10 Sebab Kenapa Novel Kena Reject Sampai Bila-Bila?

reject button

Rejected / Via Daum

Hai semua!

Kepada bakal-bakal penulis di luar sana, mesti kebanyakan pernah mengalami situasi di mana manuskrip korang ditolak.

Aku faham perasaan tu, sebab manuskrip aku pun pernah kena tolak dengan pihak editor.

BACA JUGA: 13 Tip Macam Mana Nak Memujuk Lelaki Merajuk? >>

Rasa macam hati disiat-siat macam pisau belati aceceh.

Kalau dalam sekali percubaan korang dah berjaya, aku memang tabik springlah kat korang.

Bagi tips sikit hehe.

Manuskrip korang kena tolak, tapi korang tahu ke SEBAB manuskrip korang kena tolak?

Huh, tak tahu?

Kena ambil tahulah cik akak dan abang ooi.

Kalau editor tu terus tolak tanpa beritahu sebab, korang terus telefon pejabat penerbitan.

Spam e-mel editor tu sampai dia beritahu hehehe.

Jadi, aku nak kongsi sedikit tentang sebab-sebab manuskrip korang ditolak bagai tak berkesudahan.

 

1. Salah Syarikat Penerbitan.

Korang tulis cerita cinta cintan-cintun jiwang karat punya ayat meleleh-leleh, tapi pergi hantar kat syarikat Fixi.

Memang sah-sahlah kena tolak, kan.

Jadi, sebelum menghantar manuskrip korang ke mana-mana syarikat penerbitan, google dulu syarikat penerbitan mana yang terbitkan genre yang bagaimana.

Contohnya, Alaf 21 dan Kaki Novel banyak menerbitkan novel cinta.

Buku Prima pula semakin terkenal dengan novel-novel seram.

Fixi pula lebih ke arah buku-buku indie.

Kemudian, barulah korang menghantar manuskrip korang.

Tak adalah manuskrip korang ditolak mentah-mentah macam itu saja.

 

2. Hantar Manuskrip Yang Sama Ke Lebih Dari Satu Syarikat Penerbitan.

Ada sesetengah penulis, dia tak sabar sangat mahu melihat manuskrip dia diterbitkan.

Jadi, dia pun hantar manuskrip yang sama ke syarikat A dan B.

Syarikat mana yang memberi tawaran dulu, di syarikat itulah manuskripnya akan diterbitkan.

Tapi korang kena sedar, tindakan korang tu akan menyusahkan pihak editor di dua syarikat berkenaan.

Kalau syarikat A menerbitkan manuskrip korang, ini akan membuang masa syarikat B yang turut sama menilai.

Silap-silap, korang akan di senaraihitamkan oleh dua syarikat berkenaan dan manuskrip korang takkan diterima lagi.

 

3. Tak Sabar.

Ya, aku tahu hati korang berkobar-kobar nak tahu perkembangan manuskrip korang.

Kalau boleh, tiap-tiap hari nak telefon editor tu tanya, ‘’Manuskrip I dah siap nilai ke. Kalau tak siap nilai lagi kenapa lambat sangat. Iolss dah tak sabar tau.’’

Aku tahulah, sebab aku pun pernah buat perangai tak semenggah macam ni dulu hehehe (sorok muka belakang pintu).

Haruslah korang ingat, editor juga seorang manusia.

Bukan satu manuskrip yang dia kena nilai, tapi berpuluh-puluh manuskrip yang bertimbun atas meja.

Kalau korang asyik kacau editor tu, perasaan dia akan terganggu.

Penilaian dia akan terganggu.

Masa nilai manuskrip korang dia rasa negatif saja.

Akhirnya, kena tolak.

Bukan kerana manuskrip tu tak bagus, tapi kerana sikap korang sendiri.

Nak ke macam tu?

 

4. Jalan Cerita Tak Logik.

Contohnya, korang tulis satu cerita thriller.

Watak utama iaitu seorang manusia biasa kena tembak di kepala menggunakan mesin gun.

Kalau ikutkan, watak itu seharusnya mati.

Tapi, tiba-tiba watak itu boleh bangkit semula untuk menyelamatkan heroin.

Kemudian, hidup bahagia selama-lamanya.

Kan tak logik?

Lainlah kalau korang menyatakan watak dalam cerita korang itu seorang yang kebal dan tidak lut dek senjata.

Tapi, kalau dia sekadar manusia biasa, memang jalan cerita itu tidak boleh diterima akal dan akan ditolak.

 

5. Plot Penceritaan Tak Kemas.

Korang dah ada idea yang menarik, tapi sayangnya korang tak pandai hendak menghubung-kaitkan semua plot sehingga penceritaan jadi tidak kemas.

Editor yang menilai pun akan jadi pening dibuatnya.

 

6. Jalan Cerita Hambar.

Mesti semua orang kenal Siti Rosmizah, kan?

Korang rasa kenapa semua novelnya begitu terkenal dalam kalangan pembaca sehingga dia mendapat gelaran novelis evergreen?

Kerana jalan ceritanya sangat menarik dan sedih sehingga membuatkan pembaca berendam air mata.

Kalau korang hasilkan cerita yang hambar dan tak ada turun naik, mesti editor akan bosan dan tidak segan-segan mempertimbangkan untuk menolak manuskrip korang.

=> Perihal Membaca, Berkarya & Tulis-Menulis

 

7. Syok Sendiri.

Bila kita menulis novel, kita mesti mengharapkan pembaca akan suka novel kita.

Kalau tak ada siapa nak beli, macam mana duit royalti nak masuk hehehe.

Banyak penulis yang menulis novel berdasarkan apa yang jadi dalam hidup mereka.

Aku pun macam tu.

Tapi dalam masa yang sama, kita mesti memenuhi apa yang pembaca mahukan juga.

Kita mesti mengisikannya dengan sesuatu yang bermakna seperti ilmu-ilmu keagamaan dan pengajaran agar novel kita tidak menjadi sebuah nashkah yang kosong.

Kalau sekadar syok sendiri saja, tidak mustahil manuskrip korang akan ditolak terus-terusan kalau tidak mahu melakukan perubahan.

 

8. Tiada Pengajaran Dan Impak Positif.

Kalau korang baca syarat-syarat manuskrip yang ditetapkan oleh sesebuah syarikat penerbitan (dalam kes aku, Buku Prima), sesebuah karya itu mestilah mempunyai nilai-nilai murni dan pengajaran.

Contohnya, dalam novel korang ada watak jahat iaitu perampas.

Watak itu mestilah menerima pembalasan di akhir cerita.

Kalau watak itu digambarkan tidak bertaubat atas perbuatannya, percayalah.

Cerita korang berkemungkinan akan diminta untuk diedit semula dan kalau korang tak nak, ucapkanlah selamat tinggal kepada penerbitan novel korang ya hehehe.

Ingat, novel yang berbaloi untuk dibeli adalah novel yang mampu memberi impak yang positif kepada pembaca.

 

9. Menyentuh Isu Sensitif.

Ada penulis yang terlalu ghairah menulis sehinggakan dia tidak sedar bahawa jalan cerita manuskripnya telah menyentuh isu-isu sensitif seperti penghinaan kepada agama, cerita berunsur politik dan sebagainya.

Apatah lagi kalau cerita itu tidak mempunyai pengajaran untuk pembacanya.

Kebanyakan penerbit tidak akan mengambil risiko menerbitkan buku-buku seperti ini kerana bila-bila masa saja buku tersebut boleh di banned kerana mencetuskan kemarahan sesetengah pihak.

[ Aku Tak Tahu Kenapa Jari-Jemari Aku Ketika Ini.. Tak Boleh Berhenti Menaip ]

 

10. Keras Kepala.

Ada sesetengah penulis langsung tidak mahu bertoleransi, terutamanya apabila editor meminta untuk mengubah jalan cerita manuskrip.

Dia merasakan cerita yang dikarangnya sudah cukup bagus dan tidak perlu diubah-ubah lagi.

Editor adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan manuskrip kita dari peringkat penilaian sehinggalah berjaya diterbitkan menjadi novel.

Dia tahu apa yang terbaik dan mampu membuatkan novel kita laris di pasaran.

Kalau kita tak setuju pun, berbincang secara baik.

Sekiranya sebab yang diberikan munasabah, apa salahnya kita mengikuti nasihat yang diberikan oleh editor kerana kalau novel kita laris dijual, hasilnya akan berbalik kepada kita juga.

Jadi, aku harap apa yang aku tuliskan di atas dapat menjadi rujukan yang berguna untuk korang.

Aku ni pun sebenarnya bukan bagus sangat pun.

Novel pun baru satu yang terbit huhu.

Tapi aku pernah mengalami pengalaman manuskrip ditolak tu.

Jadi aku harap, korang takkan buat kesalahan-kesalahan yang boleh membuatkan harapan korang untuk melihat manuskrip sendiri diterbitkan berkubur.

Good luck!

 

 


~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

13 Responses

  1. Assalamualaikum,Macam mana nak hantar manuskrip ke syarikat penerbitan?Perlu pakai softcopy atau hardcopy?Dan syarikat penerbitan mana sesuai hantar karya genre remaja?saya tak pernah hantar karya saya lagi tapi saya nak sangat hantar karya saya.Tak diterbitkan pun takpa.Last,boleh tak kalau kakak baca karya saya di Wattpad,username saya Moonstarl17(Crazy School Life of Class 3A) dan blog saya http://www.nadhirah24.simplesite.com(Novel/belum ada tajuk tetap).Terima kasih…

    • Avatar Farrah Izzlorna says:

      Waalaikummussalam,

      Hai!

      1. Awak boleh hantar manuskrip dalam bentuk hard copy atau soft copy atau kedua-duanya sekali. Tapi preferably awak hantar hard copy la sebab takut nnt syarikat akan terlepas pandang manuskrip awak.

      2. Buku Prima ada terbitkan buku genre remaja. Awak boleh tengok website untuk keterangan lanjut dan kriteria yang mereka kehendaki dalam manuskrip.

      Kalau ada apa-apa lagi, boleh tanya lagi okay. Nnt saya baca wattpad awak. Good luck!

  2. Avatar Idalahi89 says:

    Slam..sya dah antar manuskrip cite knak2x kt pnerbit buku prima,agak2x bape lama masa yg diorg ambil untuk mnlai cite kanak2x.

    • Avatar Farrah Izzlorna says:

      Salam.

      Saya tak pasti pulak untuk manuskrip kanak-kanak. Tapi rasanya dalam masa 6 bulan dia dah bagi feedback. Lepas 6 bulan kalau awak tak dapat apa2 jawapan, awak boleh buat follow up.

  3. Salam, tahu x mana2 publisher yang ada menerbitkan koleksi2 puisi/sajak?

    • Avatar Farrah Izzlorna says:

      Salam. Kalau yang tu, saya tak berapa nak pasti sebenarnya. Maaf.

  4. Avatar SimonMalik says:

    Salam wbt,
    Boleh kongsikan selain Buku Prima, ada tak penerbitan lain yang terima genre seram/paranormal? Cari-cari tak jumpa la.

    • Avatar Farrah Izzlorna says:

      Maaf, yang tu saya tak pasti. Tapi kalau awak minat genre thriller, Alaf 21 ada terbitkan

  5. Avatar Misha Atirah says:

    Assalamuaalaikum
    Saya nak tanya , agaknya cerita saya boleh lepas tak?? Saya selalu publish kat wattpad je.. Jemput la baca cerita saya di wattpad @MishaAtirah.. Tajuknya “YOU’RE MINE.. MR.PLAYBOY”

  6. Avatar isma saleha says:

    asalm
    saya ni bdk lgi tpi dh pandai tulis novel..saya nak hantar kat alaf 21 ker..citer saya pasal cinta.tajuk dia miss comot mr arrogant

  7. Avatar Aanur Syazdhia says:

    Saya ni bdk 12 thn (2017). Rupanya saya dah tahu kenapa cerita novel yang saya buat rasa tak puas hati bila baca semula. Rupa-rupanya ada salahnya. Hehehe. Terima kasih Kak Farah!

  8. Avatar wan khairul says:

    terima kasih atas perkongsian yang amat bermanfaat…sy berminat nk menulis,,klu assignment pon dah terlebih patah perkataan..huhuhu…teringin nak jadi penulis but tak tahu nak mula dari mana…

  9. Avatar Jenny says:

    Saya pernah hantar naskah novel ke sebuah syarikat penerbitan(hardcopy&softcopy). Saya sorang non muslim, orang Sarawak.Kisah yang saya tulis adalah berlatarkan kehidupan sebenar etnik orang ulu di pedalaman Sarawak dalam tahun 90-an. Beberapa bulan kemudian, saya dimaklumkan bahawa naskah saya ditolak&saya minta supaya salinan hardcopy dikembalikan. Untuk pengetahuan, naskah saya berconteng2x laman depan dengan komen2 editor. Katanya, penulis menggunakan perkataan babi yg mendatangkan perasaan jijik di kalangan masyarakat Islam(dalam cerita, salah satu pendapatan penduduk ketika itu adalah berburu). Alasan itu sungguh mengecewakan.. Memandangkan kita hidup dlm masyarakat berbilang kaum, agama, budaya dan cara hidup. Manakala 1 lagi syarikat menyiarkan naskah saya secara online bab 1-25..masa tu saya rasa lega sebab sudah ada pembaca yang memberikan komen2 positif dan tertunggu2 setiap kali ianya disiarkan. Namun tunggu punya tunggu bab seterusnya tidak disiarkan. Sungguh2x mengecewakan. Saya mempunyai minat yang sungguh mendalam dalam penulisan novel, tetapi disebabkan tiada saluran penerbitan yg bersikap neutral, naskah2x tersebut tidak ke mana. Akhirnya, harapan tu pun mati macam tu saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *