5 Tips Untuk Ibu Berpantang

senyum

Budaya dahulu dan budaya sekarang sudah jauh berbeza.

Jika dahulu ibu-ibu lepas bersalin akan berpantang, kini ramai yang sudah melupakannya.

Mereka mengandaikan bahawa berpantang itu bukan satu kelaziman, ia sekadar satu tradisi yang tiada pangkal kebenarannya dan penuh melecehkan.

Namun, harus diingat, berpantang bertujuan untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran si ibu yang baru lepas bersalin.

Jadi tidak ada sebab ia harus diabaikan jika ia boleh membantu si ibu untuk menjadi lebih sihat lagi.

Mari kita selami bersama 5 Tips Untuk Ibu Berpantang

 

1. Masalah Emosi.

Umum sedia tahu bahawa sesetengah ibu yang baru lepas bersalin kerap mengalami tekanan jiwa dan kemurungan.

Ini bukanlah disengajakan namun pergolakan hormon di dalam badan disamping tekanan luaran dan dalaman membantu ke arah masalah tersebut.

Satu cara yang disyorkan oleh orang tua-tua dahulu adalah dengan memberikan si ibu sokongan dan dorongan, terutamanya daripada insan terpenting dalam hidupnya, iaitu si suami.

Pada masa yang sama, penjagaan yang baik perlu diberi bukan sekadar pada bayi tapi juga pada si ibu.

Digalakkan saudara mara, khususnya emak kepada si ibu berkenaan agar menjadi pendorong kepadanya pada ketika ini dari segi moral dan bimbingan.

 

2. Urutan Tradisional

Tidak dinafikan bahawa urutan yang baik mampu memulihkan aliran darah, mencuci dan menyingkirkan darah, angin serta lendiran kotor dan melawaskan nifas daripada tersekat dan tersumbat.

Tubuh badan yang lesu, sendi dan otot yang letih juga dapat dilegakan dengan urutan yang sesuai.

Amatlah dilarang untuk menekan, memaksa dan menolak peranakan dalam tempoh 2 minggu pertama.

Ini kerana, pada ketika ini, peranakan masih lagi lemah dan bengkak.

Fokuskan untuk mengurut pada bahagian bahu, leher, dada dan payudara; dan kemudiannya dari bahu ke siku, lengan dan jari-jemari.

Kebiasaannya, setelah 44 hari barulah boleh disentuh bahagian kedudukan rahim.

 

3. Hubungan Suami Isteri

Hubungan seks antara suami isteri adalah tidak digalakkan dalam tempoh 6 minggu selepas bersalin.

Si ibu baru sahaja selesai melalui proses bersalin yang mana penuh menyakitkan dan melemahkan, jadi untuk badan kembali sihat dan kuat memerlukan masa.

Pada masa sama, bahagian alat sulit juga memerlukan masa untuk sembuh apatah lagi kepada si ibu yang memiliki luka eposiotomi.

Luka eposiotomi ini adalah potongan yang dilakukan di bahagian perinium apabila bayi memerlukan bukaan lebih besar untuk keluar sewaktu proses bersalin.

Amat digalakkan agar suami isteri mendapatkan kesefahaman dalam hal ini untuk kebaikan keluarga sendiri.

 

4. Berbekung

Berbekung adalah normal untuk dilakukan oleh si ibu yang bersalin normal bagi mengelakkan kemasukan angin sejuk di liang-liang perut.

Pada masa sama, ia dapat memudahkan penyingkiran angin panas dan kotor melalui ikatan barut yang sempurna dan ubat yang bersesuaian.

Bengkung yang baik adalah yang memiliki diameter panjang menutupi dari paras bawah dada hingga ke bawah pinggul.

Ini dapat memberi sokongan yang kukuh kepada rahim ibu.

Ketika dalam pantang, seeloknya dipakaikan sepanjang masa dan ditinggalkan hanya ketika mandi.

Pemakaian bengkung yang kemas dan kejab diyakini membantu mengembalikan bentuk tubuh badan ke bentuk asal dengan lebih cepat, disamping dapat mengekalkan posisi yang baik terutamanya untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

 

5. Makanan

Adalah dilarang untuk makan ikan masin atau ikan kering kerana ia boleh menyebabkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering.

Pada masa sama, ia melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.

Digalakkan untuk makan ikan yang segar dan mengelakkan ikan bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang yang mana berpotensi menyebabkan bisa dan bentan pada pintu rahim.

Makanan lain yang dilarang adalah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol; serta makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain, yang mana berpotensi menyebabkan kegatalan kulit dan menimbulkan reaksi alahan.

Ikan yang disyorkan adalah haruan dan yu.

Ianya dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran.

Ulam tempatan seperti serai, lengkuas, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia adalah amat disyorkan.

Ini kerana mereka mengandungi fiber, zat galian dan pelbagai vitamin termasuklah vitamin A, C dan E. Selain itu, ulam yang berkhasiat adalah daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, sekentut, cemumur pudina, kari, bebuas dan ruku.

Dilarang untuk makan sayur-sayuran menjalar, sejuk dan berangin seperti kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, daun keti, kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botol, jeruk maman, petai, jerin dan terung.

Elakkan minuman bergas, sejuk dan tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin dan binjai.

Ini kerana ia boleh menyebabkan sakit tulang dan sejuk otot serta sendi lemah.

 

Sebagai kesimpulan..

Berpantang merupakan tradisi turun-temurun dan amalan yang mesti dilakukan.

Ia adalah satu persediaan kepada tubuh untuk kekal sihat dan bertenaga.

Meski kedengaran tidak logik, tidak rugi untuk melakukannya.


(Laporan akan di buat kepada FACEBOOK & GOOGLE ADSENSE jika ARTIKEL Saudari.com di ambil tanpa kebenaran.)
.......
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
 

 

Penulis Maya
Sudah tertulis di atas talian. Tanda tangan tidak diperlukan.

Banyak Lagi Di Saudari

1 Response

  1. siti says:

    pendek kata semua x blh mkn

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!