5 Sebab Sebenar Kenapa Gadis Remaja Terjangkit Dengan Virus Kpop

Sm Entertainment / Via koreaboo.com

Ungkap sahaja perkataan ‘KPOP’ sudah pasti ramai yang mula tidak keruan terutama gadis-gadis remaja di luar sana.

Fenomena KPOP semakin menjadi jadi sejak kebelakangan ini.

Ada yang sanggup berhabis demi memenuhi minat mereka.

Wang dan tenaga seolah-olah tidak menjadi masalah kepada kumpulan pengemar KPOP ini.

Selain itu, dapat dilihat juga, media cetak di negara ini turut menukar strategi pemasaran mereka daripada majalah hiburan tanah air kepada majalah yang mengetegahkan artis-artis Korea.

Bukan soal memartabatkan artis luar tetapi sebagai medium, syarikat percetakkan perlu memasang strategi searus dengan permintaan pembaca.

Strategi ini lah yang bakal menentukan untung ruginya sesebuah syarikat tersebut.

Kemunculan artis-artis KPOP juga dilihat bak ‘cendawan tumbuh’ pada hari ini.

Terutamanya artis berkumpulan.

Seperti artis kesayangan Syarikat SM Entertaiment, Kumpulan EXO dilihat telah menjadi satu fenomena dalam dunia pengemar KPOP apabila mula menjadi kegilaan para peminat sejak penubuhan mereka pada tahun 2012.

Kehebatan mereka tidak dapat disangkal lagi apabila EXO berjaya menjadi artis KPOP terlaris pada tahun 2013 apabila album mereka berjaya terjual 740.000 cetakkan hanyak dalam waktu tiga bulan sahaja.

Kejayaan mereka ini membuktikan mereka berjaya memecahkan rekod 12 tahun yang lalu yang dipegang oleh Kumpulan ciptaan SM Entertaiment juga iaitu Kumpulan G.O.D pada tahun 2001 dengan jualan album sebanyak 700.000 cetakkan.

Namun, kini dipercayai, album Kumpulan EXO telah mencecah lebih 1 juta cetakkan.

Satu kejayaan baru dalam dunia KPOP.

Tahniah EXO!

Mengapa artis KPOP menjadi pilihan anak muda hari ini?

Ayuh kita semak sebab artis KPOP menjadi pilihan remaja kini:

G.O.D / Kama Studio Via Kpopstarz

EXO / SM Entertainment Via Vcpost

1. Rupa

Tidak perlu bercakap soal bakat terlebih dahulu kerana saya yakin, artis KPOP ini diminati kerana rupa yang mereka miliki.

Siapa tidak tertarik dengan rupa yang comel dan kacak, bukan?

Apabila memiliki rupa yang menarik, bakat menjadi syarat kedua.

Artis KPOP pada hari ini dilihat memiliki bentuk rupa yang comel tidak kira daripada golongan artis lelaki atau wanita.

Benar, ada antara mereka melakukan pembedahan plastik bagi memiliki wajah yang menarik, namun, ada antara mereka yang tidak melakukan pembedahan plastik dan mengekalkan wajah asal mereka.

Dengan sedikit make-up sudah mampu menyerlahkan kekacakkan dan kecantikkan yang mereka miliki.

Antara artis KPOP lelaki yang memiliki raut wajah yang kacak ialah Siwon daripada Kumpulan Super Junior, T.O.P daripada Kumpulan BigBang, Jaejoong daripada Kumpulan JYJ, Kris bekas anggota Kumpulan EXO, dan Jonghyun daripada Kumpulan CN Blue serta pelakon K-Drama, Lee Dong Wook.

Lee Dong Wook / Via Allabtkpopanddramas

 

Manakala artis KPOP wanita yang memiliki raut wajah yang comel dan cantik ialah Jessica bekas anggota Kumpulan Girl Generation, Sandara Park anggota Kumpulan 2NE1, Nana daripada Kumpulan After School  dan ramai lagi.

 

2. Bakat

Setelah bercakap soal rupa, barulah layak bercakap soal bakat.

Tidak dinafikan artis KPOP ini memiliki bakat yang besar.

Bakat mereka bukan sahaja terserlah daripada segi nyanyian tetapi juga daripada segi tarian, lakonan dan pengacaraan.

Rupa, alunan suara dan ketangkasan mereka beraksi di atas pentas dan di skrin televisyen menjadikan mereka layak dijadikan idola oleh kumpulan pengemar mereka.

KPOP memang terkenal dengan artis yang memiliki bakat tarian yang hebat ketika beraksi.

Selain mampu menghasilkan muzik video yang menarik, ketajaman dan ketangkasan aksi mereka menjadi tarikan utama bukan sahaja untuk pengemar wanita tetap mampu menarik minat remaja lelaki.

Pengemar daripada golongan lelaki mula meminati KPOP apabila mereka melihat aksi berstamina artis-artis KPOP ketika membuat persembahan.

Antara artis yang memiliki gerak tari yang kemas iaitu Kumpulan InfinIte, Kumpulan EXO, Kumpulan Girls Generation dan Kumpulan BTS.

Selain itu,artis KPOP juga memiliki bakat lakonan dan pengacaraan.

Telah terbukti, kini ramai artis KPOP yang mula menempatkan diri dalam dunia lakonan dan pengacaraan.

Ternyata mereka ini terserlah dalam pelbagai bidang.

Kebolehan yang dimiliki mereka ini menjadikan mereka ikon kepada remaja di seluruh dunia pada hari ini.

 

3. Gaya

Sentuhan gaya artis KPOP juga sangat terserlah dari segi pemakaian dan gaya rambut  mereka.

Untuk soal gaya, dua syarikat gergasi KPOP iaitu SM Entertaiment dan YG Entertaiment sangat terkenal kerana dua syarikat ini telah melahirkan artis KPOP yang mempunyai citarasa gaya yang sangat baik.

Artis kelahiran Syarikat YG Entertaiment, G-Dragon daripada Kumpulan BigBag kini menjadi ikon bagi gaya rambut apabila dilihat menjadi antara artis yang kerap mengubah fesyen rambutnya.

G-Dragon dilihat sering memperkenalkan gaya rambut yang agak unik daripada segi pemotongan rambut dan pemilihan warna rambut.

Manakala artis kelahiran Syarikat SM Entertaiment yang kini bergerak secara sendiri, Kris, bekas anggota Kumpulan EXO pula dipilih sebagai antara ikon fasyen artis KPOP dan digelar ‘airport fashion’ oleh beberapa pengkritik fasyen.

Kris dilihat sering muncul dengan gaya pemakaian yang menarik dan unik.

Memiliki ketinggian yang mencecah lebih daripada 193 cm menjadikan beliau tiada masalah untuk mengayakan fasyen yang terbaik.

Kris (Wuyifan) / Via baekh-yeol.tumblr.com

 

4. Kesungguhan

Jika kamu bukan lah daripada kumpulan penggemar KPOP, pasti kamu tidak akan tahu bagaimana artis KPOP ini memulakan langkah mereka untuk bergelar ‘idol’.

Tidak semudah yang disangkakan.

Artis KPOP yang terkenal hari ini tidak lah memperoleh kejayaan dengan sekelip mata.

Pelbagai kepayahan yang terpaksa mereka lalui sejak pertama mereka masuk ke syarikat untuk bergelar artis.

Setiap artis mempunyai kontrak yang perlu dipersetujui.

Apa sahaja tindakkan mereka akan terikat dengan kontrak yang telah mereka tanda tangani.

Ini termasuk, ada antara mereka yang tidak dibenarkan pulang ke rumah bergantung kepada jadual mereka.

Ada antara mereka yang tidak berpeluang pulang ke rumah hampir tiga sehingga empat tahun kerana terlalu sibuk dan terikat dengan jadual karier mereka.

Bayangkan keadaan kamu di tempat mereka jika empat tahun tidak pulang bertemu dengan keluarga dan rakan-rakan yang membesar bersama kamu sebelum ini.

Jauh daripada keluarga sudah pasti menjadi detik yang paling sukar dalam hidup mereka untuk meneruskan perjuangan.

Perasaan rindu tidak dapat disembunyikan lagi apabila ramai artis KPOP mula membatalkan kontrak mereka dan pulang ke pangkuan keluarga.

Tahun 2014 dan 2015 menyaksikan tahun kemurungan buat Kumpulan EXO apabila tiga anggota kumpulan tersebut mula menarik diri dan berniat membatalkan kontrak mereka.

Kris mejadi anggota pertama yang meninggalkan Kumpulan EXO yang diikuti oleh Luhan dan yang terbaru Tao.

Ketiga mereka merupakan anggota EXO-M (EXO mandarin).

Mereka membuat keputusan untuk keluar dan memfailkan pembatalan kontrak di makhamah dan pulang ke pangkuan keluarga.

Sehingga hari ini keputusan kes masih tergantung dan mereka bertiga kini giat bergerak secara solo.

Berikutan jadual latihan mereka pula, kesemua mereka harus mengikuti pelbagai kelas termasuk kelas nyanyian dan tarian.

Mereka berlatih hampir seharian.

Jadual rehat mereka pula bergantung kepada kepantasan mereka menghabiskan pembelajaran mereka pada hari itu.

Ada antara mereka hanya mempunyai tiga jam sahaja waktu tidur sehari.

Bergitu lah rutin harian mereka sebagai pelatih.

Kesungguhan dan ketabahan yang mereka tunjukkan telah mengajar peminat mereka untuk tidak mudah berputus asa dan terus berusaha untuk mengapai impian mereka walau sesukar mana pun.

 

5. Rancangan Realiti

Kebanjiran rancangan realiti yang dipertontonkan oleh stesen televisyen Korea menjadikan ramai yang berminat untuk menonton cerita Korea.

Ya benar, di negara kita juga mempunyai beberapa rancangan realiti.

Namun, rancangan realiti yang dipertontonkan adalah kurang.

Antara rancangan realiti Korea yang mendapat perhatian pada hari ini seperti The Return Of Superman yang memaparkan realiti kehidupan seorang ayah yang menjaga anak-anak tanpa bantuan seorang isteri.

Rancangan realiti ini semakin terkenal selepas kehadiran pasangan kembar tiga iaitu Daehan, Minguk dan Manse.

The Triplets, Daehan, Minguk,Manse / Via Soompi

 

Rancangan realiti ini dilihat berjaya menarik minat pengemar KPOP bukan sahaja pada peringkat usia remaja malah ibu bapa di negara kita turut mengemari rancangan tersebut.

Selain itu, rancangan realiti seperti EXO Showtime yang memaparkan kehidupan harian kumpulan terkenal tersebut mendapat perhatian penggemar KPOP.

Kedekatan yang ditayangkan menjadikan peminat berasa dekat dan mengenali artis kesayangan mereka dengan lebih dekat.

Di dalam rancangan tersebut menyaksikan dua belas anggota mereka mempamerkan diri mereka yang sebenarnya.

Jadi tidak hairan penggemar KPOP merasakan mereka telah mengenali artis kesayangan mereka secara mendalam.

Selain itu, artis KPOP dilihat tidak sombong dan sangat mesra peminat apabila bertemu dengan peminat mereka.

Keramahan mereka ini menjadikan mereka disayangi oleh peminat.

Maka, dengan kelebihan yang dimiliki di industri Korea tidak hairan lah KPOP mampu menjadi fenomena di seluruh dunia pada hari ini.


~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

 

Sheril Ameera
Write up by Sheril Ameera Wartawan dan Blogger.
Sheril-Ameera.blogspot.my

Banyak Lagi Di Saudari

1 Response

  1. nrls.co says:

    suka sangat baca blog awak yg ni. biasa org akn tulis blog dengan mengutuk kpop tapi awak memberi keseimbangan. good.i like. saya kasi 5bintang. hahha

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!