Novelet “True Colors” (Bab 5)

Skrin ( OCV )

BAB 5
Adegan Sebabak
=======

Siapa hantar kau balik tu?” Panjang leher Hidayah ke luar tapi tak sempat nak tengok siapakah gerangan yang menghantar Bella Ammara pulang. Kereta BMW itu sudah selamat pergi. Cish! Tak dapat tengok muka.

“Tak ada siapalah. Dah masuk.”

“Kereta kau mana?”

“Telefon kau mana?”

“Ada tu.” Hidayah muncung pada telefon bimbitnya yang elok terdampar atas meja bersebelahan dengan komputer ribanya.

“Kereta kau mana?” Hidayah ulang soalannya yang tidak dijawap.

“Check telefon kau jap. Berapa juta kali nama aku keluar.”

Bella ambil tempat pada sofa single berhadapan dengan Hidayah.

Hidayah capai telefon bimbit masih dengan riak wajah pelik. Tanya kereta, dia suruh kita check telefon pula. Kepala digelengnya selamba. Dan, Hidayah telan liur sendiri apabila lebih 10 kali panggilan tidak dijawap. Dia angkat muka, Bella sudah tarik wajah tajam.

“Sebab kau tak angkat call aku, aku kena balik dengan budak Emir Redza tu.”

“Sebab kau tak angkat call aku, aku kena teman dia makan.”

“Dan sebab kau tak angkat call aku, aku kena hadap dia dalam jangka masa yang sangat panjang.”

Hidayah telan liur. Tapi, dahi berkerut kecil bila mendengar sepotong nama yang disebut oleh Bella itu. Nama itu seperti tidak asing di telinganya.

“Emir … Siapa?”

Bella hela nafas malas. Cukuplah tadi dia dah hadap Encik Emir Redza yang terlebih friendly hari ini. Lain sangat dengan Emir yang dia jumpa beberapa bulan lepas. Bukan Bella buta sampai tak nampak langsung, taktik lelaki itu jelas mahu mendekati dia. Tapi untuk apa?

“Emir Redza pekerja Kak Long dan merangkap lelaki yang aku gaduh dulu tu.”

“Really?”

“Buat-buat terkejut atau memang terkejut?” Bella kecilkan matanya.

“Betul-betul terkejut. First, sorry sebab tak angkat call kau. Aku tak sedar sebab aku silent phone. Second, nama dia Emir Redza?”

Bella sandarkan badannya. Malas nak dengar yang kedua tu. Emir Redza? Nama memanglah sedap bunyinya. Tapi, perangai? Harap maklum, jauh sangat dengan nama.

>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<

“Manuskrip dah siap?”

“Siap apanya. Aku kena rombak balik.”

“Again?”

“Yes.”

“Kali ke berapa dah ni eh?”

“More than 10 times.” Jawap Hidayah masih dengan nada tenang. Nak jadi penulis tahap kesabaran haruslah setinggi menara KLCC . Lagipun, dia masih muda terlalu banyak yang harus dia pelajari. Hidayah anggap ini adalah satu pembelajaran.

“Kalau aku jadi kau….” Bella geleng kepala tanda tak sanggup. Hidayah sekadar senyum lembut.

Dia mula berjinak dalam dunia penulisan sejak berusia 18 tahun. Banyak manuskrip yang telah dia hantar kepada syarikat penerbitan tapi masih belum rezekinya untuk karyanya diterima untuk dijadikan sebuah senaskah Novel.

Tapi, sekurang-kurangnya Hidayah ada cita-cita dan impian. Sedangkan, dia? Bella hela nafas halus. Dia mencari dimana sebuah impian dan cita-cita yang dia mahukan selain ingin hidup bersama Muhamad. Tapi, Bella Ammara masih belum jumpa atau mungkin dia cuma ada satu impian dan satu cita-cita iaitu hidup bersama Muhamad.

“Aku ingat nak buat manuskrip baru.” Bella tersentak. Badan ditegakkan.

“Interesting . About what?” Bella suka dengar idea Hidayah apabila sahabatnya itu ingin mengeluarkan sesuatu idea atau cerita yang baru. Bella sangat mengagumi cara Hidayah berfikir dan berimaginasi. Tak semua orang dapat kelebihan itu.

“About you.”

“Me?” Bella tergelak kecil.

“Ya..” kali ini gelak Bella makin kuat. Pasal aku? Gila ke?

“Okey.. sekarang kau bagitahu aku part mana yang interesting sangat pasal aku yang buat kau terfikir nak jadikan cerita?”

Bagi Bella, hidup dialah yang paling membosankan dan tidak ada satu pun yang menarik. Lainlah Hidayah, perjalanan penuh berliku. Dan, Hidayah ada impian dan cita-cita yang ingin dicapai. Beberapa kali jatuh tapi masih tetap gagah mahu bangun dan capai apa yang dia mahukan.

Jauh sangat dengan Bella Ammara yang sentiasa saja menyerah dengan perjalanan hidup sendiri. Tak ada apa yang menarik tentang hidup Bella Ammara ini. Percayalah.

“Pertama, kisah cinta kau dengan Muhamad. Kedua, kisah kau dengan Kak Long, macam mana Kak Long bertahan dapat adik macam kau. Dan, aku baru je dapat idea bila nampak kau balik dengan Mr. What ever kau tu.”

“Kau jangan cakap yang ….”

“Yes.. aku nak masukkan Emir Redza tu dalam story ni jugak.”

Bella ternganga masih perhatikan wajah bersungguh Hidayah. Nampaknya sel-sel otak Hidayah sedang berhubung. Bella dah boleh baca mesti dalam otak sahabatnya sedang sibuk bekerja keras menyusun jalan plot dan cerita. Bukan dia tak kenal Hidayah, tak perlu tarik pen dan kertas. Cukup sekadar simpan di dalam memori fikiran.

“Dan part yang paling penting. Kisah kau dengan penyelamat nyawa kau.”

“Aku tak setuju. Jangan buat gilalah.. Muhamad tak tahu pasal ni..”

Hidayah senyum. Dari bersandar dia ubah posisi kali ini tegak menghadap Bella.

“Sampai bila kau nak biarkan Muhamad hidup dengan kepura-puraan? Aku dari dulu cakap kat kau bagitahu Muhamad yang kau dah tahu apa yang jadi. Tapi, kau yang pilih cerita hidup kau jadi macam ni.” Bella sekadar diamkan diri.

Di setiap langkah, Bella Ammara cuba terima kenyataan bahawa Muhamad bukanlah lelaki itu. Meskipun, pada awalnya dia agak kecewa tetapi melihat kesungguhan Muhamad mendekatinya membuka pintu hati Bella Ammara. Muhamad yang tenang, seorang lelaki yang sangat mudah menarik senyum di wajahnya walaupun bukan senang.

Hanya Muhamad sahaja yang tahu siapakah lelaki itu. Tetapi, Bella sendiri memilih untuk mencarinya sendiri. Malah, Muhamad sendiri tidak tahu yang dia dah tahu yang bukan lelaki itu penyelamat kepada Bella Ammara ini.

“Jadi, kira onlah ni, okey?” Hidayah angkat kening. Cuba menarik Bella yang sudah hanyut dengan masa silam.

Hidayah memilih untuk tidak mahu membuka kisah 7 tahun lalu. Itu permintaan si penyelamat. Hidayah cuba untuk menghormati keputusan si penyelamat itu. Sekurang-kurangnya Bella sendiri dah tahu bukan Muhamad lelaki yang menyelamatkan dia. Walaupun, hingga kini Muhamad langsung tak berlaku jujur tentang tragedi 7 tahun lalu.

Pelik dengan Bella Ammara. Dia bukanlah seorang yang mudah menerima apabila ditipu. Tetapi, bila masuk bab Muhamad jelas terlalu mudah Bella menerima segalanya. Dan, tengoklah sekarang dah siap rancang nak kahwin. Bukan Hidayah tidak suka tetapi dia tertanya-tanya apa sebenarnya yang ada difikiran Bella Ammara?

“Anything untuk kau. Apa yang penting aku nak tengok satu hari nanti kau jadi penulis terkenal. Lagi satu, kalau manuskrip ni diterima aku nak royalti bahagi dua.”

Bella angkat tangan tunjuk gaya ‘peace’ siap senyum sampai telinga. Dia akan lakukan apa sahaja demi Sahabatnya ini. Hidayah sudah banyak membantunya jadi tak salah jika kali ini dia pula membantu Hidayah. Mari kita tengok jadi ke tidak Manuskrip ‘based on true story’ yang akan Hidayah coretkan nanti.

“Mestilah boleh.. Thank you beb!” Terus dipeluk Bella hingga tersandar dia ke sofa. Bella tergelak menahan geli apabila pipi dicium beberapa kali oleh Hidayah. Jarang nak tengok manusia sorang ni jadi manja cenggini. Selalunya perangai boleh tahan macam Kak Long.

Hilang terus adegan sebabak bersama Redza tadi. Yeke hilang? Tapi kenapa perlahan-lahan rasa adegan sebabak tadi tu mula bermain dicelah kotak fikiran ni?

Dah sudah! Kau dah kenapa Bella?

>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<

“You boleh anggap yang tadi tu date kita yang pertama.”

“Pleaselah.” Dia jeling mata ke atas. Kaki diayun makin laju meninggalkan Redza dibelakang. Tak payah nak berangan. Dia pun tak pernah ingat bila date pertama dia dengan Muhamad, inikan nak ingat date pertama dengan Mr.Whatever ni.

Bella dengus penat. Bagus sangat parkir sampai ke hujung dunia! Kalaulah tahu Kampung Baru ni memang terhad dengan parkir kereta memang taklah dia setuju ke sini tadi.

“B.. jangan laju sangat. Jalan sebelah I ni. Bahayalah you jalan sorang.”

Bella tak hiraukan panggilan Redza yang lembut mendayu seperti memanggil sang kekasih. Menyampah! Bunyi kenderaan yang berduyun-duyun ke hulur dan ke mudik membingitkan telinga. Rimas!

“B…”

Redza melangkah makin laju cuba untuk menyaingi langkah Bella Ammara yang nampak macam dah tak hiraukan selaut manusia. Apa yang Redza risaukan cuma Bella Ammara. Tengok dari gaya memang jelas Bella Ammara tak biasa dengan persekitaran seperti ini. Semua dia main redah. Lintas jalan macam lintas jalan dari Pavilion ke Sephora je gaya.

“Jalan sebelah I.” Lengan Bella dipegang. Laju Bella tepis.

“Jangan….”

“Okey..” Redza angkat kedua belah tangan separuh bahu. “Bahaya you jalan sorang.” Redza bersuara separuh risau.

Bella buat pekak kali ini kaki diayun makin laju. Kalau boleh nak tinggalkan Redza berbatu-batu dibelakang. Acah ambil berat pula dia ni!

Baru beberapa tapak Bella melangkah sebuah motosikal menunggang dengan laju dan nampak begitu dekat menghampiri Bella Ammara yang sedang berjalan penuh lenggok di bahu jalan.

“Bella!” Terus Redza mengejar langkah Bella. Lengan kanan Bella ditariknya serta beg tangan yang dijinjing Bella dengan gaya seperti berjalan masuk ke dalam pavilion ditariknya.

Bunyi motosikal yang sengaja di-press kuat menakutkan Bella. Redza cuba untuk mengecam nombor plat pada motosikal itu tetapi otaknya kini hanya Bella Ammara yang nampak kaku dihadapannya.

Bella kejung seketika. Muka pucat mungkin sebab terkejut. Aku hampir kena ragut ke tadi? Mata mula merah menahan tangis. Sumpah takut! Kak Long!

“Are you okey?” Soal Redza.

Beg tangan milik Bella selamat di tangannya. Si penunggang motosikal yang berniat untuk meragut sudah lesap dengan hasil tangan kosong sebab Redza berjaya menyelamatkan keadaan.

Bella tak berganjak seinci pun. Dia berdiri rapat dengan Redza. Kedua belah tangannya memegang hujung baju kemeja milik Redza dengan mata dipejam. Dan perlahan-lahan Bella dibenamkan wajahnya ke dada lelaki bernama Emir Redza. Menitik air matanya. Terus terbayang tragedi 7 tahun lalu. Tragedi yang hampir sama seperti sebentar tadi. Bezanya dia tak sempat dilanggar.

“Kan I dah cakap jalan dengan I. Nasib baik tak sempat jadi apa-apa. Percayakan I, You akan sentiasa selamat bila dengan I. Dah jom..” Redza bersuara lembut dalam diam dia memujuk Bella yang masih tunduk muka cuba menyorok wajahnya yang sudah basah dek air mata.

Tangan kanan Bella diraihnya. Bella sekadar ikut langkah Redza. Buat masa ini dia hanya selamat dengan Redza. Itu yang pasti. Langkah sama-sama diayun, terus dia lupa sengketa antara dia dengan Redza.

Bibir Redza mengukir senyum nipis. Selangkah demi selangkah Redza berharap ini bukan sebuah mimpi buruk mahu pun indah. Kerana, dia takut mimpi-mimpi ini akan menghancurkan segalanya.

Saat kebenaran terbuka. Waktu itulah mimpi yang nyata. Mimpi yang sebenar-benarnya mimpi.

>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<

“Sister makin busy ye sekarang? Halo pun tak ada.”

“Busy cari duit nak kahwin.” Selamba badak je bagi jawapan luar kotak pemikiran. Biasalah tu jasad kat sini tapi otak ke lain. Ke mana? Ke Emir Redza ke? Haish! Cepat-cepat Bella geleng kepala.

“Hamboi! takyah cari duit. Duit saya ada je nak masuk meminang awak. Jangan risau, by the way dah tanya Kak Long ke belum berapa wang hantarannya?”

Glup! Bella telan liur. Tak ada kata alu-aluan terus masuk topik sebenar? Nampak sangat tak sabar nak kahwin dia ni.

“Belum lagi. Tunggu awak balik sini baru bincang macam mana.” Takkan nak cakap yang Kak Long belum bagi kata setuju? Mahu tak boleh jawap paper exam esok. Tak naklah sampai buat orang di sana tak boleh fokus dengan pelajaran di sebabkan masalah kecil ini.

“Awak boleh tunggu ke ni?”

“Kalau 5 tahun saya boleh tunggu inikan pula setahun. Come on, Bella Ammara.” Bella buat gaya tepuk dada sendiri. Lelaki ditalian sudah ketawa bukan main. Bella turut tergelak tengok gaya sendiri pada cermin di hadapannya.

“Habis je paper saya terus fly balik Malaysia.”

“I will waiting for you. Jangan risau.”

“Mestilah risau. Takut dia kena rembat dengan pakcik kat selayang tu?”

“Agaklah. Level saya ni pakcik-pakcik ke?”

“Tengok oranglah.. Orang lawa macam awak ni. Imam Masjid pun nak jadikan bini kedua.”

Bella tarik muncung tapi bibir sudah sengih menahan tawa. Ada je dia ni.

“Yada yada… Tak ada siapa yang nak kat kita kalau ada pun orang jauh. Nak pergi sana kena merentas dunia. Memang tak tergapai dek akal.”

“Alaaa bukan selalu. Tapi pelik.. kalau orang bercinta merentas lautan api pun sanggup tapi awak lain eh?”

“Saya ni jenis yang tak suka merentas-merentas ni. Kalau jodoh tak ke mana.”

“You should be mine. Cakap bukan main pandai.”

“Come from you Muhamad.”

Bella ketawa dihujung talian.

Dalam hati dia bahagia. Muhamad lelaki yang senang untuk dia. Mudah menghiburkan. Dengan Muhamad dia tak perlu pura-pura menjadi orang lain. Muhamad tahu dimana kelebihan dan kekurangan dirinya dan lelaki ini menerimanya dengan penuh keikhlasan.

Bella tak kisah meski Muhamad bukan orang yang disangka telah menyelamatkannya. Dan, Dia yakin ada sebab kenapa Muhamad berbohong dan menyamar menjadi orang itu. Bella tidak mahu bertanya dan dia biarkan ia menjadi tanda tanya.

Dia pasti kebenaran akan terbuka.

Siapa pun orang itu.. awak dah satu tapak ke depan dari dia.

Itu yang pasti.

=================================

PROLOG

BAB 1 – 100k Like. 3825 Share
BAB 2 – Sesi Kenal-Mengenal
BAB 3 – Benda Bawah Katil
BAB 4 – Bateri Dah Kong
BAB 5 – Adegan Sebabak
BAB 6 – Amanat Papa & Mama
BAB 7 – XPDC Trauma

=================================


~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

Banyak Lagi Di Saudari

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *