akan Terima Seadanya
Walaupun anda montel, kulit macam kena panggang, dan jerawat sana sini, jika dia kata dia mencintai anda maka memang dia cinta anda seorang.
Ini kerana bukan senang seorang lelaki untuk luahkan perasaannya tambah-tambah lagi dengan orang yang dia minat.
Dia mungkin menasihati anda untuk jaga pemakanan dan bagi petua untuk kecantikan dan kesihatan.
Anda jangan rasakan itu satu perlian kerana dia menyayangi anda setulus hatinya.
RAHSIA 4: Lelaki Suka Tanya Soalan Yang Sama
“Awak dah makan?”
“Awak buat apa tu?”
Itulah ayat yang biasa digunakan lelaki untuk start nak cakap dengan anda.
Lelaki selalunya gugup sewaktu mula mengenali anda.
So, diorang akan gunakan pendekatan dengan ayat universal paling cliche untuk bersembang lebih jauh sebelum masuk topik yang benar-benar dia nak tanya.
RAHSIA 5: Lelaki Suka Atau Mudah Cair Dengan Senyuman Wanita
Diaorang akan rasa senang dengan anda jika anda selalu senyum dan happy.
Masalah dia akan terbang kalau lihat senyuman anda terutamanya perempuan yang dia minat.
Senyuman paling manis boleh buat si dia lebih nervous!
Baca juga : Buat Apa Jadi Cantik Kalau Sengsara & Terseksa?
RAHSIA 6: Jika Anda Cakap ‘Tidak’ Dia Beranggapan ‘Cuba Lagi’
Kalau seseorang lelaki nak tackle anda tapi anda tak menunjukkan minat atau buat tak tau je itu bermakna dia perlu berusaha lebih lagi.
Sebab tu anda rasa lelaki jenis ni tak faham bahasa sebab dia still mahu dekat dengan anda walaupun direject pertama kali.
Sukar bagi lelaki untuk putus asa dengan perempuan yang dia minat.
RAHSIA 7: Fantasi Lelaki Tidak Ada Had
Walaupun mereka sudah mempunyai pasangan tetapi dalam otak diorang still fikir kemungkinan perempuan lain suka pada mereka.
Kadang-kadang mereka suka ‘test market’ untuk mengetahui adakah mereka masih laku.
Kalau ya kemungkinan untuk sangkut seorang lagi tu ada.
Tetapi tidak semua begitu mungkin sekadar suka-suka sahaja.
Baca juga : Macam Mana Nak Jadi Seksi Tanpa Perlu Terdedah Sana Sini?
RAHSIA 8: Lelaki Lebih Pentingkan Keluarga Dan Wanita Yang Dicintainya Lebih Dari Diri Sendiri
Selain merasakan itu adalah tanggungjawab untuk menjaga pasangannya, lelaki juga menganggap dia tak bersifat gentleman jika dia mengutamakan diri sendiri.
Mereka ada mempertahankan sifat kelakian untuk melindungi orang yang dia sayang.
RAHSIA 9: Nombor Telefon Perempuan Dia Minat Save Nama Lelaki
Selalu keluar nama ‘Bob’ kat handphone, rasa pelik jugak.
Tapi dah lama-lama tu tau lah yang Bob tu nama girlfriend atau crush dia.
Itulah penyamaran sejak zaman berzaman tapi kita masih tak tau.
Yelah macam mana nak tau kalau dah memang kawannya jugak ada nama sama.
Baca juga : 10 Tempat Temujanji “Pertama” & Mungkin Juga “TERAKHIR” Bagi Wanita
RAHSIA 10: Lelaki Tak Suka Anda Bercakap Dengan ‘Ex’ Anda
Tengok anda cakap lebih sikit je dengan lelaki lain pun dia dah panas hati inikan pulak cakap dengan ‘ex-boyfriend’ yang pernah berkongsi kasih dengan anda suatu ketika dulu.
Jangan sesekali bandingkan dan berkongsi cerita tentang ‘ex’ dulu dengan pasangan anda sekarang.
Silap haribulan boleh perang dunia ke-3!
RAHSIA 11: Lelaki Adalah Makhluk Simple Dan Berterus-Terang
Kalau anda nak coklat Ferrero Rocher cakap straight to the point je bukannya cerita yang anda dapat coklat tu masa konvo universiti dulu.
Ini penting!
Lelaki takkan dapat tangkap makna tersirat berbunga-bunga macam ni dan dia takde masa nak fikir benda yang terlalu complicated.
RAHSIA 12: Tak ‘Call’ Tak Bermakna Tak Sayang
Inilah perempuan selalu kena ingat.
Sememangnya perempuan sukakan perhatian dari pasangannya.
Lelaki boleh main game sampai tak ingat dunia atau sibuk dengan hal lepak dengan kawan-kawan tapi tak bermakna dia lupakan anda.
Masa dia dengan kawan-kawan dan bersendirian perlu untuk dia recharge dia punya mood dan tenaga supaya dengan anda nanti dia dalam mood yang baik.
=> 13 Sindrom “PMS” Lelaki Apabila Tengah Merajuk..
RAHSIA 13: Cinta Datang Dan Pergi
Sememangnya lelaki mudah suka pada perempuan yang diminatinya dan mudah juga melupakannya.
Seminit lepas putus dengan girlfriend dia boleh pergi lepak main PS 4 online manakala perempuan akan ambil masa yang lama untuk benar-benar jatuh hati dan sukar melupakan.
Itulah bezanya.
Pssst.. Sebenarnya rahsia lelaki agak sukar untuk di fahami…
Ha macam mana gadis diluar sana?
Pasangan ada macam ni ke?
Sememangnya topik tentang rahsia lelaki mahupun wanita sukar untuk difahami kerana tidak ada teori atau fakta yang kukuh tentang perlakuan seseorang tu.
Walau bagaimanapun situasi yang berlaku diatas adalah paling common dan selalu berlaku.
Itulah realitinya!
“Breaking Soul into Travel and Write”
~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~
ye.. agak sukar untuk memahamai seorang lelaki.. hihihi
Memang ade tapi bukan couple saya….orng yang couple ngan say pun..sy malas nk call..nie lain,kira..orang yang berjiran dengan saya selalu call saya…tak paham benarlah perangai mamat tu…buat pening aje
Bagi masa utk memasing.memahami keadaan.xyh nk selfish bagai.simple je ok.ada jodoh..pegilh sejauh mn pun pasti jumpa.klu xde jodoh..reda je
Simple..senang je..open minded n jd dri sendiri.xyh nk poyo bagai..hidup ni berputar beb.setiap yv terjadi pasti ada hikmah.so relaxs ok.