5 Tips Kuruskan Badan Yang Mesti Anda Tahu dan Baca

Terdapat banyak tips menguruskan badan yang anda boleh temui di dalam majalah, akhbar dan juga internet, namun, tidak semuanya dibuktikan berkesan.

Berikut ini adalah 5 tips kuruskan badan yang anda mesti tahu dan baca.

1. Dapatkan Bantuan Pakar. Jika difikirkan secara logik, berbanding kita melakukan semua teknik-teknik menguruskan badan yang mana mungkin sekadar mitos dan juga berbahaya, mengapa tidak merujuk terus kepada pakar?

  • Ini adalah tips yang paling berkesan sekali untuk hampir kesemua pelakon-pelakon Hollywood dan Bollywood.
  • Jika ianya terbukti berkesan untuk mereka, mengapa tidak untuk anda?

2. Lakukan Aktiviti Senaman Yang Anda Suka. Jika anda tidak merasa seonok untuk melakukan sesuatu aktiviti itu, anda berpotensi akan berhenti sekerat jalan sahaja.

  • Ini juga tertakluk kepada senaman untuk menguruskan badan.
  • Bersenam sudah diyakini dapat menguruskan badan, namun demikian, anda sendiri perlulah mengesan apakah senaman yang anda rasa seronok lakukan.
  • Adakah anda suka menari? Berlari? Zumba?
  • Apabila anda menyukai satu corak senaman itu, pastinya anda akan kekal bersemangat melakukannya tanpa memerlukan motivasi luar.

3. Rancang jadual Pemakanan Anda. Untuk mengelakkan diri anda daripada makan makanan yang kurang berkhasiat dan pada masa sama menggemukkan, rancang jadual pemakanan anda terlebih dahulu.

  • Anda boleh setkan menu makanan anda sepanjang minggu penuh bagi mengelakkan diri anda makan makanan seperti makanan ringan, makanan berlemak dan sebagainya yang pasti tidak membawa kebaikan kepada diri anda sendiri.
  • Anda boleh memilih untuk menyediakan jadual ini pada hari Ahad (kebiasaannya cuti untuk Malaysia) bagi merancang jadual pemakanan mingguan anda.

4. Elakkan Hidangan Untuk Seisi Keluarga. Meskipun anda makan bersama ahli keluarga, sediakan sepinggan makanan untuk diri anda sendiri.

  • Pastikan anda hanya makan dari dalam pinggan milik anda sendiri bagi mengawal diet anda.
  • Jika anda berseorangan, elakkan daripada menyediakan hidangan ala-ala untuk seisi keluarga.
  • Menyediakan hidangan sedemikian boleh menebabkan anda makan lebih kerana makanan sudah tersedia di hadapan anda.

5. Elakkan Makanan Ringan. Mengelakkan diri daripada makan makanan ringan adalah tips yang sudah biasa.

  • Namun, untuk tips yang lebih berkesan, elakkan sama sekali untuk melalui kawasan jualan makanan ringan di pasaraya-pasaraya berdekatan anda.
  • Kebiasaannya, makanan-makanan ringan dijual di bahagian tengah pasaraya.
  • Sebelum anda keluar membeli barangan dapur dan sebagainya pastikan perut anda sudah terisi terlebih dahulu.
  • Ini bagi mengelakkan diri anda cuba mendapatkan makanan ringan bagi mengisi perut, yang mana boleh menyebabkan kegemukan.

Sebagai kesimpulan, apa yang berkesan dalam menguruskan badan adalah disiplin.

Jika anda memiliki disiplin untuk melakukan senaman dan sentiasa mendengar nasihat pakar senaman, sedia untuk menuruti jadual pemakanan yang lebih sihat, menyediakan makanan khusus untuk diri anda sendiri dan mengelakkan diri daripada makanan ringan, anda pasti akan dapat menguruskan badan anda jauh lebih cepat berbanding tips-tips lain yang anda biasa dengar.

Penulis Maya
Sudah tertulis di atas talian. Tanda tangan tidak diperlukan.

Banyak Lagi Di Saudari

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!