Siri Ke 2: Di “Sebalik Tabir” Backpacker (4 Hari 3 Malam) Ke Krabi & Hatyai Thailand

Ini adalah sambungan dari siri pertama saya di sini >>


KRABI (HARI KETIGA)

Pada hari ketiga di Krabi, seawal jam 8.00 pagi saya dan rakan-rakan telah menunggu di lobby hotel untuk dijemput ke destinasi dan aktiviti yang seterusnya.

Aktiviti kami pada hari ini adalah berkayak, dengan bayaran sebanyak 400 Bath (RM 40).

Jadi perbelanjaan saya kini, RM 486.71

Perjalanan hari ini lebih lama berbanding semalamnya, dalam 30 minit juga perjalanan baru tiba di Ao Tha Lane Bay.

Pakej hari ini bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari.

Bagi saya aktiviti hari ini juga sangat berbaloi!

Kerana dengan bayaran yang bergitu murah, kamu boleh menikmati pemandangan yang cantik dan paling penting berkayak sepuasnya sehingga penat!

Jarak berkayak memang jauh, tapi saya tak ingat berapa KM.

Sampai sahaja dah lihat view yang macam ni memang tak sabar rasanya!

image1

Sebelum tu, kami disuruh untuk tulis nama dulu dalam buku peserta dan diberikan air mineral dan life jacket setiap seorang.

Boleh buat pilihan sama ada untuk mendayung berdua atau bertiga.

Kepada sesiapa yang tak tahu mendayung tak apa, jangan risau…

Sebab pekerja di sana boleh teman kan, mereka akan dayungkan untuk kamu.

So tak ada alasan tak cuba!

Berada di tengah lautan, siapa yang tak merasa tenang kan?

Macam ikan yang dilepaskan ke laut rasanya, bebas nak berkayak di lautan luas!

image3

image45

Bersyukur melihat keindahan alam ciptaan Tuhan.

image53

image6

Dah penat tu, kami diberi masa berehat sekejap.

Boleh lah snap gambar ke, nak berenang ke.

image7

image8

image9

image11

image12

image13

image14

image15

image16

Dah puas tu, balik semula ke jeti.

image17

image18

Syukur juga cuaca yang sangat elok pada hari tu.

Tapi bila dah tengahari tu ombak dah mula kuat, air dah mula pasang, memang susah nak dayung and control dekat 500 meter terakhir sebelum sampai ke jeti.

Memang kena kerjasama untuk dayung supaya nak melawan arus tu.

Sampai sahaja di jeti, kami membersihkan diri di tempat yang disediakan (terdapat 3 shower terbuka disediakan).

Kemudian kami dihidangkan dengan buah-buahan sebagai alas perut sebelum pulang ke hotel semula.

Sekali lagi saya memang sarankan untuk memilih pakej ni sebab memang puas hati!

image19

image20

Oh lupa, sebelum ke aktiviti berkayak ni, saya dan Wahida telah check out dari Ascot Hotel.

Sebelum tu sempat lah tumpang barang-barang di hotel Pojie tinggal, di Hotel Good Will dulu.

Balik sahaja dari berkayak, kami terus ambil barang dan check in di Hotel 3 Bees Guesthouse pula.

Hotel kali ni lebih simple berbanding hotel sebelum ini iaitu Ascot Hotel.

Kalau bagi pendapat peribadi saya sendiri, saya lebih memilih Ascot Hotel kerana sangat selesa berbanding hotel 3 Bees Guesthouse ni.

image21

image22

image23

image24

Hotel ni juga memang kurang selesa, keadaan yang….

Ok saya tak sarankan sangat lah untuk memilih hotel ni (Untung satu malam sahaja tinggal).

Ascot Hotel, adalah terbaik.

Seperti biasa, dah penat tu terus check in dan naik bilik rehat dulu.

Lagi pun tak boleh keluar petang tu sebab hujan.

So kena tunggu malam juga baru boleh keluar.

Berhenti sahaja hujan, kami pon turun jalan-jalan di Ao Nang Beach sambil mencari souvenir untuk dibawa balik.

Malam ni merupakan malam terakhir kami di Krabi.

So, jom nikmati malam terakhir ni dengan cuci mata sepuasnya.

Sedih sebenarnya nak tinggalkan Krabi sebab rasa sekejap sangat dan belum puas lagi.

Malam terakhir ni kami lebih banyak bersantai sahaja.

Lagipun Krabi ni mati cepat malam.

Dalam pukul 11 dah start nak tutup.

Ditambah pula malam tu hujan.

So agak terbatas juga pergerakkan kami.

Tak lengkap lah kalau ke Thailand tapi tak merasa diurutkan?

So, malam ni kami semua pergi berurut.

Tuah kami, malam tu kami dapat offer sebab ramai yang buat.

Untuk urutan kaki dan satu badan adalah dengan harga yang sama iaitu 200 Bath atau RM 20 sahaja untuk sejam.

Memang terbaik!

Lega rasanya dapat berurut lepas puas beraktiviti.

Kira RM 20 tu halal lah sebab memang berbaloi.

Tiba masa untuk mencari sesuatu untuk dibawa pulang.

image25

Gila rasanya sebab memang banyak kedai souvenir di sekitar Ao Nang Beach ni.

Sepanjang jalan dan harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan!

Dah penat berjalan sampai ke hujung, perut dah lapar, malas lah nak berjalan.

So kami ambik tuk-tuk untuk ke kedai makan.

image26

Bayaran tuk-tuk seperti biasa 30 Bath setiap seorang.

Bermakna kami bayar RM 9

So far, perbelanjaan saya sudah RM515.17.

Malam ni kami decide nak makan pure tomyam dari Thailand.

So, kami memilih Ausana Thai Food & Seafood.

image27

Memang puas rasanya bila dapat nikmati makanan-makanan Thailand yang sebenar.

Tomyam nya memang pedas!

Harga makanan di kedai ni juga berpatutan.

Memang boleh sangat lah makan di sini.

Yang penting HALAL!

Tapi untuk dinner malam ni saya tak ingat berapa sebab, Pojie yang belanja kami.

Yelah, esok pagi-pagi kami dah nak balik.

Thank you Fawzy.

Habis sahaja makan, saya dan Wahida balik ke hotel dan berkemas sebelum tidur.


Krabi (Hari keempat)

Jam 11 pagi, van yang pada hari pertama hantar kami tu pun datang jemput kami untuk pulang ke Hatyai.


HATYAI (HARI KEDUA)

Setelah menempuh 5 jam perjalanan, kami tiba di Hatyai.

Maka, bermula lah episode duka ku ewah!

Ni lah sebab saya kata di awal tu, jangan pilih agensi van kami ni.

Sebab kami diturunkan di tepi jalan di mana pun kami tak tahu.

Yang saya ingat kawasan tu berhampiran dengan station bas tambang.

Pak cik! Kami bayar untuk dihantar sampai ke agensi kamu semula tau!

Masa ni memang pengalaman yang tak best, saya dan Wahida dah mula naik angin dengan driver tu tak faham bahasa English kemudian kertas bayaran kami dia sengaja tak nak pulang kan bila kami mintak semula.

Saya masih control lagi, tapi Wahida dah naik angin, saya cuba rilex kan dia sekejap sebab fikir tu tempat orang je.

Dah agak bertekak, driver tu pun jalan je dengan kertas resit kami!

Kami ni dah terpinga-pinga tak tahu apa.

Dah agak kecoh masa tu, kebetulan ada warung tepi jalan dan kebetulan lagi seorang yang tengah makan tu sapa kami “kakak kenapa?” untung sahaja ada orang yang boleh cakap melayu dan Thailand!

Wahida pun terangkan kepada pemuda tu apa dah jadi, kemudian pemuda tu pun terangkan semula kepada driver tu untuk pulangkan resit kami.

Tapi driver tu memang biadap!

Dia jalan je!

Kami pun, “tak apa dia nak blah…Aku ade simpan lagi satu resit sebenarnya” nasib baik saya masih simpan resit pembayaran masa pergi.

So, boleh saya refer balik, mana agensi tu! (sorry bab ni memang emosi sikit).

Sebab tu orang kata, segala resit, bukti pembayaran ke apa semua simpan sebaik mungkin.

Jadi hal macam ni, boleh rujuk semula.

Datang pula seorang mak cik ni, tukang masak warung tu, tegur kami.

Mak cik ni pun boleh cakap melayu.

So, dia nak tengok resit tu, kemudian dia dan pemuda tadi nasihatkan kami untuk ke agensi tu dengan menaiki tuk-tuk sebab lebih selamat memandangkan kami berdua perempuan.

Mak cik tu pun tahankan kami tuk-tuk dan dia bagi resit kami kepada driver tu dan bawa kami ke agensi tersebut.

Sampai sahaja di agensi tu, saya pula naik angin, mana tidaknya, bila kami tanya kenapa driver tu berhenti kan kami di tepi jalan, dia pun buat-buat tak faham dengan muka yang menyakitkan hati, dia terus arahkan kami untuk jalan kaki sendiri ke depan tu cari agensi Sri Maju tu.

Tuhan je tau macam mana rasa tahan marah masa tu sebab nak lebih-lebih tu kawasan dia.

Ada yang tak balik nanti.

Saya dan Wahida pun tarik beg dan terus jalan je.

Decide untuk cari sendiri mana agensi Sri Maju tu.

Cara kami nak cari?

Ni satu tips, kalau sampai je mana-mana at least, snap lah gambar kawasan tu sikit atau record video lagi bagus.

Daripada gambar dan video tu lah kami refer balik check kawasan mana kami lalu masa hari pertama tu.

Kami teringat, agensi tu bersebelahan dengan main CIMB di situ.

So, kami jadikan CIMB tu sebagai penunjuk arah walaupun tak tahu lah kami ni di area mana.

Mula lah seorang kiri, seorang kanan, terus, belok (jalan ikut kaki je).

Kami ada berbaki lagi 2 jam sebelum bas balik KL sampai.

Tapi kami saja jalan kaki tak ambik public transport sebab nak save budget katanya.

Dah belok kiri, kanan, satu lagi penunjuk arah kami, dekat dengan station kereta api.

Kami pun cari station kereta api.

Yang tak tahannya, tak sedar diri tengah sesat, boleh pula sambil tu tengok fun fair, berjalan cari makanan, cari surat khabar Thailand (souvenir wajib aku kalau ke mana-mana, sebagai wartawan, aku jadikan surat khabar sebagai koleksi peribadi).

So, selagi tak jumpa masa tu, memang tak akan gerak lah.

Paling gila, sempat lagi….

Singgah bengkel tepi jalan, semata-mata nak suruh orang bengkel tu snap kan gambar kami berdua.

image28

Tak takut hilang betul masing-masing.

Sepatutnya kami kejar masa.

Sampai di station minyak, kami tanya orang tempatan dekat situ, CIMB area mana, untung orang tu pandai cakap English.

Dah dekat dengan kawasan tu, saya dan Wahida pun decide nak try naik motor sapu tepi jalan tu.

image29

Saja nak try lagipun dah terasa beg ni berat dari tadi berpusing je.

Kami naik dua motor, setiap motor 30 Bath atau RM3.

image30

Saya dah habiskan RM 545.71 setakat ini.

Kami tiba di di agensi Sri Maju dengan selamat akhirnya!

Berbaki sejam sahaja lagi sebelum bas sampai.

Terus lepak sekejap.

Untung di agensi ni ada Wifi.

So, relax lah sekejap.

Dah ok sikit saya tanya pasal van kami tadi, masa ni lah baru kami tahu van tu ulat ticket dari agensi lain.

Kemudian kami dinasihatkan lain kali untuk ambik dari agensi ni juga.

Menurut tauke Sri Maju tu, memang ramai dah kena tipu.

Dorang turunkan di tepi jalan supaya kami terlepas bas atau tak jumpa agensi sepatutnya, so kami akan beli ticket bas yang baru dengan agensi mereka pula.

Sayang sekali…

Sheril dan Wahida masih bijak lagi.

Dan macam kata Pojie “nasib baik korang ni hati kental…”

Dapat perempuan hati lembut mau menangis tepi jalan kalau kena macam kami.

Tapi saya selalu cakap “benda boleh settle….”

Alhamdulillah semua nya selamat walaupun dari awal datang ada je benda tak kena.

Tapi akhirnya pasti kami boleh survive.

Sementara tunggu bas datang, Wahida sempat lah jalan di sekitar kawasan tu untuk tengok makanan-makanan yang dijual, tapi tak beli sebab macam tak percaya je halalnya.

So, setakat tengok je lah.

Tepat jam 7 malam, bas kami tiba.

Oh, jangan lupa, sebelum tu kami setiap seorang kena bayar tambahan 15 Bath atau RM 1.50 untuk bayar duit insuran.

WAJIB!

Ticket balik dari Hatyai ke Pudu pula RM 50.

So jumlah perbelanjaan saya kini RM 597.21


KL-JB

Setelah menempuh perjalanan selama 8 jam, kami pun tiba dengan selamat di Pudu Sentral.

Saya pula terus ke TBS pagi tu, terus beli tiket bas balik ke JB dengan harga RM 36.

So saya dah belanjakan RM 633.21 untuk keseluruhan perjalanan 4 hari 3 malam.

5 jam perjalanan, baru lah saya selamat tiba di Larkin.

Sangat meletih kan!

Perjalanan selama 24 jam sehari.

Apa yang saya belajar daripada perjalanan saya kali ini, walaupun pelbagai dugaan kami lalui sehingga lah nak balik, tapi pengalaman ni sangat berharga bagi saya dan rakan-rakan saya.

Kata orang, “jauh perjalanan, luas permandangan”.

Banyak benda yang kami belajar.

Lepas ni, hati kena lagi sado lah kalau untuk next trip!

Entry kali ini saya tujukan khas buat travel partners saya, Wahida dan Pojie, terima kasih untuk pengalaman yang sangat awesome ni!

Jumpa di next destination!

image31



Gambar ©: PojieGraphy , Sheril Ameera

62 Responses

  1. Avatar hidayah says:

    Salam..nak tanya..ascot hotel dekat aonang tu..dkt x dgn tmpat2 nak mkn..shopping2..jln2..pantai dekat x..

  2. Avatar kamarul zharfan says:

    kalau nak makan ka apa semua tu ada kena sewa transport tak?

    • Hai Kamarul. Kalau stay hotel di sekitar Ao Nang Beach, tak perlu naik transport pun. Jalan kaki je nak makan or ke pantai tu. Tapi kalau awak stay yg jauh sikit dari pantai, awak boleh lah naik tuk tuk. tuk tuk okayy lah sebab selalunya dalam RM4 seorang. Kalau awak nak best dapat jalan jauh sikit, boleh lah sewa motor di sana. Lebih berbaloi. Boleh pakai lama. Tapi kalau hanya di sekitar Ao Nang tak perlu transport. Jalan kaki je.

      Jika ada apa apa nak tahu lebih detail, boleh email saya di – sherilameera@gmail.com

  3. Avatar Mohd Iqbal Syrazi Ahidi says:

    Gigih saya baca dari awal sampai abis. Mak aih bleh tahan juga mslah yg awak hadapi eh. BTW congrates n thx for the sharing

    • Terima kasih sudi membaca :) Kata orang kena sediakan payung sebelum hujan. Belum tentu apa yang dirancang akan berjalan searus dengan perancangan. Mental, fizikal kena bersedia.

  4. Avatar lyna says:

    assalamualaikum… cik belanje rm 633 tu utk sorg ker atau skali tuk kwan cik??

    • Waalaikumsalam Lyna. RM633 untuk seorang. Tapi itu kalau perbelanjaan dari JB lah.

  5. Avatar sara azain says:

    Asalamualaikum,,gigih saya baca sampai habis…saya nak tanya.macam mana nak beli tiket bas dari kl ke hatyai?

    • Waalaikumsalam. Terima kasih ya sudi baca! Saudari boleh beli di kaunter di Pudu station. Cari kaunter Sri Maju.

  6. Avatar sara azain says:

    thank you…insyallah saya akan bacpackers ke krabi nanti..cemburu tengok laut biru :)

  7. Avatar An Najwa says:

    Hotel yang first untuk 2 malam tu, akak walk in je atau dah siap booking?

    • Salam. Semua hotel kami dah booking siap2 sebelum pergi dekat agoda.

  8. Avatar Anne Mokhtar says:

    Thanks, great info! very useful….

  9. Avatar Omar says:

    Salam. Nk tnye, Dr krabi town Ke Jeti nk ke pulau phi2 jauh x?

    • Maaf. Sy stay di Ao Nang bukan di Krabi Town. Ao Nang dan Krabi Town berbeza tempat. Krabi Town lebih jauh sikit berbanding Ao Nang

  10. Avatar daus says:

    salam sheril, boleh share itinerary x kt email niey (firdaustaha93@gmail.com)…n nak tnya phi2 island n 7 island x sama kew? hotel yg sheril stay tu kt ao nang kew??

  11. Avatar Lala says:

    Hai…tumpang tanya…time korang masuk border kastam malaysia …diorang ade cek tak bag korang….tq

    • Hai lala…nak masuk ke malaysia ada cek. tapi nak masuk ke thailand tak ada

  12. Avatar Amirul Ashraf says:

    Huhu sama macam aku hari 2 la, hampir nak kne tipu ngan agen ni. Turun je bas dorg bawak naik tuk2 ke tempat dorg..Dorg offer van dalam 800 bath, tapi aq bkeras aku kluar dari tmpat 2 walaupun hampir bgaduh. then, aku amik tuk2 pgi stesen bas Hatyai. Amik bas ke Krabi 230 Bath. Tapi naik bas smpai lewat skitla sbb kne amik songthaew untuk ke Ao Nang dri Krabi bus station. x mahal pown tamabang bari 60 Bath. Tepat jam 6.30 (waktu Malaysia) ptg aq sampai Popeye guest house Ao Nang. Bas pkol 11.30 (waktu Malaysia) dari Hatyai.

    • alhamdulillah. Itulah pengalaman pertama kali, tak sedar kena tipu. Tapi itulah pengalaman. Jadi lepas ni harus lebih behati-hati.

  13. Avatar Abdullah says:

    Assalamualaikum,menarik blog awk..n 1St tengs for sharing. Saya dh pernah pergi Krabi dulu,tpi naik flight time 2014.. Kali ni saya nk try pergi ikut jalan darat.. Adventure sikit haha, boleh tak awk guide.. N brpe total Rm semua dari sempadan ke hatyai n hatyai ke Krabi(aonang beach)?

  14. Waalaikumsalam. Terima kasih ya sudi baca entry saya ni. Ya harus cuba roadtrip walaupun sekali! Memang pengalaman yang sangat berbeza dengan naik flight. Flight sangat selesa. Tapi roadtrip boleh tahan lah seksa dia hahaha! Segala jumlah ticket perjalanan, saya dah senaraikan semuanya dalam entry di atas. Ada dua enty ya. PART 1 & PART 2.

    • Avatar Ar I f says:

      Tp syg duit my murah Sgt skang…
      Bln DPN ingat no p…

  15. Avatar Angah says:

    Assalamualaikum. Good info. Sy nak ke krabi 18/04 ni. Masih mencari2 kos untuk snorkelling di sana.tq sangat membantu.gigih membaca sampai habis

  16. Avatar Myra says:

    Salam, saye pn baru plan nk prg krabi berdua dgn kawan sama2 prempuan. Awak masuk hatyai dri bkt kayu hitam ke pdg besar? And if drive smpai smpadan, dri smpadan ad ke bas ke krabi/hatyai gna agensi ni?

    • Salam. Saya masuk melalui bukit kayu hitam. Boleh je awak drive lepas tu di bukit kayu hitam nanti ada bas station macam saya tunjuk gambar di first entry. Masa saya berhenti untuk tulis white card tu. Di situ ada bas station. Tapi cara pembelian saya tak sure pula. Mungkin awak boleh google dari blog2 lain soal tu. Bas akan sampai hatyai sahaja. Nanti di Hatyai awak kena naik van pula. Tapi tak silap ada bas. Lebih murah cuma saya tak ada pengalaman pula dari hatyai ke krabi naik bas. Saya naik van

  17. Avatar Adeq says:

    salam sis..sy bru je nk g ke krabi esok and cadang nk amik mariam tour pnye pakej sb byk blogger suggest kan mariam tour..leh sy tau lau elephant tracking brp hrga?then leh sy tau hrga utk 7island tu include national park fee skali ke x?trima kasih

    • Salam. Maaf sy tak buat elephant tu. Jadi saya tak tahu😅Tak silap kalau tambah untuk 7island tu, tambah lagi 400bath je.

  18. Avatar fifa says:

    Salam, dimana saya boleh book Mariam Tour tu ? boleh share itinerary tak ? (email: afifahassari@yahoo.com)

    • Salam. Itu awak kena cari di sana. Sy pon walk in booking di sana. Mengenai itinerary pula, apa yang awak baca di entry ni 1&2, itulah itinerary saya

  19. Avatar Nuratikah says:

    Salam.. Thanks utk info ni.. Tersangat-sangatlah berguna info ni untuk yg baru nk berjinak2 dgn travel bajet nih..

    • Salam. Terima kasih juga ya sudi baca entry saya ni. Semoga bermanfaat

  20. Avatar Fikri says:

    Assalam, tumpang tnya tiket dari hatyai ke kl beli bila?

    • Saya beli 3 hari sebelum pergi. Ticket selalu nya memang ada je.

  21. Avatar manda says:

    hye… sy cadang nk g krabi n hatyai next week ..
    bole whatsapp or email sy ..
    nk minta guide dgn awk if i tsesat ..hehe tq
    0195853801
    aleesyha.umayrah33@gmail.com

  22. Avatar manda says:

    ada sesiapa nk g krabi 7th august 2017 – 13th august 2017 ne ?

  23. Avatar fatin husna says:

    hai sheril boleh x share iti dgn saya insyaAllah mgu dpn nk ke krabi :) fatinhusna91@gmail.com

    • Salam Fatin :) maaf ya saya tak ada list iti. Apa yg saya tulis di entry part 1 & part 2, adalah keseluruhan perjalanan sy (itinerary). Mungkin awak boleh ambil dalam bentuk point.

      Thank you.

  24. Avatar apis says:

    salam kak ….saya nak tnye mcm mne nk dpt pakej untuk snorkeling ngn kayak….kt mne cawangannya di krabi…..

    • Salam Saudara Apis. Sy tak tahu nak jelaskan macam mana kedudukan kedai agensi tersebut. Yang pasti kedainya di bahagian tepi sekali (hujung) berhadapan dengan restaurant. Nama agensi nya “Mariam travel tour”

  25. Avatar apis says:

    saya nak pegi krabi 27 august klau bleh sye nk akak share n guide whats app sye 0173227228

  26. Avatar Mahanum Zakariah says:

    Salam. Nk tnya aktiviti snorkeling dan kayak tu sesuai x untuk org mgandung. Diorang pakai speed bot ke masa nak pergi snorkeling?

    • Salam. Kalau untuk duduk di atas boat ok saja. Tak ada masalah kecuali kalau memang jenis mabuk laut. Lebih baik tak perlu untuk aktiviti ni. Plus rugi sebab tak dapat snorkeling nanti (kalau perut dah besar). Mungkin kurang sesuai.

  27. Avatar muhd aiman says:

    salam sheril..seronok baca tentang trip ke krabi kali ni…kita pun penah kena tipu pakej ke krabi tapi dengan kwn sendiri yg menipu…hehe
    kalau ade trip lagi rasenye nak join sebab memang suka jalan2 terutamanya ke thailand atau indonesia.. boleh wasap sy 012-7171077..thank

    • Hai Aiman. Thank you sudi baca. Awak yang email sy tu kan? InsyaAllah. Saya baru je balik dari Indonesia sebenarnya.

  28. Avatar raup h says:

    assalam ..seronok baca , kami plan nk gi december ni. naik flight one way shj..balik ke hatnyai naik van,..nak tanya xtvt pulau tu sesuai ke utk kanak2 ?, van ke hatnyai kena ambik dgn agency juga?..boleh recomen van ke hatnyai?

    • Hai Raup. Terima kasih sudi baca. Di sana van memang kena cari melalui agen. Sebab tak ada van yg boleh ditahan macam teksi di sana. Kalau xtvt pulau, tengok umur kanak2 tu juga. Tapi kalau bawah 12 rasanya kurang sesuai. Sebab akan habiskan masa dalam air je (snorkeling) kalau tidak rugi duduk je atas bot tu.

  29. Avatar fatinfeyka says:

    salam sheril..sy bercadang nak ke krabi thn depan..sy pon nak guna jln darat dri ipoh.. so masa kat hatyai sri maju ada sediakan perkhidmatan van ke krabi?

  30. Avatar jai says:

    Assalamualaikum, nak tanya, masa sampai di hat yai tu, ada tak van yang disediakan oleh Sri Maju ke Krabi? Penting ni.hehehe

    • Avatar Sheril says:

      Waalaikumsalam Jai. Ya ada. Pastikan awak hanya beli ticket di KAUNTER sahaja. Jangan ikut org2 yang datang walaupun di dalam kedai tu sendiri. Nanti awal tanya di kaunter

  31. Avatar Fatin Nurbazilah binti Bahaman says:

    Tiket boleh book berapa hari awal? Contoh sekarang bulan May, saya nk pergi travel Hatyai-Krabi bulan Sept nanti, bila boleh book?

    • Avatar Sheril says:

      Ticket bas ke maksudnya? Kalau tickey bas kena tanya dekat counter. Sebab selalunya paling2 pun, a month sebelum pergi, boleh je booking.

  32. Avatar Liyana says:

    Station bus dgn train dekat tak ? Dekat krabi transport tu under pakej mariam tour ke ? Incase nak pergi emarald pool,7heaven jauh tak dari ao nang tu ?

  33. Avatar As says:

    Assalamualaikum. Terima kasih atas perkongsian ini.

  34. Avatar Fairuz says:

    Assalam..gigih sy baca dri awal smpi hbis..btw sy pon ada plan nk p krbi next yer..so nk cri info skit2 buat bekal..hehehe
    Btw tq share pengalaman pegi sna yer..

  35. Avatar Wan Razalam Wan Mohd says:

    assalam. tekun saya menghadapnya. mmg hebat dan sgt berani saudari berdua mengambil risiko mengembara di negara orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *