11 Tip Menulis Novel Di Formulasikan Untuk Perempuan Sahaja!

Buku nota

Buku ( Engin Akyurt )

Hai semua!

Aku yakin, pasti ramai di luar sana yang teringin hendak menjadi penulis novel.

Atau gelaran glamornya, novelis.

Terutamanya perempuanlah kan.

Sebab hati perempuan kan jenis yang berbunga-bunga gitu hehe.

Tapi, ramai di antara kita yang berputus asa sebelum mencuba.

Banyak juga yang sudah memulakan langkah menulis novel tetapi berhenti sekerat jalan.

Antara sebab yang paling popular sekali adalah writer’s block.

Jadi bagaimana cara nak mengatasi writer’s block dan menamatkan novel yang berjumlah beratus-ratus muka surat itu?

Ikuti langkah dan tips menulis novel di bawah.

 

1. Pengalaman Sendiri.

Bagi penulis yang baru menulis manuskrip novel untuk pertama kali, pasti akan mengalami kesukaran untuk memikirkan plot penceritaan yang menarik dan tidak membuatkan pembaca bosan.

Bahkan penulis yang sudah lama bertapak dalam dunia penulisan juga mempunyai masalah yang serupa.

Jadi, inilah situasi di mana korang boleh menggunakan pengalaman percintaan yang korang pernah atau sedang lalui.

Percayalah, hasil penulisan korang akan tampak lebih real dan tidak dibuat-buat.

 

2. Pengalaman Orang Lain.

Korang merasakan perjalanan kisah cinta korang tidak menarik.

Happy go lucky saja memanjang.

Kalau gaduh pun ala-ala gaduh manja gitu.

Pembaca novel mana suka cerita happy-happy macam tu.

Mesti kena ada konflik yang mendebarkan hati.

Mak mertua masuk campur urusan rumah tangga, orang ketiga tiba-tiba muncul entah dari mana, paling tak pun hero dan heroin ada penyakit.

Penyakit yang paling famous sudah tentulah kanser hehe.

Jadi inilah masanya korang memanfaatkan kisah-kisah orang di sekeliling korang.

Paling tidak pun mesti ada seorang dua kawan perempuan korang yang pernah patah hati dengan bekas kekasih.

Tak percaya?

Cuba pergi tanya.

Nak tulis sampai 1000 muka surat pun tak ada masalah hehe.

 

3. Imaginasi Tinggi.

Perempuan sangat sinonim dengan sikap yang suka berangan-angan.

Kalau tidak, tak adalah umur baru lapan tahun dah ada senarai ciri-ciri putera idaman hati.

Tak ada?

Jangan tipu, okey.

Dosa.

Sekurang-kurangnya mesti sekali dua korang pernah bermimpi nak kahwin dengan lelaki ala-ala muka Channing Tatum tu kan kan kan.

Jadi, gunakanlah imaginasi korang itu dengan sebaik-baiknya.

Pembaca novel ni kebanyakannya perempuan.

Jadi korang sebagai seorang perempuan, tentu tahu apa yang perempuan lain mahukan.

Luahkan semuanya di dalam penulisan korang.

Tentu pembaca korang akan menggemarinya kerana apa yang korang tulis mewakili apa yang ada di dalam hati mereka.

 

4. Tutup Mata.

Huh, tutup mata?

Nak suruh tidur ke apa?

Hehe taklah.

Sebenarnya tips ini digunakan apabila korang sudah tergesa-gesa untuk menghabiskan penceritaan korang.

Ya, aku tahu sebagai penulis kalau boleh kita nak sangat tulis perkataan keramat ‘TAMAT’.

Rasa macam dah terseksa sangat jiwa dan raga.

Sebab itulah dalam sesetengah novel, pada permulaan cerita plotnya sangat menarik tetapi semakin menuju ke pengakhiran, ceritanya bagai ditamatkan dengan tergesa-gesa.

Dan kita pun macam ‘’EH, NI JE? CEPAT GILA DAH HAPPY ENDING. KONFLIK BUKAN MAIN PANJANG BERJELA”.

Jadi, kalau korang dah penat dan mahu menghabiskan cerita korang cepat-cepat padahal ia tidak sepatutnya habis lagi, pejam mata korang.

Biarkan fikiran kosong seketika.

Perlahan-lahan ambil nafas panjang.

Dan percayalah, , rasa tergesa-gesa itu perlahan-lahan akan hilang.

Dan mungkin korang akan mendapat idea baru yang lebih menarik!

 

5. Tetapkan Deadline.

Perempuan sangat sinonim dengan sikap suka berlengah-lengah.

Jadi untuk mengelakkan kita mengambil masa terlalu lama untuk menyiapkan karya, sebaiknya kita tetapkan target bila manuskrip novel kita akan siap.

Contohnya, novel pertama aku yang berjumlah 590 muka surat.

Pada mulanya aku tetapkan dalam tiga bulan aku kena siapkan novel ni.

Dan aku berjaya (walaupun adalah terlebih 7-8 hari hehe).

 

6. Sentiasa Bawa Buku Nota Dan Pen.

Perempuan sangat sinonim dengan sikap yang sukar dijangka.

Kadang-kadang tengah sibuk keluar dating dengan boyfriend pun, ilham boleh datang.

Contohnya boyfriend buat satu benda yang sangat sweet.

Tolong nenek tua lintas jalan padahal muka tu macam gangster.

Korang pun macam ‘’awwwww’’ dan terus capai buku nota dalam beg dan catit siap-siap agar kenangan itu boleh diabadikan dalam novel korang.

Takut balik rumah nanti, lupa pula kan.

Perempuan kan sangat sinonim dengan sikap pelupa hehe.

 

7. Buat Kajian.

Perempuan sangat sinonim dengan sikap yang rajin.

Kalau kat sekolah, lelaki paling suka satu kumpulan dengan perempuan sebab mereka boleh jadi sleeping partner. Eh?

Jadi, rajin-rajinkanlah buat kajian agar penceritaan anda akan tampak lebih real.

Jangan tulis cerita yang tak masuk akal ya.

Jangan buatkan pembaca melabelkan korang sebagai penulis yang tak bijak.

Contohnya, hero dalam cerita anda belajar kejuruteraan kimia di University of Manchester.

Tapi balik-balik Malaysia, jadi doktor gigi.

Kan tak logik tu?

 

8. Mendalami Perasaan Watak.

Perempuan sangat sinonim dengan sifat yang senang beremosi.

Jadi, gunakanlah sebaik-baiknya anugerah itu untuk mendalami perasaan watak dalam novel korang.

Letakkan diri korang di tempat karakter dalam manuskrip.

Kalau babak sedih, korang pun jadilah sedih.

Fikir apa yang akan dia lakukan apabila dia sedih.

Apa yang terdetik di dalam hatinya.

Kemudian, corekkan kembali apa yang korang rasakan dalam bentuk ayat.

Percayalah, karya korang akan menjadi sebuah karya yang menyentuh perasaan setiap yang membacanya.

 

9. Rajin Bertanya Kepada Editor.

Perempuan sangat sinonim dengan sifat pemalu.

Kadang-kadang nak buka mulut tu serba-salah sangat macam nak mengaku bunuh orang.

Dalam dunia penulisan, komunikasi antara penulis dan editor sangatlah penting.

Editor tahu apa yang pembaca di luar sana mahukan.

Jadi, adalah penting untuk berkomunikasi dengan editor agar korang dapat menghasilkan karya yang boleh dijual.

Kalau ada apa-apa kemusykilan, tanya saja pada editor.

Insha-ALLAH, editor akan sentiasa menolong.

Kerana kalau korang sebagai penulis tidak menghasilkan sebarang karya, editor pun tidak ada apa-apa untuk diedit, kan?

 

10. Minta Pandangan Orang Lain.

Perempuan sangat sinonim dengan sifatnya yang sentiasa memerlukan pertolongan. Eh?

Jadi, gunakanlah ciri ini untuk meminta tolong kawan-kawan atau ahli keluarga korang untuk menjadi proof reader setelah manuskrip korang siap.

Kadang-kadang walaupun kita sudah baca sendiri berulang kali, pasti akan ada juga kesilapan.

Minimakan kesilapan yang terdapat dalam manuskrip sebelum dihantar pada editor.

Elakkan membuat kesilapan-kesilapan kecil seperti tatabahasa.

Semakin sedikit kesilapan, semakin tinggi peluang untuk manuskrip korang diterbitkan.

[ Aku Tak Tahu Kenapa Jari-Jemari Aku Ketika Ini.. Tak Boleh Berhenti Menaip ]

 

11. Berdoa.

Inilah tips yang paling penting.

Kita hanya mampu merancang, tetapi Tuhan yang menentukan.

Jangan pergi jumpa bomoh pula, suruh sihir editor tu supaya menerima manuskrip korang.

Hehehe.

Sekian saja tips menulis novel daripada aku.

Harap-harap dapat membantu korang dalam perjalanan untuk menyiapkan manuskrip.

Good luck!




~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

12 Responses

  1. Good tips!

    • Avatar Farrah Izzlorna says:

      Thank you :)

  2. Avatar Izzatul Hidayah says:

    Good tips! Thanks sis. Sis, sis rse bdk 13 thun diterima ke ?

    • Avatar Farrah Izzlorna says:

      Boleh je. Asalkan jalan cerita adik best dan komersial, umur tak jadi masalah. Good luck!.

  3. Avatar cik introvert says:

    tip yang bagus. tapi yang paling susah nak dalami perasaan watak dan juga nak pastikan perwatakan watak tu senada aje… moga awak terus dapat hasilkan karya unik seperti rooftop

  4. Avatar Sarah Yana says:

    tip yang bagus..Boleh saya cuba….Tapi kalau nak buat dalam bentuk untuk sekolah rendah..Macam mana ye…

  5. Avatar WriterBlock says:

    Untuk mendalami watak tu, kind of easy to me. I have alot of ideas on how to write the story but my problem is, susah nak cari perkataan yang suitable. Rasa was-was nak sambung tulis sebab tak yakin dengan penggunaan ayat. Stop writing last year, but idea melimpah-limpah. Nak tulis tu saja yang rasa susah.

  6. Avatar Carol says:

    Sye rase sye nak try lah sis😂
    Die tentang hidup sye gan perjalan hidup sye😓

  7. Avatar Lily says:

    Thanks sis.. saya tak ada konfiden sebelum ni,tapi insyaallah saya akan cuba

  8. Avatar Nor Asmah says:

    Terima kasih. Tips ini boleh digunakan untuk menghasilkan novel pertama.

  9. Avatar Nisa omar says:

    Saya nak buat jugak
    Terima kasih untuk tips ni
    Macm mna saya nak mula buat novel ni😅

  10. Avatar Damia husna says:

    tq akak saya akan cube gune tips ini untuk masauk pertandingan kak saya nk tanye soalan banyak kak boleh email saya sebab saye nk buat novel han1u

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *