Kekasih Cakap Sesuatu Yang Memalukan. Saya Cuba Tegur Tapi Dia Tak Faham.

Butang L-O-V-E  ( Skley / CC BY-ND )

Saya bersama kekasih saya beza 10 tahun dan kami baru 3 bulan berkenalan.. Saya akan menduduki spm tahun ini.. Dia cakap dia akan datang merisik saya selepas saya habis spm. Mungkin kami boleh bertunang dahulu sementara saya sambung belajar. Dan semenjak akhir-akhir ini.. Dia selalu cakap sesuatu yang kadang-kadang melampaui batas antara lelaki dan bukan perempuan..

Dia cakap dia tak sabar nak kahwin dengan saya. Percakapan dia buat saya berasa malu.. Sehingga hari ini saya tak pernah jumpa dia.. Kami hanya chatting sahaja.. Lagipun bagi saya ini untuk keselamatan kami berdua jugak. Tapi saya tak suka sembang sesuatu yang memalukan lagi pun ianya haram kan?

Saya cuba tegur dia tapi dia tak paham.. Saya pun tak tau nak tegur dia macam mana supaya dia tak terasa hati.. Untuk proses pengenalan ini kita sepatutnya kenal ahli keluarga dia dulu kan?

Tapi saya tak tahu macam mana nak tegur dia.. Untuk bagi tau ini bukan masa yang sesuai.. Saya pernah cuba.. Tapi dia cakap dia terlalu sayang kan saya..

Kadang-kadang hati saya terdetik betul ke dia nak jadikan saya isteri dia… Betul ke mak dia tahu tentang kami? Tapi dia cakap mak dia bagi hubungan kami dan mak dia boleh nak datang merisik selepas saya tamat SPM.. Apa yang patut saya buat sekarang?

Soalan daripada: Nasuha

=============================

Lap dahi seketika.

Rumit soalan diberi.

Terima kasih kerana bertanya.

Dalam perkara ini, tindakan si perempuan untuk tidak bertemu itu adalah lebih baik. Hal ini kerana perkenalan terlalu singkat dan banyak syak wasangka yang wujud. Golongan wanita sewajibnya berhati-hati di zaman kini.

Namun, sampai bila?

Adakah perlu meninggalkan secara serta merta?

Di sini saya akan berikan beberapa point atau pilihan yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah seperti ini.

 

#I. Bertegas

Anda harus berulang kali mengatakan apa yang dia ucapkan berkenaan hal lelaki dan perempuan dengan mendalam adalah tidak boleh serta tidak disukai untuk dibincangkan memandangkan perkenalan kalian masih singkat.

Belum tahap nak kahwin pun lagi. Dan anda perlu fokus terhadap pelajaran.

Katakan padanya, sebelum melangkah lebih jauh, syarat dalam hubungan perlu ada untuk fasa pertama. Hal agama tidak boleh dibuat sesuka hati.

Sekiranya dia besetuju, dan cuba mengubah topik yang lebih elok di waktu lain bicara, ini adalah satu petanda untuk membuktikan kejujurannya.

*Jangan risau si dia terasa hati, sebab dia akan berterima kasih kepada kamu kerana mengajarnya hal yang baik, jika dia tidak terima, dia boleh pergi dari hidupmu.. silakan!*

 

#II. Berjumpa Keluarga

Sekiranya dia serius nak bertunang atau benar menyayangi anda, ajaklah dia berjumpa dengan keluarga anda. Tapi setelah kamu sendiri yakin dia boleh membimbing dan menemanimu.

Hal ini kerana ianya melibatkan masa depan anda. Adakah dia dapat menjaga hati family anda? Dan menyedari hal agama?

Sama ada anda membawanya berjumpa keluarga atau dia yang mempertemukan anda dengan keluarganya. Jika benar ibunya bersetuju dengan cadangannya, eloklah jika anda mengajaknya berjumpa ibunya.

Sebuah keluarga boleh menasihati dan menjadi pendengar.

Katakan padanya, anda boleh keluar jika ibu bapa mengizinkan.

Cuba lihat reaksinya, adakah dia bersetuju dan mengikut kata keluarga?

 

#III. Berteman

Jika anda ingin keluar dengannya, pastikan anda membawa teman atau kawan sebagai langkah berjaga-jaga. Adakah dia menjaga perilaku sebagai kekasihmu, di hadapan teman?

Selidiki perangainya apabila bersama kamu, agar mudah untuk membuat keputusan. Atau memang hanya bersamamu, dia berbual tentang hal lelaki dan wanita?

Tapi jika temanmu melihat dari jauh pun sudah memadai untuk kamu berbincang empat mata secara telus.

 

#IV. Membuat Laporan Polis

Jika dia melampau, ingin memaksa melakukan perkara bukan-bukan, sila laporkan kepada polis kerana ini melibatkan maruah keluarga dan keselamatan manusia di sekelilingmu.

 

#V. Tinggalkan Dia

Yes, ini boleh dilakukan setelah berterus terang.

Atau langsung tidak berhubung dan melarikan diri daripada bertembung dengannya.

Namun begitu,  jika tidak dimaklumkan, anda akan dipersalahkan kerana memutuskan hubungan. Oleh sebab itu, beri kata putus kepadanya, jika dia masih kekal berbicara mengenai hal tersebut, maka hubungan harus difikirkan semula.

Jika benar sayang, dia akan  berusaha untuk berubah.

Benar kan?

 

#VI. Istikharah

Tahu dan pernah buat?

Nah,  seharusnya melakukan istikharah agar dapat membuat pilihan yang betul.

Di kala kerunsingan melanda, mintalah pada Dia, Mohon mendapat jalan lurus.

Semoga nampak hasilnya ya.

Kepada penghantar soalan ini, atau sesiapa sahaja wanita yang menghadapi masalah ini, ingatlah, anda tidak keseorangan. Ada orang dan tempat untuk meluahkan ketidakpuasan hati tersebut.

Kepada sang lelaki pula, sayangilah wanitamu.

Sesungguhnya, wanita tidak suka terburu-buru, dan akan merasa terancam dengan perangai lelaki yang gemar berbicara mengenai hal dalaman wanita dan lelaki.

Jika terlalu open, itu kurang di sukai wanita dan tidak bagus untuk pemikirannya. Selain dari itu, wanita, jika berkenalan dengan seseorang, pastikan adakah si dia berstatus duda atau apa?

Sehingga menyebabkan dia sering perkatakan hal sebegitu tanpa tapisan?

Kerana lumrah lelaki memang kelebihannya di situ, tapi jika tanpa teragak, bimbang si dia adalah lelaki yang hanya mahu mengambil kesempatan sahaja daripada anda !!

 

INGAT !

Jangan kerana sayanggg, semua tergadai, Jangan kerana sayangg, tidak kenal dosa dan pahala. Jangan kerana sayang, badan binasa. Penyesalan sampai ke akhir usia gamaknya.

Binalah kasih sayang yang penuh tanggung-jawab dan saling menghormati.

Sekian, wassalam.


~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

Nona Sani

Nona sani seorang blogger yang suka beramah mesra dan sukakan pink. Boleh layari blog beliau : nonasani.blogspot.my

Banyak Lagi Di Saudari

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *