Apakah 13 Benda Yang Dapat Kita Belajar Dari Anak-Anak Yatim?

Anak Yatim

Budak Anak Yatim ( Sam Nasim / CC BY )

Baru-baru ini saya melawat rumah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam, Kluang (PKAYIK)

Anak-anak yatim mempunyai banyak kelebihan dan bila melihat sikap mereka masing masing.

Nampak normal….

Cuma bezanya, mereka sudah tiada lagi ibu bapa dan tinggal bersama semua rakan yang juga tiada lagi ibu bapa.

Di sini, saya ingin berkongsi apakah perkara-perkara yang dapat kita belajar daripada anak-anak yatim.

 

(١) Bersyukur

Yes, belajar bersyukur…

Hal ini dapat di lihat dari segi sudut utama, bersyukur kerana masih punya ibu bapa, ataupun sanak saudara yang menjaga kita.

Tapi anak-anak yatim?

Mereka sesama sendiri sahaja.

Bagi yang masih ada ibu bapa, bersyukur kerana ada ibu bapa untuk kita bermanja, menggedik dan berbahagia.

 

(٢) Menginsafi Diri

Bila melihat anak-anak yatim, mereka kebanyakannya terjaga adab tertib kerana mungkin mereka sedar dari kecil, tiada lagi ibu bapa.

Ini sangat menginsafkan terutama bagi sesiapa yang masih ada ibu bapa, tetapi suka melawan, dan memarahi ibu bapa, padahal yang melahirkan dan menjaga kita adalah ibu bapa.

Tanpa ibu bapa yang mendidik dari dalam perut lagi, bagaimanakah kita?

 

(٣) Hargai

Kita belajar menghargai apabila melihat anak-anak yatim.

Untuk pengetahuan, anak-anak yatim sangat bergembira jika ada yang sudi melawat dan meraikan mereka.

Menumpang kasih, membuatkan mereka menghargai setiap pelawat dan setiap orang yang memeriahkan hari mereka.

Jika diajak buat aktiviti, mereka melayannya tanpa ponteng-ponteng pun… diajak menyanyi, mereka layankan juga..

Enjoy bersama kerana mereka hargai setiap masa terluang.

Jadi, kita juga akan merasa untuk menghargai setiap detik kita bersama yang tersayang.

Hargai masa, dan hargai mereka yang berbuat baik kepada kita.

 

(٤) Semangat

Semangat mereka untuk terus hidup walaupun tahu tiada ibu bapa, itulah yang harus dipelajari.

Tak dapat semangat ibu bapa, tapi mereka mendorong diri sendiri, mengatakan bahawa jika ibu bapa mereka masih hidup, mesti nak tengok kejayaan mereka.

Oleh sebab itu, kita seharusnya bersemangat untuk terus hidup… dan Berjaya.

Walaupun jatuh berkali-kali, tetaplah bersemangat.

Sama ada dalam kerjaya mahupun study.

 

(٥) Bertambah Kepujian Kepada ALLAH

Apa maksudnya?

Ok, ini adalah dari kesan kesan yang baik, kedamaian terasa..

Maka kita akan terus teringat kepada Allah.

Allah mengetahui segala baik buruk dan Allah jugalah yang menjaga takdir kita.

Betapa hebatnya Allah mengatur kehidupan kita.

Mungkin di beri kurang yang sebelah sini, tapi ada kelebihan serta perkara baik di sebelah lagi.

 

(٦) Berkongsi Rezeki

Apabila sebut anak-anak yatim, ramai orang akan terfikir mengenai sedekah…

Dari situ, kita belajar untuk berkongsi rezeki dengan mereka.

Betapa bersyukurnya mereka dapat rezeki yang pelbagai.

Dan kita terdetik untuk menggembirakan mereka, maka rezeki yang kita miliki seperti, wang, atau barangan, automatik disediakan untuk di beri kepada mereka.

Sesungguhnya, berkongsi rezeki itu ada banyak kebaikannya dan Allah akan mengembalikannya semula dari pelbagai bentuk.

 

(٧) Menanam Rasa Ikhlas

Sedekah tanpa ikhlas, hanya sia-sia…

Jika di lihat wajah anak yatim, kita akan merasa sedih dan secara tak sengaja, keikhlasan itu akan wujud.

Walau tak banyak, tapi hati kita ikhlas, kita akan terasa damai.

 

(٨) Redha

Jika di lihat nasib mereka, kita kenal erti redha.

Mereka yang masih kecil, baru belajar nak sekolah, tapi dah faham bahawa mereka adalah anak yatim dan harus kuat.

Kita yang sudah ada ibu bapa, tapi banyak merungut jika tak dapat sesuatu, memberontak?

Di manakah sikap redha kita?

Ujian datang, kita memaki hamun terus, di mana redha kita?

Belajarlah untuk redha…

 

(٩) Silaturahim

Keluarga anak yatim ialah mereka sesama sendiri.

Saya sangat beruntung kerana dapat melihat anak-anak yatim saling menyayangi dan membantu.

Silaturahim antara mereka memang kukuh kerana mereka saling memberi sokongan.

Di sini memupuk kita untuk menjaga silaturahim walaupun mungkin ada pergaduhan dalam kehidupan, tapi kita tidak boleh memutuskan silaturahim.

Jaga hubungan dengan manusia untuk mendapat redhaNYA..

 

(١٠) Tanggungjawab

Kita dapat belajar erti tanggungjawab daripada anak-anak yatim..

Hal ini adalah kerana apabila melakukan aktiviti bersama mereka, kita sendiri merasa bertanggungjawab untuk menggembirakan mereka dan menjalankan tugas sebagai muslim.

Orang Islam digalakkan memuliakan anak-anak yatim, jangan di hina atau memakan duit anak yatim.

Kita juga bertanggungjawab untuk perjalanan hidup kita sebelum serahkan kepada-NYA.

 

(١١) Positif

Melihat anak-anak yatim, teringat time raya.

Bagaimana mereka beraya tanpa balik ke kampung ibu bapa atau sanak saudara?

Tapi mereka tenang dan cuba membiasakan diri walaupun ada kelainan dalam rutin raya mereka.

Fikiran mereka sudah tentu sedih tapi kekal positif, tiada yang terlalu sedih sehingga nak buat perkara yang bukan-bukan.

Manusia seharusnya berfikiran positif dan bersangka baik kepada ALLAH kerana di setiap kejadian ada sebab musabab tertentu.

 

(١٢) Menanam Rasa Rendah Diri

Diri ini bukanlah bagus sangat…

Bukan mulia sangat.

Jadi, rasa rendah diri itu akan wujud apabila melihat ada insan yang lebih tabah dan meyakini Allah lebih daripada kita sendiri.

Terasa rendah diri kerana baya sekecil mereka lebih positif dan bersemangat daripada diri ini yang mudah tertekan dengan banyak perkara walaupun hal remeh.

Kenapa perlu bongkak dalam kehidupan sedangkan nasib kita, Allah jua yang tentukan?

 

(١٣) Meningkatkan Keimanan

Kasih sayang yang kita hulurkan kepada mereka bererti kita ada iman dalam diri…

Hal ini kerana, apabila berhadapan dengan mereka, kita merasa kasihan, ingin menyampaikan berita gembira kepada mereka, sabar dan ingin berbuat baik.

Saat itulah keimanan boleh bertambah.

Mensyukuri nikmatNYA itu bererti kita mengingati Allah… maka iman sudah mula bercambah.

Teruslah menatap nasib mereka agar iman tidak jauh mengelamun.

Begitulah perkara yang boleh di pelajari jika benar-benar di hayati.

 

Akhir Kata…

Pengalaman bersama anak-anak yatim memang berguna dan membawa hidup lebih damai….

Jika kita tidak menghiraukan anak-anak yatim, sebenarnya, kitalah yang yatim, miskin dari sikap kasih sayang dan tidak ingat kepadaNYA.

Semoga jauh daripada perkara negatif dan tanamkan yang positif dalam diri sendiri.


~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *