5 Bahasa Tubuh Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu

Lelaki diciptakan dengan satu kod khusus di mana, mereka tidak boleh bersifat terlalu sensitif.

Ini wujud kerana, apabila mereka bergaul dengan kawan lelaki yang lain, sebarang sifat sensitif hanya akan menunjukkan kelemahan dan bukan maskuliniti.

Oleh itu, lelaki cenderung untuk menampilkan sisi mereka yang keras, kononnya tiada rahsia – straight to the point.

Keadaan ini pastinya menyukarkan golongan wanita untuk memahami golongan lelaki.

Untuk itu, di sini saya kongsikan 5 bahasa tubuh lelaki yang mudah bagi wanita ketahui…

 

1. Superman

Nama pun dah cool semacam kan?

Lelaki biasanya akan menunjukkan gaya ala-ala model apabila mereka berminat dengan seseorang wanita.

Biasanya mereka akan menyikat rambut menggunakan jari-jemari, membetulkan kolar baju, tali leher dan sebagainya.

Ini adalah petanda bahawa mereka berminat dengan orang yang berada di hadapan mereka.

Jika anda berhadapan dengan lelaki sebegini, nampaknya anda sudah menarik minat seseorang. Hehe..

Baca juga : Perempuan Macam Manakah Yang Menjadi Pilihan Lelaki?

 

2. Cermin

Lelaki biasanya akan cuba untuk meniru wanita yang berada di hadapan mereka dalam pose atau gaya bercakap, duduk dan sebagainya.

Ini sebenarnya adalah satu petanda bahawa dia adalah seorang yang prihatin dan menarik.

Pada masa sama, dia ingin mengurangkan ketegangan persekitaran yang wujud di sekelilingnya.

Jika anda berhadapan dengan situasi ini, elakkan daripada bertanya mengapa dia berbuat sedemikian kerana, dia sebenarnya sedang mengawal situasi komunikasi ketika bersama anda.

Baca juga : 4 Cara Untuk Memutuskan Hubungan Daripada Lelaki Yang Tidak Serius

 

3. Arah Tapak Kaki

Secara psikologi, seseorang itu akan mengarahkan tapak kakinya kepada orang yang mereka minati tanpa sedar.

Ini adalah berdasarkan kefahaman bahawa tubuh badan akan beraksi dengan minda untuk menyukai arah yang ingin ditujui atau pergi.

Jika anda berhadapan dengan lelaki yang agak pemalu, lihat arah tapak kakinya dan anda akan tahu dia sebenarnya ingin berada di mana.

 

4. Tangan

Wanita perlu sedar bahawa lelaki biasanya tidak akan mengatakan mereka bosan secara terang-terangan.

Tidak kiralah samada ia untuk tujuan menjaga hati atau malu untuk menyatakan, untuk jangka masa panjang ia boleh merosakkan hubungan.

Lihat pada tangannya, jika dia kerap memasukkan tangan ke dalam poket seluar, itu tandanya dia bosan.

Lakukan aktiviti lain atau cuba hasilkan situasi menarik.

Baca juga : Mari “Mengintip” 13 Rahsia Lelaki Yang Bukan Lagi Rahsia

 

5. Menggaru Bulu Mata

Biasanya, ini adalah tanda bahawa mata lelaki tersebut gatal dan perlu digaru. Hehe..

Namun, secara psikologinya, ini juga merujuk kepada signal ‘saya sedang menipu’.

Bahasa tubuh sebegini juga adalah sekumpulan dengan perbuatan  menutup mulut, mata berkelip kerap tanpa sebab.

Jika anda berhadapan dengan lelaki sebegini, buat kepastian sebelum percaya bulat-bulat apa yang dikatakan.

Sejujurnya, bahasa tubuh seseorang itu adalah secara amnya berbeza untuk maksud berbeza.

Namun demikian, bahasa tubuh yang bersifat psikologi amat sukar untuk ditutup, yang dikenali sebagai ekspresi mikro.

Memahami bahasa tubuh sebegini amat perlu apabila berhadapan dengan lelaki untuk mengetahui samada dia gembira, sedih, bosan, marah dan sebagainya.

Anda boleh menonoton drama bersiri Barat ‘Lie To Me‘ untuk pemahaman lebih lanjut lagi.


~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

 

Luqman Mikhail
Luqman Mikhail adalah seorang penulis dan blogger. www.luqmanmikhail.com

Banyak Lagi Di Saudari

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!