Novelet “True Colors” (Bab 3)

Kipas Bilik ( eak_kkk )

BAB 3
Benda Bawah Katil
=======

Kira kes kau dengan dia dah settlelah ni?”

“Settle apanya? lepas je aku keluar dari opis Kaklong terus jumpa dengan Mamat tu. Aku dah cakap dia depan Kaklong bukan main lembut, pijak semut pun aku rasa semut tu tak sempat nak mati. Tapi belakang Kaklong… Masya-Allah Sister..” Bella tak sambung kata-katanya hanya sekadar geleng kepala.

Hidayah tergelak mendengar. Tergelak bila dengar part ‘Masya-Allah Sister’ keluar dari mulut Bella Ammara.

Dari mana entah dapat ayat cenggitu.

“Kau pun sama jugak. Depan Kaklong mesti kau behave teruk, kan?” Bella telan liur. Behave ke? Tak adalah.

“Dahlah .. Dah makan.”

Pinggan yang sudah siap disenduk nasi dihulur pada Bella. Jaga Bella Ammara tak susah mana pun. Jaga makan dan pakai dia. Report every single things yang dia buat pada Mem’besar. Gaji tetap jugak tahap orang kerja bank. Rezeki sungguh!

Tapi, Hidayah bukan pandang sangat gaji yang di’offer oleh pemilik syarikat Empayar itu. Tapi dia sendiri yang memilih untuk tinggal bersama Bella di rumah teres dua tingkat yang disewakan kepada Bella oleh Tuan rumah berbangsa cina yang sekarang sedang menetap di Singapura.

Pelik dengan sikap Bella Ammara. Kaklong suruh tinggal di rumah banglo mewah nun kat Bukit Antarabangsa tapi rumah teres dua tingkat di Selayang Baru ini jugak yang dia mahukan.

Katanya nak berdikari. Nak hidup berdikari konon! Makan minum orang lain jugak yang sediakan. Sajalah tu tak nak duduk serumah dengan Kak Long yang sentiasa ringan mulut memberi ceramah tak berbayar.

Macam mana tak ceramah? Kalau dapat adik yang keras kepala dan susah dengar cakap ni? Suruh sambung degree, tak nak. Bila suruh kerja dengan Empayar banyak pulak alasan. Ini datang lagi satu penyakit gatal, gatal nak kahwin!

>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<

“Kau dah cakap dengan Kaklong ke pasal kau dengan Muhamad tu?”

“Aku bagi hint sikit-sikit je. Tak berani nak straight to the point. Kau macam tak kenal dengan perangai Kaklong.. Kaklong suruh aku pergi kerja kat Putra Holding jadi PA Uncle Nazim.”

“Okeylah tu.. Kau macam mana?”

“Tak ada jawapan lagi. Tapi, kau macam tak kenal Kaklong kalau dia cakap A maknanya A .”

“Cari pengalaman kerja. Nanti kau dah kahwin kau tak dapat merasa benda-benda tu semua. Waktu anak dara nilah kau kena cuba semua yang kau nak cuba. Nanti dah kahwin kerja kau untuk jaga makan minum laki kau.”

“Kau kalau bercakap tak keluar aura Kaklong tak sah, kan?” Hidayah senyum senget.

“Your sister pay me. So, aku kenalah jalankan kerja aku.”

“Yes but.. kau tu kawan baik aku. Aku yang ajak kau tinggal serumah dengan aku. Bukan sebab Kaklong bayar kau ke apa. Memang sebab aku nak kau tinggal dengan aku..” Hidayah senyum manis mendengar.

“Tapi B… aku sokong dengan Kaklong. Baik kau kerja dengan Uncle Nazim kau tu. Sementara kau menunggu Muhamad balik KL.”

“Should I?” Hatinya sudah berbelah bahagi. Nak kerja ke? Uncle Nazim tu dia memang dah kenal lama dah. Rasanya tak ada masalah jika dia berkerja dengan Uncle Nazim kesayangan.

Tapi haruslah tanya buah hati dulu. Mana tahu Muhamad ada idea lagi baik dari ini. Dalam kepala Bella Ammara duk fikir apa je idea paling baik dari Muhamad selain ajak kahwin? Bella tersengih. Makin tak sabar pula nak kahwin.

>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<

Usai menunaikan solat Isyak sebentar tadi dia terus merebahkan badan ke atas katil empuk. Mata dipejamnya rapat, bibir mengukir senyum tanpa sebab. Malah, saat mata terpejam bayang si gadis gangster mula muncul di segenap ruang pandangnya.

Kali ini senyuman Emir Redza makin lebar. Dada mula berombak tidak mengikut rentak. Kali pertama bertemu sudah cukup dia meletakkan gadis itu di tempat yang istimewa. Tempat yang sama diletakkan beberapa tahun lalu.

7 tahun…

Redza buka mata dan tangkas dia bangun siap badan dibongkokkan sedikit. Tangan kanan diseluk ke bawah katil mencapai sesuatu dari bawal katil. Dia senyum apabila tangan kanannya sudah mencapai barang paling berharga yang masih disimpannya.

Kotak empat segi separa besar diangkat dan dibentang ke atas katil. Kotak lama yang hampir 7 tahun tidak disentuhnya. Kotak yang mana dia menyimpan segala kenangan diwaktu zaman remajanya.

Jatuh cinta pada seorang gadis dan hingga kini hati tak mampu terbuka untuk wanita lain. Saat kaki melangkah dia sentiasa berdoa semoga mereka dipertemukan semula.

Dan akhirnya, walaupun pertemuan pertama itu agak tak berapa best. Redza tersengih kecil. Salah dia juga parkir kereta disitu. Tapi, kalau tak sebab dia block kereta Bella Ammara pasti dia tak akan bertemu dengan gadis yang selama ini terpahat di hati.

Malah, makin membuat hati bahagia apabila dia diberitahu awek gangster itu adalah adik kandung kepada majikannya. Lagilah dia gembira tak terkata.

Depan Bella Ammara memanglah nampak dia selamba. Tapi, sebenarnya Tuhan saja tahu perasaannya. Saat mata Bella Ammara tajam menatap sepasang matanya. Perasaan cinta itu masih ada dalam hatinya.

Meski, Bella Ammara langsung tidak mengenalinya. Tapi, Redza tidak pernah lupakan wajah itu. Wajah yang mana dia pernah sanggup korbankan dirinya demi wanita itu.

Emir Redza senyum kecil seraya menarik not RM1 yang hanya tinggal separuh. Dia tergelak untuk ke sekian kalinya. Kalaulah you tahu I ni siapa. Agak-agak you masih nak panggil I Mr.Whatever lagi ke? I rasa you akan gelar I, Hero.

=================================

PROLOG

BAB 1 – 100k Like. 3825 Share
BAB 2 – Sesi Kenal-Mengenal
BAB 3 – Benda Bawah Katil
BAB 4 – Bateri Dah Kong
BAB 5 – Adegan Sebabak
BAB 6 – Amanat Papa & Mama
BAB 7 – XPDC Trauma

=================================


~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

Banyak Lagi Di Saudari

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *