Sayonara 💔 Cinta Reject

sayonara cinta

Sayonara Cinta / Unlisted Sightings / CC BY

Setiap insan di dunia ini memiliki hati dan perasaan untuk dicintai dan mencintai.

Tak terkecuali juga dengan aku. Bezanya perasaan itu di luahkan atau di pendamkan saja.

Di sini aku ada cerita tentang “Cinta Reject” yang ingin aku kongsikan kepada semua.

Dulunya aku seorang gadis yang periang tetapi agak pendiam.

Aku cuma akan berbual dengan orang yang benar-benar akrab sahaja tetapi dalam diam-diam aku boleh di kategorikan sebagai seorang yang “Playgirl” jugalah.

Maksudnya aku adalah seorang individu yang mudah jatuh hati.

Al-kisahnya begini…

Aku dulunya pernah bekerja di salah sebuah syarikat yg melibatkan “Public”.

Dalam syarikat itu aku mula mengenali seorang lelaki yg lebih muda usianya.. Dari aku.

Pada mulanya hubungan kami hanyalah sebagai rakan sekerja.

Dia juga hanya menganggap aku sebagai rakan atau kakak sahaja.

Dalam tempoh perkenalan itu dia tidak pernah menunjukkan reaksi apa-apa terhadap aku..

Maksud aku dalam “Soal hati”..

Cuma aku sahaja yang ada menyimpan perasaan padanya.

Aku tidak pasti sama ada dia perasan atau tidak.

Hubungan kami berlandaskan sebagai kawan terjalin untuk tempoh beberapa bulan juga.

Dia melayan aku seperti biasa dan amat baik sekali, sehinggakan dalam diam aku “Jatuh Hati” padanya.

Di ringkaskan cerita dalam tempoh beberapa bulan itu..

Aku memberanikan diri menyatakan perasaan cintaku padanya.

Memanglah tidak “Molek”..

Wanita menyuarakan isi-hatinya pada si jejaka.

Tapi apa nak buat aku telah “Jatuh Hati” padanya dan tidak ingin terlepas peluang.

Asalkan aku berpuas hati.

Aku pada mulanya sekadar menghantar pesanan ringkas kononnya ingin memulakan bicara cintaku ini.

Sangkaan aku meleset..

Aku sangkakan si jejaka yang aku tergila-gilakan itu akan memberi respon yang “Positif” tetapi sebaliknya yang aku terima.

Dia lantas menelefon dan terus memaki-hamun aku dengan kata-kata kesat..

Alangkah malunya aku pada ketika itu.

Tetapi..

Aku ni sejenis perempuan yang tidak pernah berputus-asa atau dalam ertikata lain jenis yang tak tahu malu..

Asalkan hasrat aku tercapai dan berpuas hati.

Aku terima segala tohmahan beliau asalkan sudah tertunai “Hasrat Hati”.

Si jejaka yang aku cintai itu akhirnya memutuskan hubungannya dengan aku sebagai “Kawan” hanya kerana aku inginkan hubungan aku dan dia sebagai “Kekasih”..

Dia menjelaskan pada aku yang dia hanya menganggap aku sebagai kawan @ sebagai kakak.

Kerana kedegilan aku masih merayu-rayu untuk terus mencintainya..

Akhirnya dia “Putus” meninggalkan aku dengan “Warning”..

No sms.. No contact..

Sehinggalah sekarang..

Dia sudah tiada lagi dalam perhubungan aku dan dia untuk selama-lamanya.

Selama terputusnya hubungan aku dan dia..

Aku mengalami “Gangguan Emosi” yang sangat “Kritikal”..

Aku menangis saban hari.

Siang dan malam aku asyik terkenangkan arjuna itu..

Hinggalah ke hari ini.

Kini baru ku tahu hebatnya “Penangan Cinta”.. Sakitnya bila “Merana”..

Yang belum terjawab hingga ke hari ini.. Kenapa dia bertindak sedemikian..

Nak kata aku ni naif.. Tak lah sangat..

Manis juga ada…

Cantiknya sinonim bagaikan artis.

Bukannya nak perasan.

Cuma yang harus kalian tahu aku adalah..

..”ISTERI ORANG”..

Jawapannya kini ada pada aku sendiri..

Itulah sebabnya.. Dia tinggalkan aku untuk selama-lamanya.

Aku dapat rasai dia juga cintakan aku… Cuma merahsiakannya.

Aku bertindak menggoda lelaki lain kerana perkahwinan aku tidak bahagia.

Suami aku sering mengabaikan aku. Aku hidup dalam kekecewaan.

Itu saja pasal “Personal” aku tentang perkahwinan.

Selebihnya biarlah aku key-in di sudut hati yang paling dalam ini.

Sejak jejaka yang aku cinta itu “Reject” cinta aku..

Aku sudah serik untuk jatuh hati lagi.

Biarlah aku pendamkan “Perasaan Cintaku” ini sedalam-dalamnya.

Biarlah dia sendiri yang merasainya.

Sayonara “Cinta reject”..

——————

Cerita di atas telah di kirim oleh seseorang yang menggunakan nama samaran “SAMNOR”


(Laporan akan di buat kepada FACEBOOK & GOOGLE ADSENSE jika ARTIKEL Saudari.com di ambil tanpa kebenaran.)

~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

Banyak Lagi Di Saudari

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!