Aku Tak Tahu Kenapa Jari-Jemari Aku Ketika Ini.. Tak Boleh Berhenti Menaip

Menunggu Deringan ( PixelHeart )

Aku start menulis waktu umur 12 tahun.

Tak pernah tahu apakebenda tu novel? Aku ingat kali pertama aku pegang satu novel ni, itu pun classmate aku yang bagi.

Tajuk novel tu Ria Qistina dan sampai sekarang aku still ingat jalan cerita dia.

Ria Qistina budak sekolah yang tomboy dan baru lepas hilang mak ayah dan kakak dia.

Duduk dengan mak cik dia.

Lepas tu ada cikgu dia nama Zharif tak suka dengan Ria ni tapi sebabkan Ria Qistina ni ada mata yang lawa buatkan Cikgu Zharif ni terpaut hati.

Sebab mata aje?

Masa tu aku punyalah rasa macam novel tu tak logik.

Rasa macam, kenapa orang boleh buat jalan cerita yang macam ni?

Tapi aku tetap juga baca novel tu sampai habis.

Sejak novel Ria Qistina, aku mula suka baca novel.

Pergi rumah kawan aku semata-mata nak pinjam novel-novel dia maklumlah masa tu sekolah lagi mana ada duit nak beli.

Pernah jugalah aku minta duit dekat mak aku nak beli buku novel, last-last aku kena marah.

‘baik kau beli buku latihan sekolah daripada buku novel entah pape ni’.

Sampai satu hari tu, aku terfikir kenapa aku tak buat aje novel?

Kenapa aku tak menulis aje.

Aku tak tahu macam mana aku boleh beli kertas kajang berlambak-lambak sampai duit belanja sekolah aku habis, aku habiskan dengan beli kertas kajang semata-mata nak menulis novel.

Aku tulis dan terus menulis.

Waktu exam, orang sibuk jawab exam tapi aku sibuk tarik kertas kajang dan tulis novel.

Pernah jugalah kena gelak dengan kawan rapat sendiri diorang tak percaya yang aku menulis novel.

Umur waktu tu baru tingkatan 2, siapa aje boleh percaya yang kau ada bakat menulis.

Tulis karangan pun aku ni pemalas.

Memang tak ada yang percaya.

Tapi aku tak tahu dari mana aku dapat kekuatan tu, dari mana aku dapat semangat tu.

Sedar tak sedar aku menulis sampai aku habis tingkatan 5.

Dan aku ada 4 buah novel yang aku tulis sendiri tapi tak pernah bagi orang baca.

Entah masa tu belum confident yang novel aku ni ada orang nak baca.

Lepas aje aku habis spm, aku sibuk dengan kerja.

Sampai aku dah tak menulis lagi.

Novel-novel yang aku pernah tulis pun tersadai aje dalam rak buku.

Bila aku masuk 19 tahun, aku ingat lagi petang tu…

Mak aku tengah kemas-kemas bilik aku.

Masa tu aku tengah kerja lepas tu mak call.

‘kau tak dah tak guna ke kertas-kertas kau ni’

Aku pun dah kerut dahi.

Kertas mana pula ni.

“Kertas-kertas kau yang bertulis-tulis banyak ni”

Oh baru aku ingat novel-novel aku.

Lepas tu aku suruh mak aku asingkan sebab lepas balik kerja aku nak kemas dan nak buang mana kertas-kertas yang tak perlu.

Aku baca novel yang pernah aku buat waktu zaman sekolah dulu then aku gelak sorang-sorang.

Sebab ayat aku waktu zaman sekolah dulu, ayat macam batu langsung tak beralun.

Aku baca pun rasa macam terlalu old school.

Lepas tu novel-novel tu semua aku simpan dalam kotak.

Waktu tulah aku mula terpikir balik nak menulis.

Aku dah bertahun tak menulis, nak asah balik gaya tulisan aku yang dah berhabuk.

Satu malam aku buat sinopsis without plot.

Lepas aje aku buat sinopsis esoknya aku dah mula menulis balik.

*sambil bekerja sambil menulis* hahaha.

Aku ambil masa sebulan lebih untuk siapkan satu novel.

Pernah jugalah aku nak cuba hantar novel-novel yang aku buat waktu zaman sekolah tu tapi aku tak confident yang penerbit nak terima, so aku buat novel baru.

Dan aku pun hantar.

Tak sampai seminggu penerbit email aku balik, manuskrip ditolak.

Jalan cerita klise.

Okay aku terima.

Tapi semangat aku masa tu berkobar-kobar, langsung tak rasa nak putus asa.

Aku ambil masa satu jam untuk buat satu sinopsis dan aku hantar sinopsis aku tu dekat penerbit, dan masa tu aku memang tak buat apa-apa jalan cerita lagi.

Lepas beberapa hari penerbit nak aku hantar 3 bab awal dan 3 bab akhir.

What the hec*?

Aku buat cerita simple aje, pasal PA dengan PA kena kerja satu tempat tapi boss lain-lain, gaduh-gaduh lepas tu si lelaki ni jadi punca kematian pakwe perempuan tu dan perempuan tu berdendam dalam masa yang sama perempuan tu mula jatuh hati dengan lelaki tu, dan perempuan tu tak tahu yang sebenarnya lelaki yang dia dendam tu orang yang pernah selamatkan dia waktu zaman sekolah dan juga orang yang selama ni perempuan tu cari.

The end.

Aku punya bersengkang mata 3 hari 3 malam nak siapkan manuskrip aku tu.

Aku cuma buat 3 bab awal dan aku bayangkan apa part ending yang aku nak buat.

Lepas tu aku terus hantar dekat penerbit.

Sambil aku tunggu penerbit balas balik email aku, aku terus siapkan manuskrip aku tu.

In case kalau tiba-tiba pula dia suruh aku hantar full manuskrip.

Tepat sebulan manuskrip aku tu siap, tapi penerbit tak bagi apa-apa feedback.

Masa tu aku rasa macam kena game pun ada juga.

Aku cuba email penerbit tapi langsung tak ada feedback.

So aku anggap yang dia tak berminat dengan manuskrip aku tu.

Aku rasa macam diri aku ni loser gila.

Kelam-kabut nak siapkan manuskrip.

Lepas tu aku bagilah kawan aku baca manuskrip aku, then dia kata jalan cerita okay.

Tak merapu meraban sangat then dia suruh aku hantar dekat penerbit lain.

Aku decide nak hantar dekat kaki novel, hari ni aku hantar, esoknya kaki novel reply siap dengan surat yang mengatakan dia dah terima manuskrip aku untuk penilaian, aku kena tunggu dalam masa 3-6 bulan.

Masa tu aku dah redha terima atau tidak aku tak kisah.

Sebab aku ni banyak lagi kena belajar.

Rezeki tu belum memihak pada aku.

Dan sekarang dah 2 bulan lebih berlalu aku masih lagi menunggu.

Sambil tunggu sambil aku siapkan manuskrip baru.

Tak tahu kenapa jari jemari ni tak boleh berhenti menaip, otak ni ligat berfikir dan meludah segala idea yang mula buat kepala otak aku jadi sesak.

So aku akan sambung cerita aku ni bila kaki novel balas email aku.

Dan aku akan beritahu sama ada di terima atau tidak.

Wish me luck!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Update ( 5/5/2017 )

Setahun lepas aku pernah tulis entri kat blog ni.

Dan tak sangka blog ni masukkan story aku yang terseberapa itu.

‘Aku Tak Tahu Kenapa Jari-Jemari Aku Ketika Ini.. Tak Boleh Berhenti Menaip’

Aku pernah sharekan perjalanan aku ingin menjadi seorang penulis. Aku tak pasti sama ada ada orang baca atau mungkin aku sorang aje yang asyik ulang baca banyak kali story yang aku sendiri tulis. haha

Tapi kalau ada yang baca mesti korang nak tahu apa jadi seterusnya.

Dapat ke manuskrip dia diterima?

Dia bernaung di bawah penerbitan mana?

Maaf. Hampir setahun aku berjuang.

Mungkin belum rezeki aku untuk melihat Manuskrip aku di terima menjadi sebuah buku novel.

Tak pernah aku sangka sejauh ini semangat membawa aku untuk berjuang. Berkali-kali manuskrip aku di tolak.

Aku masih jugak berjuang untuk dapat tempat di dalam dunia penulisan ini.

Impian aku hanya mahu menjadi seorang penulis. Menulis adalah sebahagian dari perjalanan hidup aku.

Mungkin banyak yang perlukan apa belajar dan mungkin rezeki untuk aku masih belum tiba. Apa yang aku boleh katakan, hingga sekarang masih menulis.

Masih lagi menghasilkan manuskrip baru dan cerita yang baru.

Aku percaya jika 99 kali aku gagal mungkin untuk kali yang ke 100 itu adalah kejayaan untuk aku.

 

Luahan di atas telah di sampaikan oleh seseorang yang menggunakan nama samaran “L for loser”


~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

Banyak Lagi Di Saudari

1 Response

  1. SHERIL says:

    Salam si penulis. Tersenyum seketika bila baca entry kamu ni. Sebab jalan cerita hidup kamu memang sama denga sy! Berangan angan untuk menjadi penulis sejak dibangku sekolah rendah lagi, belajar menulis novel sendiri. Tapi sehingga hari ini tak pernah try publish di mana mana. Sehingga dah jadi simpanan je sekarang ni. Tapi itu tak bermaksud sy berhenti menulis. Sehingga kini sy masih menulis sebagai seorang wartawan dan blogger :) teruskan usaha kamu. Jangan pernah berhenti ya! Jika itu your passion at first place, fight for it!

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *