Novelet “True Colors”

BMW Merah ( Stephenorlowski94 )

PROLOG
=======

Bella Ammara sisip baju blouse lengan panjangnya hingga ke siku.

Kasut tumit tinggi yang disarung jenama Gucci ditanggalkan. Nafas ditarik dan dihembus beberapa kali.

Rambutnya yang sudah mula serabai diselaknya ke belakang seraya kembali bergerak ke arah kereta Honda Civic miliknya. Bunyi hon ditekannya kasar hingga menarik perhatian beberapa pasang mata yang sedang berada di Basement 1 bangunan Empayar Holding.

Sebentar tadi, dua orang pengawal yang menjaga parkir sudah siap dimakinya kerana langsung tak ambil perhatian pada pemandu yang suka hati meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak sepatutnya hingga menyusahkan pihak lain.

Rambutnya yang tadi cantik dilepaskan hingga melepasi bawah dada kini diikatnya tinggi. Dahi sudah berpeluh disebabkan haba panas di Basement 1 ini. Make up jangan cakaplah. Dah cair dah ni.

Nasiblah dia bukan jenis yang ‘mengamalkan’ solekan yang tebal. Cukup sekadar tepek bedak sikit, alis mata dan pelembap bibir.

Hon!!!!!!!!!!! Hon!

Mata melilau mencari gerangan si pemilik kereta BMW merah keluaran terbaru siap tentera nombor plat baru. Kereta mahal buatlah perangai ‘mahal’ sikit! Bella Ammara tendang kasar tayar kereta BMW penuh geram.

Menyesal sungguh tak parkir kereta kat luar lobi tadi!

Sebenarnya, dia boleh saja parkir kereta dilobi bangunan Empayar Holding. Lagipun, Empayar Holding ni pun milik kakak kandung sendiri. Tapi, Bella tak suka dilayan bak Puteri Raja siap dibukakan pintu bagai.

Jadi, dia lebih suka ‘menyamar’ menjadi orang biasa yang datang ke Empayar Holding ini atas urusan kerja. Kerjalah sangat! Naik bernanah dengar Kak Long membebel tadi. Bila turun ada pula malaon tak ada etika parkir kereta ikut suka tekak dia. Punya banyak tempat letak kereta, belakang kereta aku jugak dia nak parkir.

>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<

“Maaf-maaf.” Bella toleh ke belakang.

Dengan muka merah padam dia terus melangkah ke arah si pemilik kereta yang sedang mencicit berlari ke arah kereta BMW yang sedang menghalang laluan keretanya.

“Punya banyak parking dekat sini belakang kereta aku jugak kau nak parkir. Tak tahu ke orang lain ada kerja? Orang lain pun sibuk! Hey kau dengar tak?!” Suara Bella sudah mula nyaring hingga bergema satu basement.

Panas jangan cakaplah sampai dah berlecak satu badan. Ini tambah lagi satu, panas hati!

“Maaf Cik saya ada emergency tadi.. Tu saya tumpang parkir sekejap kat sini.”

“Dah tu orang lain tak ada emergency? You ingat you pakai BMW merah menyala macam ni you boleh sesuka hati parking kereta? Where is manner you, hah?!” Nada suaranya kali ini agak membingitkan hingga lelaki dihadapan terpaksa pejam mata sekejap menahan suara nyaring Bella Ammara.

Yang si lelaki hanya mampu mendiamkan diri. Mungkin dia tidak mahu mengeruhkan keadaan. Hanya kata maaf saja yang keluar dari mulut lelaki ini. Pandangan mata sejak dari tadi hanya tertunduk ke lantai.

Cuma, sepasang mata Bella sahaja yang tajam pada wajah lelaki dihadapannya ini.

Bella Ammara masih tak puas hati. Dia tetap mahu bersuara. Dia tidak endahkan mata-mata yang menjadi penonton tegar. Dia langsung tak kisah, nak jadi apa jadilah. Dia dah tak fikir yang adegan ini menjadi santapan ‘rakyat jelata’.

“My bad I’m so sorry..” Si lelaki siap membongkokkan badannya sedikit gaya memberi hormat pada si Bella yang sudah panas hati.

Bella ketap gigi, ini dah boleh dikategorikan provokasi!

Kasut tumit tinggi yang masih dipegangnya seraya diangkat dan terus melangkah ke arah BMW merah buat Akak marah!

“No! No!”

“Pleasee no..”

Si pemilik kereta mengejar langkah Bella yang seperti kerasukan syaiton dari Planet Astronowirana.

Ini BMW kesayangan, tolonglah jangan cederakan. Sumpah! Menyesal pandu si BMW ni hari ini. Kalau dia tahu ini akan terjadi baik dia pandu si Myvi kuning. Jadi, tak adalah sakit sangat kalau di ‘cederakan’ pun.

“No! Bella!”

=================================

PROLOG

BAB 1 – 100k Like. 3825 Share
BAB 2 – Sesi Kenal-Mengenal
BAB 3 – Benda Bawah Katil
BAB 4 – Bateri Dah Kong
BAB 5 – Adegan Sebabak
BAB 6 – Amanat Papa & Mama
BAB 7 – XPDC Trauma

=================================


~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

Banyak Lagi Di Saudari

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *