Persedian Untuk Mengandung. Apa Lagi Yang Perlu Kita Tahu?

Baby Cute / Via SantaBanta

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan untuk dianugerahkan cahaya mata sebagai penyeri keluarga.

Namun, ada beberapa faktor yang perlu diberi perhatian sebagai persediaan untuk menyambut kehadiran insan baru.

BACA JUGA: 11 Tanda Awal Anda Mungkin Sedang Hamil >>

Sebelum anda merancang untuk hamil, perkara yang paling utama yang perlu dititikberatkan ialah kesihatan diri.

Hal ini amat signfikan bagi memastikan anda dan kandungan tidak akan berdepan dengan apa-apa risiko yang memudaratkan.


Pemeriksaan Kesihatan.

Adalah sebaik-baiknya anda menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengenal pasti sebarang penyakit yang boleh mengganggu proses kehamilan.

Lakukanlah ujian Pap smear iaitu ujian diagnosis bagi mengesan kanser pangkal rahim di samping menjalani ujian imbasan ultrabunyi pada abdomen bagi mengesan kedudukan rahim.

Kedudukan rahim adalah dalam dua keadaan iaitu sama ada ke depan (anteverted) atau ke belakang (retroverted).

Dalam pada itu, anda boleh mendapatkan nasihat doktor untuk kehamilan yang lancar terutamanya bagi mereka yang mengambil ubat-ubatan tertentu.

Baca juga : 13 Tanda-Tanda Rahsia Suami Curang Dengan Isteri!


Diet Yang Seimbang

Anda harus memulakan pemakanan yang berkhasiat untuk kesihatan yang baik.

Seperti pepatah inggeris menyebut – you are what you eat!

Sayur-sayuran dan buahan-buahan harus diamalkan dalam diet seharian.

Makanan yang tinggi dengan asid folik amat digalakkan.

Antara makanan yang diperkaya dengan asid folik adalah bayam, kacang buncis, kacang panjang, produk soya, kekacang, bijirin, buah-buahan sitrus, ayam dan ikan.

Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan kecacatan pada tiub saraf seperti spina bifida dan saluran otak terhadap bayi.

Selain itu, asid folik turut boleh didapati dalam bentuk tablet yang diambil berdasarkan preskripsi oleh doktor dengan dos tertentu buat mereka yang berisiko tinggi iaitu wanita yang mempunyai sejarah kecacatan bayi dalam keluarga atau kerap mengalami keguguran.

Di samping itu, perbanyakkan makan makanan yang berasaskan zat besi.

Ianya boleh didapati dalam daging, sayuran hijau, bijirin dan kekacang.

Kekurangan zat besi boleh mengakibatkan anemia iaitu kekurangan sel darah merah yang secara tidak langsung menyebabkan keletihan.

Ianya juga boleh membawa kepada keguguran.

Bukan itu sahaja, vitamin C juga amat penting bagi membantu dalam penyerapan zat besi.

Kurangkan juga pengambilan minuman berkafein yang boleh mengganggu kesuburan dan gantikan dengan susu yang tinggi dengan kalsium, baik untuk pertumbuhan janin.

Sewaktu hamil, tulang serta gigi wanita biasanya menjadi rapuh akibat penyerapan kalsium serta protein oleh kandungan.

Justeru, amalkanlah minum susu yang banyak dijual di pasaran untuk para ibu yang mengandung.

BACA JUGA: 5 Tips Kuruskan Badan Yang Mesti Anda Tahu dan Baca >>


Senaman Ringan

Dalam tempoh mengandung, wanita biasanya cepat dan mudah tercungap-cungap.

Justeru, bagi mengekalkan stamina, senaman ringan seharusnya diamalkan.

Anda tidak perlu ke gim.

Cukuplah sekadar mengubah rutin harian seperti memilih untuk menggunakan tangga berbanding menggunakan lif bila hanya perlu ke tingkat 2, berkebun di halaman rumah mahupun berjalan kaki untuk ke destinasi berhampiran bagi meningkatkan kecergasan.

Tambahan pula, anda sewajarnya mencapai berat badan yang ideal kerana berat badan yang berlebihan adalah berisiko tinggi untuk berhadapan dengan penyakit tekanan darah tinggi, mengakibatkan kecacatan, komplikasi sewaktu melahirkan serta keguguran.

Manakala kurang berat badan boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang.

Elakkan senaman-senaman berat yang boleh mengganggu kesuburan yang biasanya dihadapi oleh atlet yang terlalu aktif bersukan.


Persediaan Bersama Pasangan.

Dalam menghadapi persediaan untuk hamil, bukan hanya sebelah pihak sahaja perlu memainkan peranan untuk mendapatkan bayi yang sihat terutamanya bagi mereka yang mereka yang mahu menimang cahaya mata pertama.

Suami juga perlu memberikan sokongan serta mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti berhenti merokok, meninggalkan pengambilan bahan terlarang seperti dadah waima pengambilan alkohol.

Suami yang merokok secara langsung menjadikan isteri anda perokok pasif atau turut dikenali sebagai perokok sekunder.

Aktiviti tidak sihat ini boleh membahayakan kesihatan si ibu dan kandungan.

Ianya boleh mengganggu-gugat pertumbuhan bayi serta menyebabkan masalah kesihatan sewaktu membesar seperti asma serta jangkitan paru-paru.

Faswin Ahmad

Seorang insan yang meminati bidang penulisan dan fotografi. Sentiasa ingin memperbaiki diri dan gemarkan cabaran. faswinahmad@gmail.com

Banyak Lagi Di Saudari

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *