Dari Johor, Ambil Pakej Dan Makan Angin Di “Universal Studio Singapore”

Saya Melawat Universal Studio Singapore

Dah beberapa bulan baru teringat nak upload entry ni.

Kali ini saya dan keluarga memilih untuk melawat ke Universal Studio Singapore.

Universal Studio Singapore sekarang ini sudah tidak asing lagi, dan sudah menjadi salah satu destinasi pelancongan yang kerap dilawati.

Sekali sahaja dapat melawat pun sudah memadai.

 

Pengalaman Pergi Universal Studio Singapore

Sebuah taman tema yang terletak di Singapura ini sudah pasti menjanjikan sesuatu yang hebat serta pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan terutama kepada kanak-kanak! (padahal dah tua tua ni pun excited macam kanak-kanak cehh!)

Saya yang duduk di JB pun baru berkesempatan makan angin ke Universal Studio Singapore.

Walaupun…. sebelah JB je.

Tapi apa yang saya boleh katakan, memang tak rugi lawatan kali ini.

Perjalanan saya kali ini, saya mendapatkan perkhidmatan pakej daripada ejen percutian.

Yang tinggal di JB tu boleh lah usha usha pakej ni di Terminal Hentian Larkin.

Di sana banyak ejen yang menawarkan pakej lawatan berkunjung ke Universal Studio Singapore.

Bagi yang tinggal di negeri lain, boleh je usha di laman laman web lain.

Seriously, untuk berkunjung ke Universal Studio Singapore, better ambil pakej.

Sebab lebih murah dan pastinya mudah!

Lawatan kali ini dikenakan bayaran RM200 pakej termasuk pas lawatan (kepada sesiapa yang tidak ada passport), bas untuk pengangkutan pergi balik, tiket masuk ke taman tema, serta baucher makan 5 dollar dan baucher barangan 5 dollar.

Manakala harga tiket masuk pula (sekali masuk):

74 Dollar untuk berumur 13-59 tahun,

54 Dollar kanak-kanak yang berumur 4-12 tahun

36 Dollar kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke bawah.

Waktu beroperasi pula bermula jam 10 pagi sehingga 7 malam.

 

Nampaknya abah lebih excited ni!

 

Ada Apa Dengan Universal Studio Singapore?

Jom explore apa yang menarik sangat di Universal Studio Singapore ni sampai ramai orang yang teringin sangat hendak ke sini.

…Melangkah sahaja masuk ke taman temanya, dah rasa superb!

Memang melebihi my expectation.

Perasaan tu memang macam rasa dah masuk ke alam lain.

Alam fantasi! Terus lupa yang diri ni dah 22 tahun (semasa ke sana) heee.

Taman tema yang menawarkan 7 jenis bahagian seperti, Far Far Awaay, Madagascar, The Lost World, Hollywood, New York, Sci-Fi City dan Acient Egypt.

Memang sehari tidak cukup melainkan kamu mendapatkan pass VIP yang tak perlu beratur tu.

Tapi sebenarnya tak lama pun beraturnya.

Memang cepat.

Tak adalah lama sangat menunggu.

Kecuali untuk beberapa game yang betul betul menjadi tumpuan seperti Transformer dan sudah tentu Roller Coster!

Transformer 3D Ride ni memang menjanjikan satu kepuasan!

And sebab tu, Transformer ni menjadi salah satu favourite saya di USS ni.

Walaupun…… beratur paling lama di USS.

Kata orang, Transformer ni memang wajib masuk.

Rugi tak masuk.

Itu yang sanggup menunggu lamaaaaaa.

Tapi dalam tu ada warning, sesiapa yang cepat pening better tak menunggu.

Sebab memang pening saya masuk.

Mungkin disebabkan grafik dan audio yang digunakan di dalam.

Tapi bila dah naik roller coster 3D ni memang rasa berbaloi untuk beratur dan hilang segala pening.

Nak try lagi sekali tapi sayang, masa tak mengizinkan.

Kena kejar masa untuk habiskan satu harini.

Lihat sahaja roller coster ni, hilang pedoman terus dibuatnya.

Dengan tak warm up apa apa, terus pilih nak naik roller coster dulu.

Sebab dari malam semalamnya dah terbayang-bayang roller coster.

Saya ni seorang yang suka kan extreme game terutama yang pada tahap ketinggian, memang suka.

Terus terkejut badan ni.

Memang awesome lah roller coster di USS ni.

Rugi kalau tak cuba.

Tapi kalau betul betul gayat atau ada masalah kesihatan, better jangan naik.

Sebab memang menakutkan hahaha.

Seriously!

Di Jurassic Park ni, memang kamu akan basah!

Sebab di bahagian ni merupakan permainan air.

Main masuk je lah main, sekali amik kau, siap buka kasut semua.

Memang basah lah.

Nasib baik memang standby bawa pakaian lebih.

Bawa kasut lebih!

*Sorry tak ada gambar masa main semua permainan, sebab akan ada sportcheck sebelum naik, tak dibenarkan bawa apa apa barangan.

Acah acah baca map, padahal tak reti baca.

Ending apa depan mata, terus try.

So, ini lah food court yang disediakan di dalam taman tema.

Sebenarnya banyak je lagi restoran lain, tapi baucher hanya boleh digunakan di food court ni sahaja.

So far, makanan di Universal Studio Singapore ni tidak lah mahal sangat.

Berpatutan bagi saya.

Okayy, dalam banyak banyak saya paling suka adalah show ni.

Mula mula tak tahu apa ada dalam ni, main masuk je lah sebab tengok orang semua berpusu pusu nak masuk.

Rupanya ada show dan masa tu memang ada pelawat yang basah kuyup lah.

Sebab show ni melibatkan pertunjukkan air.

Memang rugi siapa tak cari show ni kalau ke sini.

Wajib ya!

Di bahagian The Lost World, memang show yang menakjubkan bagi saya.

Show lakonan yang dilakukan secara live atau pun real.

Memang sound effect, props dan lakonan yang sangat mantap.

Lima bintang!

Dah nak balik tu, benda wajib sudah pasti beli souveniors untuk di bawa balik.

Ini part yang paling susah, kena kawal nafsu lah.

Sebab rasa semua benda nak dibelinya!

Sebab setiap cartoon ada kedai souvenior nya sendiri.

Bagi saya, harga souvenior dia pun berpatutan.

Tak lah mahal sangat.

Lagipun kan ada baucher tadi.

Boleh lah buat tambah tambah.

Thank you Universal Studio Singapore sebab bawa aku masuk ke alam fantasi walaupun sekejap.

Semua Foto © Raja Sheril Ameera




Sheril Ameera
Write up by Sheril Ameera Wartawan dan Blogger.
Sheril-Ameera.blogspot.my

Banyak Lagi Di Saudari

4 Responses

  1. IsL says:

    Salam sis nak tnya. Masa pergi tu ambil pakej dimana ye? Blh share tak? Sbb cadang nk pergi jgk

    • salam. sebenarnya sy join package yg telah dibeli oleh rakan sy (kirim). kalau stay jb, mungkin boleh tengok di station bas larkin. kalau tidak, boleh google je di internet. sebab sekarang banyak dah tempat yang offer package USS ni

  2. Nor azila says:

    Sikit tak faham berkenaan dgn pakej RM200 tu dah termasuk tiket masuk taman tema ke belum ek ? Sebab dekat bawah ayat yang sis tulis pakej termasuk tu ada bgtau harga tiket setiap golongan tu macam belum termasuk lagi pakej harga Rm200 tu kan?

    • Salam. RM200 tu sudah termasuk ticket masuk ke taman tema tu. Sebab tu saya kata kalau beli package dari agent lebih berbaloi berbanding walk in dan beli sendiri ticket.

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!