10 Sebab Kenapa Saya (Farrah Izzlorna) Mahu Jadi Penulis..

Farrah Izzlorna Quote

 

Hai semua!

Semua orang mempunyai sebab yang tersendiri kenapa mereka mahu menjadi penulis.

Antara sebab yang famous ialah dapat berkongsi pengalaman, dapat menyebarkan ilmu dan juga mendapat royalti yang lumayan hehehe.

Macam Mana Novel Saya “DIA SI KATAK PURU” Diterbitkan Selepas 5 Tahun Menunggu? >>

Seperti mereka, aku pun ada sebab mengapa aku memilih untuk berkecimpung dalam dunia penulisan ini.

 

.10.

CITA-CITA SEJAK KECIL

Sejak dari umur 6 tahun memang abah aku dah mengajar aku supaya rajin membaca buku.

Aku ingat lagi buku pertama yang abah beli kat aku, Doraemon Jilid 6.

Daripada Doraemon, aku mula membaca komik-komik Jepun yang lain seperti Detective Conan, Misteri Tampan, komik-komik Gempak Starz dan banyak lagi.

Aku pernah salin semua perkataan dalam buku Detective Conan 1 yang kes atas lapangan terbang tu dalam buku nota kecil sebab aku obses sangat dengan cerita tu.

Berpunca dari situlah, aku bercita-cita untuk menghasilkan buku cerita aku sendiri suatu hari nanti.

Tapi masa tu, aku berangan nak tulis buku komik.

Tapi nak buat macam mana, tak ada bakat melukis sob sob.

 

. 9 .

PENGARUH NOVEL MALEE CHUSWAN

Bermula dari aku darjah dua, aku minat gila baca novel Melayu, terutamanya terbitan Creative Enterprise.

Buku English aku tak layan walaupun masa tu kawan aku semua kerek gila bila mereka ada koleksi buku Mr. Midnight.

Hebatlah kononnya baca buku orang putih tapi markah ujian lebih kurang saja dengan aku hahaha.

Dan aku ingat lagi, satu novel yang paling aku suka sekali masa tu.

Novel Permata Hati hasil nukilan Malee Chuswan.

Aku obses betul dengan cerita di antara Ikhmal Hisham dan Ariana tu.

Sampai sekarang aku teringat-ingat lagi dengan cerita tu walaupun buku tu dah tak ada dikebas orang cis.

Jadi, dari situlah aku mula berangan-angan nak tulis novel best macam tu.

 

. 8 .

MINAT

Bermula dari suka membaca karya orang lain, aku mula berminat untuk menghasilkan karya sendiri.

Minat dalam menulis novel ni sangat penting ya korang.

Bayangkan kalau tak ada minat, macam mana korang nak cekalkan hati nak siapkan novel yang beratus-ratus muka surat tu?

Bukan sedikit kesabaran yang diperlukan.

 

. 7 .

KETAGIH

Korang tau tak macam mana ketagihnya orang yang hisap dadah tu dengan dadah?

Macam tu jugalah aku dengan menulis novel.

Kalau selang beberapa hari tak menulis, rasa serba tak kena.

Perasaan jadi tak tenteram, apatah lagi kalau masa tu idea tengah menggila dalam kepala.

Laptop dengan aku umpama irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan hehehe.

 

. 6 .

BERKONGSI PENGALAMAN

Dalam hidup ni, ada sesetengah perkara tu yang susah sangat kita nak ceritakan kepada orang lain, walaupun kita nak sangat bagitau pasal benda tu.

Aku pun macam tu.

Aku jenis yang susah nak cerita tentang perasaan aku pada orang lain.

Ada sesetengah perkara tu terpendam saja di hati aku tanpa mampu aku luahkan.

Jadi, novellah medium aku untuk memberitahu segala-galanya yang aku nak beritahu.

Bila aku berbuat demikian, aku rasa beban di hati terlepas.

Kerana aku berkongsi rasa dengan semua pembaca yang sudi membaca novel aku.

 

. 5 .

MELUAHKAN PENDAPAT

Kadang-kadang, aku tak tahu di mana aku nak menyalurkan pendapat aku untuk dikongsikan bersama semua orang.

Maklumlah, aku ni bukannya retis atau pak mak menteri yang boleh senang-senang saja keluar masuk tv hari-hari.

Siapalah aku, hanya seorang rakyat marhaen biasa sob sob sob.

Jadi, disebabkan itulah aku berkongsi pendapat aku melalui watak-watak dan penceritaan aku di dalam novel.

Contohnya di dalam novel Dia Si Katak Puru, aku mengetengahkan isu anak luar nikah dan perspektif masyarakat terhadap mereka.

Dalam novel ini aku kuat menegaskan bahawa anak luar nikah tu tak bersalah, jadi kenapa perlu nak lampiaskan kemarahan ke atas mereka atas kesalahan ibu bapa mereka di masa lampau.

Aceceh macam pro je kan hehehe.

 

. 4 .

MENGASAH SKIL PENULISAN

Dulu masa sekolah, karangan Bahasa Melayu aku selalu dapat markah tinggi.

Kiranya, aku ni ada bakat jugalah dalam menulis ni hehehe *sila ambil tong sampah untuk muntah hijau* Jadi, aku menulis novel untuk memantapkan lagi cara penulisan aku.

Bila menulis novel, kita memang perlu memerah otak untuk memikirkan tentang plot dan lain-lain lagi.

Jadi, bila korang nak jawab karangan SPM Bahasa Melayu, korang dah takkan ada masalah sebab korang secara tak langsung dah melatih otak korang untuk berfikir secara kritis, kreatif dan pantas masa menulis novel tu.

Kalau setakat 1000 patah perkataan tu, alah petik jari saja.

Takut masa tak cukup pulaklah kan hehehe.

 

. 3 .

MENCARI KEISTIMEWAAN DIRI

Aceceh ayat tak boleh blah.

Tapi inilah yang sebetul-betulnya.

Sejujurnya, aku ni perempuan yang sangat biasa.

Very the ordinary.

Belajar tak pandai mana.

Lawa tu memang taklah.

Bersukan pun tak terer.

Kadang-kadang aku jealous tengok kawan-kawan aku yang lain pandai berdebat, berpidato, buat Add Math sentiasa dapat A, bersukan tu dapat pingat saja memanjang.

Jadi, aku boleh dikatakan sebagai seorang yang sangat biasa di sekolah dulu.

Keistimewaan aku hanyalah menulis dan mengarang cerita.

Sebab tulah, aku mencabar diri aku untuk menulis novel yang beratus-ratus muka surat tu.

Aku nak tengok sejauh mana bakat menulis aku tu boleh pergi.

Dan alhamdullillah, akhirnya manuskrip aku iaitu Puteriku Anastasia siap juga masa aku berada di tingkatan tiga.

Walaupun manuskrip tu kena reject huhuhu sadis.

 

. 2 .

KEPUASAN DIRI

Korang tau tak macam mana seronok dan puasnya hati bila dapat tulis perkataan ‘TAMAT’ tu KORANG TAU TAK????

Apatah lagi kalau manuskrip korang tu berjaya diterbitkan, korang akan , ‘’OH MY GOD LIKE SERIOUSLY AHHHH!’’ Rasa nak menjerit bagi satu dunia dengar.

Kepuasan dia memang tak terkira macam baru menang olimpik pingat emas.

Rasa nak buat kenduri kesyukuran masa tu jugak hahaha.

 

. 1 .

ROYALTI

Tak dinafikan bahawa aku ni sedikit mata duitan.

Apatah lagi aku adalah seorang pelajar yang sentiasa mempunyai pelbagai kehendak *bukan keperluan ya* jadi sebagai seorang anak tak sangguplah aku untuk sentiasa menyusahkan ibu bapa memenuhi kemahuan aku yang rakus ni hehehe.

Jadi di sinilah, duit royalti tu memainkan peranan.

Bolehlah berdikari.

Tambahan lagi, bila hari pertama aku dapat royalti tu, aku terus belikan hadiah untuk mak abah aku, ajak mereka makan.

Boleh terpapar riak bangga pada wajah mereka, macam aku ni dah berjaya dan ada kerja hebat.

Itulah saat yang paling membahagiakan sebenarnya.

Jadi, itulah serba-sedikit sebab kenapa aku menjadi seorang penulis.

Korang pulak macam mana?


~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

5 Responses

  1. Avatar Anonymous says:

    Eh,samalah kita

  2. Avatar mohd azli rahman says:

    “untuk menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua membaca, ketiga membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis”petikan dari entah sapa2 tapi terbaik..saya juga mengalami keadaan yg sama cuma membaca dan memang jadi darah daging tanpa suruhan siapa2..menulis karangan memang banyak dapat A masa sekolah(ehem, ehem..hehe..)cuma kesempatan nak menulis xde walaupun idea dan berabuk dalam kepala huhu..macamana nak buat ye?

  3. Avatar syara says:

    sama la kta. cuma kalau sy memula tu dari cerpen pastu komik pastu drama/film lastly novel.. sumanya sy layan seja. tapi smpai skrg sy blum mula satu pun cubaan utk bt crita sndiri.. best nya dapat capai impian tu.. sy pun mau btul ni jadi penulis novel. rasanya sy masih mentah.kena byk bljr lagi.tapi mcm sy mau skrg juga cabar diri ni bbuat novel sbb sy suda simpan idea dlm otak ni. tapi masalahnya skrg sy x yakin. sinopsis yg sy buat pun rasa mcm tidak ngam betul. ermm. sy ada satu soalan! sy ingat mau buat genre novel sy ni misteri. tapi misteri tu tiada yang menggerunkan. crita sy ada bahagian2 mncritakan life seseorang. jadi..erm.. ya,genre tu misteri! jadi,kalau la kan sy jadi bt novel then sy mau antar bakal manuskrip sy..hehe.. konon la.. apa syarikat penerbitan yg sesuai dengan genre misteri? hmm.. buku alaf..atau..buku fixi? errr.. harap2 soalan sy, awk dpt jawab. hihihi.. sorry for my malay sabahan slang.. terima kasih.

  4. Avatar Afifi Izwani says:

    Saya minat nk jadi penulis sejak tngkatan 3 kot… Maybe sebab saya pernah ternampak lelaki yg saya suka dalam diam kerap lepak kat tangga sekolah, baca novel… Time tu saya fikir, kan best klau salah satu buku yang dia baca tu hasil penulisan saya… Time frm4 saya nk masuk kelas sastra… Tp, ckgu2 x bagi sebab nampak masa depan saya dalam bidang bisnes katanya… So trpksa jadi budak akaun… Apa2 pun semangat nk tulis novel ttap ada.. Time frm5 saya mula karang 2 buah buku… 1 kisah cinta n satu lagi kisah mistik… Tapiiii…. Xpernah hntr kat pnerbit sbb bnyak dugaan… Laptop kena format ler apa bagai… Smpai trpksa taip blik cter tu smpai 4 ke 5 kali… Last2 saya give up… Dh bhnti menulis… Smpailah skrg umo 27… Baru timbul balik smangat nk menulis… Tu pun lepas dilamar org utk join siapkan satu buku kisah2 benar… Doakan smoga saya berhasil ya… N kalau buku tu berjaya dikeluarkan… Saya akan karang semula cerita mistik yang saya tulis dulu… N maybe ada pnambahan crita kot sbb ianya berkisarkan tentang kisah sbenar yang saya lalui.. N tentang kepercayaan tahyul masyarakat kita.

  5. Avatar Nurunnajwa says:

    Bila tengok nama pena awak, teringat dekat seorang doktor. Dia pun penulis juga. Namanya Ilzanno Sharky. Ada iras2 kan😅

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *