Baru Dan Lama

Jambatan

Jambatan ( StockSnap )

Kegelapan tidak akan
dapat diterangkan tanpa kehadiran cahaya lilin.

Masakan akan menjadi tawar tanpa dibubuh garam.

Tanpa tanah kita tidak akan dapat bercucuk tanam untuk menikmati hasilnya. Rasa segar dan nyaman tidak akan dapat dinikmati tanpa menghirup udara yang segar.

Rezeki tidak akan dapat diperolehi tanpa bekerja. Ilmu tidak akan dapat memenuhi dada tanpa kita yang mencarinya sendiri.

Tidak akan dapat belajar mengenali erti ketabahan dan kesabaran tanpa menghadapi ujian mahupun dugaan. Kita tidak akan dapat menyeberang tanpa menggunakan jambatan.

Sampan tidak akan dapat bergerak mengharungi air sungai tanpa menggunakan dayung. Adat dan warisan budaya tidak akan dapat diwarisi tanpa diturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

Peninggalan bersejarah tidak akan luput dan hilang dengan begitu sahaja tanpa kita sendiri yang sentiasa memelihara dan menjaganya. Makanan dan minuman tidak akan sempurna apabila dihidangkan tanpa dengan pinggan dan cawan.

Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan kegigihan. Anak-anak tidak akan menjadi seorang insan yang kuat berpegang pada ajaran agama dan mempunyai akhlak yang mulia dan berbudi pekerti tinggi tanpa mendapat didikan yang sempurna daripada kita sebagai ibu bapa.

Siang tidak akan terang-benderang tanpa sinaran cahaya matahari. Malam tidak akan bersinar indah tanpa suluhan cahaya sang rembulan dan kerlipan bintang.

Kerja yang berat dan sukar tidak akan dapat dilaksanakan tanpa semangat berpasukan dan permuafakatan yang tinggi. Buih-buih yang memutih tidak akan timbul dan berapungan membasuh gigian pantai tanpa dihempas ombak.

Pepohonan yang rendang dan menghijau tidak akan bergoyangan tanpa ditiup angin. Buah tidak akan dapat dipetik tanpa menggunakan galah.

Santan tidak akan dapat tanpa diperah. Tidak akan sampai ke puncak gunung tanpa pendakian.

Sesuatu yang amat berharga tidak akan hilang dan terbiar dengan begitu sahaja tanpa disimpan dan dijaga dengan begitu baik. Kalau dah ikan namanya tidak akan hidup tanpa air.

Kemanisan tidak akan dapat dirasai tanpa gula. Tidak akan dapat memandang ke atas tanpa mendongakkan kepala.

Perjalanan hidup ini tidak akan dinamakan sebagai perjuangan tanpa mengenal erti kemenangan dan kekalahan. Dunia percintaan tidak akan dapat dihayati tanpa kejujuran dan kesetiaan.

Persahabatan tidak akan dapat difahami tanpa ketawa ketika ramai dan menangis seorang diri. Setiap permulaan tidak akan sempurna tanpa pengakhiran.

Jalan keluar daripada sesat tidak akan ditemui tanpa kembali semula ke pangkal. Rumah tidak akan kukuh dan kuat tanpa tiang.

Kita tidak akan dapat belajar memahami erti sebenar kehidupan ini tanpa pengalaman yang telah dilalui. Kekotoran tidak akan hilang tanpa dibersihkan.

Ruang tidak akan menjadi kecil dan sempit tanpa dibesarkan. Tidak akan dapat membaca dan menulis tanpa mengenal abjad sebagai permulaan dalam pembelajaran.

Pandangan dan buah fikiran tidak akan dapat diperolehi tanpa duduk semeja dan berbincang. Lukisan tidak akan kelihatan cantik tanpa warna.

Bahtera tidak akan dapat berlayar mengharungi lautan yang luas terbentang tanpa dikemudi oleh nakhoda. Lalang tidak akan kelihatan tanpa ditebas.

Parang tidak akan menjadi tumpul tanpa diasah sentiasa. Tidak akan muncul yang baru tanpa adanya yang lama terlebih dahulu.


~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *