10 Cerita Novel Yang Saya Harap Ada Orang Lain Tolong Tuliskan

Idea Yang Bercahaya ( Clker )

Hai korang!

Bertemu kita kembali dalam segmen Sembang Santai Bersama Farrah Izzlorna.

Aceceh kau ingat kau famous sangat sampai nak ada slot sendiri, Farrah?

Novel pun baru satu yang terbit sob sob sob.

Okey sebelum aku melalut dengan lebih jauh, korang dah baca kan tajuk dekat atas tu.

Majoriti penulis tak dilahirkan sebagai penulis yang versatil.

Maksud aku, penulis yang boleh menulis bermacam-macam genre.

Satu-satunya novelis yang aku kenal yang boleh tulis kedua-dua genre cinta dan seram dengan baik adalah A. Darwisy.

Terutama genre seram.

Meremang bulu roma aku beb!

Aku sebenarnya suka baca novel seram, thriller, magik semua tu.

Aku ada beberapa idea yang bergelumang dalam otak aku untuk ditaip dalam Microsoft Word tu, tapi selalu tak berhasil sebab tak ada bakat huhu.

Aku ada idea, tapi aku tak tahu macam mana nak olah cerita selain daripada genre cinta.

Jadi, di sini aku nak nyatakan sepuluh idea cerita novel yang aku harap ada penulis lain boleh tolong tuliskan.

[ Aku Tak Tahu Kenapa Jari-Jemari Aku Ketika Ini.. Tak Boleh Berhenti Menaip ]

 

1. TIME TRAVEL

Oh, aku suka sangat cerita-cerita yang ada kaitan dengan pengembaraan merentasi masa ni.

Siri cerita Back to the Future tu kiranya aku minat habislah.

Tapi aku suka cerita yang mengembara ke masa lampau je.

Masa depan entahlah, otak aku tak boleh digest sebab terlampau tak logik hahaha.

Tapi sayang, kisah-kisah sebegini hanya dapat aku baca dalam buku-buku mat salih.

Kalau ada pun kat Malaysia ni, setahu aku hanya Ramlee Awang Mursyid saja yang pernah menulis cerita berkenaan time travel ni.

Tak best lah kalau hanya seorang je yang tulis pasal benda ni.

Aku nak jugak tengok kepelbagaian hehehe.

 

2. CERITA ALA-ALA ‘I’

Aku berani bet, korang yang Melayu ni mesti tak tahu cerita ‘I’ tu cerita apa, kan?

Cerita ‘I’ adalah sebuah filem Tamil, berkisarkan tentang seorang ahli bina badan yang akhirnya menjadi model dan bercinta dengan heroin yang cantik jelita.

Tapi, hidupnya berubah dan terpaksa meninggalkan heroin apabila dia telah disuntik dengan sejenis virus Influenza oleh orang-orang yang dengkikan kejayaannya, sehingga fizikalnya menjadi bongkok dan rupa dia dah macam raksasa.

Pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi sehinggalah akhirnya dia berjaya bersama heroin semula.

Aku suka sangat cerita-cerita unik macam ni.

Tak adalah asyik hero dan heroin terpaksa berpisah kerana salah seorang ada penyakit, mak mertua tak suka, kehadiran orang ketiga tak ada angin tak ada ribut, masalah syarikat juta-juta dan lain-lain lagi.

Bosan hahaha.

*padahal aku pun tulis cerita macam ni makan pelempang baru tahu*

 

3. CERITA BUDAK SEKOLAH ALA-ALA MANGA JEPUN

Sejujurnya, aku sangat suka baca manga.

Seribu kali lagi suka dari baca novel.

Sebab apa?

Sebab bagi aku, jalan cerita manga sangat best.

Unik, plot cerita best, terutama cerita pasal zaman persekolahan tu.

Serius aku cakap, aku langsung tak reti nak tulis cerita pasal budak-budak sekolah.

Jalan cerita aku mesti sama ada sangkut atau terlalu hambar sampai aku terpaksa rombak balik plot penceritaan agar tak payah melibatkan babak-babak kat sekolah.

Tulah siapa suruh kat sekolah dulu jadi loner sangat, kan dah terlepas segala keseronokan dunia cis.

Jadi kepada penulis di luar sana yang ada kenangan zaman persekolahan yang best, tolonglah abadikan dalam bentuk penulisan sebab aku sangat suka baca cerita macam ni.

Jadikan manga Jepun sebagai rujukan.

Kalau nak penulis Malaysia, karya Ratu Bulan pun boleh.

Contohnya novel Prince Charming.

Sumpah lawak dan best cerita ni hahaha.

 

4. CERITA CINTA ORANG YANG DUDUK DI KAMPUNG

Aku memang fail kalau nak tulis cerita berlatar belakangkan kampung ni.

Kampung pun tak ada, celik-celik mata dah nampak batu konkrit dan bangunan tinggi mencecah langit huhuhu.

Aku suka baca novel yang betul-betul berkisarkan orang biasa yang tinggal di kampung yang biasa.

Tak melibatkan Datuk Datin, bonda ayahanda, anak Tan Sri ada projek juta-juta, hero heroin belajar luar negara dan lain-lain.

Kan best kalau buat cerita hero tu seorang penoreh getah jatuh cinta dengan anak pengutip kelapa, kemudian berkahwin dan cabaran mereka adalah membesarkan anak-anak dengan ekonomi yang merudum ni.

Tapi si suami tetap sabar dan tetap menyayangi isteri dan anak-anak mereka.

Kan sweet cerita macam tu?

 

5. CERITA YANG MEWAKILI RAKYAT MARHAEN

Heroin baru tamat belajar, fresh graduate tapi dah dapat gaji empat angka.

Dalam novel, heroin digambarkan dari keluarga susah tapi duduk menyewa kat rumah teres dua tingkat bersama dua sahabatnya yang lain dekat tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Pergi kerja naik kereta, rasa-rasa habis gaji dekat minyak dan tol je.

Naik LRT pun dah mahal sekarang huhuhu.

Tolonglah, sangat tak logik!

Sekarang, mana ada majikan senang-senang nak bagi fresh graduate gaji banyak sampai boleh bayar sewa rumah ribu-ribu setiap bulan.

Sewa flat dekat Kuala Lumpur pun dah boleh masuk seribu, inikan pula rumah teres.

Manalah heroin tu nak cekau duit bayar.

Dahlah tu, siap ada kereta lagi.

Mana nak kirim duit kat kampung, bayar duit PTPTN.

Kadang-kadang cerita novel ni perlu berpijak pada bumi yang nyata.

Barulah orang yang baca pun akan terasa dekat dengan cerita tu.

 

6. GHOST HUNTER

Aku selalu baca novel seram, tapi aku jarang baca novel Melayu yang menceritakan tentang pemburu hantu.

Ala-ala Sam dan Dean Winchester dalam drama siri Supernatural.

Cuma baru-baru ni saja aku ada baca buku yang mengangkat tema yang serupa.

Karya Helmy Affendy yang bertajuk Dari Alam Lain, terbitan Buku Prima.

Dahlah buku ni mengangkat kisah-kisah hantu yang betul-betul terjadi dalam Malaysia ni.

Teruja aku baca.

Aku harap, cerita-cerita seperti ini dapat diperkembang lagi oleh penulis lain.

 

7. ‘V’ FOR VENDETTA

Siapa yang pernah tengok filem ni, angkat tangan!

Alah, yang Natalie Portman berlakon tu.

Sampai ke sudah heroin tak tahu wajah sebenar hero yang terselindung di sebalik topeng, tapi dia tetap mencintai hero walaupun akhirnya mereka ditakdirkan untuk tidak bersama.

Jarang aku baca cerita yang tak melibatkan paras rupa macam ni.

Selalunya dalam novel mesti hero digambarkan sebagai seorang yang kacak, mempunyai senyuman menawan, lesung pipit yang dalam.

Banyak betul lelaki kacak dalam Malaysia ni.

Tapi seorang pun tak timbul depan aku hahaha.

Poinnya, paras rupa bukan segalanya.

Hati tu yang penting.

Seseorang tolong cipta watak lelaki Melayu yang bertopeng dan baik hati dan memperjuangkan kebenaran, please?

 

8. CERITA ALA-ALA HUNGER GAMES

Aku suka cerita-cerita yang futuristik macam ni.

Sebab ia membuatkan aku seperti berada dalam dunia yang lain, dan aksi penggembaraannya membuatkan aku sentiasa teruja berbanding bila aku menonton cerita CSI, James Bond dan lain-lain yang berlatar belakangkan dunia yang sebenar.

[ Bertudung Tapi Terlibat Dalam Aktiviti Yang Memberi Kepuasan Maksimum? ]

 

9. MAGIK

Siapa yang peminat magik tu, confirm korang pernah tengok cerita Now You See Me.

Termasuklah aku hehehe.

Bagi aku cerita ni sangat brilliant, plot twist pun boleh tahan, penceritaan pun lain dari yang lain.

Cerita ni bagi aku mengangkat genre magik ke satu tahap yang baru.

Yalah, cerita pasal magik-magik ni kan selalu dibuat berlatar belakangkan zaman dulu-dulu, ada nenek sihir yang asyik menyumpah orang sana-sini.

Aku jadi teringin pula nak baca novel magik ala-ala Now You See Me versi Malaysia.

Tipu helah yang perlu menggunakan kepandaian otak.

Cerita yang memerlukan aku berfikir.

 

10. POLITIK

Secara jujur, aku suka baca novel Games of Thrones.

Sebab jalan ceritanya sangat menarik, penuh dengan plot twist, dan banyak bercerita soal politik yang membuatkan aku berfikir, kejamnya dunia ni huhuhu.

Kerana kuasa, orang sanggup buat apa saja.

Hari ni mungkin kita akan berada di atas, tapi esok mungkin kita akan jatuh terjunam ke bawah dan kehilangan segala-galanya.

Dan banyak lagi yang aku belajar dari Games of Thrones.

Aku harap, satu hari nanti ada orang yang akan berani cabar diri menulis kisah Games of Thrones versi orang Melayu.

Tapi babak-babak explicit semua tu sila jangan ikut tulis, okey.

Tak terbitlah buku korang sampai bila-bila hahaha.

Itu sajalah agaknya idea-idea aku yang dah lama bersawang dalam kepala ni.

Kalau ada yang dah tulis cerita yang mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan di atas, sila PM aku okey.

Confirm aku akan beli buku korang.

Good luck!


~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~



Farrah Izzlorna

Seorang penulis novel, suka berangan dan mengabadikan kenangan dalam bentuk penulisan.

Banyak Lagi Di Saudari

3 Responses

  1. Hassan says:

    Dahsyat..bagi idea pada penulis lain..minat jugak tema2 yg dinyatakan..mungkin satu masa nanti ? In syaa Allah hahahah

  2. Salam.

    Saudari, novel2 yang saudari cadangkan agak menarik. Namun, secara realitinya, saya rasa ianya agak sukar untuk diterbitkan kerana kadang2 kriteria2 dari penerbit itu sendiri mengehadkan percambahan minda ataugenre bahan bacaan dalam Bahasa Melayu.

    Sebagai contoh, sesetengah penerbit menetapkan syarat tidak boleh menulis tentang politik, perkauman, seks, dan agama. Kalau dibenarkan sekalipun, syarat2nya agak ketat.

    Makanya, apabila penulis terkongkong sebegitu, karya2 yang dijadikan santapan minda pembaca juga akan jadi terhad. Dan wujudlah cycle yang sama:
    1. penulis tulis benda2 biasa, mengikut syarat2 penerbit
    2. pembaca baca benda2 yg biasa yg tidak mencabar minda (dan kadangkala tidak realistik)
    3. penerbit tgk permintaan tinggi untuk benda2 yg sama, maka maintain syarat2 yg sama
    1, 2, 3 akan berterusan berulang.

    Kalau ada yang cuba keluar dari kepompong tu pun, belum tentu penulis itu akan kekal dlm genre2 unik, sbb pembaca tak biasa maka pembaca tak beli, penerbit tengok jualan merudum maka taknak ambil risiko, penulis taknak cuba lagi dah sebab takut manuskrip berbu-ribu perkataan kena reject

    Tapi, itu pendapat saya sahajalah. Mungkin saudari boleh cuba? :)

    Saya doakan saudari berjaya, sebab idea saudari ini amat menarik. Kalau ada keluar novel sebegini, tolong email saya. Terima kasih

  3. waaa… Kak Farah tau tak yg sebenarnya saya nak buat novel yg macam ala-ala hungers game tu tapi tak tahu macam mana nak tulis. Saya bukan penulis yg agak versetyle. Tapi saya pernah cubalah jugak. Yg ala2 manga tu pun saya pernah buat tapi sekerat aje. ade je terperap dalam lappy. tapi betul jugak kak Farrah tulis. Malaysia memang memerlukan penulis yg pelbagai. Sekarang ni didominasi dengan cerita cinta dan dah jadi agak bosan untuk saya 😄

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *