Ada Apa di “Sebalik Tabir” Semasa Saya Backpacker (4 hari 3 malam) Ke Krabi & Hatyai Thailand?

Krabi 1

Percutian Bajet Ke Krabi © ( Sheril Ameera )

Baru-baru ini saya telah backpacker ke Krabi dan Hatyai 4 hari 3 malam bersama rakan-rakan.

Pulang sahaja ke Malaysia, ramai yang dah mula bertanya, berapa anggaran kos sepanjang perjalanan saya.

So, untuk entry kali ni saya akan shared kan kos yang dikeluarkan sepanjang perjalanan ke Krabi dan Hatyai serta apa sahaja yang saya boleh buat dengan bajet saya di sana.

Percutian kali ini saya memilih untuk backpacker iaitu percutian dengan bajet yang rendah.

Sambungan siri kedua di sini >>


JB-HATYAI (HARI PERTAMA PERJALANAN)

Memandangkan saya menetap di JB dan travel partner saya, Wahida, di KL, so seawal jam 10.30 pagi saya telah berangkat ke KL menaiki bas dari Station Larkin dan tiba di TBS dalam pukul 3 lebih (agak lambat sebenarnya sepatutnya pukul 2 lebih dah sampai)

Saya memilih bas Pasific Express dan anggaran tiket sekitar RM37.

Kali ni saya dan rakan memilih sedikit kelainan dengan membuat keputusan untuk ke Krabi dengan menaiki bas.

Kalau flight tu rasanya dah selalu sangat naik, so kali ni nak cabar diri sikit walaupun kedua-dua nya perempuan dan ini merupakan kali pertama kami travel ke Krabi dan Hatyai.

Agak berisiko juga lah.

Kalau ada adik-adik yang nak try buat kelainan macam kami, make sure parents tahu semua plan kamu dan kamu memang sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan kerana kamu akan ke kawasan yang sangat tidak familiar dan bahaya jika kamu adalah perempuan.

Kan dah kata buku nota sangat penting *selak semula catat sebab ada yang dah lupa

Okayy, kami bertolak dari Pudu Sentral pada pukul 10.00 malam.

Tiket Krabi

Kami memilih perkhidmatan bas Sri Maju dengan harga tiket RM 60 sehingga ke Hatyai.

Saya memang saran kan kepada kamu untuk memilih bas Sri Maju ni sebab memang berbaloi.

Dengan keadaan bas yang sangat selesa (seat yang besar dan ada selimut yang disediakan), driver yang ok dan yang paling penting, kira sampai destinasi on time juga lah.

Krabi3

Bila perjalanan malam ni, saya lebih banyak tidur lah.

Setelah menempuh perjalanan selama 6 jam, kami tiba di Changlun.

Berhenti makan sekejap, driver memungut passport kami untuk mengisi white card, setiap seorang dikenakan bayaran RM5.


HATYAI-KRABI (HARI PERTAMA PERJALANAN)

Selesai sahaja urusan passport, kami meneruskan perjalanan semula menuju ke imigresen Thailand.

Sekejap je urusan imigresen ni.

Settle cop passport semua, kami naik semula ke bas.

Tapi saya agak tertanya masa ni, kenapa tak ada pemeriksaan beg ya macam di sempadan kita atau seperti di pintu masuk Singapore (cuma kami diarahkan untuk membawa turun semua beg, tapi kemudian jalan seperti biasa je).

Ok tak apa lah.

Mungkin sistem yang berbeza.

So far, buat masa sekarang saya telah belanjakan RM102.

Tiket bas dari JB-KL (RM37)
Tiket bas Pudu Sentral – Hatyai (RM60)
Upah isi white card (RM5)

Jimat di situ kerana kami tak makan semasa di perhentian Changlun tadi.

Kemudian kami meneruskan perjalanan semula ke Hatyai.

Perjalanan sambung lagi dalam 2 jam.

Tepat 8 jam perjalanan kami seperti dijadualkan, kami tiba di agensi Sri Maju di Hatyai.

Ok ni sedikit pengalaman yang tak best saya nak kongsikan.

Tiba sahaja di agensi tu, kami bersiap sekejap, keluar sahaja dari toilet, datang seorang lelaki menghampiri kami berhampiran kaunter, menawarkan perkhidmatan van ke destinasi pilihan lain seperti Krabi, Phuket dan lain-lain.

Kami dengan blur sikit baru keluar toilet pun, dengar lah lelaki tu explain offer dia, kami pon ok consider dengan offer dia.

Then kami di bawa ke agensi lain dengan menaiki tuk-tuk.

Bayaran tuk-tuk 40 Bath (RM4) seorang.

Kami ingatkan dia dari agensi Sri Maju juga, rupanya dia masuk ke kedai Sri Maju sahaja untuk mencari pelanggan (ulat tiket la).

Kemudian kami mendapatkan perkhidmatan van dari Hatyai ke Krabi dengan harga yang mahal sebenarnya.

Bila dah duduk diam baru perasan kan.

Yela baru sampai blur lagi dan itu pertama kali kan dah kena tipu sekali!

Kami bayar 1700 Bath / RM 170 (return) RM 85 (sehala) setiap seorang untuk perkhidmatan van tersebut.

Sepatutnya boleh dapat lagi murah dalam RM5565 sahaja.

Tak apa kita kena sekali ni.

Kami terus ambil perkhidmatan return sebab senang.

Menurut mereka di situ, memang tak akan ada teksi yang boleh kami nak suka-suka tahan untuk balik dari Krabi ke Hatyai nanti.

Sebab memang sistem mereka siapa yang nak balik akan amek return sebab van ni akan jemput kami pada tarikh balik di hadapan hotel kami nanti.

Krabi4

DSC_0275

DSC_0276

DSC_0273

So sekarang saya dah belanjakan RM272. (Boleh save bajet lagi sebenarnya kalau pilih agensi yang lebih murah).

Tapi nasib baik van yang disediakan memang terbaik.

Selesa.

So, tak terkilan sangat lah.

Kalau tidak naya lah sebab perjalanan dari Hatyai ke Krabi mengambil masa dalam 5 jam.

Van memang selesa dengan seat yang selesa, aircond yang kuat, siap ada tv.

image14

image15

Dah penat tu memang tidur terus naik van.
(Walaupun selesa van nya, tapi saya sangat tidak menyarankan kamu untuk memilih agen ni sebab perkhidmatan yang agak……Baca sampai habis baru tahu kenapa).

Sesekali tersedar tu ada juga cuci mata melihat pemandangan di Hatyai.

Tapi tak ada yang special pun for me sebab sepanjang perjalanan, sama je macam suasana di Malaysia dengan pokok getah dan perumahan yang sama macam taman-taman dan kampung di Malaysia.

Dah rasa macam jalan di Melaka pula.

Semasa perjalanan kami ada berhenti rehat di hentian rehat di sini.

Dalam 20 minit juga sebelum teruskan perjalanan (sekali lagi kami tidak makan apa-apa sebab macam tak yakin lagi makanannya).

Tak fikir makan lagi masa ni sebab dalam kepala dah terbayang katil dan pantai sahaja!


KRABI (HARI PERTAMA)

Sekali lagi kami diuji, bila driver kami tak jumpa hotel kami.

Puas lah pusing sampai ke Krabi town kemudian patah balik ke Ao Nang agak jauh juga.

Tanya orang sana sini, hah ini lah masalah besar, bahasa.

Di sebabkan driver ni langsung tak boleh berbahasa inggeris, faham pun tidak, susah lah bila saat-saat macam ni.

Bagi isyarat pun tak faham sangat.

Sampai kan saya kena tulis dekat kertas.

Kemudian seorang lagi penumpang kena tuliskan dalam ejaan Thailand.

Endingnya, kami pit stop di kaunter tourism.

Baru lah clear sikit.

Kalau tidak rasa macam ‘ayam dan itik’ bercakap.

Seorang cakap bahasa Thailand, seorang cakap Bahasa Inggeris.

Sudahnya, guna bahasa isyarat!

Perjalanan yang sepatutnya 5 jam dah jadi lebih 6 jam sebab tak jumpa hotel.

Fuhh…. Bayangkan betapa letihnya.

Terutama saya yang dari JB ni, perjalanan yang ditempuh hampir 24 jam, seharian.

Tapi ni semua kami ambil sebagai pengalaman dan mencabar diri sendiri.

Ok kalau hotel kami memilih 2 hotel.

2 malam di hotel Ascot Hotel dan 1 malam di 3 Bees Guesthouse.

Saja nak try hotel yang berbeza.

Tapi untuk urusan hotel, rakan travel saya seorang lagi, Pojie yang uruskan.

Dia yang membuat pilihan hotel dan pembayaran untuk kami.

Pojie pula stay di hotel yang lain.

Jadi kami stay di 3 hotel yang berbeza sepanjang di sana.

Bajet untuk hotel pula, 2 malam di Ascot Hotel RM 112.18 dan 1 malam di 3 Bees Guesthouse RM39.30.

Jumlah RM151.48.

Tapi jumlah tu saya bahagikan kepada dua orang.

Jadi setiap seorang harus bayar RM75.74 untuk 3 malam hotel.

So far total saya sudah RM 347.74.

Lepas puas pusing-pusing baru lah jumpa hotel kami.

Sampai sahaja kami terus check in.

Pojie dah dari pagi sampai sebab dia datang naik flight.

So saya dan Wahidah, decide untuk rest dulu sebelum keluar mencari laut!

Sebab masing-masing dah lepak.

Sementara nak menunggu sunset tu.

First day, kami hanya bersantai sahaja sebab sampai pun dah tengahari.

Lepas tu penat semua, so kami decide untuk ambil angin sahaja di Ao Nang Beach sambil mencari pakej-pakej aktiviti untuk esoknya.

image16

image17

image18

Sambil tu kami try dulu Nutella Banana Pancake yang memang terkenal di Krabi ni.

Rugi kalau ke sini tapi tak mencuba this pancake.

image19

image20

Selain Nutella, banyak lagi pilihan macam yang tersenarai di papan pada gambar di atas.

Memang banyak stall yang menjual pancake di sini.

image21

image22

Tadaaa nutella banana pancake!

Kami dapat kan dengan harga 40 Bath atau RM4.

So sekarang perbelanjaan sudah RM 351.71

Ok berbalik kepada misi utama iaitu mencari pakej terbaik untuk beraktiviti esoknya.

image23

image25

image26

Setelah puas pusing kawasan sekitar Ao Nang, kami dapat tempat agensi terbaik!

Pakej yang ditawarkan di agensi ni so far yang termurah dan terbaik aktiviti yang disediakan.

So kami dah dapat aktiviti untuk esok!


Apakah aktivitinya?.

Ok teruskan membaca!

Dah gembira dapat pakej aktiviti esok, apa lagi, menyempat kami kacau ratu-ratu di sini hahaha!

Tapi hati-hati sebab kalau snap gambar dengan mereka ni pon kena bayaran tau!

20 Bath setiap seorang.

So, sebab kami gatal pergi melayan, kena lah ketuk 60 Bath untuk 3 orang wanita celup ni.

Serius kamu jangan melayan!

Kata nak save bajet kan.

Tapi dah gatal pergi menambah bajet lagi!

So far sekarang saya dah belanjakan RM 353.71

Hah segala penat terus hilang bila dah dapat tengok this scenery.

FB_IMG_1438313225053

C360_2015-08-01-19-25-51-606

C360_2015-08-01-19-11-28-634

Next apa lagi…

Dah habis menjamu mata dengan sunset, tiba masa menjamu perut pula.

Untuk dinner malam ni kami decide untuk makan makanan yang agak ok sikit lah.

DSC_0364

Lagi pun baru first day, so masih belum sempat mencari kedai makan yang lebih baik dan lebih murah.

Kami dinner di Moti Mahal (nama kedai mahal tau!).

Kami pesan makanan sepinggan hidangan je.

Macam nasi goring daging. Senang.

Plus pulut mangga.

Untuk dinner malam tu saya bayar 150 Bath atau RM 15 untuk makanan dan minuman.

DSC_0204

Duit terus mengalir.

Sekarang sudah RM 366.71 saya belanja kan.

Dah letih, so balik hotel tidur!

Kena simpan tenaga secukupnya sebab aktiviti esok memang seharian dari tengahari sehingga lah ke malam.


KRABI (HARI KEDUA)

Hari kedua kami tetap bangun awal dan keluar ambil angin di pantai Ao Nang.

Rugi pula rasanya kalau datang sini tapi habiskan masa dengan tidur je kan.

So, jom cuci mata!

IMG_20150731_013256

image39

Sempat juga lah part time dekat pam minyak.

Menariknya pam minyak di sini ade sebuah je dan terletak di tepi-tepi jalan.

Cara nak bayar masukkan duit macam kita bayar parking dekat Jusco.

image40

image41

image42

Dah pukul 12 tengahari kami pun balik hotel masing-masing untuk bersiap-siap.

image43

Tepat jam 12.30 tengahari van kami (termasuk dalam pakej) jemput di depan hotel kami.

Menuju ke destinasi.

image44


So aktiviti kami pada hari ini adalah 7 island!

Berikut tentatif aktiviti sepanjang hari :

12.30 PM : Pick up service from Ao Nang.

Tepat jam 12.30 van tiba di hotel dan membawa kami ke destinasi.

Perjalanan mengambil masa 15 minit.

image45

12.45 PM : Depart from local pier to 7 island.

Setibanya, kami diminta untuk mendaftar nama dan diberi sticker dan goggle setiap seorang (kalau hilangkan goggle, kena denda 400 Bath, so jaga elok-elok!).

image46

image47

1.00 PM : Pickup service from Railay.

Di jeti, kami dipecahkan mengikut sticker yang kami pakai kerana setiap bot ada pakej yang berbeza.

image48

image49

image50

Keadaan dalam bot.

image51

Ada juga menjual makanan ringan.

image52

Iya lah tahu lah bila dah berenang mesti akan lapar.

Ni lah masanya agen nak buat duit kan!

image54


Chicken Island : Snorkeling on coral reef.

image55

Perjalanan kami untuk tiba di pulau pertama agak lama juga.

Mula-mula macam excited, lama sangat sampai mengantuk nak tunggu….

image57

image58

Tadaaa finally snorkeling!

Tadaaa finally snorkeling!

Memang sangat seronok bila dah ‘dilepaskan’.

Setiap pulau kami stop untuk snorkeling atau berenang dalam 30 minit.

Berenang lah, menyelam lah sepuasnya satu hari suntuk tu!

Si Island : Popular location for excellent snorkeling the marine life here will amaze you.
Tup Island : Swimming in the famous sandbanks and sunset in the front of the island.

image61

Ok gambar yang bawah ni antara benda yang best dan rugi kalau tak cuba semasa aktiviti hari itu.

Which is “Cliff jumping!”

image62

Tapi memang agak bahaya.

Sebab tu tak ramai yang nak cuba.

Untuk satu bot tu boleh kira dalam lima atau enam orang sahaja yang nak buat paling ramai pun dalam tujuh atau lapan orang.

Kebanyakkan nya memang orang putih lah.

Sebab dorang ni kan adventurous.

Kalau daripada bot saya adalah dalam enam orang je buat.

Tiga orang melayu termasuk saya dan Wahidah.

Pojie tak buat hahaha!

Saya dan Wahidah memang sukakan cabaran dan extreme game.

Kami mempunyai minat yang sama.

So, masa ni saling lah mencabar sesama kami untuk mencuba.

Mula-mula tu perhatikan je lah orang lain dari bot lain buat dulu.

Nak make sure juga selamat ke tidak!

Untuk aktiviti ni, kami diberi kebebasan untuk buat.

Just jaga diri lah.

Kalau tak yakin, jangan buat!

Untuk terjun cliff jumping ni, kami kena buka life jacket untuk terjun.

So, buka life jacket, panjat banjaran tu, terjun terus sampai dasar dalam laut tu.

Tanpa life jacket!

Dah dekat bawah tu, pandai-pandai lah kamu berenang ke  apa untuk timbul semula ke atas.

image63

image64

Tapi lepas timbul tu, akan ada lah yang tolong campakkan semula life jacket tu dekat kamu.

Yang bagusnya, semua orang yang nak buat tu akan kerjasama.

Seorang akan pegangkan tangga tu supaya kamu naik, seorang akan tolong kamu untuk panjat, seorang akan tunggu dan campakkan kamu life jacket bila kamu timbul semula.

Tak kira lah melayu ke, orang putih ke.

Semua tolong.

Memang satu kerugian kalau dah bayar pakej dan tak buat cliff jumping ni!

Sekali dah terjun ke dasar tu, memang terasa nikmat dia!

Kalau diberi peluang lagi, memang saya akan buat lagi cliff jumping ni.

Lagi tinggi akan panjat.

Nak lawan orang putih tu, memang tidak lah.

Tinggi sangat mereka ni cabar diri.

But still, I’m proud of myself sebab berjaya cabar diri sendiri lagi.

Phranang Cave : Visit Pranang Cave (tapi kami just lalu je tapi tak masuk pon cave tu sebab kami tak amek pakej untuk jejak ke sempadan lain. Sebab kalau jejak kaki dekat tanah pulau tertentu akan dikenakan bayaran masuk ke sempadan lah kira 400 Bath. Tapi kami tak bayar untuk tu).


Taming Island : Sightseeing beautiful island.

Tak akan dapat rasa lah suasana ni kalau dekat bandar.

image65

Tenang sangat!

Dah letih tu, kami disediakan minuman dan buah-buahan (tembikai dan nenas) sebagai alas perut sebelum BBQ nanti.

image66

image68

image69

Ini namanya berenang sampai pengsan!

image70

Cantik sangat sunset pada petang tu.

image71

Dengan cuaca yang elok, dapat lah kami berpeluang melihat sunset.


Poda Island : Dinner and BBQ, on the beach and make a photography. After dinner a spectacular fire show, performance by your tour guide.

image72

Next, kami ke Pulau Poda pula.

image73

Kami diarahkan untuk tukar bot di tengah laut untuk ke sini.

Sebab siapa yang tak beli pakej yang ada BBQ, diorang akan naik bot lain.

Dipecahkan lah.

Dua trip juga lah yang ambil kami sebab ramai.

Di sini lah kami semua berhenti untuk makan malam seperti yang termasuk dalam pakej.

Ok juga makanan yang disediakan.

Tapi kalau lapar boleh je tambah.

Pengalaman yang sangat seronok bila dapat bersantai-santai dekat pulau.

Makan ramai-ramai, berhadapan laut.

Cantik sangat!

Pelbagai bangsa semua duduk santai bersama.

Dah rasa macam suasana cerita survival pula.

Di Pulau Poda ni merupakan hentian yang paling lama lah berhenti.

Lebih sejam rasanya.

Habis sahaja makan dan bersantai, kami disediakan dengan pertunjukkan “abang api” oleh tour guide kami.

image79

image80

Memang meriah suasana semua berkumpul tengok pertunjukkan tersebut.

Sangat terhibur!

Setelah selesai semua pertunjukkan, kami diarahkan untuk naik semula ke bot kami mengikut agen kami seperti sticker kami pakai.

Masa ni agak kelam kabut juga lah, sebab dah malam dan gelap.

Cuma ada cahaya bulan dan lampu yang malap dari bot sahaja.

So agak bergelap dan kabur-kabur lah kami semua masuk ke laut dengan beg, goggle semua, berebut nak naik.

Agak berpusu lah.

Tambahan, bila dah malam tu, air dah mula pasang, so agak tinggi lah air.

Kalau yang pendek nya 157 cm macam saya ni, agak dah paras bahu juga lah air masa tu untuk panjat naik bot.

Masa tu nak gelak pun ada, sebab apa?.

Serius dah serupa sangat macam pelarian Rohingya!

Yelah jalan bawah bot macam tu.

Lepas tu nanti akan ada lah penumpang lain yang akan tolong sambutkan beg–beg dari atas bot.

Kami kena angkat lah beg atas kepala supaya tak masuk air, sebab ada handphone semua dalam tu.

So adalah, gilir-gilir yang tolong.

Kita pas kan dari bawah bot, mereka akan sambut.

Terima kasih siapa yang buat kerja amal tu.

Seronok lah, rasa banyak kerjasama antara kami sepanjang aktiviti ini.

Tour guide yang juga baik kepada kami semua.

Service terbaik.

Sangat disarankan untuk ke Mariam Travel.

image81

image82


Seeing plankton : Complete the evening with a refreshing swim amidst the bio-luminescent phosphor the sea around you.

Ok ni last pit stop kami, pulau terakhir, kami snorkeling di malam hari.

Gelap gelita.

Tapi jangan risau, Untuk malam punya snorkeling ni, disediakan tali yang telah di ikat dari bot ke banjaran.

So, kami semua diarahkan untuk beratur dan bergayut pada tali tu supaya tak jadi apa-apa sebab memang gelap.

Tapi, bila dah selam tu baru lah kami Nampak plankton.

Untuk yang ni, agak sekejap saya turun, sebab tak tahu kenapa masa tu, goggle saya ada problem, bila dah selam tu memang air masuk, memang telan air dan rasa lemas sikit.

Agak panik juga sebenarnya, sebab dalam gelap, dengan lemas sikit, nak pegang tali tu lagi, memang panik juga…

So saya decide untuk naik semula ke bot.

Lain kali check dulu!

Jangan main terjun je.

10 Barang Yang Tidak Wajib Tapi Harus Di Beli Semasa Bercuti Di Selangor >>>


9.00 PM : Back to Railay.
Seperti dijadualkan, jam 9 malam kami tiba semula di jeti. Pulangkan goggle semua, tunggu driver.

9.15 PM : Arrive to your hotel.
Jam 9.15 malam, kami tiba di hotel masing-masing dengan basah kuyup!

Untuk pakej 7 Island ni kami bayar 800 Bath atau RM 80.

So total perbelanjaan sekarang RM446.71

Ni lah hotel kami untuk 2 malam pertama.

Ascot Hotel.

image83

image84

Bilik yang disediakan memang sangat selesa!

Puas hati!

Katil yang empuk, bilik yang bersih, siap TV, Ice box semua, complete.

image85

image86

Bilik air yang bersih.

image87

Itu penting!

Pemandangan daripada sliding belakang.

Nampak lah view banjaran.

image88

Balik rehat kan diri sekejap.

Lepas tu saya dan Wahidah keluar ambil angin sekejap di Ao Nang Beach sebelum balik ke hotel semula dan tidur.

Habis hari pertama dan kedua kami di Krabi.

Sambungan siri kedua di sini >>>



Gambar ©: PojieGraphy , Sheril Ameera

55 Responses

  1. Avatar Salam isa says:

    Assalamulaikum awk . Pakej awk ambik kat krabi tu apa nama agensi dia ek . Ingt nak try pakej tu . Mcm best je . Lg pun murah kan..

    • Waalaikumsalam Isa. Saya beli pakej di Mariam Tour. Memang so far di agensi ni yang menawarkan dengan harga yang murah dan aktiviti yang menarik. Kalau kamu ke Krabi boleh lah dapatkan pakej di Mariam Tour. Terima Kasih.

  2. Avatar kamal says:

    Assalamulaikum encik/puan .klo nk bawak alat snorkle dari rumah boleh x?

    • Waalaikumsalam Encik Kamal. Itu sy tak sure pula. Sebab so far semua pakai yang disediakan.Tapi sy rasa tak menjadi masalah kalau nak pakai set sendiri :)

  3. Avatar ezani says:

    Assalamualaikum , pakej mariam tour tu area mana yea? dekat tak dgn ascot hotel?

    • Waalaikumsalam. Sy tak tahu nak cakap mcm mana. sebab tak ingat dah macam mana nak bagi direction. Sorry ya. why not awk pergi tengok one by one. sbb sy pon pergi tengok di semua counter. Dekat juga. Counter2 tu memang di sekitar pantai Ao Nang je. Tak jauh

  4. Avatar wan says:

    saya cadang nak pergi minggu depan, tp x de kawan la pulak nak teman….

    • Maaf ya baru perasan comment ni😅try cari kaki kaki travel juga. Antara cara paling mudah boleh ke twitter Mybacpacking. Tanya kat situ siapa nak join, selalunya ada juga yg berminat. Sambil tu boleh dapat kenalan baru😉

    • Avatar Hayzam says:

      Salam wan. Sy nak tumpang tye, pasal cara2 pergi ke krabi.

  5. Avatar khusyaini says:

    just nak tanya untuk kemudahan kami yg baru nak g nanti, cmne awak solat sbb tgk activity mcm pack seharian.

    • Solat selalunya kami jamak. And ada je masa untuk solat selepas aktiviti tu. Sebab selalu antara tengah hari tu dah habis macam kayak tu, dalam zohor dah habis dah. Kecuali yg 7islands tu memang pack lah. Sama ada jamak atau terpaksa qada solat. Sebab memang tak sesuai solat atas bot tu sebab agak tak bersih dan kita pon dalam keadaan basah. selalunya susah antara zohor dan asar je. waktu lain tak ada masalah

  6. Avatar yda ani says:

    nak tnya macam mana nak book hotel ascot tu and berapa ya harga untuk 2 mlm….

    • salam. maaf ya lambat reply. awak boleh book melalui trivago. Masa sy pergi tu, semalam dalam RM56. Tapi biasanya trivago akan berubah ubah harga.

  7. Avatar Nini says:

    Hi. Nak tanya. Masa awak beli tiket bus tu beli online ke beli kat kaunter? Kalau beli kat kaunter selalu nak tiket masih ada ke?

    • Hai. Sy beli terus di kaunter. Selalunya ada je. Masa sy pergi, dalam bas hanya ada dalam 8 org sahaja. Memang banyak kosong. Jadi ticket memang ada je.

  8. Avatar hairul says:

    jom… whatsapp aku 0172940804

  9. Avatar hawa says:

    Assalam awk..pakej 7island 800baht yg awk beli tu mmg skali ngn BBQ eh? Dan awk xbayar 400baht ntk national park ye?xpe ke xbayar?

    • Waalaikumsalam. Ya termasuk sekali dalam package BBQ tu. Tak apa boleh je. So that, bot tak akan bawa ke tempat yang kena bayar tu. Sebab bot dibezakan dengan package yang kita bayar

  10. Avatar iza says:

    assalam..nak tanye agak2 kalu sy nak discover hatyai,krabi and phuket berape lame diperlukan..then ade x transport krabi ke phuket..

    • salam. Kalau Hatyai mungkin sehari dah habis dah. Krabi mungkin dalam 2 hari. Phuket mungkin 2 3 hari juga

  11. Avatar Azzam says:

    Salam… total 1pax berapa ye utk trip ni… kalu nk pergi 1 family (7org – 2dewasa5kanak) pn akan dikira mcm awk gak ke atau lebih jimat?

    • salam. maaf kalau macam tu sy tak sure. sebab sy pergi by individual budget

  12. Avatar didi says:

    SALAM awak..best baca pengalaman backpacker awak ni…sya nk tanya…awak buat cliff jumping tu,awak tahu berenang ke?sya tak tahu, so risau la nk try kalau pergi nanti…tq…..

    • salam. First of all, terima kasih sudi baca cerita saya ya :) saya tahu berenang. Tapi kalau saudari/saudara tak tahu berenang lebih baik jangan sebab saudari/saudara akan panic bila dalam air nanti. Sebab syarat memang kena buka life jacket

  13. Avatar MINO says:

    Assalam, kalau pergi backpack sorang2 selamat x?? Sbb saye nknke krabi bulan 12 sorang2.. Selamat x agak2..

    • Salam Mino. Selamat sahaja sebab Krabi ni mesra pelancong tempatnya. Memang ramai yang ke sana solo backpack. Tapi lagi best ada kawan. Apa2 senang. Tapi kalau sorang pon ok sahaja

    • Avatar Hayzam says:

      Salam mino. Bole wasap sy 0182667339 x, sbab sy nak g krabi seorang diri. Jdi sy nak tye caranya.

    • Avatar norizani bt murad says:

      ASSALAMMUALAIKUM Hazman. pergi bulan brp? sy bulan 9 nih, solo juga .. leh join2 untuk aktiviti di sana.. tq

    • Avatar hallidaf says:

      hi. bulan 9 ni brapa hb awak g ? sebab saya solo jg dari brunei. pakai bus ke hatyai

  14. Avatar Lala says:

    Salam kak,hmmm nak tanya time akak masuk kastam malaysia …akak naik bas kan…diorang ade scab bag tak atau cek bag akak…thanks..

    • Avatar Lala says:

      Hmm…tak balash pun comment syaye…rajuk ah ceni…..mesti akak ingat syaye jahat…hmmm
      Penat syaye bace story akak..tamo kawan…

    • Salam. Maaf ya lambat balas. Nak masuk ke Malaysia akan dicek oleh kastam. Masa masuk ke Thailand sahaja tak dicek.
      Once agains sorry for the late respond. Anything, can email me : sherilameera@gmail.com

  15. Avatar Irfanrazak says:

    Salam.dalam pamplet 7islands tu cost dia 1800 baht. Tapi dlm bajet sis tulis 800 baht je.ade typo ke? Or mmg gitu dia charge?

    • Macam sy cakap, tamplete tu saya ambil je dari semua kedai sebagai contoh. Tapi charge sy kena hanya 800bath sahaja. (Ikut kedai. Jadi kalau nak murah kena usha semua kedai. Jangan malas tau nanti rugi bayar lebih!)

    • Avatar Irfanrazak says:

      Oh.okay.sbb tgk2 online mmg harga dia 1500-1800 per pax.thank you for your reply.nanti pi tanya dkt counter.have a nice weekend ;)

  16. Avatar Syafiq says:

    Dekat sana internet pakai sim card ape ?

    • Avatar sheril says:

      Tbh, saya tak belum pon sim card masa di sana😅Saya hanya gunakan wifi hotel

  17. Avatar shahir says:

    itinerary yg excellent👍👍👍

  18. Avatar Fyfy says:

    Hi salam.. Sy nak tnya ascott hotel tu gambar ihsan google ke awk mmg dpt mcm tu?? Brp star awk bg kt ascott hotel tu?? Mekasih awkk.. Sy rancang nk honeymoon tp sy ni selalu backpack cume bile tgk hotel awk tu mcm okey je. Hehe 😊😊

    • salam Fyfy. Maaf ya lambat reply. itu sy ambil di google. Tapi realiti memang macam dalam gambar tersebut (bilik yg saya dapat). Tak sempat ambil gambar sendiri dah sepahkan hahahaha itu ambil daripada google. Tapi memang sama. sy bagi 4 star =)

    • Avatar Fyfy says:

      Ni awk book kt agoda dulu kn? Book tp tk byr lg ke mcm mana ya? Lagi satu hotel ni view dia mmg mgadap bukit ke ada yg jalanraya? Mksdnye kite boleh pilih ke eh??

  19. Avatar junainah ngah says:

    Untung org thailand hotel besar mcm tu x sampai 200.kalau kat sini hmm belum masuk tax lg

  20. Avatar Thalia says:

    Salam yunk..ascot hotel tu 1malam brapa yer??jauh tak agak2x kalau nk p krabi dr situ??

    • Salam. Sekarang sy kurang pasti berapa rate harga. Mungkin boleh check di mana2 web. Maksudnya krabi town atau pun pantai Ao Nang? Kalau ke Ao Nang dekat je dalam 5 minit jalan kaki. Tapi kalau krabi town jauh juga

  21. Avatar Aimi says:

    Salam. Pakej-pakej semua tu boleh dapat kat krabi town kan? Hostel yg berdekatan situ banyak x?

  22. Avatar Aimi says:

    and lagi satu, cliff jumping tu memang agensi mana mana pun akan bawak ke cliff jumping tu ke? which mean memang cliff jumping tu include dalam 7 islands?

    • Salam. Ya boleh cari di sekitar pantai Ao Nang. Ao Nang ya bukan Krabi town. Sebab Krabi Town & Ao Nang berbeza. Depends sebenarnya, ada agensi yg sediakan ada yang tidak. Jadi sebelum beli package, cuba tanya dulu apa yg ditawarkan

  23. Avatar Mir says:

    salam, bas dari KL memang menuju terus ke Sri Maju agency atau ke Station Bus ?

  24. Avatar Hazzly says:

    Salam, nak tanya. Naik minuvan dr hat yai ke krabi ada tempat simpan beg x? Saya nak bawa beg tarik. Nak letak kat kaki kuat ke?

  25. Avatar AZIZAH says:

    SALAM SIS NAK TANYA..DENGAR KATA KITA YANG NAK PI NI KENE ADA LEBEH KURANG RM 2000 DLM TANGAN BARU BOLEH MASUK KESANA..BETUL KE?

  26. Avatar Zainurin says:

    Terima kasih…pengalaman yang menarik..

  27. Avatar Redha @ 9W2RDG says:

    Terima kasih secukup rasa seadanya atas info blog Sheril Ameera.
    Insya Allah 25 April – 1 Mei 2018 kami seramai +/- 20 orang akan konvoi ke Krabi & Hatyai dari Kuala Terengganu. Konvoi motorsikal 100 – 150 cc jer (cubcai).
    Yg berminat nak join boleh call direct saya @ 011-50757570.
    Budget sd bhd.

  28. Avatar ILHAM says:

    Kak, di Changlun driver bas Sri Maju tu overcharged kak RM5 hanya utk isi borang embarkment (putih) tu. Bayaran sebenarnya RM2 aje.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *