11 Tanda Awal Anda Mungkin Sedang Hamil

Setiap wanita adalah berbeza dan begitu jugalah dengan kehamilannya.

Tidak semua wanita memiliki tanda-tanda kehamilan yang sama malahan, bagi seorang individu, dua kehamilan berbeza miliknya juga berpotensi untuk tidak sama.

Juga, oleh kerana tanda-tanda awal kehamilan adalah lebih kurang sama dengan keadaan sebelum dan ketika menstruasi, simptom-simptom yang ada tidak selalunya diketahui.

Berikut adalah tanda-tanda yang anda boleh gunakan untuk mengenalpasti jika anda sedang hamil.

1. Sesak nafas

Adakah anda merasa sesak nafas ketika menaiki anak tangga?

Berkemungkinan besar anda sedang hamil.

Janin yang berkembang memerlukan oksigen dan ini menyebabkan anda kekurangannya.

Perkara ini akan berlanjutan sepanjang anda hamil, terutamanya apabila pembesaran bayi anda mulai memberi tekanan pada paru-paru dan diafragma anda.

2. Payudara Merasa Sakit

Adakah payudara anda merasa sedikit sakit atau mereka kelihatannya bersaiz lebih besar?

Payudara yang terasa lebih lembut dan berat, areola yang kelihatan lebih gelap dan lebih banyak urat kelihatan di dada anda boleh menjadi petanda awal bahawa anda sedang hamil.

Pakailah bra yang boleh memberi sokongan kepada anda ketika tidur untuk mengurangkan rasa tidak selesa.

3. Keletihan

Mudah merasa letih dari biasa, mungkin sekali adalah akibat daripada tindakbalas ke atas peningkatan hormon di dalam badan anda.

Bagi kebanyakan wanita, keletihan akan berterusan untuk trimester pertama, dan akan surut pada trimester kedua.

4. Loya

Kebanyakan wanita hamil akan mulai merasa loya lebih kurang 6 minggu pertama, namun ada juga yang mengalami rasa loya lebih awal (malangnya, ia boleh berlaku pada waktu pagi, tengah hari dan malam).

Berkemungkinan besar ia akan reda apabila anda sudah memasuki trimester kedua.

Dalam masa yang sama, cuba untuk makan makanan yang dapat menyelesakan perut anda, seperti oat/bubur atau air halia.

5. Kerap Kencing

Jika anda tiba-tiba mendapati diri anda tidak dapat tidur sepanjang malam kerana selalu ingin ke tandas, ia mungkin adalah satu petanda juga.

Semasa hamil, badan anda akan menghasilkan cecair tambahan, yang menyebabkan pundi kencing anda bekerja lebih masa dan anda  kerap untuk kencing.

6. Sakit kepala

Antara tanda-tanda awal kehamilan termasuklah sakit kepala, akibat daripada perubahan hormon.

Untuk menangani kesakitan, dapatkan acetaminophen dan bukannya ibuprofen (dapatkan nasihat doktor).

7. Sakit belakang

Adakah bahagian bawah belakang badan anda terasa sedikit pedih?

Jika anda biasanya tidak memiliki sakit belakang, ini mungkin bermaksud ligamen anda sedang melonggar.

Ini akan berterusan sepanjang anda hamil di mana berat badan anda akan meningkat dan mengalihkan pusat graviti badan anda dan mengubah sedikit postur anda.

8. Kekejangan

Adakah ianya PMS atau mengandung?

Adalah sukar untuk mengetahuinya, namun jika anda merasa kejang, kemungkinan rahim anda meregang sebagai persediaan untuk mengandung.

9. Mengidam Makanan atau Tidak

Tiba-tiba, anda terasa sangat nak makan limau.

Atau mungkin ikan kini membuatkan perut anda merasa tidak selesa.

Jika anda mengalami situasi pemakanan yang sebelum ini tidak pernah berlaku, ia mungkin memberi signal kepada badan anda yang anda sedang hamil.

10. Sembelit dan Kembung

Anda yakin bahawa seluar anda muat pada minggu lepas namun kini anda terasa sedikit gempal.

Kemungkinan besar ia adalah akibat progesteron tambahan yang disebabkan oleh kehamilan, yang mana melambatkan sistem pencernaan anda.

11. Mood Tak Stabil

Anda mudah untuk cepat marah atau merajuk?

Jika anda merasa terlebih beremosi, mungkin sekali badan anda sedang menyesuaikan diri dengan hormon anda.

Jika demikian, maklumkan kepada suami anda bahawa ianya hanya sementara.

Sebenarnya, ada banyak lagi tanda-tanda yang mungkin seperti kitaran haid yang sudah berhenti, kerap pening dan pengsan dan sebagainya namun ianya kerap dikelirukan dengan masalah menstruasi juga.

Untuk lebih kepastian, dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.

Luqman Mikhail

Luqman Mikhail adalah seorang penulis dan blogger.
www.luqmanmikhail.com

Banyak Lagi Di Saudari

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *