10 Barang Yang Tidak Wajib Tapi Harus Di Beli Semasa Bercuti Di Selangor
Kota Darul Ehsan / Via Tourism Selangor
Acap kali saya buka FB, memang tak lepas mata ni tengok ‘status update’ dan gambar-gambar posing habis cun berlatarkan bangunan Eiffel Tower,Venice, Korea, Dubai dan merata tempatlah.
Banyak cenderahati yang mampu di beli oleh kawan kita yang kita cuma mampu tengok dari jauh sahaja.
Dan yang lebih sadis, kita tak termasuk dalam senarai yang mampu dapat dari kawan yang pergi kat sana tu!
Tak cukup kat Instagram, post pulak kat whatsapp.
Bukan apa, katanya sebagai inspirasi nak berjalan nanti.
Dan saya pun berhuhuhu sampai ke sudah.
Tapi bagi yang tak mampu nak pergi ke tempat-tempat di luar dari pantai Malaysia ni, jangan lupa dalam negara kita ni pun ada tempat menarik dan cenderahati yang mampu milik untuk di jadikan kenangan yang terindah.
Entry kali ni tentang Selangor.
Nak tahu?
Baca kat bawah ni!
1. Kraftangan dari tali Jut
Kalau anda sampai di Kuala Selangor, jangan lupa singgah di D’ Jut Classic Craft Enterprise di Kampung Permatang.
D’Jut Classic / Via Fb
Kat sini anda boleh beli perhiasan dari tali gentian jut yang dihasilkan menjadi kraf unik seperti hiasan di tepi cermin, hiasan pada bingkai al-Quran, reben, hiasan di lampu rotan, pasu bunga, tulisan khat dan banyak lagi.
Nanti boleh la anda hias rumah dengan kraftangan ala-ala tradisional tapi kontemporari dan memukau mata yang memandang.
2. Barang lama atau antik
Berita baik bagi penggemar atau pengumpul barang lama!
Lama bukan sebarang lama tau, tentunya dapat mengembalikan nostalgia indah dan kenangan manis semasa bercuti.
Kalau anda berkunjung ke Petaling Jaya, apakata pergi cuci mata kejap di Amcorp Mall Flea Market.
Amcorp Mall / Via Myfleamarket
Dari matawang lama, kraftangan, piring hitam, tembaga, setem sampai la ke barang permainan kanak-kanak zaman dulu ada kat situ.
Anda jangan terkejut ada sesetengah koleksi memang rare dan susah nak jumpa!
3. Barangan Piuter
Pewter / Via Ft
Bayangkan anda makan guna pinggan, cawan, sudu semua dari piuter.
Elegen habis!
Tapi orang selalu buat perhiasan je la.
Kalau anda tercari-cari cenderahati untuk jadikan kenangan dan dalam masa sama boleh digunakan atau hadiah untuk kawan anda boleh la dapatkan di cawangan Royal Selangor Pewter di Sunway Pyramid dan One Utama kat Petaling Jaya.
Empire Shopping Gallery Subang Jaya dan Setia City Mall Shah Alam.
Kalau anda dah terlajak sampai Kuala Lumpur boleh la anda singgah di kilang Piuter Royal Selangor kat Setapak.
Untung-untung dapat harga murah selain enjoy belajar buat barangan piuter sendiri.
Lagi puas!
4. Variasi kain corak dan warna di Jakel
Wisma Jakel / Via Foursquare
Okey yang ni ramai suka tambah-tambah lagi orang perempuan, bakal pengantin dan tak kurang juga tukang jahit ramai yang berkunjung kat sini.
Lagi meriah kalau ada sale dan diskaun hujung tahun dan Hari Raya.
Sehari suntuk la kat situ.
Pelbagai jenis fabrik yang berkualiti tinggi dan ekslusif boleh didapati di Wisma Jakel Shah Alam berhadapan dengan pintu belakang UiTM Shah Alam.
Harga pun boleh tahan dan berbaloi dari tempat lain.
Kalau anda bercuti area Shah Alam jangan lupa bertandang di sini.
Tempat wajib singgah la katakan.
5. Pokok bunga dan tanaman lain
Bagi anda yang menggunakan laluan Sungai Buluh ke destinasi lain, rajin-rajin lah berkunjung ke Nurseri Sungai Buloh (berdekatan hospital Sg. Buloh) yang menyajikan pemandangan mengasyikkan dari bunga Mawar, Orkid, Lili,Daisi dan macam-macam lagi.
Nursery / Via Che-Cheh
Bukan satu tempat je nurseri jual bunga, banyak tau!
Tanam pokok ni yang bestnya boleh hilangkan stress kerja, fikiran tenang, mood pun jadi lebih baik.
6. Coklat
Coklat barang kenangan yang tahan lama!
Eh apa maksudnya?
Rasa coklat yang mampu buat kita teringat-ingat, sampai termimpi-mimpi tau!
Peminat tegar coklat je tahu.
Bagi yang dalam perjalanan ke Petaling Jaya, jangan lupa singgah di Muzium Coklat kat Kota Damansara.
Muzium Coklat / Via Noor Atikah Ramli
Ada coklat Daim, Hersyes, Lindt, Ferrero Rocher, Didani, Danson, M&M’s, Toblerone, Kinder Bueno, Snickers, dan macam-macam lagi la.
Murah je tau.
Nak bagi coklat kat pasangan anda?
Inilah masanya!
7. Barangan keperluan dan aksesori
Nak beli kasut baru? Baju?
Tali pinggang? Beg?
Sebut je.
Bawak satu keluarga, sudara mara, orang kampung semua bagi meriah Uptown Shah Alam Seksyen 24.
Uptown Shah Alam / Via Cocunuts
Nak beli barang kenangan, aksesori untuk kereta, manusia semua anda boleh dapatkan dengan harga murah dan berbaloi-baloi.
Kenalah pandai tawar menawar dengan peniaga, kalau langkah kanan dapat harga runtuh.
8. Pakaian wanita dan lelaki
Tak lengkap rasanya jika anda sampai di Shah Alam tapi tak berkunjung ke kompleks PKNS.
Kompleks PKNS / Via 4Travel
Lepas beriadah di tasik Seksyen 2, boleh lah singgah masuk dalam terus ke butik-butik atau kedai-kedai pakaian dalam kompleks ni.
Baju melayu untuk abang, jubah untuk mak, songkok untuk ayah, baju kebaya moden untuk kakak.
Pakaian untuk umrah dan haji pun ada kat sini.
Kalau anda bernasib baik, kat tengah-tengah dalam PKNS ni selalu buat jualan penghabisan stok dan diskaun gila-gila untuk pembeli.
Jangan lepaskan peluang!
9. Perhiasan dalaman rumah
Mood kemas rumah dah datang, duit pula dah berkepuk kat tangan, apalagi singgahlah ke kedai Romantika di Plaza Alam Sentral (PAS) Shah Alam sebelah je dengan PKNS Shah Alam tadi.
Kedai Hiasan Romantika / Via Beedarling
Apa yang menarik pengunjung boleh dapatkan aneka dekorasi dalaman seperti langsir, kusyen, lampu, cadar katil, meja hiasan yang bertemakan Inggeris dan vintage.
Selain di PAS boleh juga didapati di cawangan kedai Romantika di Amcorp Mall Petaling Jaya, Kajang Metro Point Mall dan Selayang Mall.
10. Kraftangan dari rotan
Ha! Tempat special sikit.
Nak tahu sebab apa?
Orang yang buat anyaman rotan ni terdiri dari pengusaha-pengusaha yang mempelajari pelbagai teknik anyaman mengikut program yang ditetapkan.
Projek ini di bawah anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
Produk terdiri daripada bakul dobi, bakul telur, bakul payung, bakul buah, cermin rotan, tudung saji, beg dan sebagainya.
Jom kita serbu di MyHani Enterprise di Kampung Lembah Kinrara, Bandar Puchong Jaya.
Sambil membeli sambil membantu pengusaha tempatan kan!
Alamat: Lot 122, 8-12 Jalan Rajawali 1A, Bandar Puchong Jaya, Selangor, 47100 Puchong, Malaysia
Phone: +60 12-683 2588
“Breaking Soul into Travel and Write”