15 Sebab Kenapa Saya Belajar Menumbuk & Menendang (Seni Mempertahankan Diri)

Keseorangan Di Lorong Yang Sunyi

‘Sedari tadi, ada beberapa mata mula ‘memancing’ perhatian aku dan segera aku mempercepatkan langkah di lorong sunyi itu. Tangan aku mengagau kunci kereta dalam beg yang berselirat barang, memberi tekanan masa apabila beberapa dikalangan mereka yang aku sangkakan ‘homeless’ semakin menghampiri aku……’

“Ha, apa yang kamu semua nak buat kalau kamu ada dalam situasi ni?”

Sergah jurulatih kepada ahli baru termasuk aku pada pertengahan September 2008.

‘Cari kunci kereta sampai dapat.’

Jawab aku selamba dalam hati.

Ahli senior lain tersengih-sengih tengok aku dengan kawan-kawan aku yang lain mengagau cari jawapan.

“Sebab tu lah kamu semua ada kat sini. Kenapa kamu nak belajar silat?”

Masa tu seriously sebab utamanya memang aku nak ‘ajar’ orang yang buli aku nanti.

Tapi as time goes by, aku semakin jelas dengan matlamat aku tentang KENAPA AKU BELAJAR SILAT?

Lebih tepat lagi Silat Cekak Pusaka Hanafi.

 

#1

SEBAGAI PERTAHANAN DIRI

Dah nama pun silat, mestilah khusus untuk pertahankan diri.

Silat yang saya belajar ni merupakan 99% pertahankan diri dan 1% menyerang.

Eh macam mana pulak tu?

Itulah yang uniknya!

Korang cuma perlu berdiri tegak saja (tanpa kekuda) dan menanti serangan.

Pendek kata kalau ada orang serang baru kita balas balik.

Silat ni bukan untuk cari gaduh, semua pergerakan ikut sifat semulajadi manusia dan pergerakan dalam solat.

Hah kalau nak tahu masuklah silat ni, Eh terpromote pulak…

 

#2

DAPAT MEMPELAJARI ILMU LAIN

Setiap kali jumpa budak-budak baru, diaorang mesti tanya, “Macam mana kalau saya belajar silat tapi tak dapat lawan orang?”

Hmm, susah jugak nak jawab tu memandangkan aku pun belum pernah hadapi situasi macam tu.

Tapi satu perkara yang aku boleh tinggalkan mereka dengan senang hati ialah dengan meyakinkan mereka bahawa

‘Percayalah apabila awak belajar silat, awak akan dapat ilmu lebih dari pertahankan diri. Soal awak mampu dapat menangkis serangan musuh ialah bergantung kepada sejauh mana awak mengamalkan ilmu silat itu sendiri baik dari segi zahirnya dan batin.’

 

#3

SELALU DIBULI

Ini memang tak dapat nafikan.

Sejak dari sekolah menengah ada je yang jealous dengan aku tanpa sebab.

Walaupun bukan buli sampai bertumbuk tapi aku tetap dikategorikan sebagai lemah dan memilih untuk tak nak lawan.

Sama macam dalam keluarga, aku bosan selalu ‘dipijak’ dan macam-macam lagi.

Dengan adanya ilmu silat sekurang-kurangnya diaorang akan fikir dua tiga kali nak buli aku lagi. Huh!

 

#4

MEMANG MINAT

‘Do it with passion or not at all.’

Aku menggambarkan diri aku sebagai obses dengan silat terutama masa kat universiti dulu.

Bukan silat je, martial art yang lain pun aku suka tengok.

Aku selalu praktikkan apa yang aku belajar dan aku tengok video-video lain kat Youtube macam ‘How to knockout attacker within second’, ‘Combat attack’, ‘Presure Point knockout’ dan banyak lagi lah!

 

#5

CABAR KEMAMPUAN DIRI

Sememangnya aku memang suka dengan aktiviti ‘Adrenaline Rush’ sebab ianya bagi kepuasan maksimum!

Aku teringat masa latihan untuk menangkis serangan pisau dengan jurulatih, kami berdua berdiri ditengah sambil ditonton ahli silat lain.

Nervous dia tak payah cakaplah.

Aku rasa aku diserang panic attack sebab susah nak bernafas dan tak boleh berdiri dengan betul.

Akhirnya aku dapat menangkis serangan tu dengan jayanya, jurulatih tu sempat pesan, “Kawal perasaan takut tu untuk mengelakkan salah pergerakan dan boleh cederakan awak balik.”

 

#6

DAPAT KAWAN BARU

Bila dah join silat ni ramailah kenalan yang macho-macho lagi tough praktis silat sekali.

Tapi yang lagi dramatik, permulaan aku kenal mamat sorang ni, bila dia injured terkena pisau dan darah menitik dekat lantai tempat kami praktis.

Jurulatih segera bawak ke hospital dan ahli silat lain yang belum praktis serangan pisau mula risau.

Mana taknya, jurulatih tu dengan selamba lap pisau tu dan panggil yang lain, “ok, next…”

Esoknya aku jumpa dia dan tanya keadaan dia.

Bermula dari situ persahabatan kitaorang terjalin sampailah sekarang.

 

#7

AKTIVITI SAMPINGAN

Aku rasa aku ada hobi yang paling best kat dunia dan paling sibuk.

Boleh di katakan, setiap minggu ada je aktiviti demonstrasi silat sama ada dijemput persatuan lain atau untuk pengambilan ahli baru.

Kadang-kadang tu berturut-turut hari kena buat demo.

Bila classmate aku ajak untuk join aktiviti lain, aku selalu menolak.

Sampaikan diaorang akan cakap aku pergi silat kalau aku tak datang aktiviti kelas walaupun sebenarnya aku demam.

Emak siap perli, “Kamu ambik subjek pengurusan pelancongan ke subjek silat kat UiTM tu?”

 

#8

PENGARUH CERITA/MOVIE MARTIAL ART

Aku memang suka tengok cerita lawan-lawan ni sejak kecik lagi.

Cerita Melayu zaman aku dulu tentulah Gerak Khas.

Tapi yang bagi impak lagi besar ialah ‘Mighty Morphin Power Rangers’.

Walaupun itu hanya untuk kanak-kanak tapi aku yang membesar dengan cerita tu tentulah bagi inspirasi nak tewaskan musuh.

Lagi satu, aku minat dengan kungfu baik dari segi lakonan Jackie Chan, Jet Li dan juga paling legend iaitu Bruce Li.

Bagaimanapun Bruce Li yang cipta Jeet Kune Do iaitu gabungan kungfu, boxing, kombat dengan senjata yang menjadi asas pergerakan martial art dalam lakonannya.

 

#9

DAPAT AJAR ORANG LAIN

Bagi yang passion dengan apa dia buat, tentunya akan wujud perasaan atau tanggungjawab dalam diri untuk sampaikan ilmu kepada orang lain.

Macam tu jugak dengan silat, kita jadi lebih bersemangat kalau ada orang lain turut minat dan mempunyai persamaan dengan kita.

Lagi-lagi bila junior-junior yang pernah kita ajar dulu jumpa kita balik cakap terima kasih, ramai yang ingat kita lagi.

‘What you give you get back.’

 

#10

TINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Boleh dikatakan, silat banyak membentuk diri aku jadi lebih berani, yakin diri, soal boleh lawan ke tak simpan tepi dulu.

Sekalipun kita belajar bertahun-tahun tapi masih tak bina keyakinan diri, macam mana nak hadapi musuh.

Berserah pada Allah setelah kita berusaha sangat penting kerana apabila musuh berada betul-betul dihadapan kita dan bersedia untuk tikam kita, masa tu baru kita tahu sejauh mana tawakkal kita kepada Allah dan tinggi mana keyakinan kita pada diri sendiri.

 

#11

DAPAT MENDISIPLINKAN DIRI

Bagaimana silat dapat mendisiplinkan diri?

Berdasarkan pengalaman aku, silat ni mengajar untuk tidak derhaka guru dan kedua ibu bapa, tidak mencaci (mengutuk) silat atau martial art lain dan tidak bergaduh sesama ahli.

Perkara ini dibentuk melalui peraturan yang perlu dipatuhi setiap ahli agar wujud keberkatan dalam belajar dan keharmonian diantara satu sama lain.

Sekaligus memupuk akhlak dan menjaga sahsiah diri.

 

#12

UNTUK KESIHATAN DAN KECERGASAN

Jadikan pergerakan silat sebagai senaman harian boleh dorong kesihatan dalaman dan jadi hidup lebih cergas.

Pepatah Arab ada menyebut ‘Akal yang sihat dari badan yang sihat.’

Aktifkan hidup dengan aktiviti yang kita suka lebih menyeronokkan dan konsisten.

Selain menari, jogging, main badminton, aku jugak boleh praktis silat dengan kawan lain.

 

#13

WARISI SILAT KE GENERASI AKAN DATANG

Kawan-kawan silat aku yang lain ada melawak pasal kahwin sesama ahli dapat terus kekal dalam apa jua aktiviti berkaitan silat.

Bagi aku terpulang pada mereka yang merancang untuk masa depan dengan sesiapa pun.

Tapi tak dinafikan ramai senior yang kahwin sesama mereka dan tak kurang jugak bercintan-cintun, benci-benci sayang dan macam-macam perangailah.

Aku ada berangan nak bawak anak aku join silat satu hari nanti!

 

#14

BAWA KE PERINGKAT LEBIH TINGGI

Dari awal pembabitan aku dalam silat, pelajaran ikut silibus yang ditetapkan dan merangkumi semua aspek dari asas sehingga tamat.

Setelah tamat akan ada sistem pembelajaran untuk tamat dan seterusnya ada ujian untuk sijil rendah persilatan dan seterusnya sijil menengah persilatan bagi yang terpilih.

Kita diajar dengan teknik-teknik yang sebelum ini tidak didedahkan dan memberi peluang untuk kita ke peringkat lebih tinggi iaitu jurulatih.

 

#15

WARISAN ZAMAN BERZAMAN

“Takkan Melayu Hilang Di Dunia.”

Satu frasa yang cukup ampuh sehebat keberanian Hang Tuah.

Sememangnya silat adalah lambang kekuatan bangsa Melayu yang tidak ada pada bangsa lain.

Oleh itu, interpretasi kepada makna ini, telah diadakan satu event gergasi yang dicatat dalam ‘Guiness World Book Of Records in Largest Silat Lesson di Stadium Merdeka 29 Ogos lalu.”

Sudah semestinya takkan hilang apabila termaktub dalam rekod dunia.

Satu perkara yang kita kena lawan ialah persepsi masyarakat yang mengatakan silat mempunyai unsur-unsur ghaib dan kalau dilanggar akan mengakibatkan kematian.

Ketahuilah bahawa Allah sahaja yang berkuasa ke atas sesuatu.

Bagi Silat Cekak Pusaka Hanafi, perkara utama yang anda perlu tahu ianya bersih dari tahyul dan khurafat.

Silat ini juga menerapkan unsur rohani dan kebergantungan pada Allah dalam setiap situasi, sebab itu syarat untuk masuk mesti beragama Islam.

Bagi wanita diluar sana, tak perlu diceritakan lagi bahaya yang datang mampu meragut lebih dari harta kita.

Jika kes bunuh dan rogol tak mampu menyedarkan kita untuk mempertahankan diri, apa lagi yang mampu membuka mata kita?

Teringat aku dengan pertanyaan senior aku dekat lelaki, “Kalau orang nak rogol adik hangpa, isteri atau girlfriend hangpa depan mata? Apa hangpa nak buat?”

Jangan terkejut kalau korang sendiri yang selamatkan suami korang dari dipukul.

So, aku nak tinggalkan jugak pertanyaan dekat korang walau dimana korang berada…

Apa pula alasan korang untuk tak belajar silat atau ilmu pertahankan diri?

Siti Hanum
"Breaking Soul into Travel and Write"

Banyak Lagi Di Saudari

4 Responses

  1. Ashen says:

    Sama laa cam saye , saye pun belajar silat Dan minat ngn kung fu
    Hahh , klau ade astro cubalah buka saluran ni “321” channel celestial classic movies kat saluran Tu belambak cite lawan , paling byk kung fu laa sbb cite cina sume , tapi yang paling saya minat filem David Chiang , Ti Lung , Alexander Fu Sheng , Derek Yee ngn Nicholas Tse mmg bestt lahh filem dye org nii … Gempak Cuba laa bukakk , tu pon utk org yg taksub ngn martial arts laa especially for orang yang minat ngn kung fu….XD

  2. Siti Hanum says:

    minat kungfu? wow kita geng! kebanyakan kwn saya minat taekwondo klu saya tanya, bkn pe kungfu saya tgk pergerakannya lbh pantas padu dan tepat tu yg best..Bolehla pasni saye try bkk channel tu sblm ni asyik tgk kat youtube je hehe..perghh yg tu sume legend2 tu femes 70-an pelopor filem martial tu..thumbs up!

  3. irfan says:

    Ade x area Petaling silat cekak

  4. Zuanis says:

    salam seperjuangan…rindu saat2 my silat dlu huhu..skrg dah msok tahun 2017, agak nya bila lagi dpt bkmpul mcm haritu…

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!