Hidup Sebagai Perempuan Simpanan Merupakan Jalan Ke Arah Kehancuran

Hai korang!

Jadi hari ini, aku nak membincangkan tentang satu topik yang agak serius.

Tak kisahlah korang tinggal dalam zaman dahulu kala ke, zaman generasi Y ke, isu ini akan tetap berbangkit dalam semua peringkat umur, kaya mahupun miskin.

Isu mengenai perempuan simpanan.

Menurut Wikipedia, perempuan simpanan adalah pasangan seks wanita jangka panjang kepada satu lelaki dan teman yang tidak berkahwin dengan lelaki tersebut.

Kalau dalam novel Melayu, perempuan simpanan akan menjadi antagonis dalam cerita.

Perempuan simpanan selalu dilabelkan sebagai perempuan yang jahat, pemusnah rumah tangga orang, orang ketiga dan sebagainya.

Jarang kita nak dengar kisah-kisah yang baik pasal perempuan simpanan ni.

Ada beberapa sebab kenapa seorang wanita sanggup menyandang title sebagai perempuan simpanan dalam hidup seseorang lelaki itu.

Pertama, atas desakan hidup.

Hidup di bandar besar seperti Kuala Lumpur contohnya, semuanya memerlukan wang.

Apatah lagi dengan kos sara hidup yang semakin tinggi sekarang, pasti seorang perempuan yang bergelar pelajar atau bekerja dengan gaji sederhana akan merasa terbeban, dan sanggup mencari alternatif lain seperti menjadi perempuan simpanan untuk membebaskan diri dari kesusahan.

Yang kedua, ingin hidup mewah.

Perempuan sangat dikenali dengan sifatnya yang boros dan mudah rambang mata apabila berbelanja. Dapat memiliki barang-barang berjenama seperti Chanel, Prada, dan Gucci adalah satu kebanggaan.

‘’Biar papa asal bergaya’’, itulah motto hidup seorang perempuan yang bergelar shopaholic.

Salah satu cara mendapatkan wang secara mudah untuk hidup mewah adalah dengan bergelar perempuan simpanan seorang lelaki yang kaya.

Yang ketiga, cinta.

Perempuan adalah makhluk Tuhan yang sangat setia walau betapa kali pun disakiti hatinya oleh lelaki yang dia cintai. Ramai lelaki mengambil kesempatan ke atas sifat perempuan yang satu ini, yang pada mereka adalah satu kelemahan.

Kebanyakan lelaki yang melakukan hal ini adalah lelaki yang sudah beristeri dan pastinya mempunyai wang.

Mereka menabur janji kononnya suatu hari nanti, mereka pasti akan mengambil perempuan itu sebagai seorang isteri akhirnya.

Perempuan pun percaya dan menyerahkan segala-galanya pada lelaki itu, dan sebagai imbalannya perempuan itu akan diberikan wang.

Perempuan akan menganggap wang itu sebagai tanda lelaki itu sayang dan kasih pada mereka, walhal wang itu adalah ‘’upah’’ atas ‘’khidmat’’ yang telah mereka berikan pada lelaki itu.

Bila korang jadi perempuan simpanan, memang korang akan senang dan dilimpahi kemewahan.

Tapi, adakah hati korang akan gembira?

Bila korang buat dosa, percayalah, pasti akan ada sekelumit rasa tak tenteram walau hati korang keras macam batu pun.

Makin lama korang buat benda ni, perasaan tu akan jadi semakin menjadi-jadi.

Dan tak hairanlah sesetengah orang tu end up jadi gila sebab tak tahan dihantui perasaan itu.

Selain itu, salah satu sebab lelaki jadikan korang sebagai perempuan simpanan adalah kerana dia sudah berkahwin.

Isteri lelaki itu adalah seorang perempuan.

Dan sebagai seorang perempuan, pasti korang akan faham bagaimana perasaan seorang perempuan yang terluka apabila suaminya berlaku curang.

Itu tidak dikira lagi dengan segala sumpah seranah yang korang terima dan doa yang terdetik di hati isteri yang teraniaya itu untuk korang.

Itu baru si isteri, belum masuk lagi anak-anaknya.

Ingatlah, doa orang yang teraniaya sentiasa dimakbulkan ALLAH S.W.T.

Karma. ‘’What you gives, you get back.’’

Ini apa yang aku selalu fikir, tak tahulah kalau korang berfikiran sama dengan aku ke tidak.

Apabila korang melakukan dosa seperti berzina dan menyumbang kepada perbuatan si suami yang menganiaya isteri dan anak-anaknya kerana dia mahu bersama korang, tak mustahil perkara yang sama akan berlaku semula pada korang.

Walaupun korang dah bertaubat nasuha sekali pun.

Contohnya, korang jadi perempuan simpanan kepada seorang Datuk.

Datuk tu dah ada isteri dan anak-anak.

Kemudian, korang dan Datuk tu berpisah sebab korang dah bertaubat.

Tapi walaupun korang dah bertaubat, tak semestinya perkara yang sama takkan berlaku pada korang.

Mungkin kalau selepas itu korang kahwin, suami korang akan curang pula dengan korang.

Perkara sama yang Datuk tadi lakukan pada isterinya.

Kalau tak kena pada korang pun, mungkin anak-anak korang yang akan terima nasib yang serupa.

Aku cakap ni berdasarkan apa yang aku lihat di sekeliling aku.

Tak ada sesiapa pun yang akan terlepas dengan kesalahannya.

Sebab itulah, bak kata mak aku, ‘’Kita jangan buat kat orang kalau kita tak nak benda tu jadi balik kat kita.’’

Tambahan lagi, kalau korang jadi perempuan simpanan kerana desakan hidup dan mahu menyara keluarga korang.

Ingatlah, makanan yang korang bagi keluarga korang makan hasil dari duit menjadi perempuan simpanan, akan menjadi darah daging dalam tubuh mereka.

Tahu-tahu sajalah bila dah makan duit dari sumber yang tak halal ni, semua benda akan jadi tak kena.

Yang kasihan sekali adalah keluarga korang yang mungkin tak tahu akan kegiatan korang dan dari sumber mana korang mendapatkan duit tersebut.

Korang bukan saja menganiayai orang lain, bahkan keluarga korang sekali.

Jadi kepada kaum perempuan, tolonglah.

Janganlah menghancurkan hidup korang dengan memilih jalan seperti ini.

Aku tahu mungkin korang akan cakap ‘’kau cakap senanglah kau tak rasa apa yang aku rasa. Keluarga aku susah, aku sampai tak makan. Aku terpaksa bla bla bla…’’

Ya, aku tahu korang takkan buat macam tu tanpa sebab yang kukuh.

Tapi ingatlah, setiap orang ada kesusahan mereka yang tersendiri.

Kalau orang lain mampu mengatasi kesusahan mereka dengan cara yang betul, kenapa korang tak boleh?


(Laporan akan di buat kepada FACEBOOK & GOOGLE ADSENSE jika ARTIKEL Saudari.com di ambil tanpa kebenaran.)
.......
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
 
Farrah Izzlorna
Seorang penulis novel, suka berangan dan mengabadikan kenangan dalam bentuk penulisan.

Banyak Lagi Di Saudari

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!