8 Perkara Yang Saya Pelajari Selepas Memilih Untuk Menjadi Backpacker

Remaja hari ini dilihat semakin advance.

Mungkin ibu bapa akan cakap “mak/ayah pun pernah muda…” tapi ibu bapa hari ini juga harus sedar bahawa masa itu berubah. –

Sheril Ameera.

Ambik Gambar / Via Madimar Devianart

Walaupun kalian pernah muda tetapi zaman yang dilalui adalah sangat berbeza.

Memilih untuk menjadi backpacker juga merupakan salah satu tindakan yang semakin menjadi ikutan anak muda pada hari ini.

Tidak kira daripada golongan wanita atau lelaki.

Seolah-olah telah menjadi satu trend bagi mereka.

Namun, hanya mereka yang tegar sahaja yang akan mengekalkan minat dan hobi mereka ini.

Sebenarnya banyak pekara yang perlu kamu persiapkan sebelum kamu memilih untuk menjadi backpacker.

Ya benar, backpacker itu mudah dan ringkas tetapi tetap ada persiapan yang harus disediakan sebelum memulakan sesuatu tindakan.

Backpacker ini dilihat mempunyai kumpulan pengikutnya tersendiri.

Antara medium yang kamu boleh rujuk untuk melihat perkembangan mereka adalah seperti di twitter di @backpackingMY

Kumpulan ini dilihat sangat aktif di twitter selain di blog-blog peribadi.

Pojiegraphy / Via Pojiegraphy.com

Mereka saling bertukar info dan pengalaman backpacker masing-masing.

So, di sini beberapa persediaan yang perlu kamu lakukan sebelum menjadi backpacker.

 

1. Destinasi Pilihan

Pekara paling utama sebelum menjadi backpacker adalah pastikan kamu telah mempunyai destinasi pilihan.

Dalam kepala dah list down kan.

Setelah memilih destinasi pilihan percutian kamu baru lah kamu membuat sedikit research mengenai tempat tersebut.

Travel / Via Aarp

Memahami lokasi pilihan adalah sesuatu yang sangat penting bagi mengelakkan kerumitan nanti.

Make sure kamu tahu lokasi-lokasi yang mahu dituju di sana nanti.

Terutama tempat hotel penginapan.

Adalah digalakkan untuk memilih hotel atau tempat tinggal yang berada jauh daripada kelab malam atau lorong-lorong yang gelap.

Lagi bagus kalau tempat penginapan berada di tengah bandar.

Kemudian, jangan lupa memberitahu kepada ahli keluarga atau kenalan kawasan tempat tinggal kamu, bagi memudahkan mereka untuk mencari kamu jika sesuatu berlaku.

Oh satu tips di sini, make sure kamu telah save nombor kecemasan seperti balai polis di kawasan tempat penginapan kamu bagi membolehkan kamu menghubungi mereka saat kecemasan.

Memahami culture mereka juga adalah penting bagi mengelakkan tindakkan yang boleh menyinggung kaum mereka di sana.

Satu lagi tips di sini, bagi mereka yang baru mahu berjinak-jinak dalam dunia backpacker ni adalah digalakkan memilih destinasi pilihan yang mudah penggunaan bahasanya.

Penggunaan bahasa adalah sangat penting!

Kalau boleh kamu digalakkan memilih destinasi yang mampu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris atau bahasa rumpun dengan baik.

Menurut pengalaman saya ke Thailand, adalah agak sukar penggunaan bahasanya kerana kebanyakkan mereka di sana tidak menguasai Bahasa Inggeris walaupun sedikit.

Seperti pemandu saya, mereka langsung tidak mampu memahami Bahasa Inggeris apatah lagi bahasa melayu.

Kami terpaksa berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.

Sudah tentulah mesej nya hanya sampai 10% je.

Saat itu saya sesat dan tak jumpa hotel, itu memang sesuatu yang mencabar bagi saya untuk berkomunikasi dengan pemandu ketika itu.

Oleh itu, saya sarankan untuk kamu ke negara seperti Indonesia atau negara Eropah yang fasih berbahasa inggeris.

 

2. Kesihatan

Sebelum memulakan perjalanan pastikan kamu telah membuat persediaan fizikal dan mental.

Paling penting persediaan fizikal.

Checklist diri sendiri dulu sama ada diri tu berada dalam keadaan kesihatan yang baik atau tidak untuk mulakan perjalanan!

Adalah sangat tidak digalakkan untuk travel dengan keadaan diri yang tidak sihat kerana kamu bakal berdepan dengan kerumitan nanti.

Walau bagaimanapun, kepada yang sihat, kamu tetap digalakkan untuk membawa bekalan ubatan bagi persediaan.

Ok selepas dua pekara penting tu, kamu juga harus membuat checklist seperti berikut :

 

3. Pakaian

Penyediaan pakaian yang perlu dibawa juga adalah sangat penting sebelum memulakan langkah.

Pakaian yang mahu disediakan adalah berbeza mengikut destinasi yang mahu dituju kerana keperluannya adalah tidak sama.

Contohnya pakaian di negara sejuk dan negara yang kering cuacanya sudah tentu berbeza.

 

4. Makanan

Adalah lebih baik kamu membawa sedikit bekalan makanan.

Terutamanya ke destinasi yang kamu tidak pernah pergi.

Bagi saat kecemasan, pasti sangat berguna!

Selain itu, kalau boleh bawa lah makanan tambahan seperti vitamin bagi mengekalkan stamina kamu ketika mengembara.

 

5. Bajet

Setelah menetapkan destinasi pilihan, kamu haruslah menyediakan bajet yang mencukupi bagi menampung perbelanjaan di sana nanti.

Peta Duit / Via Businessbvi

Bajet dari segi tempat penginapan, pengangkutan, makanan dan paling penting bajet untuk saat kecemasan juga harus diketepikan lebih awal.

Duit saat kecemasan adalah sangat penting!

Checklist yang terakhir, make sure kamu sudah mempunyai duit tukar mengikut negara yang mahu dituju. (jika kamu memilih destinasi luar negara)

Menyediakan duit tukar adalah sangat penting kerana kebiasaannya, sampai sahaja di airport atau bas station, kamu mesti akan membayar duit teksi atau pengangkutan lain untuk ke destinasi penginapan.

So agak leceh sebenarnya kalau dah sampai baru nak cari money changer, buat nya kalau tak ada money changer atau tutup, hah naya!

 

6. Passport

Hah ini satu lagi pekara paling utama yang perlu diberi perhatian!

Jangan dah seronok rancang itu ini dalam kepala sekejap lagi esok nak fly baru perasan yang rupanya passport dah expired date.

Ingat bukan sehari dua expired, sekarang ni lagi 6 bulan dah expired.

So rajin-rajin lah selalu check expired date passport kamu.

Jangan jadi hal percutian kamu semua burn sebab pasal passport.

Ehh.. tak ada passport mana boleh nak keluar kan! (kalau kamu merancang percutian ke luar negara).

 

7. Kamera. Buku Nota. Peta (Map) & Kompas.

Tiga benda ni adalah wajib dibawa setiap kali percutian terutama yang mengamalkan backpacker.

Apa guna melabur duit banyak-banyak kalau kamu tak mampu nak merakam dan menyimpan pengalaman kamu itu sebagai kenangan hidup kan?

So, kamera adalah benda yang sangat penting.

Semua benda, manusia dan keadaan akan berubah juga suatu hari nanti.

Tapi hanya gambar yang akan kekal selamanya.

So boleh lah nanti tunjuk dekat anak cucu pengalaman kamu.

Buku nota sudah pasti wajib.

Sebab sebagai backpacker mereka akan selalu mencatat.

Dari permulaan perjalanan sehingga lah balik semula.

Semua destinasi, perbelanjaan, peristiwa, pengalaman pasti elok dicatat.

Terutama kepada mereka yang memiliki blog sendiri, sudah pasti nota-nota yang dicatat ini sangat membantu mereka untuk menulis semula untuk entry di blog mereka untuk dikongsi bersama pembaca.

Kita ni manusia, kalau tak dicatat kadang-kadang lupa!

Lagi-lagi kalau ke banyak destinasi.

Mahu semua bercampur aduk nanti.

Dua lagi benda yang kadang-kadang kita anggap remeh dan lupakan.

Walaupun teknologi dah maju, ada waze lah apa lah, tapi sebenarnya penggunaan peta dan kompas masih sangat relevan.

Kalau gadget kamu habis bateri, tak ada line atau rosak tiba-tiba, memang dah tak guna lah.

Tetap perlu mencari peta dan kompas juga.

Lagipun peta ni lebih besar.

So, lebih senang.

Ehem! Perempuan dah boleh start belajar baca peta dan kompas rasanya sebab ramai perempuan yang tak berapa reti baca peta dan kompas.

Kompas juga boleh digunakan untuk mencari arah kiblat.

Itu sangat penting.

 

8. Travel Partner

Ada yang memilih untuk backpacker secara solo tapi ada juga yang memilih untuk pergi bersama kawan.

Itu terpulang kepada keselesaan masing-masing.

Tapi bagi saya, adalah lebih baik kamu travel bersama kawan sebab lebih memudahkan urusan berbanding secara sendirian.

Tapi untuk memilih kawan tu biarlah pilih kawan yang betul-betul ada minat yang sama dan boleh melayan kerenah masing-masing.

Jangan seorang satu kepala je nak kena ikut, susah nanti.

Silap –silap boleh bergaduh sebab bila kita pergi travel ni, perlukan kesabaran yang sangat tinggi sebab kadang-kadang tu banyak halangan yang tak diduga kita nak tempuh.

Kalau jenis tak sabar memang akan nak marah je.

Tambahan, travel berkumpulan adalah lebih selamat berbanding secara solo.

Sheril Ameera

Write up by Sheril Ameera Wartawan dan Blogger.
Sheril-Ameera.blogspot.my

Banyak Lagi Di Saudari

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *