Novelet “True Colors” (Bab 2)
BAB 2
Sesi Kenal-Mengenal
=======
“Hai morning!” Mata si lelaki hampir terbeliak.
Bella tayang senyum sinis. “Terkejut?”
Gila tak terkejut? Tiba-tiba kena ambush begini. Bella tayang muka selamba. Dan dengan selamba jugak dia ambil tempat berhadapan dengan lelaki yang menjadi punca kepada ke-famousan-nya. Pergi mana-mana semua mata sentiasa memerhatinya. Gayanya dah persis artis hollywood yang baru menang award dan gaji paling mahal di dunia. Tapi kenyataan yang nyata, dia famous kerana lelaki dihadapannya ini. Kerana lelaki ini dia di kenali sebagai awek gangster.
Jadi, mari kita tengok apa awek gangster ini akan buat.
“A.. apa you buat kat sini?” Matanya tidak berkutik memerhati gadis dihadapan yang nampak manis dengan senyuman tapi tajam dengan pandangan. Jantungnya berdegup kencang, degupan yang sama dia rasakan saat di basement kelmarin.
“Kalau you lupa atau you mungkin tak tahu langsung. I ni adik kepada pemilik Empayar Holding ni.”
“Dan… kalau you lupa jugak I ada nama cik adik.” Wajah lelaki dihadapan berubah serius. Dari duduk bersandar dia tegakkan badan.
“Emir Redza.”
“Dan lagi satu kalau pun you adik kepada Boss I pun. Nak masuk tempat orang biar beradab sikit. Hormat I ni yang lagi tua dari you.” Emir Redza terus bangun dari kerusi dan bergerak ke pintu.
Pintu dibuka luas.
“Sila keluar.”
“Hoho.. You halau I? You sedar tak yang you tengah halau siapa?”
“Semalam you tanya mana manner I? sekarang I tanya you balik, mana manner you? Terjah opis orang sesuka hati. Ini ruang privasi I.”
Bella tergelak sinis.
“Macam manalah Kakak I boleh ambil pekerja macam you ni?”
“Please Cik Bella Ammara.. I tak nak gaduh dengan you. Apa yang jadi salah I . Okay I’m so sorry. And please…”
Tolonglah pergi.. I takut I tak boleh kawal diri I. Bell. Cukuplah apa yang jadi semalam. Hati kecil bersuara. Matanya tajam tapi masih tetap beriak lembut saat mata tajam Bella Ammara menikam terus ke dalam matanya.
Tangan diangkat keluar pintu.
“Sekarang waktu I bekerja tolong jangan kacau periuk nasi I.”
“Netizen semua kecam I sebabkan you dan you senang-senang aje say sorry macam tu?”
“And you nak I buat apa?”
Dia bergerak ke arah Bella yang masih duduk disitu. Kerusi Bella dipusing menghadapnya. Badan dibongkokkan sedikit sepasang matanya menikam lembut ke dalam mata Bella Ammara yang nampak tajam tapi tetap tak mampu sembunyikan rasa takut apabila ditatap sebegitu.
“Cium kaki you? Ke nak I cium pipi you or your lips?” Emir senyum menggoda siap kenyit mata nakal. Sorry I can’t control myself anymore Bell.
“Ni cium kau!”
Dia sepak keting kaki kanan Emir Redza. Terjungkit-jungkit lelaki itu menahan sakit. Cepat-cepat Bella bangun dan sempat lagi dia tolak badan Emir Redza hingga lelaki itu jatuh tersembab ke lantai.
“BELLA AMMARA!!!”
Laju dia toleh ke pintu. Muka ‘harimau belang kelaparan’ yang muncul di depan pintu buatkan Bella telan liur beberapa saat.
“My office now..”
“Long.. It’s not..”
“Now!!”
>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<
“B ni tak malu ke? Datang serbu tempat orang cari makan? Memang nak jadi gangster sangat ke?”
“Mana ada jadi gangster. Kaklong tanyalah pekerja Kaklong tu apa dia cakap kat B. B datang sini baik-baik je. Nak settle dengan dia. Nak suruh dia minta maaf secara terbuka kat Facebook, bersihkan nama B. Tu jee lepastu dia boleh cakap….”
“Bersihkan apa? Tolonglah B… Perangai tu jangan macam budak-budak awak tu dah besar dah. Buatlah cara orang matang.”
Nak jaga Bella Ammara rasa macam jaga 10 orang budak kecil. Sakit kepala dengan adik perempuan yang sorang ni.
“Kaklong ni tak pernah pun sebelahkan adik sendiri.” Bella tarik muka masam. Saja nak ambil simpati Puan Nadiah.
“Memang salah B. Kalau B nak settlekan masalah, B yang patut jumpa Redza dan minta maaf. Bukan datang macam gangster. Jagalah sikit air muka Kaklong ni.”
Bella angkat kedua tangan separuh bahu tanda mengalah. Cakap dengan Kaklong mahu makan sampai tahun depan, itu pun belum tentu dia menang. Bukan tak kenal dengan perangai Kaklong yang suka menangkan orang lain dari adik sendiri. Nak merajuk lebih-lebih Bella tak kuasa kang datang mood tsunami Kaklong mahu terbalik bangunan Empayar ni.
Kak Nadiah tekan butang pada telkom di sisi kanan meja.
“Panggil Redza masuk bilik saya.”
“Baik Puan.”
Tak sampai beberapa minit pintu diketuk dari luar. Bella tarik muka masam. Malas sungguh nak hadap lelaki gatal bernama Emir Redza. Kiss my lips? Aku report kat Muhamad kang!
“Ya Puan.”
“Duduk dulu.”
Bella duduk membelakangi Redza. Kak Nadiah geleng kepala melihat tingkah si adik yang masih dengan sikap kebudak-budakkannya itu.
“Saya tak sempat nak kenalkan adik saya pada awak. Kenalkan Bella Ammara.” Kak Nadiah pandang tajam wajah si adik. Bella geleng kepala pada Kak Nadiah. Apa Kaklong waktu macam ni pulak nak buat sesi kenal-mengenal.
“Emir Redza.”
Dia memperkenalkan diri tapi kali ini lebih sopan.
“Adik saya ada sesuatu nak cakap dengan awak.. Bella nak cakap apa tadi?”
“Mana ada nak cakap apa-apa.” Kak Nadiah dah tarik muka. Bagus punya Adik!
Redza senyum mendengar.
“Saya minta-maaf apa yang jadi semalam. Apa yang keluar dilaman sosial luar dari kawalan saya dan saya akan bertanggungjawab. Salah saya sebab dah blok kereta awak. Saya minta maaf.”
Hamboi kau! Depan Boss bukan main baik budi pekerti. Dia ni buat-buat lupa ke apa yang jadi kat bilik dia tadi? Kiss my lips? Eee yekkk!
“B?”
“Hm.. Okey.” Itu saja yang dibalasnya.
“Make sure bersihkan balik nama I.”
“Baiklah…”
“Dah-dah. Saya anggap masalah korang berdua dah settle.”
“Baik Puan.”
“Awak dah boleh sambung buat kerja awak.” Dia angguk kepala seraya bangun dari kerusi. Sempat Redza berbisik ke telinga Bella sebelum melangkah hingga buatkan Bella kaku seketika.
Your smile is killing me.
What the f? Cepat-cepat dia toleh ke muka pintu. Redza sudah lesap. Gila!
“B.. dah-dah tu. Sekarang kita masuk topik baru.”
Bella hela nafas panjang.
“Topik apa lagi Kaklong? Kalau nak cakap pasal semalam my answer is still no. B tetap nak tinggal kat rumah tu. B selesa dengan rumah tu. B suka tinggal kat Selayang.. Lagipun, itu tempat asal kita sebelum kita jadi apa yang kita jadi sekarang..” Dia tunduk kepala. Harap-harap buat ayat pasrah ni boleh ambil hati Kaklong.
Kak Nadiah hela nafas berat. Niat dia cuma mahukan adiknya tinggal bersamanya. Bolehlah dia pantau apa yang dilakukan oleh Bella. Bella Ammara jiwanya masih jiwa seorang remaja. Apa yang dia mahukan dan apa yang tidak dia mahukan orang sekeliling harus patuh. Tapi, Kak Nadiah kenal sangat dengan hati adiknya.
“Kalau B tak nak. Kaklong bagi B pilihan. Pindah rumah Kak Long atau kerja dengan Empayar.“
“Dua-dua B tak nak.” Laju dia menjawap.
Lagi-lagi sekarang dia tahu yang mamat tu bekerja dengan Kak Long memang taklah! Dia sambung dalam hati tak berani nak sambung depan Kaklong nanti kena ketuk dengan keyboard komputer depan mata.
“Apa masalah B sebenarnya ni? Suruh kerja tak nak.. Orang suruh sambung belajar dia tak nak. B nak apa sebenarnya ni? Nak jadi apa? Cakap dengan Kaklong..”
“B nak jadi suri rumah tangga.” Dia tayang gigi lawanya. Okey, step pertama untuk masuk ke dalam topik barunya. Lebih tepat lagi topik yang baru dibuka oleh Muhamad kelmarin semalam.
“Apa? Tak payah nak melawak.”
“Betullah Long. B dah rancang dengan Muhamad. Settle je final exam dia, dia terus balik malaysia. Dan kitaorang dah plan nak kahwin.”
“Gatal sangat ke nak kahwin? Awak tu muda lagi.”
“Long? B dah 25 tahun dah. Nak muda macam mana lagi?”
“Umur B memang sesuai untuk kahwin tapi perangai dan jiwa B tu belum lagi. B belum bersedia lagi untuk jadi Isteri.”
“Ala.. Dulu pun Long kahwin muda jugak.”
Bella tepuk bibirnya laju. Wajah Kak Nadiah sudah berubah separuh hambar.
Kak Nadiah mendirikan rumah tangga pada usia 24 tahun bersama arwah Abang Long. Tapi jodoh tak panjang sebab arwah Abang Long meninggal dunia di sebabkan kemalangan jalan raya. Kuat sungguh jiwa Kak Long waktu itu. Menangis tak lama, berduka pun cuma ambil masa beberapa hari selebihnya dia banyak memberi diri-sendiri semangat untuk teruskan hidup.
Bella tak rasa dia mampu lalui seperti mana yang dilalui oleh kakaknya.
Kak Nadiah meneruskan syarikat Abang Long dengan baik. Sebab, itu saja satu-satunya yang ditinggalkan oleh arwah untuk Kak Long usahakan. Dulu Empayar tak adalah besar mana. Tapi selepas 10 tahun, Empayar sudah sama tinggi seperti syarikat lain.
“Next year tu lama lagi. Sementara tu B carilah pengalaman nanti dah kahwin tak dapat merasa.”
“Malaslah. B..”
“Tapi, sekurang-kurangnya tak rasa menyesal. Ingat senang ke hidup selepas kahwin? Waktu muda dan single nilah kena banyak cari pengalaman baru. Buat perkara yang tak pernah buat nanti menyesal macam Kak Long ni.”
Bella diam seketika seperti termakan dengan kata-kata kakaknya tapi saat terbayang wajah Emir Redza cepat-cepat dia geleng kepala.
“Tak nak. Dahlah B nak balik.”
“B…” Cepat-cepat Kak Nadiah dapatkan Bella yang hendak melangkah keluar dari pejabatnya.
“Okey, apa masalah? Tell me..”
“Tak ada masalah pun. B cuma tak nak kerja kat company Kak Long tu je.” Tipu sunat je.
“Okey … faham. Kalau macam tu apa kata B kerja dengan Uncle Nazim?”
“Kenapa company dia tengah cari staff untuk isi kerusi CEO ke? B okey je.”
Berangan nak jadi CEO. Buat kerja pun malas, ada hati! Lagipun, tempat CEO tu hanya untuk Muhamad saja.
“Uncle Nazim tengah cari PA baru. Apa kata B kerja dengan dia.. lagipun, korang duakan rapat. Boleh jadi geng?” Kak Nadiah memujuk.
Bella pandang Si kakak dengan ekor matanya.
“Kaklong ni … bunyi bercakap lain macam kali ni. Ada apa-apa yang B tak tahu ke?”
“Mana ada.. Kaklong nak adik kak long ni belajar. Cari pengalaman. Kita ni perempuan kena bersedia dengan kemungkinan yang bakal terjadi nanti. B kerja je dulu dengan Uncle Nazim mesti B suka. Okey?”
“Yada yada yada…” Bahu Kak Nadiah selamba ditepuknya.
“Kira on lah ni ya?”
“Hm.. B ikut je.. B balik dulu.” Tangan si kakak di salam seraya pipi mulus itu diciumnya.
Dalam hati, dia adalah adik paling beruntung dalam dunia kerana dikurniakan seorang kakak yang sangat menyayangi dia sepenuh hati. Mengajarnya tentang kehidupan. Bella sendiri tak mampu bayang jika hidupnya tanpa Kak Nadiah serta Ikhmal.
Mereka sama-sama membesar selepas menjadi anak yatim piatu. Kak Long yang paling tua dan paling matang dalam keluarga. Bella masih kecil lagi waktu itu. Apa yang dia tahu hanya pergi sekolah belajar dan berseronok bersama kawan-kawan. Tetapi, si Kakak ini siang dan malam membanting tulang demi dia dan Ikhmal.
Kadang-kadang, ada juga rasa bersalah bila tertinggi suara pada Kak Nadiah. Tapi mujurlah, Kak Nadiah seorang yang penyabar dengannya.
>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<
“Nak balik dah? Jom lunch?”
Dia yang baru saja tekan punat lif terus disergah dari belakang. Bella tarik muka masam. Huh! pekerja kesayangan Kak Long rupanya!
“Lunch?” Emir Redza tayang senyum manis hingga menampakkan garis halus pada tepi kelopak mata.
“Sorry? I silap dengar ke ni?”
“Why not?” Redza siap jungkit bahu dengan muka tak bersalah.
Bella gelak sinis seraya toleh ke sisi. Emir Redza silang tangan ke dada. Sepasang matanya meratah seraup wajah gadis dihadapan yang sedang tajam memandang tepat ke dalam anak matanya.
“Listen to me Mr.Whatever.”
“Emir Redza.. You can call me Redza.”
“Level you kat sini.” Jari telunjuk jatuh ke lantai .
“Dan level I kat sini.” Jari telunjuk diangkat ke atas kepala.
“So, please know where you stand Mr.Whatever!”
Bella jeling kasar. Ada hati nak ajak kita lunch bersama? Hello? Bella Ammara tak keluar dengan sembarangan lelaki. Lagi-lagi lelaki macam ini. Memang tak!
Redza gelak kecil mendengar. Bella kecilkan anak matanya masih perhatikan Redza.
“Peliklah.. Puan Nadiah baik orangnya, budi pekerti perfect. Layanan jangan cakap tak pernah ada level antara kami. Tapi adik dia.. “Masya-Allah” sister. You mati nanti pun pakai kain kapan jugak bukan kain made in Louis Vitton! Entah-entah kubur kita sebelah-sebelah je.”
“What!” Bella terjerit kuat. Redza sudah ayun kaki melalui tangga kecemasan.
=================================
BAB 1 – 100k Like. 3825 Share
BAB 2 – Sesi Kenal-Mengenal
BAB 3 – Benda Bawah Katil
BAB 4 – Bateri Dah Kong
BAB 5 – Adegan Sebabak
BAB 6 – Amanat Papa & Mama
BAB 7 – XPDC Trauma
=================================
~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~