Gunakan 8 Tips Semulajadi Ini Untuk Tidur Nyenyak Seperti Bayi

Mengalami masalah untuk mengantuk ketika malam?

Cubalah tips-tips ini apabila anda benar-benar bersedia untuk melelapkan mata.

1. Elakkan Daripada Terlalu Memberi Tumpuan Untuk Tidur

Lebih banyak anda berfikir tentang kegagalan anda untuk tidur, lebih banyak lagi tekanan yang anda rasai.

Semakin banyak tekanan maka semakin sukar untuk anda tidur.

Andainya anda terbangun dan tidak dapat menyambung kembali tidur anda dalam 15-20 minit, bangkitlah dari katil.

Lakukan sesuatu yang santai di luar bilik tidur, seperti mendengar muzik atau membaca.

Jika anda kekal berbaring dan memaksa diri untuk tidur, anda hanya akan menambah keresahan pada diri anda sendiri.

Fahamilah bahawa kualiti tidur anda bukanlah terletak di bawah kawalan anda.

2. Patuhi Jadual

Cuba untuk memiliki dan mematuhi jadual untuk tidur dan bangun tidur setiap hari, walaupun pada hujung minggu.

Apabila badan anda memiliki rutin, ia akan secara automatik tahu bila untuk bertenang dan bersedia untuk tidur.

3. Berjaga-jaga Untuk Tanda-Tanda ‘Sleep Apnea’

Berdengkur merupakan sesuatu yang normal, dan walaupun ia biasanya tidak merbahaya, ia boleh menjadi tanda-tanda gangguan tidur yang dikenali sebagai ‘sleep apnea‘.

Jika anda memiliki tarikan nafas panjang dalam dengkuran anda (tanyakan kepada kawan atau pasangan tidur anda), silalah berjumpa dengan doktor.

Sleep apnea, walaupun kadang-kadang boleh mengancam nyawa, ianya boleh dirawat.

4. Tutup Lampu

Cahaya, walaupun sedikit boleh menganggu tidur anda.

Jadi, pastikan untuk menutup semua lampu tidak kiralah lampu yang ada di dalam atau di luar bilik, ini juga termasuklah televisyen, komputer riba, tablet, dan telefon.

Tutuplah kesemuanya sebelum anda pergi tidur.

5. Bersenamlah Lebih Awal

Senaman yang kerap sebenarnya boleh meningkatkan tidur anda, tetapi anda perlu menjadualkan masa senaman anda dengan sebaiknya.

Bersenam pada waktu yang terlalu dekat dengan masa untuk tidur boleh menyebabkan suhu badan anda kekal tinggi, dan membuatkan anda sukar untuk terlelap.

Cuba untuk menamatkan sesi senaman anda sekurang-kurangnya tiga jam sebelum tidur – sebaik-baiknya pada waktu petang.

6. Elakkan Makanan Berat

Memakan makanan berat  sebelum tidur boleh menyebabkan masalah pencernaan, ditambah lagi dengan kekerapan untuk ke bilik air.

7. Naik Taraf Bantal Anda

Pilihlah bantal yang menyokong, selesa dan sesuai untuk kedudukan tidur anda. Bagi mereka yang biasanya tidur dengan perut ke bawah, atau yang tidur mengiring, bantal berbeza mungkin diperlukan.

8. Hubungan Seks

Benar, seks sebelum tidur boleh membantu anda untuk tidur lebih cepat juga.

Melakukan gerakan lincah merembeskan hormon endorphins yang mana dapat melegakan tekanan, menjadikan diri anda merasa mudah untuk tidur.

Penulis Maya

Sudah tertulis di atas talian. Tanda tangan tidak diperlukan.

Banyak Lagi Di Saudari

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *