13 Tips Untuk Jadi Seksi Tanpa Terdedah Sana Sini

Betul Ke Merah Tu Seksi? / Foto: Pixabay

Setiap manusia ada tarikan masing-masing, baik lelaki mahupun wanita.

=> 13 Tanda-Tanda Rahsia Suami Curang Dengan Isteri!

Tanpa berpenampilan dengan pakaian terdedah sana sini pun masih nampak seksi tau.

Jom baca dengan penuh semangat!

1. Kulit

Jika ditanya pada dua jantina, lelaki dan wanita, mereka mengakui bahawa tubuh manusia mempunyai keistimewaan.

Setiap anggota badan memainkan peranan yang penting.

Sebagai contoh, kulit.

Ada pendapat mengatakan bila kulit kelihatan cerah dan bersih, seksi itu jelas kelihatan.

Terasa seperti mahu dielus sahaja kulit yang bersih tu.


=> Perlukah Kita Takut Dan Risau Jika Jodoh Datang Lambat?


2. Renungan Mata

Betullah ungkapan dari mata turun ke hati.

Hal ini disebabkan oleh mata itu dapat mengungkapkan pelbagai perasaan, contohnya, perasaan ingin bermanja, perasaan inginkan pertolongan, inginkan sesuatu lah pendek kata.

Mata boleh buat orang kelu, jika ditenung sedalamnya, dan bila dia ikhlas pun akan dibuktikan.

Namun jika menipu pun boleh melalui mata.

Jadi, berhati hatilah dengan pandangan menggoda seseorang ok.

 

3. Senyuman

Senyumlah.

Senyuman kan ada macam macam.

Ada orang tersipu malu bila seseorang tu senyum pada dia kerana merasakan senyuman itu seksi dan seperti memberi tanda ada harapan cinta dalam senyuman tersebut.

Lebih-lebih lagi jika dihiasi dengan renungan mata seperti point di atas.

Sungguh menawan!

 

4. Pakaian

Tajuk artikel ni ialah seksi tanpa pakaian terdedah kan.

Jadi nya, ia lebih berpihak kepada pakaian yang sopan dan tidak keterlaluan seksi ataupun yang berlitup terus.

Bagi sebahagian wanita, mereka sukakan lelaki yang memakai seluar separuh tapi parasnya di bawah lutut dan ada yang gemar melihat lelaki yang berpakaian formal atau baju melayu.

Nampak gah dan menggoda!

Bagi lelaki, mereka pun berpendapat jika wanita memakai baju kurung atau berkain batik itu seksi.

Bukan selekeh, tapi ada terselit keseksian di sebalik kesopanan mereka.

Nah, jika berbaju kurung bergabung dengan kasut tinggi pun ngam jugak kan.

Tapi terpulang pada individu tersebut.

Yang penting, kemas.

Tak boleh jugak jika sarung pakaian tapi ada sejuta renyuk, hehe.

 

5. Minda Yang Pantas

Yes, minda.

Lelaki dan wanita apabila bekerjasama, mereka suka melihat kepantasan cara bekerja dan kecekapan minda membuat keputusan.

Hal ini membuat mereka terfikir jika kalian ditakdirkan bersama, semestinya masing-masing tahu dalam menjalankan tugas seharian.

Ini seksi kata beberapa orang.

 

6. Berdikari Dan Pandai Bawa Diri

Betul, pendapat yang hampir sama.

Lelaki dan wanita merasakan jika mereka pandai bawa diri, itulah seksi.

Mereka tahu apa yang mereka inginkan dan tahu menyesuaikan diri di mana-mana sahaja, tanpa perlu bergantung 200% dengan pasangan masing-masing atau berlainan jantina.

 

7. Sense of Humor

Betul.

Kalau muka je cantik dan handsome tapi, sense of humor pun kurang, hmm, orang akan annoying.

So, takdalah seksi kan.

Tapi kalau yang jenis pendengar, dan cuba memahami masalah orang lain, itulah seksi.

Kerana sense of humor nya ada dalam diri.

Jika ada masalah para wanita atau lelaki suka kepada mereka yang boleh berikan pendapat bernas kerana pertolongan amat diperlukan.

 

8. Bersih Dan Kemas

Daya tarikan ada pada kebersihan.

Betul, kerana jika dilihat pada kebanyakan manusia, mereka sukakan sesuatu yang bersih.

Contohnya, bau badan.

Jika wangian tersebut menyenangkan, mereka akan terasa ingin dekat dan di situlah keseksian terserlah.

Mulut berbau juga diambil peduli kerana, mulut itu penting dalam sesuatu pertemuan selain dari senyuman saja yang manis.

Bayangkan jika senyum dah sweet, tapi bukak mulut, berbau!

 

9. Bermanja

Manja boleh tapi tak nak OVER!

Yes, seksi bagi yang suka bermanja, mulut manis, sudah tentu membuat manusia tersebut terngiang-ngiang dan suka dengan usikan manja anda.

Itulah seksi!

 

10. Bahasa Tubuh

Banyak sebenarnya point di atas berkaitan bahasa tubuh tapi antara lain ialah cara anda menunjukkan diri anda.

Contohnya, cara berjalan.

Cara bercakap, cara berlawak dan bermacam-macam lagi.

Kalau sedang duduk, pastikan anda duduk dengan sopan tapi penuh keyakinan, bila berjalan, gunakan lenggokan yang anggun dan bergaya.

Bukanlah terlalu meliuk lentok atau bajet macho, tau.

Jika sedang bercakap, bolehlah selitkan dengan unsur nasihat dan senyuman kerana itu akan membuat anda di kagumi serta di idamkan semua.

 

11. Matang

Ya, mana ada orang yang suka bermain-main dan tidak serious kan.

Kematangan melambangkan keseksian bagi beberapa orang kerana itulah jati diri yang diperhatikan jika perlu berhubungan.

Namun jika terlalu matang sehingga serious tak boleh bergurau, itu adalah masalah dan bukan lagi seksi!

Matang bila diperlukan dan bergantung pada keadaan.

Cuba bayangkan jika ada masalah, dan anda cuba selesaikan, haa, sudah tentu ramai terpegun kan.

Itulah seksi, matang dari segi pemikiran dan percakapan.

 

12. Suara

Suara memainkan peranan untuk berhubung kan.

Tak kisah anda bersuara rock, atau halus, percakapan anda memang seksi.

Kerana semua manusia ada ciri-ciri yang di idamkan.

Lebih-lebih lagi jika berada dalam talian, kelunakan suara tu akan membuat si dia terpesona.

Baik lelaki mahupun wanita.

Bergegar tulang rusuk katanya. :)

 

13. Keikhlasan Hati

Okay, point ni memang tak nampak dari segi fizikal nya.

Namun inilah yang di inginkan oleh semua.

Jika berkenalan, walaupun sebagai seorang bos dengan pekerja, keikhlasan tu penting sebab bila ikhlas, segalanya akan berlaku dengan rapi.

Mungkin ada sikap romantik yang terserlah bila ikhlasnya hati.

Contoh, bila anda ikhlas berjumpa dengan si dia, dengan sendirinya anda mudah tersenyum manis dan terhibur dengan setiap tingkah laku si dia.

Anda mungkin boleh tiba-tiba ajak dia bernikah, bekerja elok-elok atau sesuatu yang lebih menarik lah.

Di situ, semua keseksian maybe boleh nampak kan :)

=> Mengintip 13 “Rahsia Lelaki” Yang Bukan Lagi Rahsia

 

Kesudahannya..

Jadilah seorang yang seksi.

Seksi tanpa terdedah sana sini, terbuka tang tu, tang ni.

Walaupun saiz anda terlebih sana, terkurang sini, tak perlu rendah diri, anda tetap jadi seksi di beberapa hal, dan tabahlah hadapi kehidupan!

Tapi keseksian melampau dan terover-over, bolehlah ditunjukkan bagi yang dah halal bernikah.

Okay ? ?


~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~



Nona Sani

Nona sani seorang blogger yang suka beramah mesra dan sukakan pink. Boleh layari blog beliau : nonasani.blogspot.my

Banyak Lagi Di Saudari

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *