Macam Mana Novel Saya “DIA SI KATAK PURU” Diterbitkan Selepas 5 Tahun Menunggu?

Buku Novel Dia Si Katak Puru

Hai semua!

Bertemu kita kembali dalam segmen kali ini hehe.

Jadi untuk kali ini, berbanding dengan memberi tips, sebab dan yang seangkatan dengannya, aku nak ceritakan kepada korang tentang pengalaman aku dari mula-mula menulis manuskrip sehinggalah akhirnya manuskrip aku berjaya juga diterbitkan.

Bukan sekejap ya uolls.

Lima tahun!

Manuskrip pertama aku sebenarnya bukan Dia Si Katak Puru (tajuk asal : Sekali Ini Saja) , tapi Puteriku Anastasia.

Tapi manuskrip tu kena tolak sebab jalan ceritanya yang inappropriate hehehe.

Biasalah, masa aku tulis tu umur aku baru 14 tahun.

11 Tip Menulis Novel Di Formulasikan Untuk Perempuan Sahaja! >>

Tak matang lagi, main taip je apa yang terlintas dalam fikiran.

Tambahan lagi, silap aku juga sebab tak baca guideline ciri-ciri penulisan yang harus ada dalam novel Buku Prima.

Aku ingat masa tu aku boleh je tulis apa yang aku nak.

Suka hati je kan hahaha.

Nak dijadikan cerita, berbanding dengan Sekali Ini Saja yang hanya mengambil masa tiga bulan lebih untuk aku siapkan, cuba teka berapa banyak masa yang aku ambil untuk siapkan Puteriku Anastasia?

Setahun lebih !

Bermula masa aku awal form 2 sehinggalah pertengahan bulan 3 masa aku form 3.

Tapi aku mengambil masa yang lama disebabkan oleh beberapa faktor.

First, kekangan masa.

Aku kan masa tu tengah sibuk prepare untuk PMR *aceceh kononnya la kan*.

Second, writer block syndrome datang menerjah aku dengan kerap sangat-sangat.

Aku masih ingat lagi satu hari tu di mana aku just stay still in front of my computer tanpa taip apa-apa selama lima jam.

Stress aku masa tu hanya ALLAH saja yang tahu.

Third, keadaan komputer aku time tu boleh diklasifikasikan berada dalam keadaan nazak.

Kadang-kadang boleh buka, kadang-kadang tak boleh.

Ada sekali tu sampai sebulan tak boleh on.

Sampai aku hempuk keyboard tu sebab geram sangat.

Ganas gila aku hahaha.

Ada sekali tu time idea aku tengah mencurah-curah, tengah syok menulis ni, boleh pulak komputer tu terpadam sendiri.

And what makes it worst, aku tak save lagi time tu!

Perasaan aku masa tu hanya ALLAH saja yang tahu.

And the fourth, ketebalan Puteriku Anastasia adalah 700+++ muka surat.

So, memang kena take time la kan.

Tambah pulak font yang aku guna time tu adalah Times New Roman, size 10.

Jadi, boleh bayangkan berapa banyak yang aku dah tulis?

Setahun juga la aku kena tunggu sebelum dapat respons daripada Buku Prima.

And sepanjang setahun tu, aku rasa editor-editor kat Buku Prima tu mesti menyampah gila dengan aku sebab aku asyik call je diorang bertanyakan manuskrip novel aku.

Maklumlah manuskrip pertama, perasaan teruja tu lain macam sikit haha.

Dan akhirnya semasa bulan 6 masa aku tingkatan empat, penantian aku berakhir setelah aku mendapat emel daripada editor Buku Prima, dan respon tak seperti yang aku harapkan.

“DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA MANUSKRIP ANDA DITOLAK!”

Lebih kurang begitulah salah satu ayat yang terkandung dalam e-mel tu.

Tapi satu benda yang aku respect.

Walaupun diorang tolak manuskrip aku, tapi diorang tak tolak tanpa sebab and dekat perenggan-perenggan bawah emel tu, editor Buku Prima menyenaraikan sebab mengapa diorang tolak manuskrip aku.

Sekurang-kurangnya aku tahulah alasan mengapa manuskrip aku ditolak dan tidak dibiarkan terkontang-kanting.

Overall, untuk manuskrip pertama aku, jalan cerita dah okey, tapi just kena ubah sana sini and bahasa yang aku guna memang tak sesuai dengan tema Buku Prima.

Rasanya lebih ke arah gaya Fixi kot novel aku tu haha.

Pointnya, memang aku kena rombak balik secara total.

Masa mula-mula tu, aku macam tak boleh terima kenyataan sikit tau sebab aku menaruh harapan tinggi gila, jadi aku memutuskan untuk berhenti menulis novel.

Dekat setahun jugak la microsoft word aku tu bersawang sebelum aku kembali menulis manuskrip kedua aku, Sekali Ini Saja.

Dan untuk Sekali Ini Saja, aku memang betul-betul belajar dari kesilapan dan lebih berhati-hati.

Aku ikut guideline yang Buku Prima nak dalam novel mereka dan jalan cerita aku pun dah tak berbelit-belit macam Puteriku Anastasia.

5 Sebab Sebenar Kenapa Gadis Remaja Terjangkit Dengan Virus Kpop >>

Untuk Sekali Ini Saja, aku cuma memilih tema yang ringkas dan berdasarkan dari kisah hidup aku sendiri, sebab aku rasa lagi senang untuk aku menulis berdasarkan pengalaman aku.

Lepas habis SPM, Disember 2013 aku mula menulis, dan aku berjaya menghabiskannya pada 8/3/2014.

Tarikh keramat untuk aku setelah bertungkus-lumus hahaha.

Aku bangga jugalah sebab tempoh untuk aku siapkan Sekali Ini Saja singkat je, tambah pulak masa tu aku sibuk kerja part time.

Masa aku hantar manuskrip Sekali Ini Saja yang ketebalannya adalah 465 tu, aku dah tak menaruh harapan setinggi gunung macam dulu.

Aku redha je kalau apa-apa pun jadi sebab aku dah cuba yang terbaik.

Aku juga dapat nampak peningkatan aku masa menulis Sekali Ini Saja berbanding Puteriku Anastasia dulu.

Pointnya kalau korang baca Puteriku Anastasia dan Sekali Ini Saja , mesti korang takkan percaya yang kedua-dua manuskrip tu ditulis oleh penulis yang sama, yakni aku.

Untuk Sekali Ini Saja , bak kata orang Penang , aku dah tak ‘haru’ dah editor-editor kat Buku Prima tu.

Sekali pun aku tak pernah telefon diorang untuk bertanyakan manuskrip aku.

Masa tu aku memang dah cakap pada diri aku sendiri, kalau ada, adalah.

Macam Puteriku Anastasia , Sekali Ini Saja juga mengambil masa setahun untuk dinilai.

Dan seminggu selepas aku masuk semester dua asasi undang-undang, masa aku baru bangun tidur tengah mamai-mamai lagi ni, tiba-tiba ada satu nombor KL telefon aku.

Masa tu aku cakap, aish, siapa pulalah yang call aku ni.

Lepas aku angkat, orang tu memperkenalkan diri sebagai editor Buku Prima dan dia tanya aku, aku ni Cik Farrah ke dan adakah aku pernah hantar manuskrip berjudul Sekali Ini Saja ke Buku Prima.

Masa tu, serious hati aku dah dup dap dup dap.

”Ya, saya Farrah. Saya memang ada hantar manuskrip tu kat Buku Prima.”

Aku berkata dengan nada suara yang terketar-ketar sebab terlalu gemuruh.

”Awak masih berminat ke nak terbitkan novel awak di bawah syarikat penerbitan Buku Prima?”

Tanya editor itu.

”Mestilah.”

”Sebenarnya, saya dah menilai manuskrip awak. Dan Buku Prima berminat untuk terbitkan manuskrip awak tu.”

Serius, masa tu aku rasa macam nak menjerit sebab terlalu gembira sangat.

Dan aku rasa aku ada terjerit sikit kot.

Lepas tu bila editor tu tanya aku tengah buat apa (mungkin terkejut dengan suara aku yang kuat), aku dengan bengongnya jawab aku tengah seterika baju.

Bodoh gila kan hahahaha.

Tapi ada aku kisah.

Janji manuskrip aku tu nak terbit YES YES and YESSS !

Lepas tu, editor tu pun terangkanlah beberapa perkara yang aku kena buat, termasuk beberapa penambahan yang aku kena tambah dekat manuskrip aku tu, tapi cuma penambahan kecil jelah supaya jalan cerita tu jadi bertambah menarik.

Mula-mula editor tu cakap terbit Mac 2015, tapi lepas tu dia bagitau aku yang diorang dah re-schedule jadual dan manuskrip aku tu terbit pada Oktober 2014.

Bagus bagus bagus.

Good job Encik Editor, lagi awal lagi bagus hahaha.

Dan akhirnya, novel aku yang ditukar tajuk menjadi Dia Si Katak Puru sudah berjaya diterbitkan.

Di saat artikel ini ditulis, manuskrip kedua aku sedang dinilai oleh para editor.

Moral of the story, sekali kita gagal, tak bermakna kita akan gagal selama-lamanya.

Tak salah kalau kita nak rasa kecewa, tapi jangan biarkan perasaan tu terus menyelubungi diri kita.

Don’t ever give up dan terus berusaha untuk mencapai apa yang kita nak dengan belajar dari kesilapan lalu.

Kadang-kadang aku terfikir, kalaulah aku memutuskan untuk berhenti menulis selama-lamanya selepas manuskrip pertama aku ditolak dulu, mesti aku tak akan dapat apa yang aku ada sekarang.

Jadi kepada semua bakal penulis, walaupun korang tengah pening masa siapkan manuskrip tu.

Terpaksa menghadapi writer block syndrome yang serr tu.

Walaupun manuskrip korang dah ditolak berkali-kali sekali pun.

Jangan pernah berhenti okey.

Jangan pernah berputus asa untuk meneruskan minat kita dan impian untuk melihat karya kita yang selama ini hanya tersimpan dalam Microsoft Word dibukukan dan tersusun rapi di rak-rak buku Popular, MPH, Borders dan sebagainya.

Percayalah cakap aku, walaupun kita terpaksa menunggu walau selama mana pun, dan aku ni dah menunggu selama lima tahun sejak mula-mula aku start menulis Puteriku Anastasia dulu.

Bila masanya dah tiba, korang akan rasa yang penantian korang selama ni sangat berbaloi.


~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

Farrah Izzlorna

Seorang penulis novel, suka berangan dan mengabadikan kenangan dalam bentuk penulisan.

Banyak Lagi Di Saudari

4 Responses

  1. aizamia3 says:

    Betul.. jangan mengalah di atas kegagalan yang pertama..
    Tahniah di atas kejayaan tersebut..
    Usaha hingga berjaya membuahkan hasil adalah satu kepuasan yang tak ternilai pada diri.. ;)

  2. hafiz says:

    fuhhh really motivated.. sy pun xtahu blogger ni ada lg ke x tapi kali ni da 2,3 kali terjumpa penulisan awk secara x lansung. dlu nk search apa tah kat google , rasa blog awk jugak la sy singgah. n kali ni time sy btul2 teringin nk try jd novelist ,try research kt google n terjumpa blog yg menarik perhatian ..rupanya awk lg .hehe seronok baca kisah yg ini.,, lawak yg part terkejut time editor call tu.. tergelak masa baca..haha. anyway,, moral in this story btul2 bg semangat jatuh bangun n new inspiration..hehe. sy pun xtau sama ada komen sy ni dibaca atau tidak itu x pnting tpi sy nk sgt tahu perkembangan sis skg..hehe.. maybe tahun2 yg akn dtg org lain pulak yg baca penulisan awk ni.. mcm sy, .. sbb penulisan kita akan kekal terpahat disini even kita da x buka..huhu . :) tq

  3. aisyah says:

    Assalamulaikum,
    sy minat menulis sejak form 1 sejak kenal subjek sastera.tapi disebabkan banyak perkara berlaku dalam kehidupan sya..dan ia menyebabkan sy down sgt2..sy terus stop iaitu pada tahun yg sma sy knal sbjek sastera..tpi wlaupn sy lupakan menulis..tpi idea asyik muncul dlm minda..bila cuba step forward kan idea itu semula..tatabhasa,kota kata sy sumer dah kelaut…smpaikan sy buat cam aktiviti utk hilangkan idea dlm minda..tpi ia still dtg..kdg trpikir btul ke sy ade bakat utk mnulis sbb idea sering dtg tpi bila mnulis tatabahasa,plot cerita sumer tunggang terbalek..hopefully sy dpt semula semangat untuk menulis..;-)

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *