Novelet “True Colors” (BAB 1)

Kerusi Sofa ( Hans )

BAB 1
100k Like. 3825 Share
=======

Fuh! penat!”

Pintu kayu ukiran Jati ditolaknya lemah seraya kaki diayun malas.

Apa yang dia mahukan sekarang cuma katil dan bantal. Otak dah senak dengan bebelan dan amaran Kak Nadiah tengah hari tadi. Kalau tak ceramah memang tak sah! Malas nak fikir! Boleh jadi gila!

Topik hari ini adalah kerja dan pindah semula ke banglo mewah di Bukit Antarabangsa. Dan, Bella tetap menolak sekeras-kerasnya kedua-dua topik yang di ‘kemukakan’ oleh Kak Nadiah iaitu satu-satunya kakak kandung yang dia ada buat masa ini. Bukan buat masa ini, tapi untuk selama-lamanya.

Dia penat dengan paksaan dari Kak Long. Bukan dia tak nak bekerja atau tak mahu bekerja langsung cuma dia masih mencari kerja yang sesuai dengan jiwa seorang Bella Ammara. Kerja di Empayar bersama dengan Puan Nadiah? Bella dah boleh bayangkan hari-hari yang akan dia lalui di Empayar Holding. Nehi, nehi. Bella geleng kepala.

Bila difikirkan apa yang Kak Long katakan ada betul juga, belajar tinggi-tinggi takkan nak buat pekasam pula sijil tu semua? Dan, kalaulah dia berani untuk menjawap. Pergh! Memang tak beranilah ceritanya. Takkan nak cakap, B belajar sebab Kak Long yang suruh. Ikutkan B tak nak pun belajar. B nak duduk rumah jadi suri rumah.

Kalau dia jawap begitu mahu kena tendang berguling-guling dari tingkat 18 sampai ke lobi.

Bella rebahkan badannya ke atas sofa. Nak panjat tangga naik ke bilik atas rasa penat ya amat! Tangga ke bilik atas tak adalah tinggi mana jika nak dibandingkan dengan tangga Batu Caves! Jauh sangat dengan tangga rumah banglo Kak Long nun di Bukit Antarabangsa.

Topik soal pindah semula ke banglo mewah Kak Nadiah di Bukit Antarabangsa tu memang dia tak akan setuju. Bella selesa tinggal di rumah teres dua tingkat yang disewanya ini. Dia selesa tinggal di kawasan kampung bernama Selayang Baru daripada kawasan Elit di Bukit Antarabangsa nun di atas bukit sana. Lagipun, di Selayang baru dia membesar. Di sini, dia mula kenal apa itu langit dan Tuhan.

Kunci kereta dan beg tangan di campaknya ke tepi sofa. Bantal kecil empat segi dihujung kaki disepak ke atas. Pap! terus mendarat ke atas muka. Bantal empat segi itu dijadikan alas kepala. Mata dipejam rapat rasanya kalau dia tidur sekarang mahu ‘koma’ sampai esok pagi.

Hidayah melangkah menuruni anak tangga. Dia geleng kepala melihat Bella yang sudah ‘terkulai’ di atas sofa. Dia melangkah mendekati sahabat baiknya.

Hujung kaki Bella ditolaknya dengan tangan kanan. Bella tidak beraksi masih tetap mahu melayan matanya. Hidayah tolak sekali lagi hujung kaki sahabat serumahnya dengan bibir mula diketap.

>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<

“Bella Ammara!”

“Hm..”

“Kau pergi mana tadi?”

“Hm…”

“Kau pergi mana tadi?” Hidayah ulang semula soalannya. Kedua belah kaki Bella diangkat seraya labuh punggung disitu. Dan, kaki sahabatnya diletakkan ke atas ribanya.

“Pergi jumpa Kak Long…” Dia menjawap dengan nada malas.

“Lepas jumpa Kak Long, kau pergi mana lagi?”

“Balik….”

“Sebelum kau balik kau ada berhenti mana-mana tak?” Tangan diangkat seraya digoyangkannya ke kiri dan kanan.

Hidayah geleng kepala.

“B .. kau buka mata kau kejap.”

“Jap 5 minit. Aku nak lelap mata je ni..”

Laju Hidayah cubit peha Bella.

Telefon bimbit dihulurnya betul-betul didepan muka Bella.

“Buka mata tu kejap. Kau tengok ni…”

“Hm apa dia… kacaulah dia ni.” Telefon bimbit dirampasnya seraya mata dibuka separuh malas.

“Nanti-nanti kau boleh tunjuk kat aku, kan? Itulah dah taksub sangat dengan dunia media sosial…” Bella membebel dengan nada separuh marah dan separuh malas.

Hidayah ni tak habis dengan facebook, instagram. Ada je benda dia nak tunjuk. Ini apa pulak ni? Perempuan gila mana yang terjerit macam orang gila ni?

Eh, Sekejap?

Bella terus terbangun dari pembaringannya seraya mata terbuka luas. Dia replay semula video yang berdurasi beberapa minit itu. Tak puas hati, dia ulang semula. Tak puas hati lagi, video diulangnya tepat pada scene muka sedang marah siap hentak kasut tumit tinggi warna biru jenama Gucci yang baru dibeli minggu lepas.

Telefon jatuh ke riba. Dia toleh pada wajah Hidayah.

Hidayah tayang senyum puasnya.

“Check phone kau. Aku rasa dah berjuta-juta kali Kak Long cuba call kau. And good lucklah okey?”

Hidayah siap lambai tangan dengan muka tak bersalah. Bella raup wajahnya.

Dia bukan risaukan video yang tersebar di Facebook itu. Tapi, yang dirisaukan dengan Kak Long. Confirm kena bebel teruk kali ini.

Bella mendengus kasar. Manusia manalah yang sibuk kejarkan populariti sampai muka Bella Ammara ini menjadi santapan rakyat jelata? Rakyat jelata, dia masih mampu hadap yang tak mampu nak hadap ialah Kak Long!

“Ye, Kak long.”

Bella jeling Hidayah yang nampak sedang menahan senyum dan tawa dari meletus saat suara Kak Nadiah bergema di corong telefon bimbitnya.

“Dia block kereta B. Mana B tak marah. Kalau Kak long kat tempat B pun mesti buat benda sama…” Suara Kak Nadiah makin lantang di hujung telefon.

Hidayah tahan gelak melihat Bella menjauhkan telefon dari cuping telinga. Dia yang duduk berhadapan dengan Bella pun dah boleh dengar suara Kak Nadiah yang ‘meriah’ di hujung talian.

“Alaaa.. esok senyaplah tu. Baru-baru tu memanglah kecoh. Biasalah selagi boleh viral mesti diaorang akan viralkan.”

Berani lagi tu menjawap? Hidayah hanya mampu geleng kepala. Nasiblah Kak Long dapat adik kuat menjawap.

“Mana ada B menjawap cakap Long tapi masalahnya B tak salah. Kenapa pulak orang nak kena kecam B? Mamat tu yang salah sebab block kereta B. Yes I know but…” Bella tarik nafas dalam-dalam. Dia pun ada tahap baran dia jugak. Malas nak teruskan perbualan takut nanti keluar pula kata-kata yang tak sepatutnya.

“Dahlah Long.. Ini Dayah dah masakkan makan malam untuk B ni. B nak makan lepastu nak terus tidur. Long jangan lupa makan. Love you Long.. Assalamualaikum.”

Telefon diletak jauh ke hujung meja. Sempat lagi tu dia jeling iphone 7s warna rosegold hadiah pemberian Kak Nadiah.

“Bagus sangat ke cakap kasar dengan orang lebih tua?” Tegur Hidayah.

“Diam!” Pinggan yang dihulur Hidayah dicapainya. Malas dia nak fikir apa yang jadi hari ini. Bukan salah aku pun! Kenapa netizen nak kena kecam dia? Patutnya kecam mamat tu bukan aku!

“100k like. 3825 share. Cepat jugak kau famous hari ni. Aku berani kerat jari lepas ni mesti Motif Viral akan call kau.”

“Motif apa?”

“Motif Viral.. program yang tengah panas sekarang ni. Motif Viral selalunya suka jemput orang-orang yang viral kat laman sosial. Lagi-lagi orang yang kena kecam dengan netizen. Macam kau..”

“Hamboi.. main kasar nampak? Nampak pinggan ni?”

Hidayah gelak kecil.

“Kak Long marah sebab dia cakap mamat tu staff dia.”

“Laa patutlah..kau pun satu dia cuma tumpang parkir sekejap je pun. Janganlah angin sangat.”

Air milo panas kegemaran sahabat serumah dihulurnya. Nak jaga perut Bella Ammara tak susah mana pun. Haruslah dia berterima kasih kat Kak Nadiah kerana beri duit poket lebih sebab jaga adik dia yang degil ni.

“Tapi, memang Kak Nadiah patut marah pun. Kau tak tengok ke article kat blog-blog? Diaorang guna nama kakak kau dan Empayar Holding sebagai headline blog diaorang. Nak melariskan produk haruslah guna taktik begitu.”

Bella termenung sekejap. Bila fikir balik memang patut pun Kak Nadiah mengamuk padanya. Empayar Holding itukan tempat untuk mereka semua cari makan. Kalau dah nama Kak Nadiah kecoh di perkatakan dan nama Empayar Holding pun terbabit pastilah reputasi syarikat itu terjejas juga.

“Ala.. Bukan aku sengaja nak cari pasal pun. Kau kenal dengan aku, kan? Aku bukan jenis yang sesuka hati langgar orang.” Bella pertahankan dirinya walau hakikatnya jauh ke dalam lubuk hati dia bersalah pada Kak Nadiah. Apa yang jadi tengahari tadi sebenarnya boleh diselesaikan dengan tenang. Mungkin waktu itu anginnya tak berapa cantik. Yela.. dahlah baru lepas kena bebel dengan Kak Long lepastu kereta kena block, siapa je tak naik hantu?

“Ya aku tahu B.. Tapi kau kena kawal emosi tu sikit. Jangan main sodok je. Kak Long tu orang bisnes dan semua orang kenal dia. Kau tu sebagai adik dia kena jaga nama baik dan air muka kakak kau tu..”

“Kak Long nombor dua dah datang dah….” Bella bersuara perlahan tapi masih dapat di tangkap oleh Hidayah.

“Tengok tu. Degil dia kalah syaiton nirojim.”

“Hidayah..” Bella sudah tarik muka masam. Cukuplah hari ini dia hadap Kak Nadiah takkan balik rumah pun nak kena hadap Kak Nadiah versi ni pulak?

“Yada-yada.. Dah makan.”

>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<

“Famous awak sekarang, kan?” Bella tergelak mendengar. Perut dah kenyang hati haruslah senang. Tambah, senang bila dengar suara si jantung hati yang jauh menimba ilmu di bumi asing.

“Jangan nangis pulak kalau saya ramai peminat.”

“Hoho! haruslah tak nangis. Sebab sebelum diaorang semua jadi peminat awak, saya dah jadi peminat awak dulu dah.”

Bella lambai tangan pada Hidayah seraya kaki diayun naik ke bilik. Hidayah balas dengan senyum nipis. Dia dah boleh agak sendiri dengan siapa Bella berbual di telefon pada waktu malam begini.

“Kak Long mengamuk teruk tadi.” Badan direbah ke atas katil..

Fuhh. nikmatnya!

“Dah boleh bayang.”

“Saya tak salah pun. Dah biasa dengan Kak Long. Tapi, yang tak fahamnya kenapa orang yang record tu cuma record muka saya tapi tak record muka mamat yang dah block kereta saya tu?”

“Itu namanya mencari berita sensasi. Takkan tak perasan ada orang record awak waktu tu?”

“Tak perasan sebab waktu tu tengah panas gila dengan mamat yang tu.”

“Siapa dia , kenal?”

“Kak Long cakap mamat tu staff dia.”

“What the f.”

Bella tergelak mendengar. Ingat dalam novel dan drama TV saja ke ada kebetulan orang tu ada kena-mengena dengan keluarga kita? Ini dalam cerita Bella Ammara ada buktinya.

“No comment B. No wonder Kak Long mengamuk. Headline yang diaorang tulis kat blog dengan Facebook tu pun boleh tahan jugak.”

“Tahu..”

“Hm.. by the way B… Awak tak boleh kasar macam tu. Gucci tu mahal lain kali pakai benda keras. saya tengok kereta dia tak kemek pun.”

Baru dia nak murung 5 minit saat dengar aura-aura Kak Long dari lelaki di talian. Terus tak jadi lepas dengan ayat terakhir. Pecah ketawanya.

Gila betul dia ni!

“Dah benda tu je yang ada kat tangan. Kalau ada pistol ke senapang ke mesti dah lama tembak.”

Kali ini lelaki itu pula gelak terbahak-bahak dihujung talian.

“Awak…”

Dari berbaring dia berubah posisi duduk dibirai katil. Hujung kaki kanan menguis lantai.

“Berapa lama lagi kat sana? Dan berapa lama saya kena tunggu awak balik.”

“I will be back soon. Final exam nak dekat dah. Nanti habis je paper saya terus balik KL. Uncle Nazim dah bising suruh saya masuk kerja dengan Putra.”

“Betullah tu, Dah sampai masanya awak pula ambil alih Putra Holding tu. Lagipun, Abang awakkan tak nak company tu.”

“Bukan tak naklah.. Dia belum sedia lagi.”

“Pelik.. Orang lain berebut-berebut nak dapat pangkat yang lagi tinggi. Tak nak kerja makan gaji tapi Abang awak ni lain pula saya tengok.”

“Kan saya dah cerita kat awak apa yang jadi kat kami dulu. Abang saya tu masih trauma lepas apa yang Tok Mak buat kat arwah Papa dan Mama.”

“Arwah Tok Mak awak dah lama pergi takkan Abang awak tu masih trauma lagi?”

Pelik sungguh. Bella kenal dengan Muhamad sejak dia dibangku sekolah lagi. Dan selama mereka berdua berkawan dan menjalinkan hubungan tak pernah sekali pun Bella bertemu dengan Abang kandung Muhamad. Dia hanya mendengar cerita dari Muhamad saja, jumpa depan mata memang tak pernah. Terlalu misteri betul Abang si Muhamad ni.

“Dia masih perlukan masa. Saya faham apa yang dia rasa sebab dia paling besar dan orang pertama yang faham apa yang jadi dalam keluarga kami. Mesti tak mudah untuk dia lupakan apa yang terjadi. Tapi B nanti saya balik KL saya bawa awak jumpa dia sebab sekarang dia dah tinggal kat KL.”

“Okey sure boleh.”

“Lepastu, kita bolehlah bincang tarikh kahwin kita.”

Dengar perkataan kahwin terus dia kejung sekejap. Ayat itu sebenarnya dia dah lama sangat nantikan keluar dari bibir si lelaki yang sudah lama bertahta dihati. Bella terdiam lama. Lidah kelu tak terkata.

“B? sudi ke awak kahwin dengan saya? Saya bukan lelaki yang terbaik kalau awak nak tahu tapi awak kena tahu yang saya tak pernah stop cintakan awak. Kita jauh berbatu-batu tapi rasa kasih saya kat awak tak pernah ada batas dan waktu.”

Bella senyum simpul.

Lelaki ini, lelaki yang sedang berbual dengannya adalah lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya seketika dahulu. Dan, lelaki ini akan selamanya menjadi yang pertama dan terakhir.

Insya-Allah dengan Izin-Nya.

=================================

PROLOG

BAB 1 – 100k Like. 3825 Share
BAB 2 – Sesi Kenal-Mengenal
BAB 3 – Benda Bawah Katil
BAB 4 – Bateri Dah Kong
BAB 5 – Adegan Sebabak
BAB 6 – Amanat Papa & Mama
BAB 7 – XPDC Trauma

=================================


~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

Banyak Lagi Di Saudari

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *