10 Sebab Kenapa Saya Suka Gila Dengan “Novel Permata Hati”
Ma Lee Chuswan Penulis Novel Permata Hati
Hai semua!
Aku suka sangat baca novel-novel zaman 90-an hingga awal 2000’s, terutamanya novel-novel terbitan Creative Enterprise.
Sebab bagi aku, novel-novel zaman dahulu lebih bervariasi dan jalan ceritanya lebih menarik serta tak stereotaip.
10 Sebab Kenapa Saya Mahu Jadi Penulis >>
Dan one of my most favorite ever adalah novel Permata Hati, karya Ma lee Chuswan.
Hero dia bernama Ikhmal Hisyam dan heroin dia adalah Nur Ariana.
Kenapa aku suka gila dengan novel ni?
#1
COVER NOVEL
Salah satu faktor yang memainkan peranan dalam mempengaruhi aku membeli novel adalah apabila melihat cover sesebuah novel tu.
Cover novel Permata Hati adalah seorang perempuan cantik berambut panjang.
Rambut perempuan tu sangat cantik dan berkilat dan bersinar ( kenapa aku macam obses dengan rambut dia ni hahaha).
Dan disebabkan cover novel Permata Hati lain dari yang lain, disebabkan itulah aku beli novel tu at the first place.
#2
SIMPLE BUT NICE
Kalau tak silap aku, novel ni tak adalah banyak konflik sangat.
Novel ni keseluruhannya berkisarkan tentang usaha Ikhmal untuk merebut hati Ariana, tunang yang tak pernah tahu pun siapa dirinya.
Nampak macam simple, tetapi dengan plot-plot yang menarik dan teknik penceritaan yang bagus, novel ni menjadi sangat best untuk dibaca.
#3
JALAN CERITA TAK MELERET
Pada bab pertama novel ini, penulis sudah membawa kita kepada insiden yang membuatkan Ikhmal mengambil keputusan untuk tidak bertunang dengan Ariana.
Kiranya, tak adalah nak tulis dari awal keluarga Ikhmal tu datang bertandang.
Bab kedua Ariana baru nak bersetuju.
Bab ketiga baru nak berbincang pasal wang hantaran.
Bab keempat nak terbayang-bayang wajah tunang handsome ke tak.
Kemudian bab kelima baru nak masuk isu besar.
Ni contoh saja ya.
Point aku adalah, cerita ini straight to the point.
Tak sempat kita nak bosan dan tertunggu-tunggu.
#4
PERTUNANGAN KONTRAK
Haaa, ingat apa?
Kahwin kontrak saja ke ada perjanjian semua?
Tunang-tunang pun ada okey haha.
Cerita ni mengisahkan tentang Ariana dan Ikhmal yang bertunang atas pilihan keluarga.
Tetapi pertunangan mereka hanya pada nama sebab Ariana dan Ikhmal ada perjanjian tanpa pengetahuan keluarga mereka.
Jadi bagi sesiapa yang suka baca cerita kahwin paksa tu, boleh jugalah cuba cari novel Permata Hati ni.
Sebab jalan ceritanya pasal pertunangan tanpa rela.
Tapi keluarga mereka tak tahu pun yang Ariana dan Ikhmal terpaksa bagai.
Sebab mula-mula diaorang okey aje.
Tapi sebab si Ikhmal tu salah faham, maka bermulalah segala cerita.
#5
HEROIN TAK PERNAH TAHU SIAPA HERO
Memandangkan Ariana dah flush gambar tunang dia, si Ikhmal ke dalam tandas (nak tahu kenapa, sila baca), jadi dia tak pernah tahu muka tunang dia tu macam mana.
Ariana hanya tahu Ikhmal tu tunang dia selepas ¾ novel itu aku baca.
Ikhmal pula cuba merebut kembali hati Ariana tanpa beritahu pada Ariana siapa dia yang sebenarnya.
Siapa yang rasa benda ni adalah sangat romantik selain daripada aku???
#6
HEROIN SEORANG YANG BERDIKARI
Aku suka membaca sebuah novel yang memaparkan sisi kuat seorang wanita.
Selain menjadi seorang pereka, Ariana juga adalah seorang sukarelawan yang sering membantu di rumah orang-orang tua.
Dia juga seorang yang tegas dan tidak mudah mengalah.
Kalau tak, takkanlah Ariana tu boleh tendang bekas teman lelaki dia dekat tempat letak kereta bila dia dapat tahu yang lelaki tu curang dengan dia (kalau tak silap).
Aku memang suka sangat dengan karakter Ariana ni.
Sangat memberi inspirasi kepada aku gitu.
Sampaikan aku bagi nama heroin dalam novel pertama aku sebagai Ariana.
#7
HERO YANG TEKAD
Lepas aku baca novel Permata Hati ni, barulah aku tahu bagaimana ciri-ciri lelaki idaman aku (aceceh padahal masa tu baru darjah dua).
Setelah dia tahu akan kebaikan hati Ariana, dia sanggup buat apa saja untuk memenangi hati tunangnya semula.
Dan korang especially perempuan mesti akan ‘’awwwww’’ bila baca apa yang Ikhmal buat untuk memikat hati Ariana.
Tambah pula bila dia tengah marah dan cemburu bila lelaki lain dekat dengan Ariana, rasa macam nak melompat atas katil sebab suka sangat!
Masha-ALLAH, kenapa gatal sangat aku ni hahaha.
#8
ORANG KETIGA YANG TAK TERLALU JAHAT
Aku tak suka kalau orang ketiga terlampau jahat macam nenek sihir minta maki.
Memanglah orang cakap jahat-jahatlah best, baru ada feel.
Tapi entah, aku tak suka hahahaa.
Aku juga tak suka kalau orang ketiga terlalu mendominasi jalan cerita.
Atau bila hero dan heroin dah bahagia, tiba-tiba kekasih lama datang entah dari mana nak menyambung kembali kasih yang lalu. Pffft.
Dalam cerita ni, orang ketiga ada dua orang kalau tak silap.
Dua-dua suka dekat Ariana.
Tapi kedua-duanya tak memberi impak sangat pun sebab penulis lebih memfokuskan pada usaha Ikhmal untuk mendapatkan Ariana dan konflik dalaman antara kedua-duanya.
Kiranya orang-orang ketiga tu muncul sebagai perencah untuk melengkapkan jalan cerita saja.
#9
BOLEH MENYEBABKAN KENCING MANIS
Dalam cerita ni tak ada banyak pun dialog yang sweet terlebih tu, tapi kita akan terasa manisnya apabila membaca setiap perlakuan Ikhmal terhadap Ariana.
Terutamanya bila bab akhir masa dia melamar Ariana bersama Afiq dan Fifi di sisi.
Dengan semua orang dekat lapangan terbang tu pandang.
It’s the best moment ever!
#10
HAPPY ENDING
Mestilah semua orang suka pengakhiran yang gembira, kan.
Yalah, lepas dah lalui pelbagai dugaan.
Tiba-tiba hero dan heroin tak bersama.
Rasa nak bakar saja buku tu lepas baca hahaha.
Aku spoil sajalah ya kat sini.
Akhirnya, Ariana setuju nak berkahwin dengan Ikhmal.
Macam mana dia boleh setuju?
Baca sendiri ya, hehehe.
Jadi, inilah sebab-sebab kenapa Permata Hati termasuk dalam senarai novel kegemaran aku sepanjang masa.
Susah sangat nak dapat novel ni sekarang sebab dah tak diulang cetak.
Korang pulak macam mana?
Apa novel kegemaran korang?
Seorang penulis novel, suka berangan dan mengabadikan kenangan dalam bentuk penulisan.
~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~
Wah menarik sungguh kupasan Cik…buat saya pun rasa nak baca. Tapi mana lah nak cari buku macam ni dah…kalau ada yang nak jual preloved, nak juga saya beli :-)
Dulu saya pun ada buku ni. Tapi tau jelah adat orang meminjam kadang-kadang sampai ke sudah tak nampak bayang buku ni. Dahlah ni buku favorit dan susah gila nak dapat huhuhu