Bertudung Tapi Terlibat Dalam Aktiviti Yang Memberi Kepuasan Maksimum?

Kalau Tak ada Tudung Boleh Ganti Dengan Helmet ( Splitshire)

Sememangnya aku tak nafikan wanita bertudung yang terlibat dalam aktiti lasak dalam kebanyakan situasi akan berasa tidak selesa kalau diperhatikan terutamanya lelaki.

Mungkin dari pergerakan yang dilakukan ataupun pakaian yang kadang-kadang terselak, mahupun tudung yang dipakai nak tercabut.

Haishh!!!

Percayalah tidak ada perempuan yang suka dilihat dalam keadaan diatas tambah-tambah lagi ketika bersukan!

Kau akan lebih fokus kepada pakaian berbanding game yang kau main.

Kalau aku, aku cukup tak selesa kalau ada lelaki duduk dibelakang aku time jogging atau aktiviti senaman lain sebab perasaan ‘diperhatikan’ tu sangat tinggi.

Padahal diaorang bukan perhatikan kau pun!

Bukan apa kadang-kadang aku teringin jugak melompat-lompat kat jogging track tu ataupun buat lompat bintang.

Buat benda sama setiap hari langsung tak mencabar dan bosan.

Inilah masalah ‘adrenaline rush’ yang dihadapi oleh aku atau korang diluar sana.

Orang kata kita pelik tapi kita cuma nak buat yang lain dari yang lain.

Kalau korang baca artikel tentang silat sebelum ni mesti korang fikir aku ni tak suka diperhatikan tapi macam mana pulak dengan persembahan dan latihan silat yang melompat-lompat dengan kaki, tangan badan semua naik keatas sambil diperhatikan ratusan orang tu?

Siap ada VIP lagi kalau persembahan kolej dan sekolah.

Hah inilah yang dikatakan ‘passion’!

Bila ‘passion’ datang dulu daripada perasaan ‘malu’ tu, korang dah tak banyak fikir dah buat je terus.

Bukanlah bermakna aku tak malu, cuma malu tu perlu bertempat dan bukannya kita buat saja-saja tanpa sebab.

Bagi yang minat dengan aktiviti fizikal, kalau korang terlalu malu untuk buat apa korang mahu dan terlampau risau dengan kesan yang tak perlu difikirkan pun, maka korang akan mati kemurungan sebab tak ada aktiviti yang nak dibuat selain korang kena terima hakikat yang korang tak ada keyakinan diri.

Masa aku mula menjebakkan diri dalam silat dulu, boleh setiap kali pergerakan ‘buah’ silat, setiap kali tu lah betulkan baju, tudung semua sebab tak biasa lagi.

Tu belum lagi pin tercabut atau hilang entah kemana.

Masalah-masalah macam ni lama kelamaan dapat diatasi bila aku semakin maju dan selesa.

 

Bak kata pepatah ‘Alah bisa tegal biasa.’

Bila kebiasaan ini dah jadi ‘mainan’ aku saban hari, perkara-perkara kecil ni dah tak jadi perhatian yang besar dah kat aku.

Kadang-kadang tu aku sendiri tak sedar yang aku boleh betulkan tudung sambil nak tangkis serangan masa latihan silat dan jugak dalam pertandingan.

Cepat je tangan tu nak betulkan sana-sini.

Dalam semua situasi yang melibatkan aktiviti lasak lain, satu perkara yang perlu dititiberatkan oleh kaum wanita khususnya adalah PAKAIAN.

Terus-terang, pakaian yang dikenakan sebaiknya labuh, longgar, tak jarang dan kemas.

Keyakinan dalam diri meningkat seiring dengan pemilihan pakaian yang selesa dan sesuai.

Kita akan bebas bergerak jika baju yang dipakai tak tembus pandang dan terlalu menampakkan susuk tubuh yang mantap.

Kekemasan tudung juga merupakan faktor utama supaya kita tak terganggu dengan pergerakan yang rumit.

Pakai tudung yang mudah dikenakan tanpa lilitan yang menjerut leher.

Elakkan penggunaan tudung yang ‘ketat’ sampai darah tak jalan dan sebagainya.

Pin kan tudung bersama baju bagi mengelakkan tudung terselak atau tercabut!

Sebab itu di Malaysia, yang majoritinya beragama Islam telah memperkenalkan hijab sport sesuai digayakan oleh muslimah di negara ini.

Bagi di luar negara, fesyen sukan muslimah mula mendapat tempat dan mesra pengguna dengan memberi keselesaan maksimum sekaligus meningkatkan bilangan muslimah menyertai sukan.

Bukan kita tak minat sukan cuma hal-hal remeh ini menyebabkan kita malas nak deal.

Kita bersyukur kerana tak perlu berhadapan dengan Liberalisma dan pandangan prejudis Barat mengenai pemakaian hijab seperti negara luar.

Masih ingatkah kita dengan isu pemain bola keranjang wanita Qatar menarik diri daripada kejohanan Sukan Asia 2014 kerana tak dibenarkan berhijab?

Begitu sekali tekanan yang terpaksa dihadapi oleh wanita berhijab hanya kerana bertentangan dengan prinsip Olimpik!

Jika pakaian semua dah elok, ada satu perkara lain yang kita sebagai perempuan memang kalah dalam bab ini.

 

PERSEPSI!!!

Bab pakaian kita boleh buat kerana ia datang dari kita sendiri tapi bila masuk ke bab persepsi masyarakat automatik kita tewas bukan sebab apa kita buat sangat tapi sebab siapa kita.

Ada orang sememangnya ‘dibesarkan’ dengan fikiran negatif dan suka mengkritik orang lain.

Sebagai contoh, ramai perempuan diluar sana dari gadis sampailah mak orang suka pergi gym.

Dengan peralatan canggih, kondusif dan tempat berkumpul bagi penggemar gym ni merupakan motivasi terbaik untuk kekal cergas.

Malangnya, sebaik sahaja melangkah masuk pintu gym, ada pemikiran negatif mengiringi kita masuk sampailah kita keluar nanti.

Tak semua lelaki berpendapat macam tu tapi golongan ini tetap wujud.

Pernah sekali ketika belajar dulu, aku review page facebook gym yang aku bercadang nak pergi, terdapat beberapa komen yang aku baca mencadangkan pengusaha gym tu supaya tidak dibenarkan perempuan masuk kerana menganggu perhatian lelaki.

Mungkin ada segelintir wanita yang buat perkara kurang menyenangkan, tapi dalam hal ini kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Ada juga yang mengkritik perempuan mendominasi gym dan perempuan yang datang gym hanyalah menyusahkan.

Terkilankan!

Apa yang aku hendak sampaikan, sebagai perempuan kita memang diuji dengan ujian melangit dari segenap penjuru yang menganggu kosentrasi terhadap perkara yang kita minat.

Jika perihal gym mendapat persepsi yang demikian, untuk tarian dan aktiviti kecergasan lain turut mendapat tempias.

Ada sesetengah berpendapat perempuan bertudung tak sesuai untuk menari Zumba yang popular zaman sekarang.

 

Sesuai atau tak terletak pada cara kita melaksanakan.

Hanya kerana kita memakai tudung tak bermakna kita terpaksa melupakan aktiviti yang memberi kepuasan maksimum.

Begitu juga aktviti yang mencabar stamina seperti berenang, daki gunung, flying fox, panjat tembok dan banyak lagi.

Aku sendiri pernah jalani latihan PLKN selama tiga bulan, sedikit pun tak jadikan bertudung sebagai halangan dalam aktiviti yang perlu dibuat.

Yang menjadi rintangan utama dalam semua situasi adalah persepsi.

Itulah ibu segala masalah yang dihadapi oleh wanita di seluruh dunia.

Walau sedalam mana pun jurang yang kita rentas, sejauh mana pun kita berlari untuk kejar matlamat kita, tinggi mana pun kita terpaksa gapai, tetap ada jalan penyelesaiannya.

Salah satu jambatan yang kukuh menghubungkan kita dengan kehendak kita ialah pemikiran kita sendiri.

Manakala ‘passion’ memicu pemikiran yang positif.

Kalau korang rasa dapat menangkis serangan dari musuh tu kuat, menangkis persepsi negatif orang lain dari masuk dalam diri kita tu adalah kekuatan sebenar.

Jadikan diri kita sebagai, bak kata pepatah mat Saleh, brick wall (dinding yang kukuh), ditumbuk tak pecah, ditendang tak rebah.

Banyak Lagi Di Saudari

Siti Hanum

“Breaking Soul into Travel and Write”

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *